Want to know more, please click

Followers

Pages

Wednesday, April 2, 2014

Soalan objektif argoteknologi



1.                  Antara berikut yang manakah bukan bahan untuk membuat kompos?
(A) sisa makanan                           (B) rumput segar
(C) kapur                                       (D) baja-baja nitrogen

2.                  Berapa lamakah kompos siap untuk digunakan jika ianya dikacau setiap minggu?
(A) 1-2 bulan                                (B) 3-4 bulan
(C) 5-6 bulan                                 (D) 7-8 bulan

3.                  Manakah antara berikut merupakan kegunaan kompos?
(A) hiasan                                      (B) pelembap tanah
(C) sungkupan permukaan        (D) membekalkan nutrien

4.                  Mengapakah timbunan kompos dibina seperti piramid?
(A) mudah disiram                       
(B) mudahkan sistem penguraian
(C) untuk menakung air hujan agar mempercepatkan proses pereputan.
(D) Untuk memberi kestabilan yang baik dan biarkan air hujan
mengalir.

5.                  Apakah yang dimaksudkan dengan kompos?
(A) baja organan                         (B) sejenis bahan pelembap
(D) baja campuran                         (D) baja organic

6.                  Manakah antara berikut merupakan saiz yang sesuai untuk membuat timbunan kompos?
(A)  Tapak (1.2meter), Bahagian atas ( 2 meter) dan tinggi (2 meter)
(B)   Tapak (2 meter), bahagian atas (1 meter) dan tinggi (2.5 meter)
(C)   Tapak (1 meter), bahagian atas ( 0.5 meter) dan tinggi (1.5 meter)
(D)  Tapak (1.5 meter), bahagian atas (1.2 meter) dan tinggi (1.2 meter)

7.                  Kenapakah kompos penting untuk menambah kesuburan tanah?
(A)  Kerana terdapat bahan-bahan seperti tahi binatang dan tulang-tulang ikan.
(B)   Dapat memperbaiki struktur tanah
(C)   Kerana kandungan bahan organannya yang tinggi dapat memperbaiki fizikal tanah.
(D)  Kerana proses pereputan dari bahan-bahan terbuang yang telah sebati dengan tanah.

8.                  Bagaimanakah untuk mengetahui kompos yang dibuat telah berhasil?
(A)  kayu berada dalam keadaan kering dan panas apabila ditarik keluar dari timbunan kompos.
(B)   kayu berada dalam keadaan panas dan lembap apabila ditarik keluar dari timbunan kompos.
(C)   kayu berada dalam keadaan kering dan lembap apabila ditarik keluar dari timbunan kompos.
(D)  kayu berada dalam keadaan kering dan sejuk apabila ditarik keluar dari timbunan kompos

9.                  Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan kompos?
(A)  sebagai cara menggunakan hasil lebihan ladang
(B)   untuk menambah kesuburan tanah
(C)   untuk menggantikan baja bukan organan
(D)  untuk mempelbagaikan baja tumbuhan

10.              Apakah fungsi kapur di letakkan di dalam kompos?
(A)  mempercepatkan proses penguraian
(B)   melambatkan proses berlakunya kompos
(C)   mengawal suhu kompos
(D)  menambah kesuburan

Subjective Question

  1. Which one of this is not material to do compost?
(A) Scraps of food                                    (B) fresh grass
(C) Lime                                        (D) fertilizer nitrogen

  1. How long compost will be using if it mixes every week?
(A) 1-2 month                              (B) 3-4 month
(C) 5-6 month                               (D) 7-8 month

3.   Where among following make composts use?
(A) ornament                                       (B) land moisturizer
(C) surface thrust                              (D) provide nutrients

4.   Why composts pile built as pyramid?
(A) easy watered                    
 (B) simplify decomposition system
(C) to be stagnant rain water that accelerate the process decaying.
(D) To provide stability and lets water rain ran.

