Want to know more, please click

Followers

Pages

Monday, April 30, 2012

Declining application of cooking skill among PKPG students.


What do I want to know:   The reasons declining application of cooking skill among
                                           PKPG students.

Who:   PKPG students

Where: UTM, Johore Bharu

Why:   To encourage them to apply their cooking skill

Other relevant matters:  i.  To motivate them to improve their cooking skill
                                       ii. To encourage them to take more healthy food
                                       iii. Time and financial management

Problem statement:   PKPG students had learnt about food preparation, nutrition and food
                                  sanitation for three semesters in university. However, most of them
                                  do not used their cooking skill in their daily lives. They prefer to
                                  buy food from outside likes nasi campur or nasi lemak for their
                                  meal although, they are not staying in the hostel. They also
                                  still buy biscuits, cookies and cakes for special events or
                                  celebrations like birthday party, Hari Raya Aidilfitri and Deepavali.
          The purpose of the research is to determine the reasons for  
          declination of applying the cooking skill among the PKPG students
          in Universiti Teknologi Malaysia. The respondents of the research
          will be the PKPG students of Universiti Teknologi Malaysia.
          Cooking is fun and enjoyable. Besides, by cooking everyday they
          can improve their cooking skill. What will the PKPG
          students comment on their lack of application in cooking? And what    
          are the benefits of applying the cooking skill to their health, time
          and financial management?

Click ads for your tq or like.

Saturday, April 28, 2012

Perbezaan Antara Teknologi Pembuatan Dan Teknologi Pengeluaran p1

1.0 TEKNOLOGI
1.1       Definisi

            Perkataan teknologi berasal dari perkataan dasar Latin “texere” yang bermaksud membentuk atau menubuhkan. Teknologi boleh ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan.  Dalam bidang ekonomi, teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.  Teknologi melibatkan proses, sistem pengurusan, struktur, faktor manusia dan bukan manusia apabila menghadapi masalah dan kaedah bagaimana untuk  menyelesaikannya (Finn, 1967).

            Istilah teknologi berasal dari kata “textere” (bahasa Latin) yang ertinya “to weave or construct”, menenun atau membangun. Menurut Saettler (1960) bahawa teknologi tidak selamanya harus menggunakan mesin sebagaimana yang kita fikirkan selama ini, akan tetapi merujuk pada setiap kegiatan yang menggunakan ilmu atau pengetahuan tertentu. Bahkan disebutkan bahwa teknologi itu merupakan usaha untuk menyelesaikan masalah manusia (Salisbury, 2002).  Dalam kaitannya dengan hal tersebut, Romiszowski (1981) menyebutkan bahawa teknologi itu berkaitan dengan produk dan proses. Sedangkan Rogers (1986) mempunyai pandangan bahwa teknologi biasanya berkaitan dengan aspek benda – benda keras (terdiri dari objek fizik), dan aspek benda – benda lembut (terdiri dari perkara yang terkandung dalam benda - benda keras).  Berdasarkan kepada kefahaman – kefahaman tersebut secara Salisbury (2002) mengungkapkan bahawa teknologi adalah penerapan ilmu atau pengetahuan yang di organisasikan secara sistimatik untuk menyelesaikan tugas-tugas secara praktikal.

            Penggunaan istilah teknologi dalam pendidikan tidak terlepas daripada kajian Finn (1960) pada seminar tentang peranan teknologi dalam masyarakat, dengan judul penulisannya “Technology and the Instructional Process”. Melalui penulisan tersebut, beliau mengkaji hubungan antara teknologi dengan pendidikan. 
 
