Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, March 29, 2011

Teori Pembelajaran Behaviorisme


Pengenalan Teori

Teori merupakan perkara asas kepada semua bidang , termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus-fokus kepada aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu.

 Menurut Pengertian Teori dari Stanovich (1992) telah memberi satu definasi tentang teori iaitu “set konsep-konsep yang saling berkait yang digunakan untuk menjelaskan sebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang”.

Cohen, R pula mendefinasikan teori sebagai satu set penyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definasi dan penyataan yang mengambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang mengambarkan peraturan bagi membentuk satu penyataan baru.
Dalam erti kata lain kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian atau hipotesis-hipoptesis tentang sesuatu yamg berdokongkan kajian.

Manakala pengertian pembelajaran mengikut kamus inggeris-melayu dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka ia boleh diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Selain itu juga, pengertian pembelajaran bermaksud hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.

Antara fungsi-fungsi Teori Pembelajaran ialah untuk mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik. Dengan menggunakan satu cara pendekatan kepada satu bidang pengetahuan memberi panduan kepada guru  tentang apa yang harus dikaji olehnya, pemboleh ubah yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran, teknik kajian yang hendak digunakan dan juga cara untuk menghuraikan  hasil kajian.

Selain itu juga, fungsi teori pembelajaran juga ialah menghuraikanperkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas supaya senang untuk difahami oleh para pelajar.

Kesimpulannya ia bertujuan untuk menghuraikan dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaiamana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.


Teori Pelaziman Operan Skinner


Pengenalan

            Setelah selesai kami menjalankan perbincangan tentang teori pembelajaran behaviorisme, akhirnya kami memutuskan untuk memilih teori pelaziman skinner sebagai teori yang sangat seauai unutk digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan

Menurut Skinner,terdiri daripada 2 konsep utama iaitu peneguhan (reinforcement) dan denda (punishment).Peneguhan terbahagi kepada 2 iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif (positive reinforcement) bermaksud apa jua rangsangan rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku.Contohnya Ahmad akan memakai pakaian sukan yang lengkap untuk membolehkan ia bermain bola sepak.

Manakala peneguhan negatif (Negative Reinforcement) iaitu apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu dipanggil Peneguhan negatif. Contohnya Ahmad sering dikasari  oleh Asraf ketika bermain bola sepak. Ini menyebabkan Ahmad akan mengelakkan diri daripada terjahan yang dilakukan oleh Asraf ditingkatkan.

Hukuman iaitu akan melemahkan kekerapan gerak balas atau tingkah laku. Terdapat 2 jenis hukuman iaitu dendaan (punishment)  dan sekatan (blocking). Dendaan (punishment)  pula apa jua yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang terhasil berkurangan atau terhapus.Contohnya Asraf yang sering melakukan terjahan atau kekasaran ke atas rakan-rakan yang lain dan telah diberi teguran dan amaran oleh guru. Manakala sekatan (blocking) daripad sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi.Contohnya Kamal  tidak membawa seluar  sukan, oleh itu guru Pendidikan Jasmani tidak membenarkan Kamal untuk bermain bola sepak (iaitu menghentikan keseronokkan).


Konsep Dan Aplikasi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

Dalam menerangkan teori ini dengan terperinci, kumpulan kami telah sebulat suara untuk memilih mata pelejaran Pendidikan Jasmani (Permainan Bola Sepak) sebagai aplikasi daripada teori ini. Seperti yang telah kita ketahui teori ini mempunyai lima konsep utama yan ditekankan oleh Skinner iaitu;
  1. Ransangan
  2. Gerakbalas
  3. Peneguhan
  4. Hukuman
  5. Modifikasi tingkah laku.

1. Ransangan

Dalam teori ini, konsep rangsangan menekankan tentang cara sesuatu aktiviti sukan dapat menarik minat seseorang pelajar untuk mendalami ilmu dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Konsep ini dapat dilihat apabila sekiranya seseorang pelajar melihat atau mengamati sesuatu sukan tersebut dimainkan, mungkin, pelajar tersebut akan tertarik dan berminat untuk mencuba sukan tersebut bagi mereka yang tidak pernah mencuba sukan tersebut.  

2. Gerak balas

Dalam teori ini, gerak balas Operan timbul akibat daripada sesuatu ransangan Selepas ransangan diwujudkan, timbul pula gerakbalas selepas melihat atau mengamati tingkahlaku rakan-rakan yang lain. Hal ini akan menyebabkan timbul rasa ingin mencuba dalam diri pelajar tersebut dan mula menunjukkan minat terhadap aktiviti bersukan tersebut. Maka dengan ini timbulah gerak balas terhadap pelajar itu untuk meniru gerak geri yang dilakukan oleh rakan mereka. Konsep ini  dapat dikaitkan dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid sekolah dimana ketika mereka baru melangkahkan kaki ke alam persekolahan menengah, suasana dalam matapelajaran Pendidikan jasmani sangat berlainan dengan suasana matapelajaran tersebut diperingkat sekolah Rendah kerana mereka dilatih bersukan bermain bola sepak secara lebih matang dan dewasa berbanding sebelumnya.