5.   What is driving at with compost?
(A) organan fertilizer                        (B) a kind of moisturizer material
(D) mixed fertilizer                             (D) fertilizer organic

6.   Where among following make right size to make composts pile?
(A)       Site (1.2meter), Top ( 2 metre) and high (2 metre)
(B)       Site (2 metre), top (1 metre) and high (2.5 metre)
(C)       Site (1 metre), top ( 0.5 metre) and high (1.5 metre)
(D)       Site (1.5 metre), top (1.2 metre) and high (1.2 metre)


7.   Why composts important to increase soil fertility?
(A)       Because exist materials as dung and fish bones.
(B)       Can improve soil structure
(C)       Because his organan's matter content
(D)       Because decaying process from materials abandoned which has been integrated with earth.

8.   How to know composts make had been fruitful?
(A)       wood is in dry state and hot when off out from pile compost.
(B)       wood is in hot conditions and damp when off out from pile compost.
(C)       wood is in dry state and damp when off out from pile compost.
(D)       wood is in dry state and cold when off out from pile compost

9.   Among following, which not composts advantage?
(A)       as means use farm surplus revenue
(B)       to increase soil fertility
(C)       to replace fertilizer not organan
(D)       to diversify plant fertilizer

10. What is lime function in put in composts?
(A)       accelerate process of decomposition
            (B)       delay the process happened composts
(C)       control composts temperatures
(D)       adding fertility

Click ads for your tq or like.

Monday, February 10, 2014

pandang belakang

sbb aku nak beli kereta yg ada reverse camera.
Click ads for your tq or like.

Monday, October 21, 2013

Jangan bagi harapan jika ingin menghisap madu


Click ads for your tq or like.

Wednesday, October 16, 2013

Selamat tinggal Cikgu Azizul

berita sedih hari ini ialah cikgu azizul telah kembali ke rahmatullah. aku duduk belakang dgn cikgu ni. minggu lepas aku baru berbicara dengan dia. aku ada tanya cikgu ni pasal kenapa rambut kat atas kepala pendek. dia cakap buat bekam. 1 bekas rm 5. kalau 9 bekas rm 45. aku bagi tahu, aku pun first time buat bekam, aku cuma bayar rm 30.

dah la cikgu ni orang kuat kat sekolah. dia ajar subjek katering dan penyajian. cikgu peperiksaan, guru cemerlang. umur 35 thn, bujang anak tunggal. giat cikgu ni, asyik pergi kursus je. dia baru beli samsung galaxy mega rm 1500. tolak hp lama blackbarry dpt rm300. berkurang seorang cikgu lelaki jadi 8 orang.



semoga ditempatkn dikalangan golongan orang yang beriman.
Click ads for your tq or like.

Tuesday, October 1, 2013

baharu ada orang beli

 masa dulu bapak aku bele merpati 8 ekor je tp sekarang dah beratus. baru first time jual burung dan telur. orang yang pertama membeli adalah cikgu smk puteri ampang, kl sebanyak 3 ekor. dia cakap nak buat sup. mesti kau orang pelik telur merpati? sebenarnya ada orang setapak yg oder nak buat ubat. terpaksa la aku menggeledah aku punya reban burung nak cari telur punya pasal.
aku tangkap burang yang tidur merata-rata. sapa suruh tak tidur dalam reban kan dah kene tangkap. minggu depan pun ada orang oder. kita tengok sapa pula yang jd mangsa lepas ni. aku pun dah lama tak makan burung ni.
Click ads for your tq or like.

