Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, March 15, 2011

APAKAH SISTEM FRANCAIS?


Sistem francais adalah suatu perjanjian perhubungan antara sebuah entiti perniagaan yang sedia ada serta telah terbukti kejayaannya dengan pendatang baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Pihak pertama ialah francaisor, pengusaha yang memulakan perniagaan dan mempunyai hak sepenuhnya ke atas perniagaan atau tanda dagang dan dia bersedia menawarkan hak perniagaannya itu kepada orang lain.
Pihak yang diberikan hak pula dipanggil francaisi. Dia diberi hak sepenuhnya untuk menggunakan nama perniagaan, jenama, logo atau tanda dagang dan kemahiran yang dimiliki oleh francaisor di satu kawasan dan dalam tempoh tertentu. Pemberian hak itu membabitkan sejumlah bayaran yang dipersetujui (yuran francais) di samping bayaran royalti serta bayaran-bayaran lain seperti yuran sumbangan penyelidikan dan pembangunan (R&D)  serta promosi.
Francaisi yang terbabit akan melaburkan modal, masa dan usahanya untuk memastikan kejayaan cawangan yang baru itu, manakala francaisor pula akan membekalkan produk bersama suatu sistem perniagaan lengkap yang terbukti kejayaannya meliputi segala aspek pengurusan, di samping sokongan yang berterusan dari segi pemasaran, promosi dan R&D.
Apabila seseorang francaisor itu menandatangani perjanjian dengan seorang francaisi :
1-Dia bertanggungjawab berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan francaisinya
2-Membina dan menyediakan sokongan sistem operasi kepada rangkaian francaisinya
3-Memberi hak kepada francaisinya untuk mendapat faedah daripada pembelian secara pukal dan sumber-sumber korporat
4-Menjalankan aktiviti R&D, promosi dan penyelidikan pemasaran yang berterusan
5-Menyediakan latihan yang berterusan kepada francaisi di samping menjaga imej dan nama baik rangkaian francais itu.
Tanggungjawab francaisi secara umumnya pula ialah membangunkan pasaran, meningkatkan penguasaan pasaran dan memaksimakan keuntungan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...