Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, March 8, 2011

Masa depan sains sosial


-          Masa depan sains sosial, khususnya di Malaysia, sememangnya ada, jadi ketiadaan masa depan sains sosial tidak perlu dipersoalkan
-          Ilmu sosial dan kemanusiaan, dengan teori-teori, konsep-konsep dan saranan-saranan yang dihasilkan melalui pemikiran kritis, objektif, sistematik dan saintifik yang selama ini memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat Malaysia masih mampu di masa hadapan untuk menwujudkan kesedaran dan menajamkan penelitian tentang peri pentingnya, mengikut pandangan Sharifah Zaleha Syed Hassan (2001), kesimbangan antara pembangunan kebendaan, sosial dan rohaniah demi menangani impak dari pembangunan yang akan terus pesat berlaku pada ketika itu
-          Di Malaysia, pihak kerajaan, pihak politik, pihak swasta, para akademik dan penyelidik dari universiti dan bukan universiti, NGOs, dan masyarakat awam, contohnya yang memperolehi pendidikan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, memang akan terus memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan perkembangan sains sosial di masa hadapan  
-          Ilmu sosial dan kemanusiaan di samping tenaga yang terlatih dalam kedua bidang itu masih, malah lebih diperlukan di masa hadapan untuk memahami, mengkaji dan menerangkan dilema, masalah dan isu-isu yang timbul akibat arus pembangunan yang mungkin akan menjadi semakin pesat pada ketika itu

-          Perkembangan sains sosial masa hadapan besar kemungkinan akan memperlihatkan garis pemisah yang semakin pudar di antara displin-displin sains sosial, dan juga di antara displin sains sosial dengan sains tulen – “fungsi interaktif” di antara displin sains sosial dan sains tulen (Ramasamy 2001)
o   Perkembangan dan pemantapan sains tulin dari segi iktisas dan ilmiah tidak mungkin dicapai tanpa pembangunan dalam bidang psikologi, sosiologi dan sejarah, lebih-lebih lagi di masa depan
o   Tanpa menghayati sejarah, interaksi sosial norma-norma sosial, nilai, norma penyelidikan, dsb, sukar untuk sains tulen mengalami perkembangan
o   Tanpa memanfaatkan maklumat dan pencapaian dari sains tulen, sukar bagi sains sosial menjadi satu displin yang bersifat saintifik
o   Jadi, kedua-dua displin di masa depan tidak boleh lagi diteliti secara berasingan tapi sebaliknya, seboleh-bolehnya diintegrasikan
o   Oleh itu, di peringkat universiti dan pusat pembelajaran di masa depan, harus dielakkan pembahagian dan pengasingan formal
o   Lagipun, di peringkat sains sosial, proses pencarian dan penubuhan ilmu semakin merangkumi pelbagai displin sains sosial – ini memperlihatkan potensi saling kebergantungan di antara displin-displin yang semakin meninggi di masa depan
-          Umumnya, corak perkembangan sains sosial masa hadapan bergantung kepada daya usaha pihak-pihak berkenaan mengkonstruksi, mengajar, menyebarkan, ataupun dalam pendapat Shamsul Amri Baharuddin (1992) membirokrasikan, ilmu pengetahuan sains sosial, melalui cara-cara berikut:

a)      Perkembangan yang harus ataupun boleh berasaskan lebih kepada pemikiran teoritis dan minda spekulatif dari minda empiris (H.M. Dahlan dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan 1992: 65-83, Khoo 1995, Abdul Rahman Embong 1995) – Penekanan yang lebih bukan sahaja pada ontologi dan metodologi dalam pemahaman tentang perkembangan ilmu pengetahuan sains sosial malah juga pada epistemologinya, begitu juga dengan peningkatan usaha pemahaman dan pengkajian ilmu pengetahuan sains sosial bukan sahaja dari segi empiris tetapi juga dari segi rasionalis dan teoritis

