Globalisasi? Satu istilah yang sudah biasa didengar oleh semua. Perkataan ini sudah menjadi sebutan umum tidak kira di mana-mana tetapi merupakan perkara yang paling kontroversi dalam masyarakat. Jika dilihat pada perkembangan semasa, terlalu banyak artikel mengenai globalisasi. Tidak keterlaluan dikatakan banyak topik karangan kelas menengah didominasi oleh topik ini. Jika tiada tajuk globalisasi sekalipun, pelajar tetap akan memulai atau memasukkan pendahuluan fakta mereka dengan frasa “pada zaman globalisasi”, “dalam era globalisasi” dan sebagainya. Namun mungkin ramai yang sudah menyedari benda yang dicanang- canang ini mempunyai impak yang besar pada masyarakat. Globalisasi boleh ditakrifkan sebagi satu usaha untuk mengubah nilai manusia khususnya cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia yang lain. Manusia seluruh dunia lebih berhubung antara satu sama lain berbanding sebelumnya. Informasi dan aliran wang bertambah cepat, produk dan perkhidmatan yang terdapat di sesebuah tempat di dunia pantas kedapatan di segenap tempat dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih kerap. Aspek geografi tidak lagi menghalang aktiviti ini daripada berlaku. Usaha globalisasi merupakan penerapan ideologi, budaya dan cara hidup kuasa-kuasa besar barat kedunia timur. Ramai pakar telah membuat definisi mereka tersendiri tentang globasisasi antaranya:
Nurcholish Majid mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan manusia menuju kepada satu msyarakat sahaja. Modelski pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses penguasaan kuasa-kuasa besar terhadap pembentukan “World View” masyarakat antarabangsa dari segi ekonomi, politik dan demokrasi. Selain itu, Kenichi Ohmea juga mengemukakan pendapat beliau tentang globalisasi sebagai dunia tanpa sempadan yang bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dimudahkan lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan perhubungan. Perkataan Globalisasi sebenarnya adalah daripada perkataan bahasa inggeris “Globalisation” yang bermaksud menyeluruh. Ia dikembangkan lagi dalam erti kata melayu yang membawa maksud “dunia tanpa sempadan”, dimana dunia yang seluas ini dapat dihubungkan dengan lebih mudah dan cepat seperti dalam satu perkampungan yang kecil dan sempit. Hal ini kerana dengan penciptaan alat-alat komunikasi yang canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi, manusia dapat dihubungkan dengan lebih mudah dengan menggunakan telefon, komputer dan internet dan sebagainya walaupun berada dalam jarak yang sangat jauh. Dalam aspek globalisasi, dunia dilihat hanya sebagai ”satu perkampungan” dan segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah ataupun dengan perumpamaannya “maklumat dihujung jari”.
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi yang banyak menyumbang kepada perkembangan globalisasi, telah banyak memudahkan kehidupan manusia untuk berhubung antara satu sama lain bagi menjalankan kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya. Namun, jika kita lihat dengan lebih teliti, globalisasi sebenarnya ada banyak kebaikan dan juga banyak keburukannya. Walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan kemajuan dalam kehidupan, ia juga tidak terlepas daripada membawa kepada keburukan jika disalahertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab samada secara sengaja ataupun tidak. Dalam konteks lainnya, globalisasi tidak hanya memberikan kebaikan sahaja namun turut menyumbangkan kepada keburukan yang lebih cenderung kepada keruntuhan akhlak. Hal ini dapat dilihat pada keruntuhan akhlak para remaja pada masa ini yang serimg terikut-ikut dengan cara kehidupan barat. Selain itu, globalisasi juga turut membawa kebaikan dan keburukan dalam bidang ekonomi, penyebaran maklumat dan juga dalam bidang pemerintahan.
Globalisasi sebenarnya memang banyak mendatangkan kebaikan dalam kehidupan pada masa ini. Era globalisasi yang melanda dunia tidak lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Sememangnya diakui bahawa teknologi maklumat akan memberi bentuk baru kepada corak hidup manusia. Melalui penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan membawa kita ke suatu peradaban elektronik. Seperti yang kita ketahui bahawa teknologi maklumat berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor yang dapat dibuat secara elektronik. Dengan ini, teknologi maklumat menggabungkan komputer dan telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi menguruskan maklumat. Internet ialah satu wadah yang digunakan untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini. Kini internet digunakan secara meluas bagi mendapatkan maklumat untuk kegunaan dalam semua bidang seperti dalam bidang pengiklanan, pendidikan, berita terkini dan juga sebagai bahan rujukan. Internet juga dapat memudah dan mempercepatkan proses dagangan antarabangsa mahupun tempatan tanpa perlu pergi ketempat dagangan tersebut. Ini memandangkan setiap urusan dagangan yang menyentuh aspek jenis barangan, kuantiti, kualtiti serta butiran lengkap tentang perjanjian jual beli akan dapat dilakukan dengan begitu cepat dan mudah melalui proses “e-dagang” dan kemudahan- kemudahan lain yang disediakan oleh kemajuan teknologi informasi dan komunikasi pada hari ini.