Teknologi juga merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang lain ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.  Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Makna yang lain juga digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.  Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Antara lain, definisi teknologi berdasarkan pakar – pakar dalam bidang tersebut ialah:

        i.            Teknologi sebagai penyusunan ilmu untuk mencapai tujuan praktik (Mesthene 1970)
Ø  Sebarang benda atau teknik yang praktikal dianggap sebagai teknologi

      ii.            Teknologi sebagai benda yang dibuat (artifak) atau dilaksanakan (teknik) dan cara membuat artifak atau melaksanakan teknik (Singer, 1954)

    iii.            Teknologi sebagai semua teknik untuk mencapai sebarang tujuan (Ellul, 1964)
Ø  Manusia menjadi hamba teknologi

    iv.            Teknologi sebagai pengawal alam sekitar (Carpenter, 1974)
Ø  Manusia sebagai tuan kepada alam tabii

      v.            Teknologi sebagai kuasa politik (Spengler,1934)
Ø  Disalah gunakan oleh Hitler untuk menguasai Eropah dengan teknologi ketenteraan yang hebat

Teknologi (Islam) sebagai satu cabang ilmu praktik untuk mencapai tujuan praktik, bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam sekitar, terkekang dalam
        i.            lingkungan had syari’ah (undang-undang), terlaksana mengikut sistem etika (Islam) yang mengutamakan keadilan & dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah (pengganti) Allah untuk mentaskhirkan (mengguna) alam tabii (Wan Ramli Wan Daud, 1991)
Ø  Takrif ini memastikan perkembangan teknologi terkekang dengan perundangan, terlaksana dengan adil mengikut sistem etika & dipertanggungjawabkan kepada manusia
Ø  Pentaskhiran (penggunaan) alam tabii dibenarkan dengan syarat tidak ada eksploitasi berlebihan sehingga mencabuli hak orang lain dan alam sekitar
Ø  Keimbangan dan keseimbangan teknologi dengan alam sekitar memastikan kesan sebarang teknologi terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan ekologi

1.2       Permulaan Teknologi

        i.            Teknologi bermula jauh lebih awal daripadakejuruteraan dan sains sejak pada zaman pra-peradaban lagi

      ii.            Manusia awal mencipta teknologi kehidupan seperti artifak alat mudah iaitu pisau, mata lembing, anak panah, batu pengisar, baji, dan kapak drpd batu untuk membantu mereka hidupTeknologi awal penting lain ialah penggunaan api yang terkawal, pembuatan pakaian dan alat kegunaan harian

    iii.            Peradaban agro (6000 bc) bermula dengan revolusi pertanian di lembah sungai subur yang mempunyai cuaca panas, pembanjiran tahunan yang mengendap tanah, rumput yang menghasilkan bijiran dan haiwan yang dijinakkan untuk makanan atau haiwan tunggangan

    iv.            Permulaan peradaban di Lembah Tigris & Eufrates di Iraq, Nil di Mesir, Indus di India, dan Huang Ho di China.

2.0       PENGELUARAN

2.1       Teori Pengeluaran

            Pengeluaran merupakan elemen penting dalam ilmu ekonomi dari segi hubungan kemasukan pendapatan, peningkatan taraf hidup dan memenuhi keperluan atau kehendak manusia serta memastikan kestabilan ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh kerana pentingnya aktiviti pengeluaran dalam ekonomi, ada sesetengah sarjana mendefinisikan ilmu ekonomi sebagai ilmu undang-undang pengeluaran.

            Kepentingan pengeluaran dapat dilihat dari beberapa sudut. Dari segi ekonomi Islam, pengeluaran dianggap sebagai asas kepada penggunaan dan penggunaan amat penting untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia. Bagi memastikan penggunaan keperluan manusia dapat dicapai sama ada daruriyyat atau hajiyyat maka Islam meletakkan pengeluaran sebagai asasnya. Allah Taala tidak menjadikan semua sumber alam ini telah siap untuk memenuhi kehendak manusia, tetapi Allah menjadikannya berhajat kepada aktiviti pengeluaran agar dapat dimanfaatkan. Islam juga memandang pengeluaran sebagai satu ibadat dan juga sebagai satu mekanisme untuk melaksanakan perintah Allah Taala. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengeluaran dalam ekonomi Islam.

