Want to know more, please click

Followers

Pages

Monday, March 21, 2011

SEMESTER II SESI 2001/2002 soalan final keselamatan bengkel


1.      NIOSH ialah satu agensi yang bergabung dengan OSHA.  Ia bertanggungjawab untuk,
  1. memeriksa pekerja-pekerja yang mempunyai penyakit berpunca daripada pekerjaannya.
  2. memberikan pandangan mengenai kesesuaian pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang sakit.
  3. menilai lokasi bahaya di tempat kerja dari segi penggunaan bahan kimia sehingga penggunaan mesin.
  4. menguatkuasakan undang-undang mengenai kesilapan yang dilakukan oleh pihak industri dari segi lokasi bahan kimia dan mesin.

2.      Akta Keselamatan dan Kesihatan 1970 mempunyai matlamat seperti berikut  kecuali,
  1. menguatkuasa piawai keselamatan dan kesihatan di premis pekerjaan.
  2. memastikan pekerja-pekerja bekerja dalam keadaan selamat dan sihat.
  3. menggalakkan industri mewujudkan keadaan yang selamat dan sihat.
  4. memperkenalkan kaedah penyelidikan kesihatan yang sesuai.

3.      Berikut merupakan langkah-langkah segera yang perlu dilakukan apabila seseorang mengalami renjatan elektrik ialah
i.                    mulakan pemulihan pernafasan
ii.                  buat panggilan kecemasan ke hospital
iii.                putuskan bekalan elektrik
iv.                hangatkan badan mangsa dengan menyelimutkannya

  1. ii,iii,iv dan i
  2. iii,i,ii dan iv
  3. iv,iii,ii dan i
  4. i, ii,ivdan iii

4.      Kemahiran memberikan rawatan pertolongan cemas boleh dirangkum dalam tindakan yang dikenali dengan singkatan ABC iaitu
i.    airway
ii.      bleeding
iii.    circulation
iv.    air (udara)
v.                  breathing
vi.                cleanliness

  1. i,ii dan iii
  2. iv,v dan vi
C.     i,iii dan v
  1. i,ii dan vi

5.      Antara tindakan segera yang mesti dilakukan semasa pertolongan cemas ialah sebagaimana berikut kecuali,
  1. menentukan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat untuk membolehkan mangsa bernafas secara normal
  2. memulihkan degupan jantung mangsa supaya jantung mangsa menjalankan fungsinya secara normal
  3. utamakan rawatan luka yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak
  4. menasihatkan orang-orang yang mengelilingi mangsa supaya bertenang dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.

6.      Antara objektif melaksanakan pertolongan cemas ialah

i.                    mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah serius

ii.                  menyelamatkan mangsa kemalangan

iii.                menyegerakan penyembuhan

iv.                memberikan rawatan pemulihan pernafasan
v.                  membawa mangsa ke hospital

  1. i,ii,iii dan iv
  2. i,ii dan iii
  3. iv dan v
  4. iii,iv dan v


 



7.      Masalah kebisingan di premis kerja boleh dikawal melalui perancangan berikut kecuali,
  1. merancangkan pembelian mesin yang mengeluarkan tahap kebisingan yang rendah dan berpatutan
  2. merancangkan pembelian mesin yang menyediakan kemudahan penyerap kebisingan
  3. merancangkan pembelian mesin yang boleh dilaraskan tahap kebisingan dengan menukarkan aksesorinya
  4. merancangkan penyediaan lokasi yang dikhaskan untuk mesin tertentu bagi mengelakkan kebisingan menganggu premis lain

8.      Tujuan penilaian pengajaran keselamatan yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah seperti berikut kecuali,
  1. guru boleh menilai diri mereka dari segi keberkesanan pengajaran keselamatan
  2. pelajar akan lebih memahami konsep dan aspek keselamatan dan diharapkan dapat bertindak dengan lebih berkesan sekiranya berlaku sebarang bentuk kecemasaan
  3. penilaian boleh digunakan sebagai satu dokumen bertulis yang membuktikan bahawa pengajaran keselamatan telah diberikan sekiranya sesuatu kemalangan berlaku
  4. penilaian boleh mengukur kecekapan pelajar menjawab soalan yang dinyatakan berkaitan dengan keselamatan untuk lulus peperiksaan mata pelajaran tersebut

9.      Menurut Marland K. Strasser, James E.Aron dan Ralph C. Bonn, mentakrifkan kemalangan industri sebagai
  1. kejadian yang berlaku tanpa sebab yang boleh diduga
  2. suatu keadaan yang kadang-kala boleh dijangkakan akan berlaku disebabkan kecuaian segelintir individu
  3. persitiwa luar jangkaan yang menyebabkan kecederaan atau kematian seseorang atau kerosakan harta benda
  4. kejadian yang berlaku dengan serta merta di suatu tempat bekerja dan dalam tempoh masa tertentu
click for tour tq






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...