Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, March 18, 2011

Psikologi


Psikologi juga merupakan salah satu daripada bidang pengajian atau cabang disiplin Sains Sosial dan disiplin ini memberi pengaruh yang kuat dalam bidang akademik dan professional masa kini. Ianya berpengaruh kerana bidang Psikologi mengkaji tentang manusia iaitu berkaitan dengan sifat tabii, tingkah laku dan mengkaji minda dan jiwa manusia sama ada dalam konteks individu atau dalam konteks masyarakat dan social. 


            Perktaan Psikologi (Psychology) adalah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu Psyche (Psiko) yang membawa makna jiwa, rohani atau mental. Logos (-logi) pua bererti kajian. Oleh itu, perkataan Psikologi membawa makna kajian mengenai jiwa manusia. Kajian dalam Psikologi berbentuk kajian saintifik yang melibatkan beberapa kaedah penyelidikan iaitu kajilidikan, peninjauan, kolerasi, pemerhatian, kes kajian dan lain-lain. Kaedah-kaedah ini mempunyai ciri-ciri lojik, empirisis dan menggunakan prosedur penyelididkan yang spesifik.


            Selain itu, Psikologi mengkaji tingkah laku manusia iaitu perbuatan yang boleh dilihat dengan mata kasar terhadap tingkah laku lampau. Contohnya ialah makan, tidur, berjalan, menangis dan sebagainya. Psikologi  juga menjalankan kajian terhadap proses-proses jiwa dan mental manusia atau dikenali sebagai tingkah laku terselindung serta tidak dapat dilihat. Contohnya ialah mimpi, perasaan dan lain-lain.


            Keseluruhannya, Psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia. Namun, sesetengah kajian dalam Psikologi, kajian dijalankan ke atas haiwan seperti untuk melihat kesan dadah ke atas tikus. Kajian tersebut tidak boleh dilakukan ke atas manusia atas sebab-sebab kemanusiaan, etika dan kesihatan.


            Pada zaman keemasan Greek, ahli-ahli falsafah Yunani menyarankan beberapa pendapat bagi menerangkan tentang perihal kewujudan manusia. Antara tokoh falsafah Yunani ialah Plato. Plato menegaskan bahawa manusia adalah haiwan yang rasional iaitu dengan menaakul sahaja, manusia boleh berfikir dengan lojik. Oleh itu, manusia berupaya mengetahui kewujudannya untuk kesejahteraan hidup serta tingkah laku yang bermakna. Manusia tidak perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman hidupnya kerana semua pengetahuan keduniaan sudah ada di dalam jiwa, akal, dan fikirannya semasa dia dilahirkan.


            Aristotle juga menyarankan satu pandangan tetepi pandangannya berbeza dengan pandanga Plato. Aristotle menyatakan bahawa manusia adalah organisma biologi. Manusia merupakan gabungan sistem-sistem yang berinteraksi sesama sendiri yang terdiri daripada jiwa, akal, fikiran dan perasaan manusia. Jiwa dan akal fikiran dipengaruhi oleh alam sekitar dan pengalaman-pengalaman jiwa dengan alam sekitar. Menurutnya lagi, akal fikiran manusia adalah kosong semasa dilahirkan. Dengan peningkatan umur manusia, manusia mengisi sistem ini (jiwa) dengan pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu, jiwa dan perasaan manusia boleh difahami melalui hubungan dengan sistem-sistem lain di dalam tubuh manusia.


            Pada zaman Rene Descartes (1596-1650), seorang ahli falsafah yang dikenali sebagai ‘Bapa Psikologi Saintifik’ telah mengaplikasi falsafah dalam psikologi dan mencapai pada kemuncaknya pada zamannya. Descartes menyarankan manusia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu jiwa dan jasad atau tubuh badan yang terpisah tetapi berinteraksi sesma sendiri. Konsep ini lebih dikenali sebagai Pecahan Dualisme. Menurut fahamn Descartes, jasad manusia ialah satu sistem fizikal yang mana pergerakannya ialah secara automatic iaitu pergerakan fizikal tubuh badan terhadap rangsangan-rangsangan luaran.
           

