Want to know more, please click

Followers

Pages

Thursday, March 3, 2011

Liverpool F.C.


1. PENGENALAN

 Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England. Liverpool beraksi secara berterusan di dalam Liga Perdana Inggeris sejak Liga tersebut bermula dalam tahun 1992. Walaupun demikian, Liverpool belum pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris, dan hanya mendapat tempat sebagai naib juara semasa di bawah pimpinan Gerard Houllier dalam tahun 2003. Walaupun belum menjuarai Liga Perdana Inggeris, Liverpool masih mengekalkan kedudukan sebagai pasukan paling berjaya beraksi di peringkat teratas Liga Inggeris, dengan 18 kali menjadi juara Liga Divisyen Satu Inggeris (Liga ini kini dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris), 7 kali menjuarai Piala F.A. England, dan 5 kali menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan 3 kali menjadi pemenang Piala UEFA. Liverpool juga menjadi ahli Kumpulan G-14 terdiri daripada kelab-kelab bola sepak paling unggul di Eropah.

2. SEJARAH KELAB  LIVERPOOL


Penubuhan Liverpool F.C.

Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik Anfield. John Houlding menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah dengan Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah ke Goodison Park. Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. John Houlding memilih nama Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Kemasukan ke Liga Inggeris

Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaah dalam liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.
Malcolm McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.
Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.

Zaman Gemilang Di Bawah Pengurusan Bill Shankly


Bill Shankly seorang Legenda di Liverpool FC
Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun, Bill Shankly menjadikan Liverpool antara pasukan paling ternama di Eropah. Tindakan pertama Bill Shankly selepas mengambil alih jawatan pengurus adalah untuk membuang 24 orang pemain. Bill Shankly membeli Ian St. John dan Ron Yeats dari Scotland dan mendapatkan Roger Hunt, Ian Callaghan dan Gerry Byrne. Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dan dinaikkan ke Divisyen Satu Liga Inggeris. Tahun 1964Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Bill Shankly menukar jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah seluruhnya, dan warna ini kekal digunakan hingga ke hari ini. Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. mengalahkan Leeds United 2-1. Liverpool juga pertama kali beraksi di benua Eropah, tetapi dikalahkan Inter Milan di peringkat separuh akhir. menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan
Dalam tahun 1966 Liverpool tewas pertandingan Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, (kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill ShanklyEmlyn Hughes, Ray Clemence dan Kevin Keegan dalam tahun 1971. Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah memenangi Piala UEFABorussia Moenchengladbach. Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A.. Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengurus Liverpool selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Bill Shankly mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya. memperkuatkan skuadnya. Beliau membeli setelah mengalahkan

Tradisi Boot Room


Masa Bill Shankly menerajui Liverpool beliau menggunakan kumpulan dipanggil Kumpulan “Boot Room”. Kumpulan ini berbincang di dalam bilik menyimpan but dan pakaian pemain. Bilik ini terletak di bawah Main stand di Anfield. Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya. Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauan pasukan lawan. Kumpulan boot room termasuk Bob Paisley, Ronnie Moran, Joe Fagan, Reuben Bennett dan Roy Evans. Geoff Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat dengan pemain tersebut..
Bill Shankly dan pasukan Boot Room menjadikan pusat latihan di Melwood menjadi moden dan lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan Liverpool - Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas berlatih akan pulang ke Anfield. Pemain-pemain makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan latihan "warm down' dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain. Ahli-ahli kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool – Bob Paisley, Joe Fagan, Ronnie Moran, Roy Evans semuanya anggota penting kumpulan Boot room.

