Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, March 25, 2011

Sayur-sayuran

PENGENALAN

Sayur-sayuran didefinisikan sebagai sebahagian daripada tanaman yang umumnya dimakan untuk memenuhi kesempurnaan gizi seseorang. Berdasarkan definisi tersebut, sayur-sayuran dapat dibezakan mengikut kategori :

i)                    daun ( kangkung, katuk , sawi, bayam, selada air, )
ii)                  bunga ( kembang turi, brokoli, kembang kol, )
iii)                buah ( terong, cili, paprika, labu, timun, tomato)


Bagi sayuran daun, ia dapat dibezakan mengikut kategori warna iaitu :

i)                    hijau tua seperti bayam, kangkung, katuk, kelor dan daun betik
ii)                  hijau muda seperti selada, seledri dan lettuce
iii)                hampir tidak berwarna seperti kol dan sawi putih.


Warna hijau tersebut disebabkan oleh pigmen hijau yang disebut klorofil. Klorofil ini tersimpan di dalam kloroplas. Sayur-sayuran daun yang berwarna hijau tua, lebih banyak mengandungi klorofil daripada yang berwarna hijau muda. Di dalam kloroplas juga terdapat pigmen lain, iaitu karoten. Semakin hijau warna daun, maka kandungan karotennya akan semakin tinggi.


Berikut kita akan mengikuti cara penanaman sayuran daun untuk pengetahuan umum ;

PEMILIHAN BIJI BENIH

Biji benih yang baik adalah factor terpenting di dalam memastikan pertumbuhan sesuatu tanaman. Jadi untuk memilih biji benih, factor-faktor yang berikut perlulah dipertimbangkan ;
Ø  Gunakan biji benih yang bebas daripada serangan kulat dan tanda-tanda berpenyakit
Ø  Tiada kecacatan, pecah dan sebagainya
Ø  Bersih dan bernas


RAWATAN
Cara untuk memastikan biji benih bebas daripada kulat ialah dengan cara menggaulkan dengan racun kulat iaitu dengan kadar 3 gram racun kulat bagi setiap 100 gram biji benih.

PENYEDIAAN TANAH
Kawasan  tanaman hendaklah dibersihkan daripada sebarang tumbuhan. Tanah dicangkul sedalam 30cm , kemudian dibiarkan selama 1-2 minggu. Ini bertujuan untuk mendedahkan rumpai dan hidupan perosak kepada cahaya matahari agar musnah. Kemudian tanah dicangkul  semula bagi memecahkan ketulan besar menjadi lebih kecil. Rumput yang separuh reput dibenamkam ke dalam tanah atau diambil untuk dijadikan kompos. Bagi kawasan yang luas jentera pembajak bolehlah digunakan.

Tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak tanaman sayuran adalah perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut ;
  1. Senang diusahakan
  2. Pengudaraan yang baik
  3. Struktur tanah yang stabil
  4. Resapan air yang baik , tinggi nutrient pemakanan serta kandaungan organic.

Tanah yang sesuai bagi tanaman sayuran daun ialah ;
    • Tanah loam
    • Tanah liat berpasir
    • Tanah yang kaya dengan bahan organic
    • Tanah yang mempunyai nilai pH 4.5-5.0

MEMBAJAK DAN MEMBUAT BATAS
           
            Tanah hendaklah dibajak atau dicangkul sedalam 20 cm. Kaedah ini dapat memecahkan tanah, membalikkan dan mendedahkan tanah kepada cahaya matahari. Ini akan memberi kesan kepada organisma serta memudahkan proses penguraian mineral di dalam tanah.
            Selepas itu , tanah yang dibajak atau dipecah-pecahkan dengan  cangkul sehingga halus. Walaupun tanah  sudah sesuai untuk tanaman , kedua-dua cara tersebut mengakibatkan pendedahan biji  rumpai yang sebelum ini dorman  di dalam tanah.
            Setelah itu barulah batas dibuat dengan ukuran 1.2 meter lebar, 0.3 meter tinggi dan panjang mengikut keadaan kawasan. Bagi tanah bukan organic, taburkan dan gaul rata-rata  baja kimia seperti Nutriat Kalium (MOP) di atas batas dengan kadar 250kg/ha.
            Setelah batas siap, ia akan disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan serangga dan perosak daripada memusnahkan biji benih.

Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci  tentang  penyediaan batas ;
            Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya. Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm -152 cm ( 3-5 kaki ) lebar. Tinggi 23 cm ( 9 inci ) atau lebih dengan lorong anatara batas selebar 61-122 cm ( 2-4 kaki ) .
            Saliran yang baik merupakan keperluan terpenting bagi pertumbuhan sayur. Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh menggencatkan pertumbuhan akar atau penangkupan air menyebabkan akar terendam dan reput. Masalah saliran biasanya pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang mempunyai lapisan mampat tidak telus air.


SAYUR JENIS DAUN

SAWI PUTIH ( BRASSICA CHINENSIS )

CIRI-CIRI ;
Batang
Kurus kecil atau besar dan compact. Berwarna hijau atau hijau muda.
Daun
Bunga hujung daun bulat dan berwarna hijau atau hijau muda.
Bunga
Bunga berwarna kuning
Benih
Berwarna keperangan, berbentuk bulat dan kecil. Berat 1000 biji lebih kurang  2 g.

Pemilihan Biji Benih
  1. Gunakan biji benih yang bebas daripada serangan kulat dan tanda-tanda berpenyakit.
  2. Tiada kecacatan, pecah dan sebagainya.
  3. Bersih, bernas ( penuh ) dan warna hitam berkilat.
  4. Kadar biji benih ialah 0.5 kg per 0.4 hektar.

KANDUNGAN ZAT MAKANAN

( Bagi setiap 100 g yang boleh dimakan )

KANDUNGAN
JUMLAH

TENAGA

29.0 Kcal
AIR
91.1gm
PROTEIN
2.2 gm
KARBOHIDRAT
3.3 gm
SERABUT
0.4 gm
ABU
1.5 gm
KALSIUM
138.6 mg
FOSFORUS
83 mg
BESI
1.3 mg
NATRIUM
12.4 mg

Rawatan
Gaul biji benih dengan racun kulat dengan kadar 3g racun kulat bagi 100g biji benih.

Penyediaan Tanah

Tanah yang sesuai adalah ;
  1. Tanah Loam
  2. Tanah liat berpasir
  3. Kaya dengan bahan organic
  4. pH tanah di antara 4.5-5.0

Bajak dan gemburkan tanah sedalam  15 cm hingga 22 cm. buat batas beukuran  1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjang mengikut keadaan kawasan. Bagi tanah bukan organic, tabur dan gaulkan rata-rata baja kimia seperti Muriat Kalium ( MOP ) di atas batas dengan kadar 250 kg/ ha.


MENANAM

a. Menanam terus ke batas
Campurkan biji benih dengan pasir halus atau tanah peroi dengan kadar campuran sebanyak  1: 3. Taburkan campuran biji benih bersama pasir tersebut ke dalam jalur di atas batas dengan jarak 20 cm antara jalur. Tujuan mencampurkan biji benih dengan pasir adalah untuk mendapatkan taburan biji benih yang sama rata. Kambus semula jalur tadi, siram dengan air dan seterusnya lakukan penyiraman dua kali sehari. Setelah 10 hingga 14 hari, biji benih mula bercambah. Penjarangan dibuat setelah dua minggu biji benih bercambah dengan jarak 20 cm antara pokok dan 30cm antara baris.

b. Menanam dua peringkat

Peringkat Semaian
Sediakan kotak semaian berukuran 75cm panjang, 45cm lebar dan 10cm tinggi. Sediakan tanah gembur yang bercampur  dengan 10g Urea, 5g Superfostat Dubel ( DSP ) dan 5g  Muriat Kalium ( MOP ) dan isikan ke dalam kotak semaian.
            Tabur sama rata biji benih yang telah bercampur dengan  pasir halus ke dalam kotak semaian. Tabur sama rata biji benih yang telah bercampur dengan pasir halus ke dalam kotak semaian. Tabur satu lapisan nipis tanah gembur dan sirami air.
            Setelah12 hari menyemai, siram anak-anak benih dengan baja larutan urea dengan kadar 4 g urea bagi satu liter air.