            Konsep Dualisme menyatakan bahawa manusia mempunyai akal serta akal fikiran. Inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Jiwa manusia berfungsi sebagai tempat menyimpan buah fikiran, pengetahuan, ruang, masa dan lain-lain. Ianya diperoleh semasa manusia lahir ke dunia dan pengalaman-pengalaman masa depan akan membuktikan pengetahuan tersebut. Jiwa dan jasad manusia berinteraksi antara satu sama lain. Jiwa menerima gambaran daripada tindak balas fizikal manusia dari alam sekitarnya. Falsafahnya , ‘aku berfikir, oleh itu aku wujud’. (I think therefore I am) yang bermaksud tingkah laku manusia dibentuk oleh akal fikirannya.

            Pengaruh Descartes sungguh kuat pada zamannya iaitu dalam bidang Psikologi. Konsep Dualisme menjadi debat dikalangan ahli falsafah dan pelajar menyebabkan falsafah lain tidak diterima oleh cendikiawan pada masa itu. Menurut pakar psikologi dan falsafah, Descartes telah berjaya menggabungkan pendapat Plato iaitu manusia mempunyai akal fikiran semasa dilahirkan, dengan pendapat Aristotle iaitu manusia hanyalah bahan mental dan memerlukan pengalaman bagi akal fikirannya.


            Pada abad ke 17 dan 18 pula, penggunaan psikologi saintifik bermula di England. Pergerakan kearah falsafah empirisisme yang dipelopori oleh pemikir-pemikir seperti Locke, Hume, Berkely dan Mills. Emperisisme mengutamakan kaedah pemerhatian yang tepat, penggunaan pendapat, perbicaraan dan pemikiran yang lojik. Konsep Dualisme oleh Descartes diterima iaitu jiwa dan jasad serta mereka mendalami kefahaman konsep ini melalui kajian-kajian tentang jiwa manusia dengan cara analisis kendiri (introspection) dan kaji diri (self-analysis). Empirisisme menolak pendapat Plato dengan menyatakan Konsep Tabula Rasa. Konsep ini berpendapat bahawa jiwa dan fikiran manusia itu kosong semasa dilahirkan. Jiwa manusia dipenuhkan dengan pengalaman kederiaan (experienceoif senses) dan melalui pengalaman sensasi dari luar.


            Seperti mana yang dinyatakan tadi, empirisisme mengkaji jiwa manusia dengan cara analisis kendiri dan kaji diri. Analisis kendiri ialah satu daripada kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pakar-pakar empirisisme untuk memahami jiwa manusia. Kaedah ini menunjukkan bahawa buah fikiran manusia itu bukan hanya kederiaan sahaja tetapi merupakan satu lakuran kesemua kederiaan yang boleh dialami oleh manusia. Berdasarkan hasil daripada kajian ini, mereka menyarankan Prinsip Perkaitan iaitu meyatakan bahawa kejadian atau peristiwa yang berlaku sama-sama pengalaman kederiaan pada satu ruang masa yang spesifik.


            Pakar-pakar empirisisme masih lagi berada pada tahap falsafah spekulatif kerana mereka belum lagi memberi perhatian  sepenuhnya kepada kajian ke atas teori yang diutarakan. Namun, kecenderungan mereka ke atas psikologi jelas kelihatan kerana berjaya mengemukakan Prinsip Perkatitan, Kedah pemerhatian dan Konsep Tabula Rasa.


            Di Jerman, terdapat satu lagi pandangan yang menggerakkan psikologi iaitu Strukturisme. Strukturisme menitikberatkan kaedah kajilidikan atau eksperimentasi. Bermula dengan kajian fisiologi oleh Herman von Helmholtz yang berjaya mengukur kelajuan isyrat saraf dalam tubuh manusia. Diikuti pula teori dan kaedah kajian dalam bidang psikofizik oleh Gustav Fechner pada 1860. beliau mengaitkan persamaa matematik dengan kekuatan sensasi , manusia melalui tindak balas terhadap rangsagan seperti cahaya, bunyi, rasa, sentuhan dan laian-lain. Wilhelm Wundt, 1879 telah menubuhkan makmal psikologi pertama di University Leipzig. Maknma ini banyak menyumbnagkan tenaga menyelidik bidang fisiologi untuk diaplikasi kepada psikologi.

           
Pakar strukturalisme menggunakan ksperimentasi adalah bertujuan utnuk menganalisis struktur serta kandungan jiwa manusia dan menjadi penyebab dinamakan psikologi struktur. Menurutnya, jiwa manusia adalah seperti gedung bagi menyimpan pengalaman kederiaan serta perasaan yang amat kompleks. Walaupun bagitu, strukturalisme mempuyai beberapa kelemahan iaitu penganalisisan komponen jiwa melalui teknik kaji diri gagal memberi penerangan tentang jiwa manusia kerana kaedah ini terlalu subjektif.