Bob Paisley Menyambung Tradisi

 Bob Paisley Anggota Kumpulan Boot Room Seterusnya Menjadi Pengurus Paling Berjaya Liverpool
     Bob Paisley Anggota Kumpulan Boot Room Seterusnya Menjadi Pengurus Paling Berjaya Liverpool. Setelah Bill Shankly bersara, jawatan Pengurus Liverpool diamanahkan kepada Bob Paisley. Selama sembilan musim di mana beliau menjadi Pengurus, Liverpool memenangi 21 buah Piala termasuk 3 kejuaraan Piala Eropah (kini Piala Juara-Juara), 1 Piala UEFA, 6 kejuaraan Liga Inggeris dan tiga kejuaraan Piala Liga (kini dipanggil Piala Worthington). Bob Paisley juga membawa masuk pemain-pemain lagenda Liverpool seperti Graeme Souness, Ian Rush, Alan Hansen dan Kenny Dalglish.
Dalam tahun 1977, Liverpool buat pertama kali memenangi Piala Eropah mengalahkan Borussia Moenchengladbach 3-1 dalam masa tambahan. Permainan tersebut adalah kali terakhir Kevin Keegan beraksi untuk Liverpool sebelum perpindahannya ke SV Hamburg. Liverpool berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Eropah dalam tahun 1978 apabila mengalahkan FC Bruges1-0.
Tahun 1979 merupakan kemuncak kerjaya Bob Paisley sebagai pengurus Liverpool. Bukan sahaja Liverpool menjuarai Liga Divisyen Satu Inggeris, tetapi pasukan itu menang dengan mengumpul 68 mata dan dengan hanya 16 gol dibolos pihak lawan dalam 42 perlawanan. Untuk musim 1980, Liverpool muncul sekali lagi sebagai juara Liga. Pada tahun 1981, Bob Paisley berjaya membawa pulang Piala Eropah buat kali ketiga baginya dengan kemenangan 1-0 mengatasi Real Madrid C.F.Piala F.A. dan Piala Liga. Liverpool menang Piala Liga pada tahun tersebut, hasil jaringan gol oleh Alan Hansen Tetapi disebalik kejayaannya, Paisley tidak pernah memenangi

Joe Fagan dan Tragedi Heysel

Joe Fagan, jurulatih veteran Liverpool dan ahli Kumpulan boot room menggantikan Bob Paisley sebagai pengurus dalam tahun 1983. Musim pertama beliau sebagai Pengurus menyaksikan Liverpool memenangi 3 kejuaraan utama – kejuaraan Liga Divisyen Satu Inggeris, Piala Liga dan Piala Eropah. Di musim kedua, Liverpool sekali lagi berjaya ke pertandingan Akhir Piala Eropah. Perlawanan di Stadium Heysel menyaksikan tragedi dimana 39 orang penyokong Juventus terbunuh akibat runtuhan tembok penahan yang tumbang disebabkan rempuhan penonton, dan dikatakan berpunca daripada rusuhan oleh penyokong Liverpool. Pasukan Liverpool dengan berat hati meneruskan perlawanan yang ditunda akibat kemelut rusuhan, tetapi tewas 1-0 di tangan Juventus. Liverpool seterusnya digantung daripada menyertai pertandingan di anjuran UEFA selama 6 musim. Joe Fagan meletak jawatan selepas insiden ini

Kenny Dalglish

Kenny Dalglish Juga Berjaya sebagai Pengurus Di Liverpool
     Kenny Dalglish Juga Berjaya sebagai Pengurus Di Liverpool. Dalam tahun 1985, Kenny Dalglish dilantik menjadi Pengurus Liverpool. Ketika itu beliau masih aktif sebagai pemain kesebelasan utama. Dalam musim pertama beliau, Liverpool mengalahkan musuh ketat Everton 3 -1 dalam perlawanan akhir Piala F.A. dan muncul juara Liga. Musim berikutnya, Kenny Dalglish hampir berjaya mengulangi kejayaan musim pertamanya apabila sekali lagi mengalahkan Everton dalam perlawanan akhir Piala F.A. Tetapi kejayaan Piala F.A. dihantui oleh Tragedi Hillsborough. Liverpool juga akan muncul juara Liga sekiranya seri dengan Arsenal dalam perlawanan akhir Liga di Anfield. Harapan penyokong Liverpool hancur apabila Michael Thomas menjaringkan gol Arsenal dalam minit-minit terakhir perlawanan. Liverpool dan Arsenal mempunyai bilangan mata dan perbezaan gol sama banyak, tetapi Arsenal ditabalkan menjadi juara kerana menjaringkan lebih banyak gol. Michael Thomas kemudiannya berpindah ke Liverpool. Pada 22 Februari 1991, selepas separuh musim dijalankan, Kenny Dalglish mengumumkan hendak meletakkan jawatan pengurus Liverpool dengan alasan tidak lagi berupaya menanggung tekanan sebagai pengurus. Beliau digantikan sementara oleh Ronnie Moran dan beberapa minggu kemudian, Graeme Souness dipilih sebagai pengurus.