Monday, September 30, 2013

kejadian bunuh diri di pangsapuri bukit baru, kl

 masa aku balik dari sekolah petang tadi, aku selisih dengan lori bomba. dalam hati aku cakap buat apa la lori ni kat sini., masa aku nak turun ke surau di tingkat bawah. aku lihat bumbung kat surau dah roboh. aku rasa ni mesti ada benda berat yang jatuh. habis kawasan depan surau banjir sebab salur paip pun rosak.

selesai solat, aku tanya seorang abang ni. cerita sebenar adalah ada orang indonesia bunuh diri dari tingkat 21. kot ye pun nak bunuh diri, bunuh la kat tempat lain. yela tak pasal-pasal surau banjir. abang ni sempat bagi tahu aku, lepas ni berhantu la.
Click ads for your tq or like.

Wednesday, August 28, 2013

penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Segala kesyukuran diucapkan kepada Allah Subhanahu Wataala serta selawat dan salam keatas junjungan Khataman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam kerana dengan keredhaan dan keberkatannya sahajalah kami diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran kami iaitu Encik Asnul Dahar Bin Minghat yang telah memberikan kami ilmu, tunjuk ajar serta kekuatan dalam menyempurnakan kajian kes ini sebaik yang mungkin.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada rakan-rakan yang juga membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses kami menyiapkan kajian kes ini.

Akhir sekali, semoga dengan penghasilan kajian kes ini diharap ia dapat membantu memberi panduan sedikit sebanyak untuk pihak yang berkenaan serta kami sendiri dalam memahami dengan lebih lanjut kaedah-kaedah pengurusan sistem lif.


Sekian , wassalam.
Click ads for your tq or like.

Tuesday, June 18, 2013

KEBERKESANAN SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI PANGSAPURI BUKIT BARU, TAMAN K 5, TAMPOI, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM



1.0      Pengenalan

Sistem pengurusan sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai satu cara pentadbiran pengurusan yang bijaksana serta berkesan dalam mengawal sisa bahan pepejal yang akan dibuang dan dilupuskan. Sisa pepejal adalah merupakan segala sisa yang dijanakan daripada aktiviti manusia dan juga haiwan dalam bentuk yang dibuang dan tidak diperlukan lagi. Di antara sisa pepejal dan separa pepejal yang biasa didapati sebagai bahan buangan adalah seperti plastik, kaca, logam, kertas, kayu, sisa-sisa makanan, sisa toksid dan sebagainya.

            Sisa-sisa pepejal dan separa pepejal ini perlu diurus dengan baik supaya tidak mengganggu kesejahteraan manusia. Antara sistem yang diguna pakai adalah sistem pemungutan dan sistem penyimpanan. Terdapat beberapa jenis sistem pemungutan yang biasa dilaksanakan iaitu sistem bekas pegun dan sistem bekas diangkut. Bagi sistem penyimpanan, terdapat beberapa kaedah yang digunakan seperti individual container, communal container dan on site collection.

            Bagi penduduk yang tinggal dikawasan rumah pangsa, sistem yang digunakan adalah sistem pemungutan bekas pegun. Kaedah yang sering digunakan adalah seperti kaedah angkut keluar seperti yang diamalkan di Australia dan kaedah pelongsoran yang sering diamalkan di negara matahari terbit, Jepun. Kajian yang dilakukan ini akan menyingkap keberkesanan kaedah pelongsoran yang diamalkan di rumah pangsa di Taman Kenanga, Tampoi.


2.0              Latar Belakang Kajian

Menurut Tan Sri Razali Ismail iaitu Pengerusi CyEn Resources Sdn. Bhd, di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Disember 2005, Malaysia perlu mengurangkan bahan buangan purata 1.5 kilogram setiap orang dan menyokong peningkatan infrastruktur untuk mengendalikan bahan buangan selaras dengan pertambahan penduduk.

            Menurut beliau lagi, Malaysia kini berada dalam situasi di mana penduduk menghasilkan lebih banyak bahan buangan pepejal berbanding keluasan tanah bagi menampung bahan buangan ini yang semakin berkurang.

