Want to know more, please click

Followers

Pages

Sunday, March 13, 2011

KAYU – KAYAN


3.1.   Pengenalan

            Kayu  merupakan sejenis bahan yang amat sangat berguna. Ia mampu digunakan sebagai bahan binaan seperti yang digunakan untuk membuat tiang, dinding bangunan, landasan keretapi, cerocok dan sebagainya. Kayu juga mampu memperkembang sector perindustrian dengan tertubuhnya industri perabot untuk membekalkan barang isi rumah dan hiasan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas, arang, turpentine dan lain-lain lagi.

            Daripada penelitian ahli botani, mereka mendapati bahawa tumbuhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu cirri-ciri lazim yang tidak dimiliki oleh kumpulan tumbuhan-tumbuhan yang lain dan cirri-ciri lazim yang berterusan secara turun temurun. Ini telah membawa kepada konsep botani yang kedua iaitu ‘genus’. Nama botani terdiri daripada dua bahagian, yang pertama menunjukkan genus dan kedua adalah menunjukkan sepsis.




            Di Malaysia terdapat lebih daripada 2500 spesis kayu kayan yang digunakan sektor perdagangan. Untuk kegunaan perdagangan, adalah tidak praktis untuk menganggap setiap spesies sebagai satu jenis pokok yang tertentu dan khusus. Ini adalah disebabkan kayu yang digergaji adalah amat sukar dibezakan jika kayu-kayu tersebut adalah dari spesies yang mempunyai kaitan yang rapat. Sebagai contoh spesies kayu Dipterocarpus, dikelompokkan dalam nama kayu keruing, tidak kira sama ada keruing Gondol, Keruing Bulu, keruing Melempas, atau Keruing Gombang. Selain itu, kayu di Mlaysia telah memberi beberapa peringkat pengelasan kayu, antaranranya kayu keras berat, kayu keras ringan, kayu keras sederhana dan kayu lembut.


3.2.   Pengelasan Kayu
3.2.1.      Dalam Perdagangan
3.2.1.1.      Kayu dagang dikelaskan kepada dua kumpulan utama, iaitu kayu lampung (softwood) dan kayu keras (hardwood). Kayu lampung adalah daripada jenis tumbuhan berbentuk kon yang dicirikan dengan daun berbentuk jarum dan buji tanpa kulit.
3.2.1.2.      Kayu keras adalah daripada jenis tumbuhan berdaun lebar yang dan bijinya yang berkulit. Di bawah terdapat senarai jenis-jenis kayu kayan Malaysia :
No.
Nama Dagangan
Nama Vernakular
Nama Botani
1.       
Kempas
Kempas
Koompassia Malaccensis
2.       
Merawan
Merawan Jangkang
Hopea Nervosa
3.       
Merawan
Merawan Meranti
Hopea Sulcata
4.       
Keruing
Keruing Bulu
Dipteracarpus Baudil
5.       
Keruing
Keruing Gombang
Dipteracarpus Cornutus
6.       
Keruing
Keruing Gondol
Dipteracarpus Kerii
7.       
Keruing
Keruing Mempelas
Dipteracarpus Crinitus
8.       
Keruing
Keruing Sol
Dipteracarpus Lowii
9.       
Nyatoh
Nyatoh Ketiau
Guana Motleyana
10.   
Nyatoh
Nyatoh Tembaga
Palaquium Hispidum
11.   
Nyatoh
Nyatoh Tembaga
palaquium Maigayi
12.   
Nyatoh
Nyatoh  Surin
Palaquium Impressinervium
13.   
Medang
Medang
Alsoedaphane Insignis
14.   
Medang
Medang
Litsea Mangifera
15.   
Medang
Medang Tanduk
Dehasia Nigrescens

3.3.   Kumpulan Kayu
3.3.1.      Jabatan Perhutanan Malaysia telah mengelaskan kayu keras kepada tiga kumpulan berdsarkan ketumpatan dan kelasakan semulajadi kayu. Tiga kumpulan kayu ini adalah :
·         Kayu Keras Berat
·         Kayu Keras Sederhana
·         Kayu Keras Ringan
Selain itu terdapat satu jenis

3.3.2.      Kayu Keras Berat
3.1.1.1.      Kayu keras berat ialah kayu yang mempunyai ketumpatan lebih daripada 880 kg/m3 pada keadaan kering –udara, serta lasak secara semula jadi.
3.1.2.      Kayu Keras Sederhana
3.1.2.1.      Kayu keras sederhana pula ialah di antara 720 kg/m3 hingga 880 kg/m3, dimana sifat lasaknya kurang daripada kayu keras berat.
3.1.3.      Kayu Keras Ringan
3.1.3.1.      Kayu keras ringan mempunyai ketumpatan yang kurang dariapada 720 kg/m3 dan secara semulajadinya kurang lasak kecuali setelah di awet.



3.4.   Perumbuhan Kayu
·         Pertumbuhan Tinggi

Ia di lakukan oleh sel-sel khas yang terdapat di hujung pucuk pokok dan dahan-dahan. Sel-sel ini tidak menghasilkan kayu. Bagi penghasilan kayu bergantung kepada sejenis sel yang terdapat di belakang hujung pucuk. Sel-sel di luar membina lapisan kulit manis (cambium layer) yang mengelilingi pokok serta membina sel-sel kayu dan gentian. Setelah kayu terbentuk sel-sel ini tidak lagi menjadi panjang atau tinggi.

·         Pertumbuhan garisan pusat atau lilit

Pertumbuhan ini dilakukan oleh sel lapisan kulit manis yang membina kulit muda di sebelah luar dan kayu di sebelah dalam, dalam masa perpecahan sel-sel. Pertumbuhan ini berterusan selagi pokok itu hidup, kulit baru dan lapisan kayu yang baru di bina di sekeliling kayu tua. Sel-sel kulit dan kayu tidak tumbuh menjadi tinggi.

·         Makanan 

Akar-akarnya menghisap air yang mengandungi garam galian dari dalam tanah. Larutan air ini di bawa oleh gubal, yang terletak di sebelah dalam lapisan kulit kayu manis kepada daun-daun. Di sini larutan bercampur dengan kanji dan gula, yang terjadi daripada karbon dioksida dan air semasa tenaga matahari bertindak keatas bahagian hijau daun (kelorofil) yang terdapat dalam daun. Makanan ini di bawa turun ke lapisan kulit manis dan gubal yang sedang membesar melalui sel-sel khas (felem) di bahagian dalam kulit.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...