Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, November 13, 2012

selamat tinggal

adik aku beli kat sekolah dia.

2

rm 10
 baru nak ternak tp apakn daya nyawa kau x panjang. ke kau kene gigit kat nyamuk. kata orang ayam ni sensetig pada nyamuk. ada orang tu siap pasang kelambu lg. bagai menatang minyak yg penuh la pulak.
Click ads for your tq or like.

Friday, November 9, 2012

kebun getah

1

2

3

4
Click ads for your tq or like.

Wednesday, November 7, 2012

SINKI CERIA MUDAH ALIH p2


8.0  PENGIRAAN KOS SESEBUAH PRODUK

            Pemahaman berhubung dengan pengiraan kos adalah perlu dalam membuat sebarang produk. Ini adalah kerana ianya dapat membantu kita mengetahui berapakah jumlah kos pengeluaran sesuatu barangan atau produk. Daripada kos pengeluaran, kita boleh menentukan harga produk tersebut bagi tujuan pasaran. Dalam proses penghasilan sesebuah produk, beberapa jenis kos telah diambil kira. Antaranya termasuklah:

8.1   Kos Bahan
                        Adalah merupakan kos bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan             projek.

8.2   Kos Upah
                        Adalah merupakan kos bayaran tenaga kerja yang digunakan dalam            membuat dan             menyiapkan produk

8..3  Kos Sampingan
                        Adalah merupakan perbelanjaan selain daripada kos bahan dan kos upah.    Ianya   digunakan secara berterusan atau untuk jangka masa tertentu. Contoh kos       sampingan termasuklah tenaga elektrik, air dan sebagainya yang berkaitan.

8.4   Kos Pengeluaran
                        Segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkan barangan atau    produk. Ianya terdiri daripada kos bahan, kos upah dan kos sampingan.

Kos Pengeluaran   = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan

Pengiraan kos yang teliti adalah penting kerana ia menentukan sejauh manakah produk atau barang yang dikeluarkan itu boleh mendatangkan manfaat atau keuntungan kepada pengeluar. Sesuatu produk reka cipta yang  berjaya adalah produk yang praktikal, mendatangkan faedah kepada pengguna dan memberi keuntungan kepada pengeluar.


9.0  KOS PENGELUARAN PRODUK SEBENAR

            Berikut adalah merupakan kos pengeluaran bagi projek reka cipta SINKI CERIA MUDAH ALIH’:

9.1   Kos Bahan Mentah

 
10.0  PENENTUAN HARGA UNTUK DIPASARKAN

            Dalam menentukan harga bagi produk yang telah kami bangunkan, ianya banyak bergantung kepada kos pengeluaran yang telah dibuat. Harga yang telah kami tetapkan adalah bertepatan dengan bahan yang digunakan dan ianya adalah berpatutan. Kami telah sebulat suara ingin mengambil keuntungan sebanyak 35 - 50% daripada harga kos pengeluaran. Kadar keuntungan adalah bergantung kepada keadaan pasaran dan juga keadaan ekonomi semasa negara. Ini penting kerana kuasa membeli terletak di tangan pengguna itu sendiri. 


11.0  STRATEGI PEMASARAN

            Bagi tujuan pemasaran produk, kami telah menyusun beberapa strategi, antaranya ialah:

11.1  Mengenalpasti tempat yang sesuai dengan penggunaan produk kami ini contohnya penggunaan di klinik-klinik persendirian dan swasta, hospital, pusat-pusat pemulihan orang kurang upaya, orang perseorangan, rumah orang-orang tua, farmasi, pusat-pusat kesihatan kecil dan lain-lain lagi.
11.2  Menjalankan promosi-promosi dengan mengedarkan pamlet, ceramah dan ’booth’ di samping memberi penerangan mengenai kelebihan produk kami kepada orang perseorangan dan seperti tempat-tempat yang telah kami kenalpasti seperti di atas.
11.3  Membuat demontrasi mengenai cara penggunaan produk kami.
11.4  Membuat iklan mengenai produk kami di akhbar-akhbar tempatan.


12.0  PERANCANGAN AWAL PENGHASILAN PRODUK
           
            Dalam merancang proses penghasilan produk ini, kami telah menyediakan jadual kerja yang menerangkan kerja-kerja yang terlibat secara berperingkat berserta tempoh masa yang diperuntukkan sehinggalah produk siap terhasil. Penerangan mengenainya boleh merujuk kepada jadual 1 di sebelah. Di samping itu, segala kerja-kerja memotong, menyusun dan mencantum bahan adalah bergantung kepada ukuran yang telah ditetapkan sebagaimana yang terkandung pada pelan lukisan produk  (Sila rujuk lampiran).

CARTA GANTT

13.0  PENGHASILAN PRODUK

            Di samping kos yang terlibat sepanjang proses pembuatan produk ini, kami juga telah mengambil kira aspek-aspek lain seperti penggunaan bahan dan peralatan, pembahagian masa, penggunaan kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan pembuatan produk di samping penekanan kepada aspek keselamatan.

13.1  Penggunaan Bahan

            Bahan utama yang telah kami gunakan dalam penghasilan produk ini adalah :
·         Besi segiempat
·         Kepingan zink
·         Perspek
·         Sinki
·         Tong / bekas air
·         Tong tadahan air
·         Besi bulat aluminium

            Manakala bahan tambah (aksesori) yang telah digunakan dalam produk ini adalah:
·         Roda
·         Cermin muka
·         Pemegang pembuka pintu   
 
13.2  Peralatan Tangan dan Mesin Yang Digunakan

            Peralatan yang telah kami gunakan sepanjang proses penghasilan produk ini bergantung kepada jenis kerja yang dibuat. Ini kerana setiap jenis peralatan mempunyai fungsi dan teknik penggunaannya yang tertentu. Alatan tangan dan mesin yang telah kami gunakan di dalam proses penghasilan produk ini  adalah seperti berikut:


13.3  Kemajuan Projek        

            Proses penghasilan produk yang telah dibuat adalah berdasarkan tempoh masa yang telah dirancang pada peringkat awal terlebih dahulu (peringkat perancangan). Dengan yang demikian, kami telah dapat melihat kemajuan projek yang dibuat sama ada lebih cepat, mengikut masa ataupun telah terlewat daripada masa yang dijadualkan. Kemajuan jadual kerja projek kami dapat dilihat dengan merujuk kepada jadual 2 di sebelah.

CARTA GANTT
Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...