            Unsur yang paling penting dalam menentukan teori penawaran ialah hasrat manusia untuk mendapat untung yang maksimum. Oleh itu firma akan menjalankan segala usahanya untuk mencapai jumlah hasil yang maksimum dengan kos yang minimum. Objektif memaksimumkan untung ini merupakan idea ciptaan Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations yang diterbitkan dalam tahun 1776. Beliau mengutarakan pandangan bahawa setiap manusia didorong oleh ”suatu tangan yang tidak kelihatan” untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang pada zahirnya nampak mulia, tetapi sebenarnya orang itu melakukannya untuk mendapat untung bagi dirinya sendiri. Pengusaha kilang kasut, contohnya, bukanlah berniat untuk menyediakan pakaian kepada orang ramai, tetapi beliau membuat kasut demi mencari keuntungan untuk dirinya sendiri.


Lihat petikan di bawah daripada ”The Wealth Of Nations”:

...every individual necessarily labours to render the annual revenue of the society as great as he can. He generally, indeed, neither intends to promote the public interest, nor knows how much he is promoting it. By preferring the support of domestic to that of foreign industry, he intends only his own security; and by directing that industry in such a manner as its produce may be of the greatest value, he intends only his own gain, and he is in this, as in many other cases, led by an invisible hand to promote an end which was no part of his intention. Nor is it always the worse for the society that it was no part of it. By pursuing his own interest he frequently promotes that of the society more effectually than when he really intends to promote it. I have never known much good done by those who affected to trade for the public good.

            Ramai para ilmuan Ekonomi Islam mempertikai objektif memaksimumkan untung ini dengan menekankan bahawa ianya bercanggah dengan Islam. Objektif ini digambarkan sebagai sesuatu yang tidak bermoral, malah boleh membawa kepada amalan kegiatan haram seperti penindasan, riba, penipuan dan sebagainya. Pengeluar Islam boleh menjadikan keuntungan yang berpatutan sebagai objektifnya, tetapi harus juga mengambil kira aktiviti ekonomi sebagai suatu ibadat yang harus disertai dengan niat yang ikhlas. Selain dari itu pengeluar Islam juga harus memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan mematuhi prinsip-prinsip syariah seperti, keadilan, khidmat masyarakat, keuntungan yang sederhana, dan sebagainya. Dapat dilihat bahawa ruang gerak pengeluar Islam mempunyai batasan-batasan yang lebih berbanding dengan kawannya yang konvensional. Adakah kekangan yang banyak ini menjejaskan kemampuan pengeluar Islam untuk bersaing dengan rakannya yang konvensional? 

            Dari segi teori, Metwally (1989) telah memasukkan faktor zakat dalam analisis keluk hasil dan kos dan mendapati titik keseimbangan pengeluar Islam adalah lebih tinggi berbanding pengeluar konvensional. Ini bermakna jika pengeluar Islam sememangnya mematuhi kehendak Islam maka kesejahteraan yang dicapai oleh masyarakat Islam seharusnya lebih baik daripada masyarakat bukan Islam. Namun begitu kita harus ingat bahawa kebagusan sesuatu teori harus dilandaskan keatas amalan yang berfaedah. Dan ini memerlukan kajian empirikal yang khusus dan teliti. 

2.2       Definisi Pengeluaran

            Ekonomi Barat membataskan kefahaman tentang pengeluaran hanya pada mewujudkan barangan material (madiyyah). Ada sesetengah aliran mazhab ekonomi meluaskan konsep pengeluaran sehingga mencakupi aspek barangan (material) dan perkhidmatan selama mana ia dapat merealisasikan manfaat kepada manusia. Kemudian pakar ekonomi mula menyebut lafaz pengeluaran bagi menunjukkan makna yang merangkumi aktiviti berikut :

        i.            Kegiatan memindahkan barangan dari satu tempat yang mana kurang dimanfaatkan di situ ke satu tempat lain yang boleh dimanfaatkan dengan lebih banyak. Ia dinamakan “manfaat tempat”.
      ii.            Kegiatan mengumpul barangan dalam sumbernya dan memeliharanya daripada musnah. Menggunakannya ketika waktu kekurangan seperti aktiviti pengumpulan beras. Ini dinamakan “manfaat tempat”.
    iii.            Kegiatan yang dijalankan oleh golongan professional seperti doktor dan jurutera yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh setiap manusia. Ini dinamakan “manfaat perkhidmatan individu”.
    iv.            Sebahagian ahli ekonomi menambah satu lagi bentuk manfaat lain iaitu “manfaat pemilikan atau pertukaran”. Manfaat ini disandarkan kepada material di mana ia boleh bertukar tangan seperti saham yang ditulis padanya kontrak pemilikan.