           
Freud menyarankan teori psikodinamik tentang manusia. Beliau berpendapat bahawa jiwa dan masalah mental manusia berada dalam ruang alam tidak sedar. Analisis kendiri strukturalisme tidak dapat diterima kerana objektif penyelidikan mereka di dalam alam tidak sedar. Namun, kebaikan sumbangan pakar-pakar strukturalisme ialah menagasaskan kaedah kajian eksperimantasi yang menjadi asas kepada penyelidikan saintifik.

            Pada abad ke 19 selepas kaedah eksperimen strukturalisme muncul pula pergerakan Funsionalisme. Pakar-pakar funsionalisme mengikut kaedah eksperimen strukturalisme dan berpegang pada Konsep Penyesuaian. Teori evolusi dan falsafah Pragmatisme dijadikan asas pendekatan mereka.

Teori Evolusi diasaskan oleh seorang saintis Inggeris yang bernama Charles Darwin. Teori ini mengutamakan hubungan antara strukturalisme dan fungsionalisme iaitu daripada organisma tingkat paling rendah seperti organisma monosel iaitu amoeba dan paramecium, ke tahap paling tinggi iaitu manusia. Teori ini memberikan gambaran dinamik tentang perkembangan haiwan dan manusia. Menurut teori ini, Darwin menyarankan konsep ‘siapa kuat dia menang’ (survival of the fittest). Konsep ini membawa manusia ke tahap tertinggi dan teragung. Mereka yang kuat dan cerdik akan terus mengeusai dunia, manakala yang lemah akan terus luput.


Falsafah pragmatisme diasaskan Charles Pierce dan William James. Usahanya dilihat sebagai satu pergerakan ke arah falsafah berbentuk praktikal. Pakar pragmatisme menekankan penggunaan hipotesis yang empirikal yang boleh diujikaji serta dinilai supaya mempunyai unsur-unsur praktikal. Hasilnya, pakar-pakar fungsionalisme menghasilkan satu skala mengukur tahap kecerdasan oleh Alfred Binet dan Henri Simon pada tahun 1905 di Perancis.

           
Kemudian, Psikologi Gestalt diasaskan sebagai reaksi terhadap pendekatan strukturalisme Wundt. Muncul di Jerman pada dekad 1910-an yang dipelopori oleh Max Weitheimer (1880-1943). Menurutnya, jika keadaan sedar manusia diselidiki hanya dari sudut pengalaman kederiaan sahaja, ia tidak akan membawa apa-apa makna yang relevan kepada manusia. Persepsi kompleks yang dialami oleh manusia tidak boleh dipecah-pecahkan kepada elemen yang ringkas. Sebagai contoh, kita mendengar muzik selalunya dilakukan secara menyeluruh. Kita jarang sekali dapat menikmati sesebuah irama lagu dengan sempurna jika mendengarnya sedikit-sedikit. Ini merupakan salah satu prinsip Gesltalt, iaitu jika sesuatu yanhg menyeluruh dibahagikan kepada beberapa elemen.

           
Satu daripada kajian awal yang mengukuhkan dakwaan bagi prinsip ini ialah fenomena pergerakan ketara. Weitheimer mendapati bahawa sekiranya dua buah lampu diletakkan secara berasingan tetapi jaraknya dekat, kemudian dihidupkan lampu itu satu per satu dalam gelap, cahaya lampu itu seakan bergerak ke depan dan ke belakang. Ini menunjukkan sistem persepsi manusia mengintegrasi beberapa pergerakan static yang berasingan kepada satu pergerakan yang berbentuk dinamik.


            Terdapat banyak teori menerangkan tentang tingkah laku. Ianya dikatogorikan dalam bentuk teras, atau kuasa dan perspektif. Dalam bentuk teras atau kuasa, terdapat tiga kategori iaitu dorongan dalaman (jiwa), aspek luaran (tingkah laku) dan yang memahami manusia keseluruhan.