Jika kita lihat masyarakat pada masa dahulu, cara mereka berhubung dengan masyarakat yang tinggal berjauhan adalah sangat rumit dan memakan masa yang agak lama. Selain itu, mereka juga pada kebiasannya akan datang sendiri ke lokasi masyarakat lain yang ingin ditemuinya walaupun memakan masa yang agak lama dan memerlukan tenaga yang agak banyak hanya sekadar untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Namun pada masa kini, dengan kecanggihan sains dan teknologi, segala maklumat yang ingin disampaikan dapat dihantar dengan menggunakan hujung jari seperti berhubung dengan menggunakan telefon, internet, telegram dan sebagainya tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Jika dilihat pada kemajuan yang dikecapi pada masa ini, mayarakat abad ini dikatakan telah jauh lebih maju berbanding masyarakat zaman dahulu sebelum kewujudan era globalisasi.
Selain itu, dengan adanya kemudahan internet juga dapat memberi peluang kepada para pakar membuat analisis samada untuk tujuan pelaburan, mencari rakan kongsi mahupun kesesuaian melabur disesebuah negara dengan hanya melayari internet. Selain itu juga, intenet dapat membantu menyediakan peluang yang lebih besar kepada masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan yang mereka minati serta sesuai dengan kemampuan dan kemahiran yang mereka miliki mahupun membesarkan urusniaga yang telah mereka jalankan, mencari rakan kongsi dalam perdagangan antarabangsa mahupun mencari peluang memperluaskan perdagangan diperingkat antarabangsa. Perkara ini adalah rentetan daripada kemudahan internet yang dapat menyalurkan maklumat dengan mudah keserata dunia tanpa sempadan. Mereka boleh mengiklankan tentang perniagaan mereka di internet dan dengan cara ini masyarakat diseluruh dunia dapat dimaklumkan tentang perniagaan tersebut dengan mudah dan cepat.
Bagi para pelajar pula, mereka dapat mencari maklumat dan rujukan tambahan untuk proses pembelajaran mereka melalui kemudahan internet. Sekiranya mereka tidak dapat mencari bahan rujukan dalam bentuk buku ataupun media cetak yang lain, para pelajar boleh menggunakan insiatif lain untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet. Kaedah ini adalah lebih cepat kerana para pelajar hanya perlu menaip tajuk rujukan yang diperlukan pada engin pencarian sesuatu laman web yang berkenaan, setiap rujukan akan terpampang pada skrin komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, para pelajar mungkin dapat lebih memahami tentang pembelajarannya kerana telah mempunyai pelbagai rujukan tambahan untuk pembelajaran mereka. Selain itu, dengan perkembangan era globalisasi dan kemajuann komputer dan internet, lahirlah satu kaedah pembelajaran yang baru iaitu Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) untuk menyertai kelas tambahan dimana dengan menggunakan kaedah ini para pelajar tidak perlu datang ke kelas tambahan tersebut untuk belajar tetapi hanya duduk didepan komputer tidak kira dirumah ataupun dimana sahaja asalkan komputer tersebut disambungkan ke internet supaya dapat berhubung dengan tempat mereka belajar.
Namun, Seperti yang dikatakan tadi, walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan menyumbangkan kemajuan, globalisasi turut menyumbangkan keburukan. Globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau. Perkara ini telah mendatangkan keburukan dalam aspek akidah. Hal ini adalah kerana dalam aspek ini, manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kehidupan umat manusia tidak berlandaskan dengan ajaran yang betul. Mereka berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan dan setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan impaknya kepada kehidupan mereka. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada pemikiran yang terlalu terbuka berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas untuk berbuat apa saja yang difikirkan sesuai tanpa memikirkan baik buruk daripada tindakan tersebut.
Perkara ini bertambah lebih parah lagi apabila mereka melayari laman web yang lebih berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya diinternet. Impak daripada aktiviti tersebut, lahirnya perhubungan bebas lelaki dan perempuan, budaya rock, budaya lepak, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Budaya yang dikaitkan dengan budaya kebendaan (materialisme) dan berseronok-seronok (hedonisme) ini ternyata meningkat dan semakin merebak. Nilai-nilai barat yang masuk tanpa dapat dibendung ketika ini telah menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka, yang akhirnya matlamat hidup dapat melihat kepada dunia semata-mata sahaja. Ringkasnya dalam persekitaran hidup yang ditentukan oleh falsafah sosial barat, anggota masyarakat akan terdorong mengenepikan soal haram dan halal bahkan sanggup menegnepikan agama. Apatah lagi ransangan untuk melakukan kejahatan berada disekeliling tempat.
