Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, March 18, 2011

SEJARAH KEMAHIRAN HIDUP



v  Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelakaran teras berunsurkan teknologi di tingkatan 1-3. mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan kagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
            Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja buat sendiri yang mudah yang berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyelenggaraan. Di samping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan.



MATLAMAT

·         Matlamat mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinsentif dan yakin diri dalam keadaan teknologi


SEJARAH KEMAHIRAN HIDUP


Pendidikan aneka jurusan yang mula diperkenalkan pada tahun 1965 di sekolah-sekolah menengah hanya memberi peluang kepada pelajar mengambil satu daripada mata pelajaran elektif yang ditetapkan ialah seni perusahaan,perdagangan dan keusahawanan sains rumahtangga ( ERT ) dan sains pertanian.sistem ini bertujuan untuk memberi peluang yang sama rata kepada pelajar-pelajar untuk memilih satu bidang pelajaran pra-vokasional mengikut kecenderungan minat serta bakat mereka masing-masing.

Sistem pendidikan aneka jurusan ini lebih mementingkan pencapaian pelajar dalam aspek akademik  dan mengetepikan aspek bakat,minat dan kecenderungan seseorang pelajar. Pengajaran matapelajaran elektif ini lebih menekankan ciri-ciri pengkhususan dalam bidang yang berkaitan sahaja tanpa mempunyai hubung jalin dengan pengetahuan  dari bidang elektif yang lain.

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan dasar Kerajaan  (1980 ), pendedahan murid-murid kepada bidang teknologi dan vokasional di peringkat menengah rendah amatlah terpisah sehinggakan ia merupakan suatu usaha kearah pengkhususan. Mata pelajaran kemahiran hidup mula dilaksanakan pada tahun 1989 di sekolah menengah rendah yang bercorak umum dan lebih berguna  dan berfungsional kepada kehidupan harian. Ia diwajibkan kepada semua pelajar di tingkatan 1.

Usaha ke arah menanam celik teknologi, kesedaran ekonomi dan kemahiran sosial di kalangan pelajar bermula pada tahap 2 di sekolah rendah lagi melalui matapelajaran kemahiran hidup. Kemahiran hidup ini juga ditawarkan di sekolah menengah rendah sebagai kesinambungan dalam persediaan pelajar menangani cabaran menjelang abad ke-21.  Perlaksanaannya melalui dua peringkat :

                                                                                    i.            Kemahiran hidup (program peralihan)
                                                  Bermula tahun 1989-1991 di tingkatan 1-3
                                                                                  ii.            Kemahiran hidup bersepadu
Bermula pada tahun 1992 di tingkatan 1

            Kemahiran hidup (program peralihan) bermula pada tahun 1989 mewajibkan semua pelajar  di tingkatan 1 mengambil elektif yang ditawarkan. Matapelajaran ini menawarkan unsur perdagangan dan keusahawanan atau kemahiran manipulatif atau kedua-duanya.
           

Kemahiran hidup bersepadu pula bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan aspek kemahiran supaya mereka berkemahiran untuk menghadapi kehidupan dengan lebih yakin,elektif dan produktif dalam dunia teknologi,perindustrian yang semakin kompleks masa kini. Kemahiran ini disepadukan dengan pemupukan nilai-nilai murni sebagaimana matlamat kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) dan selaras dengan falsafah pendidikan untuk melahirkan insan yang harmonis,seimbang serta berketerampilan. Matapelajaran kemahiran hidup bersepadu (KHB) memberi penekanan kepada perkembangan individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek secara seimbang,memerlukan bentuk penilaian yang boleh mengukur kedua-dua aspek kognitif dan bukan kognitif.
Aspek kemahiran praktik dan pencapaian bukan kognitif dapat dinilai secara berkesan melalui penilaian kerja kursus. Kerja kursus adalah kerja atau tugas sama ada dalam bentuk hasil (produk) atau proses dilakukan dalam satu tempoh masa tertentu dan mengikut peraturan yang ditetapkan matapelajaran KHB diajar di sekolah menengah rendah mengikut KBSM bagi menggantikan matapelajaran elektif iaitu seni perusahaan,perdagangan dan keusahawanan,sains rumahtangga dan sains pertanian. KHB merupakan sebahagian usaha pendidikan kea rah mempertingkatkan kemahiran praktis. Penanaman semangat keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan pelajar. Aspek kemahiran tertumpu khas kemahiran menjalankan kerja buat-sendiri yang mudah dan kemahiran asas yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Matapelajaran KHB terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian teras mengandungi 3 komponen iaitu perdagangan dan keusahawanan,kekeluargaan dan kemahiran manipulatif.

