Want to know more, please click

Followers

Pages

Thursday, June 28, 2012

kebun orang sebelah

pelan
pokok yg boleh ditoreh

sebelah kanan

sebelah kiri


rumpai yg telah diracun

yg kecil boleh ditaruk baja
Click ads for your tq or like.

Wednesday, June 27, 2012

ELITE IRON BOARD p3


SINOPSIS

            Kumpulan kami merekabentuk sebuah papan seterika yang canggih bersesuaian dengan namanya iaitu elite yang membawa makna canggih. Rekaan ini amat berguna kepada semua orang untuk mempermudahan kerja-kerja menggosok pakaian. Papan seterika ini mempunyai pelbagai penambahan yang menarik untuk kemudahan pengguna masa kini.

REKA BENTUK 1

Reka bentuk pertama, terdapat ahli kumpulan kami yang membuat cadangan untuk membuat perubahan pada kaki papan seterika sahaja. Seperti yang sedia ada, papan seterika tidak boleh dilaraskan kedudukannya menyebabkan pengguna hanya boleh menggunakannya secara berdiri sahaja. Dengan adanya perubahan yang bakal kami lakukan, pengguna boleh menggunakan papan seterika ini dengan selesa. Bahagian kaki papan seterika ini akan di ubah menjadi kaki seterika yang boleh dilaras. Kakinya boleh dilaras dengan 3 aras kedudukan. Dengan ini, pengguna boleh menggunakan papan seterika ini secara berdiri dan juga duduk bagi pengguna mendapatkan kedudukan selesa. Tercetusnya idea ini adalah kerana melihat masalah yang timbul daripada pengguna-pengguna.

REKA BENTUK 2
           
            Cadangan reka bentuk yang kedua oleh salah seorang ahli kumpulan adalah papan seterika yang boleh dilipat-lipat kepada bentuk yang lebih kecil. Papan seterika masa kini terlalu panjang dan sukar untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja. dengan adanya cadangan kami ini, papan seterika dapat disimpan dengan lebih mudah walaupun di tempat yang kecil atau terhad. Ia juga akan memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.

REKA BENTUK 3
           
            Papan seterika pada masa kini memerlukan pengguna menyangkut baju atau pakaian di tempat lain. Ini akan menyusahkan pengguna dan memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja mereka. Justeru itu salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah mencipta penyangkut baju pada papan seterika bagi menyelesaikan masalah yang ada. Dengan adanya perubahan yang bakal kami lakukan pada papan seterika, pengguna tidak perlu lagi menggunakan tenaga yang banyak untuk berulang-alik dari papan seterika ke tempat menyangkut pakaian. Pengguna boleh menyangkut pakaian pada tempat khas yang akan kami ubahkan pada papan seterika tersebut. Ini akan memudahkan pengguna yang sentiasa sibuk.

REKA BENTUK 4

            Untuk papan seterika ini pula, salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah memberikan cadangan supaya menggunakan kain alas papan seterika yang mempunyai ketahanan haba yang tinggi dan mampu untuk menahan daripada  berlaku kebakaran. Untuk papan seterika yang digunakan sekarang hanya menggunakan kain biasa yang tidak tahan pada haba yang tinggi. Ini menyebabkan kebakaran sering terjadi. Dengan adanya perubahan seperti ini, kita dapat mengurangkan kadar kebakaran.