            Mungkin pengeluaran menurut ekonomi Islam boleh ditakrifkan sebagai mencurahkan kesungguhan (segala usaha) untuk mengembang sumber kekayaan mengikut asas-asas dan matlamat syariat bertujuan memastikan kesenangan masyarakat dalam memenuhi keperluan material dan rohani.


            Takrif ini menjelaskan hakikat dan asas pengeluaran iaitu kegiatan menggunakan kekayaan dan menambah serta mewujudkannya melalui kaedah mengembangkannya atau melaburkannya dalam sebarang projek pengeluaran. Ia turut menjelaskan bahawa sumber kepada penggunaan dan pelaburan ini ialah syariat Islam. Justeru, segala kegiatan pengeluaran wajib berada dalam lingkungan syariat Islam. Takrif ini juga menyebut objektif pengeluaran iaitu merealisasikan kesenangan kepada individu masyarakat Islam. Ini sekaligus mengekalkan kewujudan mereka malahan nilai mereka. Kesenangan ini tidak akan tercapai hanya pada keperluan material sahaja, bahkan perlu kepada keperluan maknawi (rohani) seperti intelektual (ilmu).

2.3       Objektif Pengeluaran

            Pengeluaran dalam Islam bukan semata-mata untuk mencapai manfaat material sebagaimana dinyatakan dalam sistem ekonomi lain. Bahkan ekonomi Islam ingin mencapai matlamat manfaat maknawi atau rohani yang mana akan membawa kepada kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat. Maka, seorang muslim tidak akan menjalankan aktiviti pengeluaran semata-mata untuk memenuhi kehendaknya atau kehendak keluarganya sahaja. Ia juga bertujuan memenuhi kehendak orang lain bahkan untuk semua makhluk Allah. Pengeluaran juga bertujuan menjadikan seseorang muslim tidak berhajat kepada manusia lain atau dengan kata lain menjadikan tangannya ialah tangan yang berada di atas. Sabda Nabi s.a.w. :

اليد العليا خير من اليد السفلى
            Maksudnya : “Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah”.

            Orang Islam akan menjadikan aktiviti pengeluaran sebagai mekanisme untuk ia menjalankan ketaatan kepada Allah dan beribadat kepadaNya. Bagaimanakah seseorang yang tidak mempunyai sebarang mekanisme atau wasilah yang melindungi daripada mati kebuluran atau ketakutan boleh melaksanakan ibadat kepada Allah Taala. Begitu juga seseorang yang tidak mempunyai bahan atau alat yang boleh melindunginya daripada kepanasan cahaya matahari pada musim panas atau daripada kesejukan musim sejuk. Orang yang tidak mempunyai mekanisme yang memberinya keamanan dan kesihatan kepada tubuh badannya juga tidak mampu melaksanakan ibadat kepada Allah Taala. Maka, benarlah bahawa pengeluaran merupakan satu mekanisme untuk mencapai matlamat asasi iaitu mengimarahkan dunia dan merealisaikan tugas khilafah atas muka bumi.

            Justeru, seorang muslim akan menjalankan aktiviti pengeluaran untuk mencapai objektif kehidupannya dan mengukuhkan masyarakat Islam. Ia juga bertujuan membangunkan konsep khilafah, taraf kebaikan (khairiyyah) yang diberikan oleh Allah dan juga taraf saksi kepada umat-umat lain di bumi ini. Firman Allah Taala (Ali Imran : 110) :

            Maksudnya : “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik          dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula             beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

            Maka pengeluaran dalam Islam tidak bermatlamatkan penguasaan ke atas sistem pasaran, atau matlamat penyorokan barang atau mengutamakan kebendaan duniawi seperti sistem kapitalisme. Matlamat utama pengeluaran dalam Islam ialah untuk mencapai kebaikan, kesenangan dan manfaat umum kepada seluruh masyarakat. Ini adalah kerana menjujung perintah Allah Taala dalam al-Qur’an (al-Qasas : 77) :

            Maksudnuya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah           kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan     bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-        hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya           yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi;   Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”

            Ia bertujuan untuk mencari keredhaan Allah kerana keredhaanNya adalah merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap muslim dalam segala aktiviti ekonomi yang dilakukan. Firman Allah Taala (al-An’am : 162-163) :

            Maksudnya : “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan      matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.        Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di       antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri      kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”.

