Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, October 26, 2012

PENGENALAN KERJA-KERJA BATA p2


7.0       PROSEDUR KERJA BATA DAN GERBANG

7.1       Langkah-langkah membina tembok dalam ikatan Inggeris.

Langkah 1

  • Membuat bancuhan mortar iaitu bahan pelekat yang digunakan untuk mengikat bata.

Mortar dihasilkan dengan membancuh simen atau kapur, pasir dan air. Bahan-bahan yang digunakan dan cara membancuhnya akan mempengaruhi kekuatan dan kekalan mortar dan seterusnya mentukan kekuatan tembok yang dibina. Nisbah bancuhan yang sesuai untuk mengikat kerja bata kejuruteraan ialah 1:3 (simen:pasir) manakala untuk mengikat bata biasa dan melepa, nisbah bancuhan yang sesuai ialah 1:4.
 
Dalam kerja amali ini, mortar yang digunakan ialah mortar kapur. Terdapat beberapa jenis mortar kapur, di antaranya ialah mortat kapur bukan hidraulik dan mortar kapur hidraulik. Mortar kapur bukan hidraulik menggunakan kapur tulen untuk membancuhnya. Kapur ini mestilah ditindak air (slaking) sebelum boleh digunakan. Mortar ini cuma dapat mengeras dalam udara (kehadiran karbon dioksida). Nisbah bancuhannya hendaklah sekurang-kurangnya 1:4 (kapur:pasir). Mortar ini tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja yang di bawah aras bumi iaitu kerja dalam tanah terutamanya tanah yang berair. Mortar kapur hidraulik dihasilkan dengan membancuh pasir dengan kapur hidraulik. Mortar ini bersifat mengeras cepat dan mestilah digunakan dalam satu jam selepas dibancuh. Nisbah bancuhannya yang biasa ialah 1:3. Ia merupakan mortar yang serbaguna khasnya untuk binaan dalam tanah. Ia mungkin menyebabkan peroi kerana kehadiran garam di dalamnya.

Langkah 2
  • Bagi memulakan kerja bata, mortar diletakkan di bahagian permukaan lantai atau pada permukaan lapisan pertama bata mengikut teknik yang betul. Kepala bata diletakkan mortar dengan menggunakan sudip bata.

Langkah 3
  • Alat aras spirit digunakan untuk menentukan kedudukan bata yang diterap berada dalam keadaan yang betul dan rata. Ia juga dapat digunakan alat bagi mendapatkan ketegakan dan juga kelurusan dinding.

  • Pada lapisan pertama (kedudukan tegak) bata penutup setengah digunakan manakala pada lapisan kedua (kedudukan melintang) bata penutup setengah digunakan.

Terdapat beberapa jenis keratan bata selain bata penutup setengah iaitu bata setengah, bata tiga suku, bata kerat serong dan bata penutup tiga suku. Selain daripada menggunakan alat pemotong bata berkuasa elektrik, penukul dan bantalan bata boleh digunakan untuk memotong bata dan memecahkan  bahagian dinding bata secara manual.
 
Langkah 4
  • Langkah mengikat bata diteruskan sehingga 3 lapisan. Setelah selesai kerja mengikat bata pada setiap lapisan, mortar diratakan dan lebihan tersebut dibuang. Lebihan mortar di tepi dinding bata juga dibuang setelah bata diterap.

Langkah 5
  • Setelah ketiga-tiga lapisan siap, kerja kemas ikat dilakukan. Kerja kemas ikat jenis separuh bulatan digunakan untuk memberikan pandangan yang lebih seragam kepada bata yang kurang bermutu. Jenis sambungan ini biasanya berbentuk separuh bulat. Sambungan bata diratakan terlebih dahulu semasa mengikat bata. Sebelum mortar dalam sambungan ini mengeras, ia ditekan menggunakan alat pengikat kemas bersama pembaris pelurus untuk mendapat kemasan pada sambungan mendatar.

Untuk bata yang diikat bagi tujuan kecantikan dan permukaannya tidak dilepa, kerja kemas ikat dilakukan untuk memberikan tambahan cantikan pada temboknya dan secara tidak langsung akan menahan dinding atau tembok berkenaan dari hujan dan panas. Terdapat pelbagai rupa bentuk kemas ikat yang dibuat semasa kerja akhiran mengikat atau menerap bata, antara lain ialah kemas ikat condong, kemas ikat rata dan kemas ikat terbenam.

7.2       Langkah-langkah  membina gerbang

Secara am, pembinaan gerbang hendaklah dilakukan mengikut proses yang berikut :

  1. Mendirikan tiang atau tembok sehingga aras garisan tumpuan gerbang.

  1. Mendirikan atau memasang pacak tambatan dengan tegak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah sebagai panduan untuk mendapatkan kelurusan gerbang.
 
  1. Membina pemusat mengikut bentuk intrados gerbang dan dimensi rentang bukaan.
  2. Memasang pemusat. Pemusat hendaklah ditempatkan di atas tiang dan didatarkan dengan alas an baji lipat. Kedudukan pemusat hendaklah 10 mm ke dalam muka tembok supaya tidak mengganggu kerja meluruskan butir-butir bata semasa membina gerbang.
  3. Menerapkan butir-butir bata secara serentak dari kedua-dua titik tumpuan gerbangnya. Mortar simen adalah bahan pengikat yang lazim digunakan. Bancuhan mortar simen dengan nisbah 1: 4 adalah memuaskan. Jika perekatan mortar tidak cukup, sedikit kapur boleh ditambah. Kelurusannya hendaklah dikawal berpandukan benang yang dipasang dengan blok penjuru pada pacak tambatan.
  4. Membuat kemas ikat pada sambungannya. Mortar kompo adalah sesuai digunakan untuk kerja ini. Kadangkala pewarna juga dibancuhkan untuk mendapatkan warna sambungan yang dikehendaki.
  5. Menanggalkan pemusat. Sebagai langkah keselamatan, pemusat patut dilonggarkan dua hari sebelum ditanggalkan dan juga sebelum kerja bata dibina di bahagian atas gerbang supaya butir bata dapat menekan sambungan mortar dalam gerbang tersebut. Jangka masa untuk menanggalkan pemusat adalah bergantung kepada saiz gerbang dan kemahiran pekerja. Jangka masa ini berubah dari satu hingga enam minggu.

 credit to :
MOHD KAMIL BIN MAT DERIS                     
HASNISHAM KHALIP                                
AZIZAH BT BESAR                                                 
MUSTAFA ZAKARIA                                
MOHAZIL BIN MOHAMED                      
MOHD NIZAM BIN SUBANI                    
NUR AKHMAR BTE MOHD AZHAR     
Click ads for your tq or like.

2 comments:

  1. Nak tanya mengenai batu bata.. selalunya yang murah untuk pembinaan batu apa yer? Contoh nak buat stor. Cara jualan mcm mana? 1 palet berapa harga. boleh ke beli 200 biji ke. Then yang plastik biru tu selalu kedai hardware panggil apa?

    ReplyDelete
  2. beli batu simen je. boleh. pasal harga kene tanya kedai sbb bergantung pd kedai. kapur.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...