            Setelah dibawa berbincang sesama ahli kumpulan kami, kami telah menggabungkan kesemua rekabentuk tersebut untuk menghasilkan papan seterika yang lebih baik. Untuk papan seterika ini kami menggabungkan dari segi  bahagian kaki papan seterika,iaitu yang  membolehkan pengguna menggunakannya dengan selesa. Bahagian kaki papan seterika ini akan di ubah menjadi kaki seterika yang boleh dilaras. Kakinya boleh dilaras dengan 3 aras kedudukan. Dengan ini, pengguna boleh menggunakan papan seterika ini secara berdiri dan juga duduk bagi pengguna mendapatkan kedudukan selesa.
            Selain itu, bahagian menggosok papan seterika ini kami telah menggantikannya dengan cadangan salah seorang anggota kumpulan kami iaitu papan yang boleh dilipat-lipat kepada bentuk yang lebih kecil. Papan seterika masa kini terlalu panjang dan sukar untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan adanya cadangan kami ini, papan seterika dapat disimpan dengan lebih mudah walaupun di tempat yang kecil atau terhad. Ia juga akan memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.
            Kemudian kami juga telah menambah fungsi papan seterika ini dengan membuat penambahan dari segi tempat menyangkut baju atau pakaian yang dapat membantu pengguna menjimatkan tenaga dan masa.
            Alas kain yang biasa digunakan juga telah di gantikan kepada kain alas yang tahan kepada haba yang tinggi. Ini dapat mengurangkan kebakaran yang berlaku.
            Apabila kami menggabungkan kesemua cadangan-cadangan oleh anggota kumpulan kami, kami dapat menghasikan papan seterika yang boleh dilipat dan membentuk sebuah kotak yang dapat dijadikan juga tempat menyimpan seterika. Ini dapat membantu memudahkan pengguna untuk membawa kemana-mana seterika dan papan seterika tersebut.
Click ads for your tq or like.

Monday, June 25, 2012

TRANSMITTAL LETTER

March 28th, 2012

Dr. Masdinah Md Yusof
UHB 3042 Course Coordinator
D05-317
Department of Modern Languages
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor

Dear Dr. Masdinah,

I am submitting to you the recommendation report entitled “Setting up a MUNCHBURY STALL”, that you requested.

The report begins with an introduction consist of background, problem of statement, objectives and scope. The second section is describing the data between of two chocolates and biscuits based on their price, quality, life span, popularity and availability. It also includes discussion on every single category.  Then, it followed by a conclusion of a comparison between each chocolates and biscuits. The last section of the report is recommendation about the product that we decided to sale.

Since this is our first experience in venturing into a business, we enjoyed doing it very much. I representing my group member would like to take this opportunity to express my appreciation to you, for your patience and willing to help and conduct us in doing our project. I hope that you in turn would enjoy reading my report.

If you have any questions concerning to my report, please do not hesitate to contact me at 016-7422401.

Yours sincerely,

Hazril
Mohd Hazril bin Seman


Enclosure: Report
Click ads for your tq or like.

Panduan membeli-belah di gedung pakaian



            BILANGAN gedung membeli-belah pakaian telah bertambah dengan pesatnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, terdapat banyak kompleks membeli-belah, kesemuanya menyediakan gedung-gedung pakaian.

1)    Rancang lebih awal
Sekiranya anda mahu menggunakan kesempatan dari jualan murah yang ditawar gedung-gedung pakaian, rancanglah perjalanan anda sebelum keluar. Perancangan yang teliti boleh menjimatkan masa anda, mengurangkan keletihan, dan menjimatkan wang anda.

a)    Buatkan senarai
Periksa wadrob anda dan juga wadrob ahli keluarga anda. Sediakan dua senarai pakaian- satu untuk pakaian sedia ada dan satu lagi untuk pakaian yang perlu atau mahu dibeli, dengan memberi keutamaan kepada pakaian-pakaian paling penting bagi wadrob keluarga anda. Catatkan juga pada senarai anda dengan keterangan mengenai jenis-jenis pakaian – kemeja, blaus, jaket, seluar, kasut dan lain-lain, bersekali dengan pemilihan warna dan fabrik yang diperlukan.

b)    Bajet perbelanjaan anda
Sebelum membeli-belah, tentukan jumlah amaun yang boleh belanjakan, termasuk amaun diperuntukan bagi setiapa pakaian. Misalnya, anda tidak mahu membelanjakan sebahagian besar bajet anda hanya untuk membeli pakaian yang akan dipakai sekali sahaja. Laburkanlah ringgit anda yang telah diperuntukkan ini dalam membeli pakaian-pakaian simple dan klasik yang boleh dipakai sepanjang zaman. Bawalah kalkulator untuk membantu mengawal perbelanjaan anda agar tidak lari dari bajet dan juga untuk mengira harga jualan murah serta harga diskaun.

