Want to know more, please click

Followers

Pages

Thursday, March 24, 2011

Faiza Beras Poni


PENGENALAN
Pengalaman pertama bertemu muka dan beramah mesra dengan usahawan ternama di Malaysia ini bukan sahaja membuatkan kami kagum dengan kejayaan beliau malah merasa bangga kerana usahawan berbangsa Arab ini cuba menaikkan taraf usahawan-usahawan atau peniaga-peniaga Melayu di negara ini. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman semasa ditemubual. Siapa tidak bangga dengan hasil keringat sendiri yang mengalir hampir 40 tahun selama ini kini membuahkan hasil.

Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau. Walaubagaimanapun, sebut sahaja Faiza Beras Poni pastinya ramai yang mengangguk mengiyakan. Keenakan dan kelazatan beras serta pelbagai variasi rempah ini begitu memikat selera, selain kandungannya yang berkhasiat dan bermutu tinggi. Kunjungan kami untuk memenuhi tuntutan subjek Teknologi Pemprosesan Makanan pada   28 Januari 2005 yang lalu bagi mengetahui perkembangan teknologi pemprosesan makanaan rempah-ratus yang diusahakan oleh beliau.


MATLAMAT

Memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar kepada proses sebenar teknologi pemprosesan makanan  dalam industri

OBJEKTIF
Memperkenalkan kepada pelajar prinsip pengawetan.
Memperkenalkan kepada pelajar  teknik pengawetan.
Memperkenalkan kepada pelajar kaedah pengawetan.

LATAR BELAKANG PENGUSAHA KILANG

Puan Faiza atau nama sebenarnya Puan Hajah Bawumi Sayed Ahmad, 61, merupakan pemilik tunggal Syarikat Faiza Sdn. Bhd., pengeluar beras Ponni Taj Mahal terulung atau pelbagai jenis rempah bukhari, rempah sup, kari dan asam pedas. Beliau dilahirkan di Mesir pada 3hb September 1942. Beliau yang berbangsa Arab Mesir ini mendirikan rumah tangga ketika berusia 16 tahun, dengan suaminya yang berbangsa Melayu Batu Pahat yang secara kebetulan rakan kepada bapa beliau. Setelah suaminya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, beliau membuat keputusan untuk mengikut suaminya berhijrah ke Batu Pahat ketika berusia 22 tahun. Walaupun mendapat tentangan daripada keluarga, namun setelah menerangkan niat sebenar bahawa beliau perlu  menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, barulah bapanya memberi keizinan.

Asalnya, Puan Faiza yang merupakan anak sulung daripada 13 orang adik-beradik ini menguruskan perniagaan keluarga. Selain bekerja sebagai guru tahfiz Al-Quran, bapanya mempunyai sebuah restoran makanan yang sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar. Beliau yang hanya mendapat pendidikan tertinggi hingga sijil bertaraf SPM, mengusahakan restoran tersebut sebagai penjaga akaun. Maka, dari situlah tertanam semangat untuk berniaga di samping menjaga amanah dan kewangan restoran milik bapa beliau. Walaubagaimanapun, setelah beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964, bapanya menutup restoran kerana tiada kakitangan untuk meneruskan perniagaan tersebut.





LATAR BELAKANG JAWATAN SEMASA MENGUSAHAKAN PERNIAGAAN

Setelah berhijrah ke Malaysia dan menetap di Kampung Merdeka Batu Pahat, beliau dapat merasakan perbezaan budaya antara masyarakat setempat dengan masyarakat Arab di tempat kelahirannya. Walaubagaimanapun, beliau yang peramah dapat menyesuaikan diri dengan suasana masyarakat. Sekiranya sebelum ini beliau sibuk dengan urusan di restoran, sebagai seorang surirumah, beliau cepat bosan sekiranya tiada apa yang boleh beliau lakukan lebih-lebih lagi suaminya ketika itu sibuk dengan tugas sebagai guru agama. Ketika menetap di Mersing pada tahun 1968 kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai pengetua Sekolah Agama Maahad, dengan kemahiran dari kursus jahitan dan sulaman yang pernah disertainya, beliau mula menjahit untuk mengisi masa lapang. Beliau juga mengambil inisiatif sendiri untuk menjahit pakaian anak-anak jiran sebagai satu permulaan dalam pergaulan masyarakat. Asalnya, setiap pakaian diberi secara percuma. Walaubagaimanapun, sebagai percubaan beliau mula mengambil tempahan jahitan baju anak-anak jiran dengan harga empat ringgit sepasang( RM4.00 ). Selain itu, beliau juga mampu menyiapkan set bilik tidur seperti cadar, sarung bantal dan kusyen dalam sehari. Berbekalkan wang pemberian suaminya, beliau mula membeli kain yang mana pada ketika itu berharga RM1.20 seela untuk dijadikan set cadar katil dan kusyen. Hasilnya, beliau menjual hasil jahitannya dari rumah ke rumah untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Hasil kerja tangan dan sulaman yang dikaitnya sendiri mudah diterima masyarakat setempat dijadikan modal untuk perniagaan rempahnya pula.

