Dalam skop teori pembelajaran behavioris ini, kumpulan kami membincangkan salah satu sub teori yang terdapat dalam teori ini iaitu Teori Pelaziman Operan Skinner.
Dalam tori pelaziman skinner, Skinner mempunyai pendapat yang sama dengan Pavlov tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.Gerak balas boleh dikuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu dilakukan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara itu diulangi. Tujuannya adalah untuk :
I. Memuaskan kehendak
II. Mengurangkan tekanan atau meransang otak
Skinner membahagikan peneguhan kepada 2 jenis iaitu :
I. Memberikan ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
II. Dalam bilik darjah, peneguhan itu diberikan sebagi salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
III. Contoh : senyuman, pujian, hadiah
IV. Ia boleh dilakukan secara berterusan (selepas setiap reaksi ditunjukkan) atau dalam bentuk berkala (selepas satu jangka masa yang ditetapkan)
V. Ia dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi
VI. Ciri-ciri pujin yang memberi kesan ialah:
a) ikhlas
b) cepat
c) tingkah laku yang spesifik
d) usaha dan cuba jaya
e) tanpa pilih kasih
f) jawapan atau respon yang spontan
2. Peneguhan Negatif
Ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contoh : leteran bapa kepada anak yang tidak menyiapkan kerja sekolah
Hukuman
Satu proses untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Hukuman boleh dibahgikan kepada 2 iaitu:
a) hukuman persembahan
· Belaku apabila sesuatu ransangan meyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku diri pelajar tersebut.
· Tidak dapat melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar.
· Contoh : larian padang, sistem demerit, kerja tambahan
b) hukuman penyingkiran
· Berkaitan dengan penyingkiran ransangan.
· Contoh : Ibubapa tidak membenarkan kemudahan apabila seorang anak tidak berkelakuan betul seperti tidak membenarkan menonton televisyen dalam tempoh seminggu.
· Untuk menjadikan hukuman lebih efektif, beberapa aspek perlu diambil kira iaitu :
I. Hukuman dilakukan segera sebaik sahaj peerlakuan tidak diingini dipamerkan.
II. Orang yang menerima hukuman mesti tahu mengapa dia dihukum
III. Hukuman mesti diberi atas dasar mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuan tersebut.
IV. Hukuman mesti kekal
Aplikasi ke dalam pembelajaran.
Setelah kami membuat perbincangan, kami amat bersetuju dengan teori ini diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ataupun diluar bilik darjah. Hal ini adalah kerana, dalam teori ini ia banyak menekankan tentang konsep hukuman, peneguhan dan pelupusan. Daripada apa yang kami ketahui, pemberian peneguhan dimana pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diinginkan hendaklah secara sistematik. Dengan ini apabila proses pembelajaran dilakukan pelajar perlu diberikan penekanan untuk mengulangi setiap pelajaran yang diajar dari awal hingga akhir untuk menguatkan daya ingatannya. Kebiasaan peneguhan yang diberikan adalah sebagai salah satu motivasi untuk pelajar memahami dalam proses pembelajaranya itu. Sebagai contoh guru perlu menggunakan kemahirannya dengan pelbagai cara seperti pemberian ganjaran,senyuman dan penghargaan.
Bagi pemberian ganjaran itu seharusnya sesuai dengan umur pelajar. Hal ini penting untuk menarik minat pelajar itu sendiri untuk berusaha lebih gigih untuk mendapatkan ganjaran itu. Dengan ini pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan kelak.
Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya.Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran dijalankan.
No comments:
Post a Comment