            Secara amnya kawasan Johor bahru Tengah yang dipilih mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi meliputi kira-kira 500,000 penduduk (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 1997). Di samping kajian yang luas dan dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan Timur dan Barat iaitu mempunyai keluasan 303.48 kilometer persegi dan adalah merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai pegangan harta tertinngi di antara PBT lain di Malaysia sebanyak 170,099 unit (Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, 2003).

Pertambahan penduduk yang semakin meningkat mempengaruhi kapasiti sampah. Di dalam Rancangan Struktur MPJBT 1991-2010, kuantiti penjanaan sisa pepepal dijangka meningkat sehingga 40,400 tan pada tahun 2010. Di dalam laporan ini juga, ada dinyatakan tentang anggaran pembuangan sampah sisa pepejal dan peniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan sehari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan sehari dan dijangka tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan sehari.

                        Perkhidmatan pengurusan sisa-sisa pepejal di Johor Bahru Tengah masih tidak memuaskan dan belum dapat mencapai tahap kualiti yang secukupnya walaupun ada diantaranya telah diswastakan berdasarkan aduan awam yang diterima. Pihak yang telah dipertanggungjawabkan ini masih lagi gagal memberi pengurusan yang berkesan seperti perkhidmatan kerja dijalankan tidak mengikut jadual, spesifikasi kerja tidak dipatuhi, aduan sisa peepjal lambat atau tidak diambil tindakan serta terdapat kawasan perumahan yang masih tidak diberi perkhidmatan pemungutan sampah walaupun perumahan tersebut telah mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (C.F.O).

 Bagi mengatasi timbunan sampah sarap yang dihasilkan tatkala kita bergerak ke arah wawasan 2020, kita mesti memperbaiki kecekapan dalam pengurusan sisa buangan dalam melantik para professional dan pada masa yang sama mendidik masyarakat. Inilah satu-satunya cara menghalang krisis persekitaran.

Oleh yang demikian, kajian mengenai keberkesanan sistem pengurusan sisa pepejal di kawasan Penguasa Tempatan Johor Bahru Tengah perlu dijalankan bagi mewujudkan alam persekitaran yang sihat dan bebas dari unsur-unsur pencemaran di masa depan.

            Secara khususnya kawasan kajian yang terlibat dalam kajian keberkesanan pengurusan sisa pepejal adalah merupakan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk dan terletak di Tampoi, Johor Bahru. Taman k merupakan salah satu flat daripada beberapa taman-taman flat yang lain.

Bangunan flat ini merupakan projek percubaan pasang siap bangunan flat di Johor Bahru. Mula didirikan flat ini sekitar penghujung 1980-an dan diduduki pada tahun 1993. Terdiri daripada 70 unit rumah, 6 unit kedai dan sebuah dewan.


3.0       Pernyataan Masalah

            Sistem pelongsor sampah merupakan salah satu daripada sistem pembuangan sisa pepejal di kawasan perumahan. Pihak yang dipertanggungjawabkan perlu menyelia keadaan kawasan tersebut agar berada dalam keadaan baik dan teratur seperti yang ditetapkan dalam Akta Alam Sekeliling 1974. Pembinaan sistem pembuangan sampah dan kawasan persekitaran hendaklah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Ini bertujuan untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang dibuat tidak menimbulkan bau busuk dan pemcemaran alam sekitar. Bagaimanapun lawatan ke kawasan perumahan pangsa Blok K 5, Taman Kenanga, Tampoi mendapati beberapa masalah telah wujud seperti bau yang kurang menyenangkan serta pemandangan yang tidak mata memandang. Ini mengganggu penduduk setempat terutamanya kawasan perumahan yang berhampiran.
4.0     Persoalan Kajian


Menurut Abd Majid (2001), persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian kes ini persoalan-persoalan kajian adalah :-

  1. Apakah sistem pembuangan sampah yang digunakan?

  1. Apakah kesan daripada penggunaan sistem ini?

  1. Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian?