2)    Buat persediaan

a)    Bawa contoh
Sekiranya anda merancang membeli pakaian untuk dipadankan dengan pakaian yang sedia ada, pastikan anda membawa pakaian itu bersama; ataupun bawalah tali pinggang, ves, atau sedikit benang yang diambil dari bahagian yang tersembunyi dari pakaian berkenaan. Secebis sampel atau contoh fabrik boleh diambil dari bahagian lapik, basi jahit atau kelepet yang perlu disingkatkan. Lekatkan sampel atau contoh pada senarai anda menggunakan pita bergam. Masukkan sampel dan senarai ke dalam bag plastik kecil berasingan, sebelum meletakkannya ke dalam dompet anda agar mudah ditemui apabila anda memerlukannya.

b)    Ketahui saiz yang diperlukan
Sekiranya anda membeli pakaian untuk ahli keluarga anda, dan kebanyakan dari kita selalu melakukannya, catatkan senarai saiz mereka termasuk pelbagai ukuran (misalnya keliling dada, keliling pinggang, keliling punggung, kelim sebelah dalam seluar, labuh lengan). Kemaskini ukuran dari semasa ke semasa, terutama sekali bagi kanak-kanak. Bawa pita ukur bersama-sama senarai belia anda untuk menyemak ukuran bila perlu. Saiz tidak selalunya tetap dan sama antara satu label jenama dengan satu label jenama yang lain. Carta saiz yang disarankan disertakan di penghujung kenyataan ini.

c)    Pakaian untuk membeli-belah
Pastikan anda memakai pakaian dalam yang sama dengan yang anda akan pakai bersama pakaian yang anda rancang untuk membeli. Pakaian dalam mempengaruhi hasil kepadanan keseluruhan sesuatu pakaian. Pakaian yang mudah ditanggal dan disarung membantu memudahkan kerja-kerja kita apabila membeli-belah pakaian. Elakkan pakaian one-piece yang memerlukan anda menanggal atau menyarungnya melalui kepala. Memakai separates membuatkan pertukaran pakaian lebih mudah.

Pilih dengan teliti sebarang barang kemas yang akan anda pakai semasa membeli-belah. Saranan yang baik untuk mengelakkan barang kemas anda daripada hilang atau rosak, ialah dengan meninggalkannya di rumah. Beg tangan jenis bertali seperti beg sandang atau sling beg membiarkan kedua-dua tangan anda bebas untuk membelek-belek pakaian dan sebagainya. Tapi awas; jaga-jaga agar tidak diragut pencopet. Keluarkan barang-barang yang tidak perlu dari beg tangan anda, untuk meringankan beban. Kasut yang selesa dipakai sangatlah mustahak. Sekiranya kasut khas akan digunakan dengan pakaian yang hendak dibeli, bawalah bersama kasut ini untuk menilai kesesuaiannya dengan pakaian yang akan dibeli.

d)    Sebelum pergi, ketahuilah :
*     Waktu urus niaga
*     Jenis pakaian dijual
*     Adakah gedung berkenaan menerima cek peribadi, kad kredit, atau wang tunai sahaja?
*     Lokasi dan arah
*     Kemudahan bilik mencuba pakaian

e)    Beri lebih masa
Gedung-gedung popular selalunya penuh sesak dengan orang; oleh itu berikanlah lebih sedikit masa untuk beratur di kaunter juruwang bagi membuat bayaran. Sekiranya anda bergopoh-gapah semasa membeli-belah, anda mungkin terlepas pandang pada tawaran-tawaran terbaik ataupun kecacatan atau kerosakan pada pakaian.

f)     Apabila anda tiba
Cadangan yang baik ialah supaya anda terlebih dahulu berjalan sekali lalu dalam gedung berkenaan untuk mengetahui susun-atur kedai dan melihat bagaimana pakaian-pakaian disusun. Kebanyakan kedai menyusun pakaian mengikut jenis dan saiz; tetapi ada juga yang menyusun mengikut stail dan fesyen. Anda tidak perlu melihat di bahagian seluar kasual sekiranya anda mahu membeli seluar formal. Carilah penanda bagi tawaran-tawaran istimewa. Anda mungkin beruntung jika anda pergi pada awal musim jualan murah.

g)    Polisi gedung
Ketahuilah mengenai polisi gedung berkenaan. Kebanyakan gedung ada menampal peraturan-peraturan dan syarat-syarat berkaitan dengan pertukaran barangan atau pembelian secara kredit pada dinding bilik mencuba pakaian ataupun di pintu keluar. Sekiranya peraturan bagi makluman kepada pembeli ini tidak didapati, tanyalah kepada juruwang atau kakitangan jualan. Ada gedung yang tidak membenarkan pemulangan atau pertukaran barangan.

