Want to know more, please click

Followers

Pages

Saturday, March 19, 2011

kedai gunting rambut


KELAINAN DALAM PERNIAGAAN KAMI

  1. Diskaun
v  Diskaun kepada pemegang kad diskaun
v  Diskaun kepada pelajar (tunjukkan kad matrik

  1. Perkhidmatan free
v  Perkhidmatan percuma seperti cukur,celak, dan urut

  1. Tukang gunting berkemahiran
v  Tukang gunting yang menggunting rambut mempunyai kemahiran yang tinggi(mempunyai diploma politeknik) dalam bidang fesyen, rambut dan berupaya memberikan fesyen yang terbaik

  1. Layanan mesra
v  Kami memberikan layanan mesra kepada pelanggan kami agar mereka terus menjadi pelanggan yang setia kepada perniagaan kami.

  1. Fesyen terkini
v  Fesyen rambut yang dipaparkan pada papan promosi adalah mengikut fesyen terkini.
v  Kami mampu memberi nasihat kepada para pelanggan tentang fesyen yang sesuai dengan penampilan para pelnggan.

  1. Radio dan televisyen
v  Membuka radio dan televisyen untuk menghiburkan para pelanggan dan mengelakkan pelanggan bosan untuk menunggu giliran.

  1. Aircon
v  Untuk keselesaan para pelanggan.

  1. Sambil tunggu pelanggan boleh berkaraoke
v  Untuk memastikan pelanggan tidak bosan untuk menunggu giliran, kami menyediakan sebuah bilik untuk mereka berkaraoke semasa menunngu giliran mereka.

  1. Pakej
v  Pelanggan yang datang secara berkumpulan seramai 5 orang akan menikmati diskaun yang hebat. Dimana salah seorang daripada mereka akan mendapatkan perkhidmayan menggunting rambut secara percuma.

10    Latihan gunting rambut(masa cuti minggu) - ada sijil
v  Para pelanggan yang mahu mendalami ilmu rekaan fesyen rambut dan kaedah menggunting rambut yang betul boleh mengikuti kursus yang dijalankan pada setiap hujung minggu.
v  Pelanggan yang berminat hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan hanya perlu membayar yuran pendaftaran iaitu sebanyak RM 5.00.

KEISTIMEWAAN PERNIAGAAN

Antara keistimewaan yang kami tawarkan bagi kelainan dalam perniagaan ini ialah

  1. Kami memberikan  diskaun kepada pelajar&orang awam.
·         Pemberian kad diskaun
·         Pemberian potongan diskaun berpatutan kepada pelajar yang mempunyai
Kad matriks.

  1. Kami memberi perkhidmatan percuma.
·         Perkhidmatan mencukur
·         Perkhidmatan mengurut
·         Perkhidmatan mencelak

  1. Kami menyediakan pakej kepada pelaggan.
·         Lima orang pelanggan yang datang sekali gus, seorang daipadanya kami berikan perkhidmatan percuma.

  1. Kami menyediakan media
·         Televisyen
·         Radio

  1. Persekitaran kedai kami
·         Penyediaan air-con
·         Penyediaan minuman dan makanan

  1. Kami memberikan layanan mesra kepada semua pelanggan.

  1. Perkhidmatan menggunting mengikut fesyen terkini.

  1. Kami menyediakan latihan menggunting rambut.
·         Dibuka latihan pada hari cuti minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad.
·         Kami memberi sijil yang diakui kepada pelatih yang tamat pengajian.

  1. Tukang gunting kami adalah seorang yang berkemahiran
·         Mempunyai sijil
·         Mempunyai pengalaman

  1. Kedai kami mempunyai lesen perniagaan yang disahkan.

CARA MEMPROMOSI

Kami mempromosikan perniagaan kami ialah dengan mengunakan media-media tersebut iaitu Radio, televisyen, internet dan akhbar.

  1. Radio
    • Kami menggunakan kaedah mempromosikan perniagaan dengan mengiklankan perniagaan kami diradio.
    • Saluran radio yang kami daftar untuk tujuan mempromosikan perniagaan kami ialah di Radio ERA.
    • Kami memilih kaedah pengiklanan menggunkan radio kerana ia merupakan salah satu kaedah pengiklanan yang popular masa kini.

2        Televisyen
·       Selain itu, kami juga mengiklankan perniagaan kami di televisyen dengan mendaftar iklan perniagaan kami di saluran nTv7.
·       Kami memilih media pengiklanan ini kerana dengan mengiklankan ditelevisyen, pengguna dapat melihat sendiri syarikat kami dengan jelas.