2.4       Faktor Pengeluaran

            Dalam bidang agihan pendapatan Ekonomi Islam menggariskan adanya pulangan kepada faktor pengeluaran dan juga ada habuan untuk bukan faktor. Ekonomi Islam hanya mengiktiraf tiga faktor pengeluaran iaitu, Manusia, Tanah dan Pengusaha. Ini berbeza daripada Ekonomi konvensional yang menyatakan ada empat faktor pengeluaran, iaitu Buruh, Tanah, Modal dan Pengusaha (ada juga penulis yang menjadikan Teknologi sebagai faktor pengeluaran kelima). Walaupun terdapat tiga faktor yang bersamaan, namun terdapat perbezaan yang ketara mengenai pendekatan Ekonomi Konvensional dan Ekonomi Islam terhadap faktor-faktor ini.

            Tanah merangkumi segala kekayaan dan khazanah yang terdapat di bumi laut dan udara. Ini adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Ekonomi konvensional hanya menyebut manusia harus mengambil kekayaan bumi ini dan menggunakannya atau memprosesnya untuk menjadikan barang penggunaan selagi mana ada permintaan untuknya. Islam juga menggalakkan manusia menikmati kekayaan ini, tetapi ada batasan dan syaratnya, seperti tidak merosakkan alam, tidak mengeluarkan barang haram, dan sebagainya. Mengenai faktor Tanah, nampaknya tiada perbezaan yang ketara di antara ekonomi konvensional dan ekonomi Islam.

            Bagi faktor Modal dan Pengusaha, terdapat perbezaan yang penting di antara pendekatan ekonomi konvensional dan ekonomi Islam yang mempunyai implikasi yang besar. Mengenai Modal, Islam tidak mengiktiraf modal pinjaman sebagai faktor pengeluaran tetapi hanya mengiktiraf modal ekuiti, manakala ekonomi Islam mengiktiraf hutang dan ekuiti sebagai sumber modal yang penting. Malah terdapat teori gelagat firma yang agak mantap mengenai campuran modal, iaitu adanya campuran yang optimum di antara hutang dan ekuiti. Disebabkan ilmuan ekonomi Islam kini sudah sependapat bahawa faedah keatas pinjaman adalah riba, maka perbincangan mengenai campuran modal dalam perniagaan Islam tidak releven kerana kesemua pembiayaan firma adalah melalui ekuiti. Adakah ini meletakkan firma Islam dalam keadaan kurang berdaya saing kerana pada teorinya, kos modal ekuiti adalah lebih tinggi daripada kos hutang. 

            Seperkara yang perlu diberi perhatian oleh ilmuan ekonomi Islam ialah amalan menyamatarafkan Modal Ekuiti dan Pengusaha (tanpa modal) dalam tuntutan ke atas keuntungan firma. Prinsip inilah yang mendasari amalan mudarabah oleh perbankan Islam di mana bank akan menyediakan wang modal dan Pengusaha akan menyumbangkan usaha dan kemahiran pengurusanya. Kedua-dua pihak akan berkongsi keuntungan yang terhasil, manakala kerugian sepenuhnya ditanggung oleh bank. Ini berbeza daripada ekonomi konvensional yang mengiktiraf penyumbang modal ekuiti sebagai pemilik firma manakala Pengusaha tanpa modal sebagai pekerja.

Click ads for your tq or like.