Tragedi Hillsborough

Memorial Memperingati 96 Penyokong Liverpool Yang Terkorban Di Hillsborough.
     Memorial Memperingati 96 Penyokong Liverpool Yang Terkorban Di Hillsborough. Tragedi Hillsborough ini merupakan satu tamparan hebat kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 1986. Beratus-ratus penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough. 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporn Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi. Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield. Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough

Graeme Souness - Bermulanya Kemelesetan Liverpool

Kajian akan menunjukkan bahawa kemelesetan Liverpool bermula apabila Graeme Souness dilantik menjadi Pengurus. Walaupun beliau berjaya memenangi satu kejuaraan Piala F.A., pengurusan beliau dianggap sebagai zaman meleset dan mulanya kejatuhan Liverpool sebagai pasukan yang menguasai bola sepak Inggeris, dan digantikan oleh Manchester United di bawah pimpinan Alex Ferguson. musim 1991/92 dan 92/93, Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 sebanyak 2 kali dalam Liga Perdana dan tidak memberikan cabaran langsung kepada pasukan-pesukan yang mencabar untuk kejauraan tersebut.Musim 1993/94 menyaksikan Liverpool terus merosot dengan kemuncaknya Graeme SounessBristol City dalam pusingan awal Piala FA.Pada musim 1991/92 LIverpool menjuarai piala F.A. setelah mengalahkan pasukan Sunderland 2-0 hasil jaringan Thomass dan Rush.itulah sahaja sumbangan bermakna Souness untuk Liverpool. terpaksa meletakkan jawatan apabila Liverpool ditewaskan oleh
Penganalisis mengatakan bahawa Graeme Souness telah mengenepikan ataupun melepaskan pemain-pemain utama dan membawa masuk pemain-pemain yang kurang menyerlah. Antara pemain yang dilepaskan oleh Graeme Souness adalah Steve McMahon yang dijual kepada Manchester CityGraeme Souness tidak mencari pemain ganti yang sama kaliber dengan Steve McMahon, dan kesannya, keupayaan pasukan secara keseluruhannya terjejas. apda usia 30 tahun, walaupun beliau boleh terus menyumbang untuk 2 atau 3 tahun lagi. Malangnya,
Penggunaan taktik yang tidak mantap, kesilapan mengendalikan perpindahan masuk pemain dan pengurusan manusia yang kurang baik membawa kesan negatif kepada Liverpool dan meluncurkan kemelesetan pasukan yang pernah menjadi pasukan agung di Eropah. Desas-desus mengenai pertelegahan di dalam bilik persalinan begitu banyak sekali, sehingga Ian Rush menyatakan kepada penemuramah Sky Sports bahawa "cawan teh berterbangan" tidak menjadi perkara baru. Greame Souness menuduh pemain- pemain senior tidak bersemangat dan memberikan peluang kepada pemain-pemain muda seperti Steve McManaman.

Roy Evans

Roy Evans dilantik menggantikan Greame Souness pada pertengahan musim 1993/94 dan sekadar mampu meletakkan Liverpool di tempat ke-8. Tetapi Roy Evans tidak dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Walaupun kedudukan liga diperbaiki, Liverpool hanya mendapat tidak dapat mencapai kedudukan lebih tinggi daripada tempat ketiga dalam tempoh 5 tahun di bawah pengurusannya.apa yang pasti Liverpool tetap di belakang Manchester United. Roy Evans menggunakan sisten 5-3-2 yang agak defensif. Kejayaan tunggal Roy Evans adalah dengan memenangi Piala Liga dalam tahun 1995 mengalahkan Bolton Wanderers. Semasa beliau menjadi pengurus, Liverpool tewas 1-0 kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala F.A. pada musim 1995/96.walaupun mempunyai penyerang hebat seperti Ian Rush,Robbie Fowler,Stan Collymore mahupun Michael Owen serta dibantu oleh midfield yang berbakat seperti Steve McManaman,Jamie Redknapp ataupun John Barnes namun sistem pertahanan Evans adalah goyah dan tidak konsisten.seringlali keputusan perlawanan berakhir mengecewakan.

