Want to know more, please click

Followers

Pages

Sunday, March 20, 2011

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KESELAMATAN DI BENGKEL SEKOLAH.



                : CADANGAN UNTUK MENUBUHKAN JAWATANKUASA KESELAMATAN
                  SEKOLAH.


LATAR BELAKANG BENGKEL DI SEKOLAH

KEMUDAHAN :
      
 (1) PERABOT

            Keadaan dan kedudukan meja yang tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di bengkel seperti kaki mejanya yang patah dan tidak diganti.
            Dibengkel tidak mempunyai pintu yang baik. Pintu tersebut harus dibaiki segera bagi mengelakkan kecurian barang-barang yang terdapat dalam bengkel tersebut.
            Tempat letak peralatan yang tidak selamat membolehkan barang-barang mudah dicuri. Hal ini kerana kekurangan almari untuk menyimpan barang-barang.

 (2) MESIN

            Keadaan mesin-mesin dibengkel dalam keadaan yang kurang kondunsif. Mesin-mesin tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

(3)   ALATAN TANGAN

Peralatan tangan yang terdapat di bengkel sekolah membahayakan pelajar-
pelajar kerana keadaannya yang uzur dan tidak diganti baru serta tidak diservis.

(4)   ALAT KESELAMATAN

Alat pemadam api yang tidak diselenggara mengikut tarikh yang ditetapkan
menyebabkan alat tersebut tidak dapat berfungsi apabila hendak digunakan.
            Peti kecemasan yang tiada dan tidak diambil berat oleh pihak tertentu. Didapati alat keselamatan tersebut dikunci. Semasa berlaku kecemasan,ianya tidak dapat digunakan.

(5)   PERATURAN

Tiada peraturan yang khusus kepada pelajar-pelajar apabila mengendalikan sesuatu
projek. Tiada teknik pengajaran sebelum memulakan kelas.


JAWATANKUASA

v  Tiada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar-pelajar dan guru-guru. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan, tiada rujukan bagi mereka.


RASIONAL CADANGAN

Peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik dibengkel.
Suasana di bengkel mestilah mempunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lemas atau menyedut asap beracun.
Ruang perjalanan dalam bengkel mestilah bebas daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalu lintas apabila berlaku kecemasan. Lantai yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.
Semua kotak fius hendaklah diperiksa untuk menentukan bahawa ianya tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juruelektrik yang berkelayakan.
Semua kemalangan  yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah mengandungi butir-butir. Antaranya ialah nama pelajar ,tingkatan,kemalangan,masa,rawatan yang diberi dan catatan guru. Antara jenis peralatan pemadam api yang boleh digunakan ialah gebar api(fire blanket),setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyedoknya dan pemadam api jenis karbon dioksida. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ianya dapat memadamkan banyak jenis kebakaran. Peralatan pemadam api hendaklah disediakan berdekatan dengan pintu dan hendaklah diperiksa leh pihak bomba sekurang-kurangnya setahun sekali. Guru dan kakitangan hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas kepada pelajar di bilik pada awal pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.


RASIONAL CADANGAN UNTUK MENUBUHKAN JAWATANKUASA 

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (AKKP) bahagian 6 seksyen 30,seksyen 31, kami guru-guru PTV ingin mencadangkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan sekolah bagi mengurangkan potensi bahaya yang terdapat didalam bemgkel.



CADANGAN-CADANGAN MENINGKATKAN KESELAMATAN

            Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja yang berterusan dan teratur selaras dengan dengan undang-undang Negara.

            Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat,sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
           
            Menyediakan maklumat, petunjuk dan latihan bagi memupuk staf mendisiplinkan diri supaya mereka dapat mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dalam sebarang pekerjaan.

            Melatih staf supaya mereka boleh dijadikan teladan kepada pelajar-pelajar dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerja.

            Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menerima dan mengamalkan amalan biasa apabila mereka berijazah dan meninggalkan universiti dan berdepan dengan masyarakat serta alam pekerjaan.
click ads for your tq





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...