LATAR BELAKANG YTL


Peningkatan ekonomi negara Malaysia memberikan kesan yang dramatik kepada keperluan tenaga elektrik. Untuk menyelesaikan masalah ini, pada tahun 1990, kerajaan telah bergabung tenaga dengan Lembaga Letrik Negara untuk mewujudkan Tenaga Nasional Berhad dan memberi peluang kepada IPPs (Independent Power Producers) untuk memasuki pasaran.

Lesen pertama IPP telah dianugerahkan kepada kumpulan infrastruktur YTL Corporation Berhad. Pada November 1993, anak syarikat YTL  iaitu Penghasilan Kuasa YTL Sdn Bhd telah memulakan pembinaan dua buah loji janakuasa iaitu di Paka, Terengganu dan di Pasir Gudang, Johor Bahru. Penggabungan ini menghasilkan kapasiti sebanyak 1212 MW.

Sistem komputer yang digunakan oleh kontraktor merupakan usahasama antara Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd (SPYTL) dan Siemens AG yang merupakan salah satu pengeluar turbin terbesar di dunia dan pembekal janakuasa.

Untuk operasi dan penyelenggaraan (operation and maintenance, O&M) loji tersebut, Siemens dan syarikat YTL telah bergabung untuk menubuhkan YTL Power Service (Servis Janakuasa YTL). Ini merupakan kali pertama syarikat Siemens terbabit secara langsung dalam janakuasa O&M selepas pembinaan dan penyerahan kuasa kepada klien.

Akhir Oktober 1993, kertas kerja untuk pembinaan YTL Power Service telah diluluskan. Semasa fasa pembinaan, syarikat telah mempercepatkan proses pembinaan iaitu kerahan tenaga, membangnkan prosedur dan sistem serta melatih pekerja secara intensif. Pada Oktober 1994, kumpulan operasi dan penyelenggaraan telah menghimpun dan mengkomersilkan penghasilan daripada elektrik di kedua-dua stesen.

Projek ini merupakan antara yang terpantas dibina. Ia mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan dan mula beroperasi 7 bulan mengikut perancangan asal.

KEJADIAN BEKALAN ELEKTRIK YANG TERPUTUS

Satu masa dahulu kita telah digemparkan dengan satu kejadian yang tidak disagka-sangakan. Kejadian yang terjadi tersebut adalah kejadian yang melibatkan seluruh Semenanjung Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik. Gangguan ini berlaku buat sementara waktu sahaja. Ganguan bekalan elektrik ini telah menyebabkan banyak kerugian berlaku.

Gangguan ini berlaku akibat daripada “circuit breaker” yang tidak dibuka. “Circuit breaker” adalah alat yang digunakan untuk memutuskan pengaliran arus elektrik jika terdapat gangguan elektrik. Sistem ini adalah dikawal melalui sistem perkomputeran. Semasa kejadian bekalan elektrik tersebut berlaku “circuit breaker” ini ditutup agar pengaliran arus tidak dapat melalui talian kerana TNB ingin membuat penyelenggaraan berhampiran dengan stesen janakuasa. Kejadian kenapa bekalan elektrik terputus adalah disebabkan oleh sistem komputer yang menunjukkan “circuit breaker” telahpun dibuka tetapi sebenarnya tidak dibuka lagi.
 
CARTA ORGANISASI YTL
 
PENGENALAN KEPADA KITAR PADU

Stesen penjana kitar padu adalah dikenali juga dengan nama singkatan CCGT (Combined Cycle Gas Turbine Power Plant). Pada dasarnya sistem penjana elektrik CCGT ini adalah hasil gabungan stesen penjana turbin gas dan turbin stim. Hasil gabungan ini digunakan untuk mendapatkan kecekapan yang lebih baik.

Stesen penjana kitar padu ini terdapat di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor. Stesen janakuasa yang di bina di Paka, Terengganu ini mengandunggi dua blok CC (Combined Cycle) yang di tanam dengan satu jaring keluaran 404 MW setiap satu yang menjadikan jumlah keseluruhannya 808 MW.