b)      Perkembangan samada melalui fokus pada displin atau kajian setempat (discipline versus area studies) –
- fokus pada displin dengan melihat isu-isu sains sosial mengikut displin-displin seperti sosiologi, antropologi, sains politik, psikologi dan sebagainya, guna teori-teori dan konsep-konsep yang berkenaan dengan displin yang difokuskan
- fokus pada area studies dengan melihat isu-isu sains sosial mengikut kawasan-kawasan geografi  tertentu (particular areas), katakan Asia Tenggara (Southeast Asian Studies) – pendekatan inter-disciplinary digunakan, kawasan yang ditentukan dikatakan mempunyai ciri-ciri dan sejarah tertentu, dan kedinamikan dalaman yang khusus kepada kawasan itu dan boleh dikaji dengan menggunakan semua pendekatan dari pelbagai displin sains sosial yang dianggap sesuai – semata-mata untuk memahami ilmu pengetahuan pribumi yang ada di kawasan itu tanpa membuat perbandingan dengan kawasan lain

c)      Melalui pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial mengikut displin atau area studies sains sosial samada di peringkat prasiswazah atau pasca siswazah (undergraduate versus post graduate studies)
 kalau pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial mengikut area studies menjadi pilihan, maka area studies tentang sains sosial itu boleh ditawarkan di peringkat pra-siswazah dan pasca siswazah melalui jabatan yang ditubuhkan khas untuk area studies yang berkenaan (cth Southeast Asian Department di School of Oriental and African Studies/SOAS di London), biasanya dalam fakulti sains sosial atau kemanusiaan – cara ini ada keburukannya, iaitu orang yang mempunyai latarbelakang dalam sains sosial atau kemanusiaan sahaja yang layak, orang dengan latarbelakang sains tulen tidak akan diberi peluang
– tetapi kalau sains sosial diajar dan dikaji mengikut displin, maka ia boleh juga ditawarkan di peringkat pasca siswazah, ini bermaksud orang berlatarbelakangkan sains sosial, kemanusiaan dan sains tulen boleh menceburi displin ini di peringkat pasca siswazah

d)     Pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial di masa hadapan boleh dipertingkatkan bukan sahaja di peringkat universiti malah juga di peringkat bukan universiti –melalui institut penyelidikan yang ditubuhkan oleh kerajaan dan swasta di luar universiti-universiti untuk memenuhi matlamat tertentu, cth seperti institut yang bersifat research-oriented (LIPI di Jakarta, Institute of Southeast Asian Studies/ISEAS di Singapura, Persatuan Sains Sosial Malaysia/PSSM) dan think tanks, jadi ini bermakna di masa hadapan universiti bukan lagi dianggap tempat unggul untuk memperolehi ilmu pengetahuan sains sosial
-          Sumbangan pihak kerajaan, umpamanya, dilihat dari segi penubuhan dan perkembangan pelbagai institut penyelidikan sains sosial di Malaysia yang bertempat di Kementerian dan beberapa universiti tempatan – contoh di peringkat universiti ialah seperti Institut Tamadun dan Peradaban Melayu (ATMA) di UKM, Institute Peradaban Melayu di UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), Akademik Pengajian Melayu di UM, Asia Europe Institute di UM, contoh di peringkat kerajaan ialah Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Kementerian Sains dan Teknologi (IRPA) dan sekolah-sekolah, dan contoh di peringkat parti politik ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
-          Selain itu, ahli-ahli akademik dan penyelidik sains sosial boleh terus menyumbang kepada perkembangan kajian sains sosial melalui pelbagai program perundingan (consultancy) dan program latihan (training programmes) di pelbagai peringkat kerajaan pusat, kerajaan tempatan, di peringkat universiti dan pihak swasta
-          Seperti tenaga yang terlatih pada masa kini yang tidak lagi atau kurang menjadi pengkritik sosial, tenaga yang terlatih seperti para akademik pada masa hadapan boleh lebih menumpukan perhatian terhadap penyelidikan, pemahaman, pembelajaran dan pengajaran sains sosial yang lebih bersifat gunaan dan boleh membantu penggubalan dasar-dasar dan polisi-polisi pembanguan dan yang berasaskan kajian dan penganalisaan bersifat kuantitatif
-          Selain itu, seperti juga di masa kini, mereka mungkin akan terus dianggap sebagai generalists dan bukan specialists di masa hadapan; ini bermaksud pengkotakan atau specialisation dalam displin-displin sains sosial yang akan semakin berkurangan di masa hadapan