Pada tahun 1970, beliau mengikut suaminya yang dinaikkan pangkat menjadi kadhi daerah Kluang. Di Kluang, Puan Faiza meneruskan aktivitinya.

Musim berlalu dan selera penggemar sulam kait semakin berubah. Semakin giat Puan Faiza berniaga, beliau semakin diterima. Maka, semakin bertambahlah kenalannya. Selain minat menjahit, Puan Faiza turut suka memasak. Sambil beliau berniaga, beliau meluaskan perbualan dalam bidang masakan pula. Oleh kerana beliau gemar makan kari, beliau mula belajar bagaimana untuk membuat kari. Jadi, beliau mula mencampurkan rempah ratus seperti jintan, ketumbar, dan sebagainya untuk digiling. Setelah siap, beliau akan memberi hasil masakannya kepada jiran-jiran dan bertanya bagaimana rasa kari beliau. Pelbagai komen yang diterima dan beliau mencuba lagi hingga jiran-jirannya berpuas hati. Pandangan dan pujian daripada jiran-jiran menguatkan semangatnya untuk menghasilkan produk sendiri. Oleh itu, beliau mengupah orang kuala (panggilan orang asli di Johor) untuk mengisar biji-bijian remah mengikut sukatan yang ditetapkan. Setelah dikisar, beliau membawa pulang ke rumah untuk dibungkus dan mula menjualnya dengan harga sepuluh sen untuk 25 gram. Kari tersebut dijual dari rumah ke rumah hingga rempahnya digemari ramai. Pada ketika itu, kari beliau menjadi pilihan kerana belum ada produk kari lain di pasaran. Bermula dengan 30 katil rempah, permintaan terhadap kari semakin bertambah, lalu beliau mula menambahkan pengeluaran kepada 1 pikul. Pada tahun 1978, beliau berjaya membeli sebuah mesin pengisar sendiri yang diimport dari Madras mula menjual rempah kari tersebut di kedai runcit yang berpusat di rumahnya sendiri.

Bagi memasarkan jualan rempahnya pula, beliau membawa bekalan makanan yang dimasak sendiri dalam mangkuk tingkat yang dibawa dari rumah. Menurut beliau, cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos makanan, malah sebagai satu strategi pemasaran. Beliau bukan sahaja menumpang di rumah-rumah untuk makan tengahari, malah memberi bahagian makanan kepada penghuni rumah.

Cara ini bukan sahaja dapat memasarkan jualan rempah seperti kari, koramak, baryani, rempah bukhari dan pebagai lagi malah mengeratkan hubungan beliau dengan masyarakat setempat.

Pada tahun 1982 dan menetap di Batu Pahat, beliau mula mendaftarkan perniagaan. Setelah perniagaan beliau berkembang, beliau mula menyertai kumpulan BERNAS EDAR, sebuah organisasi untuk memajukan usahawan Bumiputera, sebagai agen jualan beras. Melalui organisasi ini, beliau mendapat latihan keusahawanan dan perniagaan seperti membuat perancangan kewangan, buku perniagaan, simpan kira, dan latihan-latihan lain yang berkaitan. Menurut beliau, bukan senang untuk bersaing dengan jenama lain yang terdapat di pasaran.

Sebagai agen jualan beras, beliau meminta keizinan suami untuk berniaga sendiri menggunakan van sendiri. Beliau sendiri turun padang untuk memasarkan produk yang dijual ke pekan-pekan di Batu Pahat seperti Parit Raja, Sri Gading, Minyak Beku dan lain-lain. Oleh kerana beliau memang dikenali oleh para peniaga pada ketika itu, amat mudah untuk beliau diterima. Pada peringkat awal, beliau memberi pek percuma kepada pekedai-pekedai yang memasarkan produk beliau. Setelah cubaan pertama berjaya menambat hati dan sokongan para pekedai, produk beras dan rempah Puan Faiza diterima untuk dijual. Pada tahun 1990, beliau menjadi pembekal beras dan rempah kepada para pekedai-pekedai. Atas nasihat suami, beliau menggunakan label bunga raya untuk pasaran beras, rempah dan kari, tetapi tidak dapat didaftarkn kerana bunga raya adalah bunga kebangsaan. Namun, itu bukan penghalang untuk beliau memasarkan jualan beras beliau.