Selain itu, dalam dunia yang disebut oleh ahli-ahli sosiologi sebagai Global Village atau Global City tembok-tembok yang membatasi penembusan budaya telah dirobohkan. Maka masyarakat telah dibawa kepada satu atmosphere keterbukaan budaya yang tidak mengenal batas dan identiti. Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka sebagai warga dunia. Melalui media komunikasi moden, manusia yang hidup di Malaysia hari ini tidak perlu ke Amerika untuk mendengar lagu-lagu pop barat kegemaran mereka. Peminat-peminat fesyen juga tidak perlu ke Paris untuk melihat fesyen-fesyen terbaru. Semuanya telah hadir didaerah-daerah atau dirumah-rumah mereka. Bola dunia semakin kecil. Kita semakin tidak sedar bahawa budaya manusia menjadi semakin kompleks dan tidak menentu yang membuatkan sebahagian besar warga dunia mengalami disorientasi nilai. Hal ini telah menyebabkan masyarakat timur akan sentiasa terikut-ikut dengan budaya barat walaupun tidak memikirkan tentang keburukannya. Artis-artis barat dijadikan idola dan segala cara kehidupan mereka diikuti akibat terlalu taksub dengan artis tersebut. Lagu-lagu yang didendangkan oleh artis tersebut menjadi siulan pada masa ini walaupun mereka tidak tahu mesej sebenar lagu tersebut samada baik ataupun sebaliknya. Fesyen-fesyen barat yang ditontoni juga telah dijadikan contoh fesyen harian walaupun pakaian tersebut tidak menutup aurat dan menjolok mata. Makanan barat juga pada masa ini menjadi satu trend yang sangat popular pada masa ini. Kaedah makanan segera yang diperkenalkan oleh barat seperti KFC, Mcdonals dan sebagainya sangat digemari berbanding daripada masakan tempatan tnapa mengira siapa yang memasaknya dan tanpa mengetahui kaedah memasak makanan tersebut.
Wujudnya budaya 'chat' diinternet telah membuka ruang kepada mereka yang kesunyian untuk mencari teman, dan ini menjurus kepada permasalahan baru, iaitu sejauh mana kejujuran mereka dalam perhubungan yang dipupuk menerusi 'chat room' ini. Begitu banyak insiden tidak diingini telah berlaku gara-gara perkenalan menerusi Internet, dan ini merupakan satu gejala sosial yang tidak sihat yang telah terwujud menerusi perkembangan teknologi Internet di negara ini, dan juga di serata dunia. Anak-anak sekolah yang telah didedahkan dengan penggunaan Internet melangkah lebih jauh dengan melayari laman-laman web lucah yang terlalu banyak dan mudah didapati menerusi Internet. Bahkan, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka sehinggakan minda mereka ini telah dicemari dengan perkara-perkara negatif. Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah disalahguna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah.
Kemudahan urusniaga “dihujung jari” melalui kemudahan internet dan alat komunikasi canggih boleh mengundang bahaya kepada ekonomi negara. Krisis ekonomi yang berlaku baru-baru ini dirantau asia adalah permainan urusniaga “hujung jari” ini terutamanya terutamanya dalam urusniaga saham dibursa saham dan juga perdagangan matawang di “pasaran” tukaran matawang asing. Tidak mustahil pada masa hadapan krisis yang lebih besar akan berlaku dengan cara sama. Urusniaga sebegini juga boleh mengganggu kestabilan sesuatu institusi ekonomi akibat manipulasi pasaran dan harga atas dagangan sementara yang dilakukan demi meraih keuntungan semerta. Ini seringkali berlaku dalam dunia pasaran saham dimana keuntungan “atas angin” yang menjadi buruan para spekulator akan lebih mudah dilakukan melalui teknologi informasi dan alat komunikasi canggih. Analisis pelaburan atau usaha mencari rakan kongsi dan peluang perdagangan antarabangsa akan menghadapi risiko yang lebih besar terutamanya aspek penipuan akibat “misguiding information” yang diperolehi melalui sumber internet.