Setiap komponen teras mempunyai pecahan-pecahannya tersendiri seperti dalam komponen kemahiran manipulatif sahaja mengandungi 7 bidang manipulatif yang berupa bidang pravokasional iaitu:
a)      Lukisan teknik
b)      Kerja kayu dan logam
c)      Kerja paip asas
d)     Kerja elektrik asas
e)      Kerja elektronik asas
f)       Pengurusan diri
g)      Perkebunan

Bahagian pilihan pula mengandungi 3 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif
Tambahan (Pilihan 1), Ekonomi rumahtangga (ERT) (Pilihan II) dan sains pertanian   (Pilihan III). Pelajar dikehendaki memilih 1 komponen sahaja dari tingkatan 1 – 3.

            Manipulatif Tambahan peratusan bidang yang terkandung di dalamnya dari 40% bidang manipulatif, 20% perdagangan dan keusahawanan, 20% bidang pertanian
            Bagi pilihan ERT dan Sains pertanian 60% dari manipulatif, 20% ialah perdagangan dan keusawanan, 20% lagi dari bidang masing-masing.


Kemahiran Manipulatif Tambahan
           
Lanjutan daripada komponen Teras kemahiran manipulatif yang membolehkan pelajar mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam lukisan teknik, enjin, elektrik dan elektronik.

Kemahiran Hidup Bersepadu

            KHB merupakanmatapelajaran ters dalam KBSM bagi tingkatan 1-3. matapelajaran ini diperkanalkan pada 1989 yang bertujuan untuk membekalkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan harian dengan lebih proaktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks lagi sentiasa berubah. Matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang kenal faham teknologi, mempunyai sifat yakin diri, kreatif, inovatif dan produktif serta boleh berinteraksi dengan baik.


Kemahiran Manipulatif

            Kemahiran manipulatif ialah di antara komponen-komponen teras yang terkandung dalam matapelajaran KHB. Komponen teras ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktis dalam bidang teknologi. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berorientasikan teknologi khususnya di tempat tinggal dan tempat kerja kelak. Komponen ini merangkumi teknik operasi, peralatan elektro-mekanikal yang mudah teknologi bahan dan aspek kuantitatif. Antara aktiviti-aktiviti dijalankan oleh pelajar-pelajar ialah kerja buat sendiri yang mudah berkaitan dengan binaan, pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih, unsur pengurusan diri dan perkebunan.

Perdagangan dan Keusahawanan

            Dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan kepada amalan perniagaan ternasuk aspek-aspek kewangan dan simpan kira, pengurusanperniagaan, etika dalam perniagaan dan pengeluaran. Pelajar dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai konsumerisme.
            Tujuannya ialah untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat inkuiri, ingin mencuba serta tidak mudah putus asa, berkeupayaan mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang perniagaan yang bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.


Kekeluargaan

            Merupakan satu persediaan asas bagi mempertingkatkan kendiri pelajar, kesejahteraan keluarga dan keharmonian masyarakat. Tujuannya adalah untuk supaya pelajar boleh menganalisis diri sendiri untuk membentuk imej kendiri yang lebih baik dan boleh membuat keputusan yang biajk. Pelajar dapat memperolehi kemahiran untuk mewujudkan kemesraan dengan ahli keluarga, jiran dan masyarakat. Selain itu pelajar didedahkan kapada alam kerjaya yang bersesuaian dengan kecenderungan mereka masing-masing.


Matapelajaran KHB telah dilaksanakan melalui pelaksannan Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 menggantikan matapelajaran aneka urusan jurusan dalam Program Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) yang mana berupa matapelajaran elektif.
Matapelajaran elektif lama itu yang telah dilaksanakan pada tahun 1965 ialah seperti berikut:
                                     I.      Seni perusahaan
                                  II.      Sains rumahtangga
                               III.      Sains pertanian
                                     IV.Perdagangan


Perbezaan yang ketara diantara matapelajaran elektif aneka jurusan dengan matapelajaran KHB ialah mengenai kesepaduan dalam satu matapelajaran itu. Bagi matapelajaran KHB bukan berupa gabungan daripada matapelajaran-matapelajaran yang terdapat dalam aneka jurusan dan ditambahkan dengan aspek nilai-nilai murni iaiti komponen kekeluargaan bersesuaiandengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum baru ini juga mangambil kira tentang rintasan kurikulum berbanding dengan matapelajaran daripada kurikulum lama.

click ads for your tq




2 comments:

  1. as salam.. boleh sertakan rujukan bagi artikel ini? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, x de la saudari. ni pun sy ambil dr senior.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...