3                                Internet
·         Kami juga mengiklankan perniagaan kami dengan menggunakan pengiklanan di internet.
·         Kami juga memilih kaedah ini kerana pada masa ini masyarakat lebih suka melayari internet untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat.
·         Laman web perniagaan kami ialah www.smartguyhairsaloon.com.my

4        Akbar
·         Selain itu, kami juga mengiklankan perniagaan kami di akhbar.
·         Akhbar yang kami daftarkann untuk tujuan pengiklanan kami adalah akhbar Harian Metro
·          Ia merupakan salah atu kaedah promosi yang berkesan dimana dengan menggunakan media ini maklumat tentang perniagaan kami dapat disebarkan dengan lebih cepat dan meluas.

CAMPURAN PEMASARAN

Dalam pemasaran, aktiviti utama yang perlu dilakukan dapat dibahagikan kepada mengikut konsep 4 P iaitu

  1. Product (produk)
  2. Price (harga)
  3. Promotion (promosi)
  4. Place (tempat)

1.Product (produk)

Kami memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah perkhidmatan menggunting. Oleh itu kami tidak menyediakan atau membuat produk untuk membuka perniagaan kami.

2.Price (harga)

Harga perkhidmatan yang kami tawarkan adalah berpatutan. Hal ini kami tentukan berdasarkan kumpulan sasaran pelanggan kami iaitu golongan pelajar. Maka kami tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi supaya dapat menarik minat pelanggan datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Selain itu, kami juga memberikan harga istimewa kapada pelajar. Harga istimewa ini atau pemberian potongan harga diberikan jika pelajar tersebut mempunyai kad matrik pelajar.


3.Promotion (promosi)

Antara kaedah promosi yang kami lakukan untuk menarik minat pelanggan datang ke kedai kami adalah pemberian kad diskaun. Kad diskaun yang kami tawarkan mempunyai keistimewaan. Antaranya ialah kad diskaun ini diberikan kepada setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami. Pelanggan diberikan diskaun sebanyak 20% daripada harga seiap perkhidmatan yang kami tawarkan. Selain itu, pemberian diskaun juga diberikan kepada golongan pelajar yang mempunyai kad matrik. Pelajar yang inginkan potongan diskaun daripada harga perkhidmatan kami perlu menunjukkan kad matrik.

3.Place (tempat)

Kami memilih kedudukan yang berhampiran dengan kampus UTM. Pemilihan tempat kedudukan perniagaan ini adalah berdasarkan beberapa perkara utama. Antaranya kawasan yang sesuai bagi menjamin kehadiran sasaran pelanggan yang ramai. Hal ini bertepatan dengan konsep perniagaan kami yang mahukan pelanggan yang ramai hadir kekedai kami setiap hari. Selain itu, kedudukan kedai kami yang menjadi laluan pelajar. Setiap hari pelajar berulang alik dari persekitaran kedai kami ke tempat pengajian mereka. Dengan ini, pelajar akan dapat mengenali penempatan kedai kami kerana mereka mahukan perkhidmatan yang kami sediakan.

PERANCANGAN

Perancangan Lokasi

            Pemilihan lokasi pengeluaran adalah penting dan melibatkan kos yang tinggi. Pihak pengurusan perlu menentukan kapasiti dan lokasi sesuatu kemudahan fizikal dalam sesuatu operasi untuk memaksimumkan keuntungan atau meminimakan kos.

Pembuatan keputusan tentang lokasi kemudahan adalah amat rumit kerana sentiasa melibatkan penilaian ke atas faktor-faktor yang tidak dapat diukur dengan jitu.Terdapat beberapa opsyen lokasi yang boleh di ambil kira iaitu
  1. memperluaskan kemudahan sedia ada
  2. mengadakan kemudahan dilokasi baru pada masa yang, sama kekalkan kemudahan dilokasi sedia ada.
  3. pindah ke lokasi baru.

Dalam proses pembuatan keputusan tentang lokasi kemudahan, faktor-faktor penting yang berikut perlu dipertimbangkan:-
  1. Ciri-ciri sosial seperti pendapatan penduduk persekitaran dan kebajikan sosial
  2. Jarak lokasi kemudahan dengan pasaran sasaran. Faktor ini adalah amat kritikal khususnya untuk perniagaan yang berbentuk perkhidmatan.
  3. kemudahan untuk mendapatkan bekalan input seperti buruh, air dan elektrik.
  4. Kos utiliti seperti air, elektrik, gas dan telefon kos pembinaan, kemudahan fizikal serta  pelbagai jenis cukai yang perlu dibayar.
  5. kestabilan politik serta undang-undang kerajaan berkenaan dengan pemilikan harta, pencemaran alam perseki  taran dan insentif  perniagaan yang disediakan.  
  6. click ads for your tq
     


    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...