Sebahagian gedung-gedung membenarkan pertukaran barangan tetapi tidak mengembalikan wang anda. Ada juga yang membenarkan pertukaran barangan, tetapi dalam jangka masa yang terhad selepas pembelian. (Amalkan menyimpan semua resit pembelian, sama ada gedung itu membenarkan atau tidak pertukaran atau pemulangan barangan. Beberapa masalah boleh ditangani dengan lebih mudah sekiranya ada resit pembelian).

h)   Bilik mencuba pakaian
Sekiranya tidak terdapat apa-apa peraturan ditampal di dalam bilik mencuba pakaian, tanyalah pada kakitangan jualan berapakah pakaian yang anda boleh bawa masuk ke dalam bilik mencuba pakaian pada satu masa. Ini boleh membantu anda merancang masa membeli-belah anda. Sekiranya ada had bilangan pakaian, anda perlu memilih pakaian-pakaian yang teratas di senarai anda. Cubalah pakaian-pakaian ini. Jika terdapat banyak pakaian yang perlu dipertimbangkan, jangan pulangkannya dahulu dan buat keputusan kemudian nanti. Sekiranya tiada had mengenai bilangan pakaian, anda mungkin boleh mencuba kesemuanya untuk menjimatkan masa yang dihabiskan berulang-alik dari rak atau pengantung pakaian ke bilik mencuba pakaian.

i)     Kepadanan pakaian
Hati-hati dengan kepadanan sesuatu pakaian. Tidak kira serendah mana harga ditawar, ianya bukanlah merupakan satu tawaran yang hebat sekiranya ia tidak padan. Pastikan anda selesa memakainya dan anda boleh duduk, berdiri, membongkok, bergerak, dan mengangkat tangan dengan mudah. Cubalah lihat diri anda dari semua sudut. Adakah gantungan pakaian itu baik? Bagaimanakah penampilan keseluruhan? Sekiranya tanggapan mula anda mengatakan bahawa ia tidak berkualiti, begitulah juga tanggapan orang lain nanti.

Carilah kriteria-kriteria berikut untuk membantu menentukan kepadanan yang baik :

i.      Kolar atau keruk leher
*     Rata pada badan; tidak terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan, tidak terlalu longgar menyebabkan ruang antara kolar dan leher.
*     Tiada kedutan atau tanda atau kesan regang

                ii.        Bahu
*     Kelim tidak kelihatan dari sebelah hadapan atau belakang
*     Lubang lengan tidak terlalu sendat
*     Kelim lubang lengan di hujung bahu; tidak jatuh atau tidak ke dalam (cut in)
*     Lengan tergantung lurus, tidak berkelok-kelok dan tidak berpintal
*     Labuh lengan bagus (menutup tulang pergelangan tangan apabila tangan dibengkok)

               iii.        Dada
*     Tiada kedutan
*     Butang tidak menarik atau atau belah merekah
*     Kelonggaran mencukupi untuk keselesaan, tetapi jangan terlalu banyak memyebabkan terlalu longgar
*     Lisu pemadan dada betul-betul terletak di kedudukan dan hujungnya kira-kira 1.2 sm ( ½ inci ) dari mercu dada

               iv.        Pinggang
*     Terletak dengan baik
*     Ben tidak terlalu ketat, atau terlalu longgar
*     Tiada kedutan atau tegangan

                v.        Punggung
*     Pakaian terletak dengan elok di bahagian punggung; tiada bonjol-bonjol, kedutan atau tegangan
*     Cukup ruang untuk duduk dengan selesa
*     Kelim sisi menegak lurus dengan lantai; tidak menyerong ke hadapan atau ke belakang

               vi.        Kelepet
*     Selari dengan lantai
*     Labuh yang baik dan sesuai untuk stail pakaian dan bentuk badan anda

Setelah anda menyemak kesemua perkara di senarai, anda sudah bersedia untuk menilai kualiti pakaian yang anda telah pilih.

