Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, March 22, 2011

Bola sepak

1. PENGENALAN


Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Permainan ini dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan kod-kod "football" lain. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Antarabangsa Bola Sepak ( B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association).

2. SEJARAH SUKAN BOLA SEPAK

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

3. TAKTIK
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
a.       Pertahanan
§  Pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol pasukan lawan. Oleh itu pemain ini perlu mengawal lawanya dengan rapi.

b. Pemain tengah
§  Pemain yang melakukan serangan dan menghantar dan memberikan lorongan  bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.

b.      Penyerang
§  Pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol. Jaringan gol boleh dilakukan sekirannya pemain penyerang bijak mencari ruang kosong untuk menerima umpanan daripada pemain tengah.pemain ini juga perlu menghindari diri dari dikawal oleh pemain lawan. Jika pemain lawan menguasai bola, pemain penyerang mestilah berebutnya semula.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3, dan 4-5-1.Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

4. CARA PERMAINAN
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.
5. KAWASAN PERMAINAN
Padang Permainan

Ukuran padang
Padang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.
·         Panjang : Minimum : 90 m( 100 ela)
·         Maksimum : 120 m ( 130 ela)
·         Lebar : Minimum : 45 m( 50 ela)
·         Maksimum : 90 m ( 100 ela)
Padang untuk perlawanan antarabangsa
·         Panjang : Minimum : 100 m(110 ela)
·         Maksimum : 110 m ( 120 ela)
·         Lebar : Minimum : 64 m( 70 ela)
·         Maksimum : 75 m( 80 ela)
Tanda-tanda
Padang permainan hendaklah ditandakan oleh garisan. Garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang lebih panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol. Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter ( 5 inci) lebarnya.
Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Pusat padang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan mengelilinginya.
Kawasan Gol
Satu kawasan gol penalti dikenal pasti pada kedua-dua penghujung padang seperti berikut: 
a.     Dua garisan hendaklah ditanda bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan 16.5 meter (18 ela) ke dalam padang permainan dan disambungkan dengan satu garisan yang selari dengan garisan gol. Kawasan yang disempadankan oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.
b.     Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu garisan lengkuk berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan dari setiap penalti di luar kawasan penalti.



Tiang bendera

Satu tiang bendera, tidak kurang dari 1.5 meter ( 5 kaki) tingginya, bahagian atasnya tidak ditajamkan dan suatu bendera diletakkan pada setiap penjuru. Tiang bendera boleh juga diletakkan di penghujung garisan tengah, tidak kurang daripada 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.
Lengkuk Penjuru
Suatu suku bulatan dengan jejari 1 meter(1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.


Tiang dan Palang Gol

Tiang-tiang gol hendaklah di pertengahan setiap garisan gol. Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan disambungkan dibahagian atasnya oleh suatu oleh palang melintang di mana jarak di antara kedua-dua tiang gol ialah 7.32 meter ( 8ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter ( 8 kaki).
Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12sm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan  palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol, dengan syarat ia disokong dengan betul dan tidak mengganggu penjaga gol.Tiang dan palang gol hendaklah berwarna putih.
Keselamatan
Kedua-dua gol hendaklah dipacakkan dengan kukuh ke tanah. Tiang-tiang gol jenis bolehubah boleh digunakan jika ia memenuhi keperluan ini.


Keputusan-Keputusan Yang Ditetapkan FIFA
Jika palang gol terjatuh atau patah, permainan hendaklah diberhentikan sehingga ia diperbaiki atau diletakkan semula. Jika usaha membaikinya tidak dapat dilaksanakan, perlawanan hendaklah ditangguhkan. Kegunaan tali sebagai ganti palang gol adalah tidak di benarkan.
Tiang dan palang gol mestilah di perbuat daripada kayu, logam atau sebarang bahan yang di luluskan. Ia berbentuk empat segi sama, segi empat tepat, bulat atau bulat bujur dan tidak berbahaya kepada pemain.
Sebarang bentuk pengiklanan, sama ada jelas atau samar-samar yang ada kaitan tidak dibenarkan di atas padang permainan dan peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan yang diliputinya) dari masa kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang sehingga tamat perlawanan.
Penghasilan semula logo atau lambang FIFA, persekutuan, persatuan kebangsaan, liga kelab atau badan-badan lain, sama ada secara jelas atau samar-samar tidak dibenarkan di atas padang permainan, peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan meliputinya) semasa masa permainan.

6. ASAS PERATURAN PERMAINAN
Bilangan Pemain
Perlawanan bolasepak dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan menurunkan tidak lebih dari 11 pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu pasukan mempunyai kurang dari 7 pemain. Semasa perlawanan rasmi tiga pengganti maksimum boleh digunakan di dalam sebarang perlawanan rasmi dikelolakan di bawah naungan FIFA, persekutuan atau persatuan kebangsaan.
Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang dinamakan, dari tiga hingga tujuh maksimumnya.
Di dalam perlawanan lain, sehingga lima pengganti boleh digunakan, dengan syarat pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan mengenai bilangan maksimumnya, dan pengadil diberitahu sebelum permulaan perlawanan. Jika pengadil tidak diberitahu atau tiada persetujuan tercapai sebelum permulaan perlawanan, tidak lebih dari tiga penggantian dibenarkan.
Di dalam semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.
Prosedur Penggantian
Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, keadaan berikut mestilah diperhatikan :
a.       Pengadil diberitahu sebelum sebarang penggantian dibuat.
b.      Pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya keluar, dan setelah menerima isyarat dari pengadil
c.       Pengganti hanya masuk padang di garisan pertengahan padang semasa pemberhentian permainan.
d.      Suatu penggantian telah lengkap apabila pengganti telah masuk ke padang
Pertukaran Penjaga Gol
Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat pengadil diberitahu sebelum pertukaran itu dibuat dan pertukaran itu dibuat semasa bola di luar kawasan permainan. Jika pengganti masuk padang tanpa kebenaran pengadil, permainan akan diberhentikan, pengganti diberi amaran, dilayangkan kad kuning, dan diperlukan untuk keluar dari padang. Permainan dimulakan dengan jatuhan di mana bola berada semasa permainan dihentikan.
click ads for your tq @ like

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...