5.0              Obejktif Kajian        


Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah :

  1. Mengenalpasti sistem pembuangan sampah yang digunakan.

  1. Mengenalpasti kesan daripada penggunaan sistem pembuangan sampah.

  1. Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.

6.0       Dapatan dan Perbincangan Kajian


6.1       Pengenalan

Dalam bab ini, diterangkan berkenaan dengan dapatan kajian yang telah diperolehi melalui kaedah pemerhatian, tinjauan dan temubual keatas penduduk setempat.  Perbincangan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mengikut objektif kajian, di mana objektif yang pertama berkenaan sistem yang digunakan, kesan daripada penggunaan sistem pembuangan sampah ini dan pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.


6.2      Sistem Pembuangan Sampah yang Digunakan.

Kadar pembungan sisa pepejal adalah berkadar terus dengan kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.  Pertambahan kepadatan penduduk akan menambahkan lagi kadar pembuangan sisa pepejal.  Oleh yang demikian pembuangan sisa pepejal secara berterusan tanpa pengurusan yang cekap dan berkualiti akan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan gangguan kepada kehidupan persekitaran.  Pengurusan yang terancang, terurus, efisien, efektif dan berteknologi tinggi di dalam sistem perlaksanaannya akan menjamin kesejahteraan kepada kehidupan manusia dan haiwan serta alam persekitaran di muka bumi ini.

Daripada tinjauan dan  pemerhatian yang dijalankan, didapati sistem pembuangan sampah yang dijalankan di kawasan kajian ini ialah sistem pelongsor sampah.  Di mana sistem ini menggunakan peti yang didalamnya terdapat saluran pelongsor yang disambungkan dari tingkat atas hingga tingkat bawah.  Peti ini disediakan di bahagian tangga di setiap aras bangunan. 

Rajah 1 dan Rajah 2 dibawah menunjukkan peti yang dimaksudkan di atas yang berukuran 30 cm x 30 cm.  Pada peti ini terdapat pintu di mana pintu ini adalah untuk keselamatan penduduk terutama sekali bagi golongan kanak-kanak.

 full report ada di
Click ads for your tq or like.

Thursday, May 16, 2013

KEBERKESANAN SISTEM PENGURUSAN LIF



ABSTRAK

Lif merupakan pengangkutan menegak yang digunakan di dalam bangunan tinggi untuk mengangkut manusia dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Lif terdiri daripada beberapa jenis mengikut fungsi penggunaan seperti lif penumpang, lif barang dan lif untuk orang cacat. Terdapat dua jenis pengoperasian lif iaitu menggunakan prinsip hidraulik (lif hidraulik) dan menggunakan tarikan motor dan pemberat (lif elektrik). Lif mempunyai beberapa sistem kawalan dan komponen yang perlu disenggarakan dan pembaikan untuk mengelakkan kerosakan. Masalah kerosakan lif sering berlaku terutamanya di rumah pangsa awam. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sistem pengurusan penyenggaraan dan mengenalpasti masalah pengurusan penyenggaraan yang menjadi punca kerosakan. Skop kajian ini ialah lif yang terdapat di Rumah Pangsa Awam Larkin di Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini melibatkan dua kumpulan responden iaitu penghuni rumah pangsa Larkin dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen, manakala pihak yang menguruskan kerja penyenggaraan (Jabatan Perumahan Negeri dan Bahagian Mekanikal Jabatan Kerja Raya), menggunakan kaedah temubual berstruktur. Hasil kajian mendapati sistem pengurusan yang paling berkesan ialah sistem kontrak kerana dapat menggunakan pekerja yang mempunyai kepakaran (specialist work) berkenaan lif. Masalah pengurusan penyenggaraan lif ialah kekerapan berlaku kerosakan seolah-olah tiada kerja penyenggaraan. Hasil kajian mendapati punca utama kekerapan kerosakan ialah vandalisme di kalangan penghuni dan bukannya berpunca daripada tiada kerja penyenggaraan.
Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...