Stesen penjana di Pasir Gudang, Johor juga terdapat blok CC yang sama seperti yang terdapat di Paka, Terengganu. Setiap blok ini mengandunggi dua Siemens V94.2 generator gas turbin dengan kapasiti 137 MW setiap satu yang mana setiap satu daripadanya terdapat dandang pemanas. Dandang pemanas ini adalah jenis yang tahan haba dimana ianya tidak mudah terbakar walaupun dikenakan suhu yang tinggi. Kedua-dua dandang ini membekalkan haba kepada generator turbin haba yang biasa dengan kapasiti 130 MW.

Stesen penjana kitar padu ini terdapat kebaikkannya yang tersendiri.antara kebaikkannya ialah ia dapat meningkatkan kecekapan dalam menukarkan haba kepada tenaga elektrik dengan meluasnya dalam menjalankan operasi kitar padu. Di dalam operasi kitar padu ini, stesen penjana gas turbin dapat mencapai kecekapan sehingga 32% manakala stesen penjana turbin stim pula dapat mencapai kecekapan sehingga 47%.Oleh kerana itu, stesen penjana ini dapat mencapai tahap kecekapan sehingga 92% semasa operasi ini dijalankan.

Stesen janakuasa elektrik ini telah memperkenakan satu program yang dikenali sebagai RCM. Program RCM ini adalah singkatan dari perkataan “Realibility Centered Maintenance”. Program ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan tetapi mengeluarkan hasil yang baik dan selamat dalam operasi penjanaan elektrik.
 
 
PROSES KITAR PADU

  1. Stesen penjana ini adalah menggunakan kaedah stesen kuasa turbin gas (Brayton) dan stesen kuasa turbin stim (Rankine).
  2. Udara biasa pada suhu kira-kira 30ºC digunakan sebagai media untuk menghasilkan putaran turbin.
  3. Proses ini bermula dengan menyedut udara biasa itu ke dalam tempat pembakaran atau pemampat.
  4. Bahan api seperti bahan api fosil ( contohnya arang batu, minyak bahan bakar, diesel atau gas asli) digunakan untuk pebakaran ini.
  5. Walaubagaimanapun pembakaran ini juga boleh menggunakan bahan api berbentuk cecair atau bergas yang diperolehi daripada minyak mentah kepada gas asli.
  6. Bahan api ini digunakan untuk pembakaran atau pemanasan udara biasa yang dimasukkan tersebut.
  7. Suhu udara yang dipanaskan itu akan naik sehingga 1080ºC dan mempunyai mampatan 30 bar.
  8. Tekanan udara yang cukup kuat ini akan membolehkan kipas-kipas turbin gas berputar.
  9. Apabila turbin gas ini berputar, ini bermakna penjana akan menjanakan tenaga elektrik kerana aci penjana itu telah digandingkan dengan turbin.
  10. Tenaga elektrik ini dijana pada penjana 1.
  11. Semasa penjana kaedah turbin gas dijalankan terdapat lebihan haba yang yang dikeluarkan.
  12. Lebihan haba yang tidak digunakan ini disalurkan semula ke dandang untuk menghasilkan elektrik secara terma.
  13. Lebihan haba ini digunakan untuk memanaskan air yang terdapat di dalam dandang.
  14. Air yang terdapat di dalam dandang ini akan dipanaskan sehingga menjadi stim. 
 15. Stim ini kemudiannya digunakan untuk memutarkan turbin stim bagi menjana tenaga elektrik pada Stesen Penjana 2. 
16. Selepas stim ini menjana tenaga elektrik ia akan disejukkan semula menggunakan air laut setelah digunakan dalam kitar tertutup sistem penjana terma. 
17. Stim yang telah disejukkan semula ini akan disalurkan semula ke dalam dandang. 
18. Akhirnya proses yang berlaku pada Stesen Penjana Turbin Stim ini akan diulang semula. 
Click ads for your tq or like.

DWI FUNCTION FUTURE BABY TROLLEY

















Click ads for your tq or like.

ayam belanda

lantai habuk kayu

2

3

4

5
ayam ni suka bertelur kat semak. kalau bagi mkn, time tu x de maka dia tengah mengeramlh tu. kene lah pergi cari kat mana bersembunyi.Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...