Gerard Houllier

Gerard Houllier dilantik menjadi pengurus bersama dalam tahun 1998-1989, tetapi perkongsian tersebut gagal. Roy Evans akhirnya melepaskan jawatan Pengurus Liverpool separuh jalan musim tersebut.
Tahun 2001 merupakan musim paling berjaya buat Liverpool sejak peninggalan Kenny Dalglish. Pemain-pemain muda seperti Michael Owen, Robbie Fowler dan Steven GerrardSami Hyypia dan Liverpool mengakhiri musim tersebut di tempat kedua, dan melaykkan diri untuk pertandingan Liga Juara-Juara. Liverpool juga berjaya memenangi tiga kejuaraan tahun tersebut, iaitu kejuaraan Piala Liga, Piala F.A. dan Piala UEFA. Liverpool juga menang Community Shield and European Super Cup. Liverpool menag lagi Piala Liga dalam tahun 2003, tetapi Liverpool tidak dapat bersaing dengan juara Liga. Pada tahun itu, Liverpool ketinggalan 30 mata berbanding Arsenal, juara Liga tahun tersebut. Desakan penonton yang semakin resah memaksa Gerard Houllier melepaskan jawatan pengurus. digandingkan dengan pemain berpengalaman seperti
Gerard Houllier disalahkan kerana membelanjakan wang yang banyak membeli pemain-pemain yang tidak dapat beraksi dengan baik di Liga Perdana. Antaranya adalah pembelian Salif Diao dan El-Hadji Diouf, Bruno Cheyrou. Gerard Houllier berjaya membeli Djibril Cisse dari Auxerre tetapi tidak dapat bekerjas bersama Djibril Cisse kerana beliau meletak jawatan sebelum Djibril Cisse melaporkan diri di Liverpool. Liverpool sebenarnya masih gagal mencapai matlamat asal iaitu merajai Liga Inggeris.

Rafael Benítez

Rafael Benítez mengambil alih jawatan pengurus Liverpool, tetapi dalam tahun pertama beliau menjadi pengurus, Liverpool hanya berupaya menduduki tempat kelima. Liverpool tewas dalam pertandingan akhir Piala Liga apabila ditewaskan oleh Chelsea F.C. Jika tidak kerana gol sendiri Steven Gerrard Liverpool sepatutnya telah menjuarai Piala Liga kali ke 8 yang mana sebelumnya mendahului 1-0 sehingga minit ke-80.liverpool juga terkeluar daripada pertandingan Piala F.A. apabila tewas kepada Burnley hasil jaringan gol sendiri oleh Djimi Traore. Hanya kemaraan dalam Liga Juara Eropah memberikan semangat kepada penyokong Liverpool.
Tetapi musim berakhir dengan gemilang untuk Liverpool apabila memenangi pertandingan akhir Piala Eropah walaupun Liverpool ketinggalan 3-0 dalam perlawanan menentang A.C. Milan. Liverpool menunjukkan permainan yang hambar semasa sepruh masa pertama dan Kaka bermain baik untuk A.C. Milan. Rafael Benítez melakukan pertukaran dengan memasukkan Dietmar HamannDietmar Hamann mengekang pergerakan KakaJerzy Dudek menjadi wira apabila berjaya menahan sepak penalti Andriy Shevchenko A.C. Milan. Rafael Benítez mengenalpasti ketiadaan konsistensi sebagai punca Liverpool tidak dapat menyaingi Chelsea F.C., Manchester United dan Arsenal. Tambahan pula liverpool mengakhiri musim satu tangga di bawah Everton F.C. yang menduduki tempat keempat. Dalam tahun 2005-06, Liverpool mengumpul 82 mata, jumlah mata paling tinggi dikumpul oleh Liverpool sejak permulaan Liga Perdana. Liverpool juga menang Piala F.A. selepas menewaskan West Ham juga dengan sepakan penalti. dalam separuh masa kedua, dan kejayaan membolehkan Liverpool melawan balik dan menjaringkan 3 gol, menjadikan kedudukan 3-3. perlawan berakhir dengan sepakan penalti, dan
Tahun 2006-07 menyaksikan Liverpool kembali berjaya ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah dan sekali lagi menentang AC Milan yang berjaya ke pusingan akhir setelah membenam Manchester United dengan argregat 5-3. AC Milan dijangka akan cuba untuk membalas dendam kekalahan mereka 2 tahun lalu, yang menyaksi Liverpool memenangi Piala Eropah di malam perlawanan paling hebat di dalam sejarah Piala Eropah. Final Piala Juara Juara Eropah yang berlangsung di Athen itu dimenangi oleh pasukan A.C milan dengan jaringan 2-1. Kedua dua gol Ac Milan dijaringkan oleh Fillipo Inzaghi dan Dirk Kuyt menjaringkan satu gol untuk Liverpool