Berikut  adalah tanah campuran yang sesuai untuk tapak semaian adalah seperti berikut ;
  1. 2 bahagian tanah peroi
  2. 1 bahagian tanah organic
  3. 1 bahagian pasir

Peringkat Ladang
            Setelah 3 minggu menyemai, anak-anak benih boleh dialih ke batas yang telah disediakan di ladang. Berikan baja tahi ayam sebagai baja organic dengan kadar 3750 kg/ha dan ulangi lagi 2 minggu kemudiannya. Tiga minggu selepas pembajaan kedua, taburkan baja campuran seperti  NPK biru spisel ( 12 : 12 17 : 2 ) dengan kadar  2kg/batas.
             

c. Semaian dalam Polibeg

            Gunakan polibeg berukuran 10cm x 15 cm bergantung pada jangka masa anak benih di tapak semaian. Perlu disemai 1-2 biji setiap polibeg .Setelah disemai anak benih yang lemah dicabut dan yang sihat dikekalkan sehinggam waktu mengubah. Cara ini memerlukan belanja dan tenaga yang lebih tetapi dapat mengurangkan gangguan akar semasa menanam terus ke lading.



PENGURUSAN

Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbersarannya. Oleh itu, penyiraman hendaklah dilakukan dua kali sehari ketika musim panas.Jika kita tidak dapat bergantung sepenuhnya untuk mendapatkan air daripada sumber hujan, pembekalan air diperlukan. Terdapat pelabagi cara untuk membekalkan air ke kawasan tanaman. Cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan suatu alat penyiram. Kerja ini sesuai untuk kawasan tanaman yang kecil sahaja.
 Sebagai bantuan penjagaan tanah, sungkupan dengan menggunakan jerami padi, lalang kering, kertas atau plastic dapat mengawal kehilangan air. Selain itu, sungkupan juga mengawal rumput-rumpai  di atas batas di antara pokok sawi hendaklah dibuang dengan menggunakan alat tertentu atau dengan  tangan. Bagi rumpai di lorong batas, semburan racun rumpai yang terkawal boleh dilakukan.
           


Anak benih yang lemah, tidak sihat dan rosak mesti dibuang supaya anak benih yang sihat sahaja yang tinggal dengan jarak penanaman yang betul. Kaedah ini disebut penjarangan.

Kepentingan penjarangan adalah ;
  1. Ia mengurangkan pertandingan cahaya, air, bahan makanan dan ruang. Jika ditanam dibiarkan tumbuh rapat akan berlaku pertandingan dan ini akan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah.
  2. Anak benih yang lemah, kurang sihat dan rosak dibuang, jika dibiarkan tumbuh, pengeluaran hasil juga berkurangan.


MERUMPUT

Merumput adalah mustahak kerana faktor berikut ;
  1. Mencegah rumpai daripada bertanding dengan sayuran dari segi cahaya, air , makanan dan ruang. Jika dibiarkan tumbuh hasil akan berkurangan.
  2. Menghapuskan tempat pembiakan perosak dan penyakit. Merumput hendaklah kerap dilakukan sama ada dicabut dengan tangan atau menggunakan cangkul tajak.

PEMBAJAAN

Bagi  tanah mineral, baja organan giagulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut ;

PUSINGAN
MASA
JENIS BAJA
KADAR/ BATAS
KADAR/HEKTAR
650 BATAS
1.
SEBELUM MENANAM
BAJA ORGANAN
6 Kg
4 tan
2.
2 MINGGU
NPK 15 :15 : 15
0.4 Kg
0.25 tan
3.
3 MINGGU
NPK 15: 15: 15
0.5 Kg
0.25 tan




Pengawalan perosak dan penyakit adalah penting untuk mendapatkan hasil yang lumayan  dan bermutu .


NAMA
BAHAGIAN DISERANG
KAWALAN
Perosak


Ulat ratus
( Prodenia Litura )

Daun

Endosulfan, Triazofos
Kumbang Kutu
(Phyllotreta Sinuata )
Kumbang menyerang daun dan ulat  memakan akar di pangkal anak benih.
Karbaril, Diazinon atau Triklorofon
Ulat Pangkas
( Agrostis ypsilon)
Ulat memotong batang di pangkal
anak benih dan memakan daun.
Triklorfon
Rama-rama Diamond –back
(Plutella xylostella

Ulat merosakkan daun.
Tamaron Dipel
lBasilus thuringiensis
menggilir tanaman
 Siput dan Slug
Anak benih dan daun.
Metaldihida
Penyakit


Reput lembut
(Erwinia carotovora )
Akar dan batang lembut berair. Pokok layu, reput dan busuk.
Baiki saliran
Menggilir tanaman
Akar Tongkol
(Plasmodiophora brassicae)
Akar bengkak dan bertongkol-tongkol
Cabut pokok, Calomel.
Bintik daun
( Cercospora sp. )
Daun berbintik perang.
Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit  pada suhu 50 darjah Celsius sebelum ditanam.
Reput Daun
( Corticium solani
Daun reput dalam musim hujan .
Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.