3)    Mengesan kecacatan
Apabila membeli pakaian di gedung, hati-hati dengan kerosakan atau kecacatan. Periksa dengan teliti setiap bahagian. Berikut ialah beberapa perkara untuk dipertimbangkan :

*     Adakah kesemua bahagian sama saiz; (sebelah lengan lebih kecil dari sebelah yang lagi satu, atau kedua-dua lengan terlalu kecil untuk pakaian?)
*     Adakah bucu-bucu kolar dan lapel sama lebar dan atau sama panjang?
*     Adakah saiz lapis dalam pakaian tersebut menepati? (adakah ia terkeluar dan boleh kelihatan di sebelah bawah jaket atau lengan?)
*     Adakah kedutan boleh digosok atau ditekan
*     Adakah pakaian untuk sebelah atas (blaus, jaket) dan bawah (seluar atau slek, skirt atau kain) sama saiz?
*     Adakah semua bahagian sama warna?
*     Adakah saiz tali leher atau tali pinggang betul dan dari warna yang padan dengan pakaian?
*     Adakah corak fabrik mengikut arah atau hala yang betul?
*     Adakah terdapat lubang, benang yang tercabut, kecacatan atau kesilapan memotong pada fabrik? Pegang pakaian hala ke cahaya.
*     Adakah semua bahagian ditekan atau digosok dengan betul semasa membuatnya?

4)    Beli dan baiki
Antara cara yang boleh menjimatkan wang apabila membeli-belah pakaian boleh didapati di gedung-gedung pakaian yang menjual pakaian yang rosak atau cacat sedikit. Sekiranya anda boleh membaikinya sendiri, anda akan dapat mengurangkan kos yang tinggi. Sekiranya kualiti fabrik baik, pakaian itu padan dengan baik, dan anda mempunyai kemahiran, anda boleh :

*     Ganti butang-butang
*     Tambah dengan tali pinggang berfesyen
*     Buat semula kelepet
*     Betulkan labuh pakaian
*     Tambah trimin atau hiasan yang menarik
*     Tambah atau tanggalkan ped bahu
*     Besarkan lubang lengan yang terlalu ketat
*     Tiruskan kelim sisi
*     Jahit semula sebahagian dari kelim-kelim
*     Kemas tepi-tepi kelim atau basi jahit
*     Gunakan hias tampal, reben, atau kocek untuk menutup kecacatan kecil di pakaian
*     Setelah anda mengenal pasti kecacatan atau kerosakan di pakaian, anda hendaklah menentukan sama ada anda boleh membuat kerja-kerja pembetulan atau pembaikan. Anda juga harus mengambil kira masa yang diperlukan untuk membaiki pakaian itu.

a)    Adakah harga bertepatan?
Setelah anda membuat pilihan, anda hendaklah membuat keputusan pakaian mana yang akan dibeli.

Pertimbangkan kos setiap pemakaian. Adakah ia satu pakaian yang akan dipakai selalu, atau kemungkinan sekali dalam seminggu? Ataupun, adakah ia akan dipakai hanya dua kali dalam setahun? Adakah ia boleh dipadankan dengan sekurang-kurangnya dua atau tiga helai pakaian yang anda sedia ada? Adakah anda benar-benar memerlukannya adakah anda sukakannya, atau anda tertarik dengan harganya? Jangan terperangkap dengan “ saya tidak akan tersilap dengan harga ini”. Anda boleh membuat kesilapan sekiranya anda tidak akan berasa seronok memakainya nanti.

Sekiranya pakaian itu untuk orang lain, tanyalah soalan-soalan ini : bolehkah ia ditukar atau dikembalikan? Apakah kesulitan yang berbangkit untuk menukar dan atau memulangkannya? Adakah dia akan padan? Adakah orang itu benar-benar menyukainya? Adakah pakaian itu selesa apabila dipakainya? Adakah apa-apa lagi yang diperlukannya? Adakah pakaian itu mudah dijaga? Adakah pakaian itu boleh dipadankan dengan lain-lain pakaiannya?

Beli hanya pakaian yang anda sudah pasti. Sekiranya berasa musykil, jangan beli.
Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...