Seterusnya teknologi maklumat juga terdedah kepada ancaman virus. Virus sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud racun. Virus telah disalahgunakan dengan tujuan untuk mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak ciptaan orang lain Apabila virus menyerang komputer, kita dapat melihat saiz sesebuah fail itu bertambah besar dan terdapat perubahan tarikh walaupun fail itu tidak digunakan. Selain itu, komputer akan lambat beroperasi dan menjadi perlahan. Disket juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah cepat rosak atau tidak dapat dibaca dan dibuka. Pengaturcaraan komputer juga tidak dapat berfungsi seperti biasa. Masalah ini sememangnya akan memberikan kesan buruk kepada para pengguna kemudahan teknologi maklumat. Sebenarnya virus boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan cara jangkitan dan cara merosakkan sistem fail dalam sesebuah komputer. Urusniaga seringkali tergendala akibat beberapa kelemahan system komputer ciptaan manusia serta permainan “virus” atau penyakit komputer yang semakin menjadi-jadi. Masihkah kita ingat lagi bagaimana dunia dihantui oleh dengan krisis “Y2K” menjelangnya abad baru dan juga beberapa virus yang menyerang manusia termasuk yang terbaru, virus I love you. Setiap satu dari masalah yang timbul, berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk mengatasi masalah mahupun kerugian yang dialami oleh dunia perniagaan antarabangsa akibat virus yang berjaya memecah sistem pertahanan komputer.
Antara ancaman lain yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun terdapat juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti khianat ini sebagai salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi kelak. Golongan yang seterusnya pula menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk menceroboh sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau data penting. Sesetengah penggodam komputer menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau mencuri data. Ini terbukti kerana menurut satu laporan, terdapat seorang pelajar kolej di Texas telah dikenakan undang-undang setelah terlibat dalam aktiviti menggodam dengan menceroboh sistem komputer Texas dan mencuri maklumat peribadi pelajar, fakulti dan kakitangan dari universiti berkenaan. Oleh itu benarlah teknologi maklumat internet menghadapi ancaman daripada pihak penggodam.
Selain itu, kelebihan teknologi maklumat kini juga telah diperalatkan dengan mudah oleh pengganas dan juga kartel dadah. Mereka telah menyalahgunakan kelebihan teknologi maklumat untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Seperti yang kita ketahui, zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian manakala globalisasi pula menerobos ke setiap seantero dunia, sedangkan keselamatan masih merupakan satu agenda utama dan penting. Di samping itu, revolusi maklumat adalah bahan yang amat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan. Ini terbukti jika seseorang pembekal dadah menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah yang lain untuk mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh pihak berwajib kerana mereka tidak dapat mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut dengan tepat. Begitulah juga seandainya wujud manusia yang ingin menghancurkan sesebuah negara dengan melakukan hasrat mereka di sebalik komputer dan rangkaian. Justeru, keselamatan zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang boleh menggugat sistem keselamatan.
Di samping itu, teknologi maklumat kini telah dieksploit dengan begitu rakus bagi mencapai pelbagai tujuan. Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga mencuri nombor kad kredit. Sememangnya fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama arus kemodenan telah digunakan untuk merosakkan manusia, biarpun teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia. Sebenarnya masyarakat kita semakin bergantung kepada komputer dan sistem rangkaian sebagaimana kita bergantung kepada keperluan asas iaitu bekalan air dan elektrik. Namun alat ini akhirnya menimbulkan kegemparan awam dengan menggugat keselamatan para pengguna. Oleh yang demikian, semua pengguna dalam masyarakat maklumat hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang mendalam tentang isu keselamatan dan keperluan untuk membangunkan budaya keselamatan. Maka benarlah antara ancaman melalui teknologi maklumat ialah pengeksploitasian daripada pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa era globalisasi tidaklah hanya membawa kebaikan tetapi juga banyak menyumbangkan keburukan kepada masyarakat hari ini. Walaupun ianya dilihat telah banyak memudahkan manusia untuk menjalankan perniagaan, perhubungan dan pentandbiran namun tidak kurang juga dengan pengaruh buruk akibat daripada globalisasi dimana budaya barat dibawa masuk kedalam. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan negara.
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
KERJA KHUSUS INI ADALAH HASIL DARIPADA PENULISAN YANG TERDAPAT DALAM BUKU RUJUKAN TERSEBUT:
1. NAMA PENGARANG : ABDULLAH BIN SULONG
TAJUK PENULISAN : GLOBALISASI
NAMA BUKU : ISLAM DAN ISU SEMASA
TERBITAN : PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN
SOSIA L, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHUN : MAC 2005
2. NAMA PENGARANG : DR. HUSSIN BIN SALAMON
TAJUK PENULISAN :ISU-ISU EKONOMI
NAMA BUKU : ISLAM DAN ISU SEMASA
TERBITAN : PUSAT PENGAJIAN ISLAM DANPEMBANGUNAN
SOSIAL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA
TAHUN : MAC 2005
click ads for your tq or like
thank yach article nya,...
ReplyDeletebisa buat ngerjain tugas kul....
maen ke blog Q jugga
terima kasih atas perkongsian ;)
ReplyDeleteterima kasih... sebentar lagi kami akan menggunakan ilmu2 yang diberi di sini di perlawanan debat peringkat kebangsaan.doakan kejayaan kami... salam sayang dari budak2 debat yang cantik dari zimbabwe...
ReplyDeletemohon copy utk rujukan
ReplyDelete