 

Stadium Anfield

  Stadium Anfield, Stadium Keramat Penyokong-penyokong Liverpool. Dibina tahun 1884 dan asalnya digunakan Everton F.C. tetapi dikosongkan oleh kelab itu kerana bertelingkah kadar sewaan. Kapasiti penonton Anfield ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA.

The Kop
Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina dan diberikan nama Spion Kop, mengambil sempena bukit di Natal, Afrika Selatan, yang menjadi medan pertempuran Perang Boer Kedua. Di pertempuran itu, lebih 300 orang anggota Tentera British daripada Rejimen Lancashire gugur, kebanyakannya berasal dari Liverpool. Pada kemuncaknya, The Kop pernah menempatkan 28,000 orang penonton. Selepas Tragedi Hillsborough, peraturan baru mensyaratkan The Kop ditukar menjadi teres tempat duduk. Kapasiti penonton sekarang adalah 12,409.
Main Stand
Dibina semula dalam tahun 1973 dan boleh menempatkan 12,277 orang penonton.
Centenary Stand
Dikenali sebagai Kemlyn Road Stand. Dibina semula sebagai sambutan ulangtahun 100 tahun Liverpool F.C. kapasiti penonton adalah 11,762 orang.
Anfield Road Stand
Dibina semula tahun 1998, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.

Pembinaan Stadium Baru

Pada 30 Julai 2004, Majlis Bandaraya Liverpool memberikan kebenaran perancangan untuk pembinaan sebuah stadium baru di Stanley Park, berhampiran Anfield. Walaupun kerajaan Britain dan juga North West Development Authority telah mencadangkan supaya Liverpool F.C, berkongsi padang dengan Everton F.C., cadangan itu tidak diterima oleh Lembaga Pengarah Liverpool, Walaupun Everton F.C. sanggup berkongsi padang. Pada akhir bulan Januari 2005, cadangan berkongsi padang terkubur selama-lamanya.
Walaupun Liverpool merancang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tahun 2005 supaya stadium baru dapat digunakan dalam tahun 2007, Liverpool menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan untuk pembinaan. Liverpool kini mencari pelabur untuk membiayai pembinaan stadium baru itu, yang dianggarkan akan melibatkan kos £160 juta. Kegagalan Liverpool menjanakan pembiayaan dalaman ataupun untuk mendapatkan pembiayaan luar menyebabkan beberapa pihak menggesakan Rick Parry, Ketua Eksekutif Liverpool untuk meletakkan jawatan.
Jika stadium baru ini dibina, Anfield sedia ada akan dirobohkan dan akan dibangunkan semula dengan pembangunan bercampur mengandungi apartmen, café, pub, restoran dan sebuah hotel.

Melwood

Melwood adalah pusat latihan untuk pemain-pemain Liverpool dan tiada kaitan dengan The Academy, yang terletak di Kirkby. Melwood terletak di kawasan West Derby dan sudah digunakan sebagai pusat latihan Liverpool sejak tahun 1950-an lagi.
Padang pusat latihan ini dahulunya milik sekolah St. Francis Xavier, sebuah sekolah tempatan. Dua orang guru sekolah tersebut, Father Melling dan Father Woodlock menghabiskan masa luang mereka mengajar budak-budak bermain bola. Untuk memperingati mereka, nama Melwood diberikan dengan menggabungkan nama mereka berdua.
Pada tahun 1959, Melwood di dalam keadaan tidak terjaga. Bill Shankly menukarkan tempat tersebut menjadi satu pusat latihan yang moden dan tiada tandingannya. Dalam tahun 2001, Liverpool membangunkan Millennium Pavilion, satu kemudahan moden untuk kegunaan pemain dan jurulatih. satu kawasan tertutup disediakan untuk penonton jemputan. Kebiasaannya laihan bermula jam 9.00 pagi dan melibatkan sesi pagi dan sesi petang.