e)      Berkaitan dengan poin di atas, usaha boleh ditingkatkan di masa hadapan dalam kajian sains sosial yang bersifat akademik dan juga berorientasikan polisi (academic versus policy-oriented research) di kedua peringkat universiti dan bukan universiti
- Universiti mungkin tidak lagi dilihat sebagai tempat untuk menjalankan kajian akademik yang bermutu tinggi dan bersifat ilmiah, manakala tempat bukan universiti seperti institut penyelidikan kerajaan dan bukan kerajaan bukan lagi dianggap tempat menjalankan kajian bukan akademik yang tidak bermutu tinggi dan tidak bersifat ilmiah kerana untuk memenuhi matlamat tertentu (penggubalan polisi-polisi tertentu), dan juga memenuhi kepentingan pihak politik
- Di masa hadapan, usaha boleh dipergiatkan untuk menjadikan tempat bukan universiti itu sebagai tempat kajian bercorak akademik dan ilmiah dan juga untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu – usaha itu diperlihatkan melalui peningkatan kadar biayaan penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran sains sosial di kedua-dua universiti dan bukan universiti

f)       Masa depan sains sosial juga boleh ditentukan oleh peningkatan usaha menjalankan penyelidikan sains sosial asas (basic research) dan juga penyelidikan sains sosial gunaan (applied research) – Basic research ialah penyelidikan asas tentang pelbagai isu sains sosial, manakalan applied research ialah penyelidikan untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu, biasanya untuk menggubal polisi, membentuk dasar pembangunan, dsb. – universiti dan bukan universiti seperti institut penyelidikan memang memainkan peranan penting dalam usaha ini

g)      Jadi, masa depan sains sosial juga boleh ditentukan oleh kadar biayaan, oleh pihak kerajaan dan pihak swasta untuk penyelidikan, pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial, samada di peringkat universiti atau bukan universiti, di peringkat pra-siswazah atau pasca siswazah, penyelidikan yang bersifat penyelidikan asas (basic research) atau penyelidikan untuk tujuan gunaan (applied research), dan penyelidikan berorientasikan akademik atau polisi-polisi tertentu – di samping itu, biayaan untuk kajian sains sosial harus diperbanyakkan berbanding dengan kajian sains tulen

h)      Sumbangan perspektif Islam terhadap perkembangan masa depan sains sosial
-          Sumbangan perspektif Islam telahpun ada di masa dahulu dan masa kini, dan akan terus wujud, malah mungkin dipertingkatkan, di Malaysia di masa depan
-          Di peringkat universiti, sejak tahun-tahun 1960an, 1970an dan 1980an, telahpun wujud “kesedaran keislaman” di kalangan ahli intelektual dan akademik, dan sehubungan dengan itu, ada usaha untuk menerapkan tradisi ilmu Islam dalam pemahaman, pengajian dan penyelidikan sains sosial Barat di universiti-universiti berkenaan (Mohd Kamal Hassan dalam Wan Hashim & Mahayudin Hj. Yahaya 1986: 20)
-          Di UKM umpamanya, ada usaha pada tahun 1980an untuk mengadakan perdebatan di antara para akademik, khususnya dari Pusat Pengajian Umum (PPU), FSKK (bidang pengajian Melayu, Sejarah, Sosiologi dan Ekonomi) dan FSP, berkenaan dengan pertembungan dan persepaduan ide-ide Western social sciences dengan teologi Islam (iaitu ilmu KeTuhanan)
-          Di masa hadapan, perspektif Islam masih boleh menawarkan pemahaman dan pandangan Islam tentang realiti, manusia, alam, ilmu dan sejarah yang mempunyai implikasi ke atas perkembangan ilmu pengetahuan sains sosial Barat yang juga tentang realiti, manusia, alam, ilmu dan sejarah – pendeknya, perolehan ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang manusia, budaya, masyarakat, alam dan sejarah di masa depan masih tidak boleh dipisahkan dari nilai-nilai agama Islam dan ilmu perlakuan moral yang berpandukan pada ajaran Islam (ibid.)
-          Jadi, pembentukan ilmu, khususnya ilmu pengetahuan sains sosial, dari perspektif Islam di Malaysia di masa hadapan memang tidak boleh dinafikan – ilmu pengetahuan itu memang boleh menyumbang terhadap pembangunan dan peradaban masyarakat Malaysia


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...