Teori yang pertama ialah teori yang berteraskan dalaman manusia. Teori psikodinamik atau psikoanalisis yang diutarakan oleh Sigmund Freud (1894) merupakan teori psikoogi moden keraan berjaya menghuraikan sifat dan tingkah laku manusia secara menyeluruh. Teori ini berasaskan kepada konsep tenaga. Menurutnya, semua manusia didorongi oleh tenaga naluri manusia (eros) yang mengandungi tenaga untuk hidup (libido) dan tenaga kematian (thanatos). Tenaga-tenaga inilah yang mendorong manusia untuk memaparkan tingkah laku yang baik atau sebaiknya.


            Freud juga mencadangkan konsep alam tidak sedar iaitu kebanyakan daripada peristiwa kehidupan kita tersembunyi di alam tidak sedar. Seaatin itu, beliau mencadangkan struktur-struktur personality id, ego, superego sebagi komponen-ikomponen yang membantu personaliti manusia. Id wujud sejak lahir untuk mandapatkan keinginan. Ego wujud sejurus kemudian dengan fungsi utamanya mendapatkan apa yang hendak diingini manakala superego bertindak sebagai hati nurani dan pegangan moral individu. Interaksi id, ego dan superego serta bahan simpanan dalam am sedar dan tidak sedar akan membentuk sahsiah individu.


            Teori psikodinamik mempunyai akar umbi yang kukuh dalam falsafah determinisme, iaitu peristiwa lampau yang berlaku kepada diri kita akan membentuk personaliti masa depan. Ianya kurang popular kerana ahli-ahli psikologi masa kini yang rata-rata mengutamakan kepentingan jangkaan, harapan masa depan serta maksud yang tersirat disebalik perbuatan manusia.
           
           
Kuasa kedua dalam psikologi mengelompokkan teori-teori yang memahami gelagat manusia dari perspektif luaran. Behaviourisme atau psikologi tingkah laku penting dan masih kekal serta berpengaruh hingga kini. Ianya bermula dengan seorang pakar fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov. Ahli psikologi yang mempopularkannya ialah J.B Watson yang memulakan kajian-kajian psikologi dengan teori minda haiwan. Beliau banyak menganalisis tingkah laku haiwan yang boleh diperhatikan. B.F Skinner juga popular dalam ilmu ini. Beliau mengasaskan tingkah laku yang dikenali pelaziman operan. Menurutnya, tingkah laku diteguhkan dengan diberikan ganjaran. Maka, kebarangkalian tingkah laku berkenaan dilakukan sekali lagi akan meningkat. Ianya banyak diaplikasi dalam sukan, pendidikan dan sebagainya.


            Teori kemanusiaan dan kewujudan pula tertumpu kepada manusia itu sendiri. Tokoh-tokohnya ialah seperti Carl Rogers dan Abraham Maslow. Mereka bersetuju bahawa aspek-aspek jiwa, tingkah laku dan persekitaran haruslah diambil kira apabila kita memahami mana-mana aspek kewujudan manusia. Carl Rogrs mempelopori teori kemanusiaan berpendapat bahawa motivasi asas manusia ialah unutk mencapai kesempurnaan dirinya.


            Psikologi moden menekankan kepentingan sains empirikal dalam pendekatannya memahami tingkah laku manusia. Input bidang psikologi mestilah berasaskan kaedah-kaedah penyelidikan seperti pemerhatian yang objektif dan metod eksperimentasi. Kaedah-kaedah ini mestilah mempunyai kebolehpercayaan serta kesahan supaya hasil daripadanya boleh diguna untuk meramal serta mengawal tingkah laku demi kebaikan manusia.


            Skop bidang psikologi adalah pelbagai. Contohnya psikologi klinikal adalah satu skop yang penting dalam merawat sakit jiwa, kecelaruan mental serta tingkah laku bilazim. Tugas psikologi klinikal ialah mendiagnosis pesakit menggunakan kaedah psikologi. Psikologi kaunseling biasanya memberikan kauneseling kepada individu yang menghadapi masalah jiwa yang tidak serius contohnya pelajar sekolah. Psikologi pendidikan pula melihat spek kurikulum, latihan perguruan, ko-kurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian tempat pengajian. Psikologi kanak-kanak pula mengkaji dan memahami kanak-kanak dari segi perkembangan fizikal, emosi, mental dan social kanak-kanak. Psikologi personaliti menyelidik perkembangan personality serta akibat daripada perubahannya.


            Kesimpulannya, psikologi merupakan salah salah satu daripada bidang Sains Sosial yang luas aplikasinya. Ianya mengkaji tentang jiwa dan tingkah laku manusia dalam segala aspek kehidupan.
click ads for your tq




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...