 

Budaya Kelab Dan Warna Kelab

 
 Warna yang digunakan untuk Kelab Liverpool adalah warna Merah. Jersi Liverpool adalah serba merah, hasil legasi yang ditinggalkan oleh Bill Shankly. Warna asal jersi Liverpool adalah warna biru dan putih. Dalam tahun 1901, warna ini ditukar kepada merah dan putih.
Pilihan warna merah dan putih kekal sehingga tahun 1964, bila mana Bill Shankly menukarkannya kepada warna serba merah. Beliau mengatakan jersi warna merah menggerunkan pihak lawan. (dari kisah Ron Yeats) [5] Pertama kali jersi serba merah digunakan, Liverpool menewaskan Anderlecht 3-0.
Untuk tahun 2006, warna jersi Liverpool kekal warna serba merah tetapi dengan sedikit piping warna putih. Warna jersi kedua untuk permainan-permainan Piala Eropah adalah warna putih dengan warna hijau di bahagian bahu sebelah kanan.

 

Kejayaan Kelab Liverpool

 
Lencana Khas Diberikan UEFA Kepada Liverpool
Kejuaraan Liga sebanyak 18 kali oleh Liverpool adalah satu rekod untuk kelab-kelab bola sepak Inggeris. Hanya musuh ketat Manchester United paling hampir dengan kejayaan ini, dengan 15 kejuaraan. Liverpool juga mencapai kejayaan "Double" dalam tahun 1986 dengan memenangi kejuaraan Liga dan juga and Piala F.A. dan 2 kali kejayaan "Trebles", kali pertama dalam tahun 1984 apabila Liverpool memenang sebagai Juara Liga, Piala Liga dan Piala Eropah dan kali kedua dalam tahun 2001 apabila Liverpool berjaya memenangi Piala F.A., Piala Liga dan juga Piala UEFA. Dalam tahun yang sama Liverpool juga menang Piala Sumbangsih (Charity Shield) dan European Super Cup, menjadikan 5 kejuaraan dalam satu tahun.
Kejuaraan 5 kali Liga Juara-Juara UEFA adalah satu rekod untuk kelab Inggeris, dan Hanya Real Madrid dan AC Milan sahaja yang memenangi lebih banyak kejauraan Liga Juara-Juara UEFA dariapda Liverpool. Kejayaan Liverpool menang Piala Liga Juara-Juara UEFA kali ke-5 membolehkan Liverpool menyimpan terus piala tersebut. Piala itu kini dipamerkan di Muzium Liverpool F.C. di Anfield. Liverpool juga diberikan anugerah lencana khas oleh UEFA sebagai tanda hormat kepada Liverpool kerana menjuarai Piala Eropah. Lencana ini hanya diberikan kepada tiga kelab sahaja, iaitu Real Madrid dan AC Milan, selain Liverpool. lencana itu akan dipakai di lengan baju dan tidak akan ditanggalkan, selagi mana Liverpool wujud.


REKOD PERMAINAN DAN PRESTASI DALAM LIGA PREMIER

Musim
Kedudukan
Bermain
Menang
Seri
Kalah
Jaringan Gol
Gol Bolos
Perbezaan Gol
Kutipan Mata
2005–2006
3
38
25
7
6
57
25
32
82
2004–2005
5
38
17
7
14
52
41
11
58
2003–2004
4
38
16
12
10
55
37
18
60
2002–2003
5
38
18
10
10
61
41
20
64
2001–2002
2
38
24
8
6
67
30
37
80
2000–2001
3
38
20
9
9
71
39
32
69
1999–2000
4
38
19
10
9
51
30
21
67
1998–1999
7
38
15
9
14
68
49
19
54
1997–1998
3
38
18
11
9
68
42
26
65
1996–1997
4
38
19
11
8
62
37
25
68
1995–1996
3
38
20
11
7
70
34
36
71
1994–1995
4
42
21
11
10
65
37
28
74
1993–1994
8
42
17
9
16
59
49
4
60
1992–1993
6
42
16
11
15
62
55
7
59
click ads for your tq



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...