MEMUNGUT HASIL DAN PEMASARAN
           
Daun sawi mula dipetik setelah 28 hari atau 40 hari disemai atau ditanam. Sawi hendaklah dipasarkan secepat yang muingkin kerana ia tidak tahan  lama. Petik sawi pada sebelah petang, susunkan baik-baik  di dalam bekas yang jarang supaya udara dapat beredar. Hantar pada sebelah  malam ke tempat jualan.

MASA KUTIPAN HASIL
27-30 hari selepas menyemai.
HASIL (KG/Ha )
14000-16000 ( Sawi hijau dan sawi putih )
12000-14000 ( Sawi Jepun )
22000-30000( Sawi pahit )
CARA MEMUNGUT
Sayur dipungut dengan memotong pada paras tanah.
MASA MENGUTIP
Pagi dan lewat petang
PENGENDALIAN HASIL
Pemilihan, pembungkusan, penggredan dan pembungkusan
PENYIMPANAN
Suhu 1-3 darjah Celsius dengan kelembapan relatif di antara 90-95% 1-1.5 minggu.

           


Pengendalian selepas tuai.

1.      Jangan biarkan sayuran terdedah kepada matahari kerana ia masih menjalani proses pernafasan dan perpeluhan.
  1. Sayur –sayuran tidak boleh ditimbunkan terlalu tinggi kerana akan merosakkan timbunan bawahnya.
  2. Elakkan menimbun dalam lori.Gunakan bakul-bakul.
  3. Persediaan pasaran. Sayuran hendaklah dibersih dan dibasuh daripada kotoran serta dikelaskan mengikut gred. Adalah lebih baik dibungkus dan diikat.
  4. Letakkan di dalam suhu rendah
  5. Sayur-sayuran berlebihan hendaklah diproses atau disimpan untuk mengawal harag pasaran.

PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN


Dalam usaha untuk menanam sawi, terdapat beberapa permasalahan yang saya hadapi sehingga percubaan sebanyak dua kali juga tidak berhasil, Antara akibatnya adalah ;

  1. Kurang penyiraman air ke atas polibeg sayuran dan tidak konsisten waktunya.
  2. Biji benih yang tidak bernas ( penuh ) kandungannya serta kerosakkan menyebabkan pertumbuhan terbantut.
  3. Penyediaan tanah yang tidak sekata dari segi nisbah tanah merupakan salah satu puca sayur terbantut.
  4. Tidak merumpai atau meracun bagi memulihkan tanah dan anak benih.

Sebagai penyelesaian pelbagai usaha telah dilakukan seperti penanaman semula, penjagaan biji benih dan penyiraman yang konsisten.


KESIMPULAN ;     

            Penanaman sayuran merupakan suatu pengalaman yang seronok dan menguji banyak kesabaran. Di samping itu, saya juga banyak mempelajari teknik-teknik penanaman melalui buku dan tunjuk ajar pensyarah yang dedikasi. Pemerhatian dan penelitian sendiri juga merupakan intipati dalam usaha melaksanakan hasil sayuran.
            Dalam usaha, ada jatuh dan bangunnya. Saya berpuas hati  kerana inilah pengalaman pertama memegang cangkul, serampang mata tiga, dan lain-lain aktiviti tanaman sayuran. Barulah kini, saya lebih menghargai usaha petani, kerana saya dapat rasakan betapa payah dan susahnya untuk menanam sayur. HARGAILAH USAHA PETANI !
click ads for your tq



2 comments:

  1. Takut nak makan sayur especiaaly yg dari china-brocoli,cabbage etc. So i ambil organic tapi mahal. Ada comment kalau nak make sure sayur tu okay? Thks

    ReplyDelete
  2. bak kata orang, beli sayur yang ada kene makan ulat sedikit sbb racun dah kurang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...