Hasil perkongsian hidup dengan suaminya, beliau dikurniakan tujuh orang anak iaitu Salwa, 44, Roshdi, 38, Fikri, 37, Najwa, 33, Radhwa, 30, Jadwa, 28, dan Hoda, 20. Walaupun beliau sibuk dengan urusan perniagaannya, beliau berbangga melihat anak-anaknya memiliki pengetahuan secukupnya malah ada di antara anak-anaknya yang menjadi tonggak syarikat.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Oleh kerana kedudukan perniagaannya semakin stabil, pada tahun 1992, beliau menubuhkan Syarikat Faiza Sdn. Bhd., dan semua produk rempah ditukar kepada jenama FAIZA contohnya, Kurma.Kari Daging,Kari Ayam.,Kari Kambing

.Bukan itu sahaja, beliau juga bertindak sebagai agen Lembaga Padi Negara untuk mengedarkan beras Basmathi, beras Kashmir, Maharani, Moghul dan Faiza Special serta beberpa jenama beras biasa dan wangi. Bekalan beras itu diimport dari India dan Pakistan melalui BERNAS.  Antara jenama lain yang dikeluarkan oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Adalah Beras Cap Bunga Raya, Faiz Mas yang mempunyai gred yang tinggi, beras Cap Keris Harum dan beras  Cap Seri Pagi.

Perkembangan perniagaan rempah–ratus dan beras beliau semakin mendapat sambutan kini. Malah beliau semakin mengukuhkan perniagaan beliau sebagai penaja rancangan televisyen iaitu ‘Jalan-jalan Cari Makan’ yang dipertontonkan di TV3 pada setiap hari Sabtu jam 5 petang. Langkah ini merupakan satu strategi perancangan dan usaha beliau untuk mengukuhkan dan memperkenalkan produk rempah-ratus yang dipasrkan.



Selain itu, melalui BERNAS, beras Herba Poni Taj Mahal yang dipasarkan turut dikaji kualiti dan kandungan khasiatnya oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Hasil kajian mendapati, beras ini mengandungi khasiat yang tinggi, tidak menggemukkan, kurang berkanji, kurang kalsium, asli dan mempunyai kandungan gula terkawal yang sesuai untuk pesakit diabetis.
Kini, Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Berdiri gah di Jalan Kota Murni, Taman Maju, Batu Pahat. Puan Faiza sudah mampu tersenyum puas dengan hasil usahanya selama ini.

TEKNIK PROES PENGAWETAN MAKANAN

Adalah kita ketahui bahawa matlamat pengawetan makanan adalah untuk mengelakkan perubahan yang tidak diingini dari segi rupa, keselamatan,nilai dan mutu deria  berlaku. Jadi proses pengawetan makanan penting bagi melambatkan  penguraian ,kerosakan pada makanan berlaku dengan cepat.
Justeru itu, teknologi pemprosesan makanan di Syarikat Faiza Sdn. Bhd. teknik pengawetan yang dilakukan adalah pendekaan fizikal,iaitu penurunan terkawal kandungan air atau aktiviti air dan keosmolalan makanan dan pengunaan pembungkusan yang sesuai.
Cara proses penurunan terkawal kandungan air atau aktiviti air dan keosmolalan makanan dilakukan semasa proses pengeringan adalah dengan memasukkan rempah ratus ke dalam mesin pengeringan dengan tujuan  membunuh mikrob,merencatkan aktiviti dan pertumbuhan mikrob, serta menghindarkan mikrob
Proses ini juga adalah proses pemindahan haba secara langsung keatas rempah-ratus dimana suhu yang digunakan ialah 150 darjah celcius.Faktor saiz dan bekas pemanasan yang berfungsi sebagai tempat goreng  tanpe minyak ini dilakukan selama 5 minit.

PROSES PEMPROSESAN
Didalam pemprosesan rempah yang dijalankan beliau mmperolehi empat jenis mesin yang berfungsi sebagai nadi utama pemprosesan rempah yang dikeluarkan oleh beliau.

Mesin-mesin tersebut ialah :
MESIN
FUNGSI
Mesin Pengasingan
Membersihkan biji dari tangkai. Contohnya mengasingkan buauh lada hitam dari tangkainya.
Mesin Habuk
Membersihkanhabuk dan kunyit.
Mesin menggoreng
Mesin yang berfungsi sebagai penggoreng dan mesin pencampur bagi bahan-bahan.
Mesin Kisar
Mesin ini berfungsi sebagai pegisar terhadap kesemua rempah-ratus agar menjadi sebati.

Antara rempah ratus yang disediakan ialah:
§  Kurma.
§  Kari Daging
§  Kari Ayam.
§  Kari Kambing
Bahan-Bahan yang digunakan oleh beliau didala menghasilkan
rempah ratus ialah
§  Ketumbar jintan
§  Halba
§  Kayu manis.
§  Jintan
§  Lada hitam
§  Ketumbar Hitam
§  Ketumbar Putih

click ads for your tq




11 comments:

  1. Raja curry brand faiza mmg best.....sedap kalau buat rendang n masak kambing

    ReplyDelete
  2. ada penyata kewangan syarikt faiza x?

    ReplyDelete
  3. saya ditugaskan untuk buat tugasan kerja kursus..bolehkah sy dapat secara detailnya tentang syarikat faiza

    ReplyDelete
  4. yg sy ada hanya di atas shj. semoga post di atas dpt membantu.

    ReplyDelete
  5. Bolehkah syarikat faizah berikan sedikit sample untuk hamper pemakanan diabetes

    ReplyDelete
  6. Bolehkah syarikat faizah berikan sedikit sample untuk hamper pemakanan diabetes

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...