3. Peneguhan

            Dalam teori ni menerangkan bagaimana sesuatu konsep dapat diaplikasikan dengan sempurna apabila sesuatu perkara dilakukan berulang kali. Ini dapat diterangkan bagaimana sesuatu teori dapat dikembangkan dengan berkesan. Mengikut teori ini, untuk memperolehi susuatu tidak perlu berdasarkan kepada petrunjuk yang diberikan. Tetapi boleh berlaku dengan secara tidak sengaja dan akan diulangi berkali-kali apabila apa yang dilakukan itu berkesan. berlaku peneguhan apabila berlaku gerakbalas antara dua objek.

Maka kebarangkalian gerak balas itu akan dilakukan lagi akan meningkat Dalam teori ini, konsep peneguhan merupakan konsep yang sangat ditekankan oleh Skinner. Konsep peneguhan dapat menyebabkan sesuatu gerak balas itu akan dilakukan lagi akan meningkat. Setiap respon  yang dikemukakan harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang  diberikannya  tadi adalah benar atau tidak. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi  ganjaran dan motivasi .  Hal ini bertujuan untuk  memberi galakkan kepada pelajar,  supaya tindakbalas yang diberikan itu dapat dikekalkan agar berterusan. Dalam teori ini juga, terdapat 2 jenis peneguhan (reinforcement) yang ditekankan oleh Skinner iaitu:.
a)      peneguhan positif
b)      peneguhan negatif.
  
Peneguhan positif serupa dengan pemberian ganjaran terhadap sesuatu kejayaan yang dicapai oleh pelajar tersebut. Melalui peneguhan positif tersebut, gerak balas akan ditingkatkan untuk mendapatkan ganjaran. Contohnya, seorang pelajar dipuji oleh gurunya kerana selalu menunjukkan prestasi yang baik dalam sesuatu jenis sukan dan bersungguh-sungguh untuk menguasai sukan tersebut.

Peneguhan negatif pula ialah gerak balas yang dilakukan untuk mengelakkan diri daripada sesuatu perkara yang tidak disenangi. Contohnya, Ali sering dimarah oleh guru matapelajaran pendidikan jasmaninya kerana tidak menunjukkan kesungguhan semasa matapelajaran pendidikan jasmani dijalankan seperti tidak memakai pakaian sukan yang lengkap. Melalui peneguhan negatif, Ali akan mengurangkan sikapnya yang tidak bersungguh-sungguh terhadap matapelajaran berikut kerana bimbang dimarahi oleh gurunya.

4. Hukuman

Hukuman merupakan sesuatu yang akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman dalam teori ini iaitu:

a)      Dendaan yang dikenakan keatas sesuatu gerak balas tadi akan dihentikan / diturunkan kekerapan. Contoh: tidak memakai pakaian sukan yang lengkap – didenda berlari mengelilingi padang.
b)      Dendaan sekatan keatas sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi. Contoh: menggunakan taktik yang keras iaitu bermain secara kasar untuk memenangi permainan bola sepak.

5. Modifikasi Tingkah Laku  

Modifikasi tingkahlaku merupakan perubahan tingkahlaku yang berlaku selepas teori tersebut diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konsep modifikasi tingkahlaku, selepas proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan jasmani tersebut, para pelajar dapat dilihat akan perbezaannya dari segi kualiti permainannya iaitu jika dahulu pelajar tersebut tidak mahir dalam menendang bola dengan menggunakan teknik yang betul. Namun, selepas proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, pelajar tersebut berjaya menunjukkan kemahirannya menendang bola menggunakan teknik yang betul. 


Cadangan penambahbaikan Teori Pelaziman Operan Skinner dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani (permainan bola sepak)

Setelah diteliti langkah-langkah pembelajaran Operan Skinner, kami mencadangkan beberapa cara untuk menambahbaikan rancangan ini.Antaranya ialah :-

1.      Guru hendaklah menyediakan perancangan mengajar dengan lebih rapi dan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.Ini supaya murid mudah memahami pelajaran dan mengingati kembali apa yang mereka belajar.
2.      Guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya murid tertarik dengan pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Ini kerana apabila murid tertarik dengan bahan bantu mengajar itu,mereka akan menumpukan perhatian mereka kepada dalam pembelajaran. Contohnya.penggunaan video, poster dan sebagainya.
3.      Guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya murid tidak bosan dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran dalam kelas dan dipadang permainan. Hal ini adalah penting kerana minat pelajar terhadap sesuatu pembelajaran menunjukkan kejayaan seseorang guru tersebut dalam menarik minat anak muridnya dalam menumpukan perhatian terhadap pengajarannya.

Rancangan mengajar

Mata Pelajaran            : Pendidikan Jasmani
Tingkatan                    : 2
Tajuk                           : Permainan Bola Sepak
Sub Topik                    : Kemahiran bermain bola sepak
i)                    Kemahiran mengawal bola dengan baik
ii)                  Kemahiran bekerjasam dalam sepasukan
Objektif                       : Menguasai teknik-teknik permainan bola sepak dengan lebih     
                                      baik.
Alat Bantu Mengajar  : Poster

LANGKAH
AKTIVITI
ABM
Menyiapkan diri dengan pakaian yang sesuai
Guru membuat persediaan awal sebelum memulakan kelas
-
Memberi arahan
Guru meminta para pelajar berpakaian yang sesuai untuk memulakan aktiviti.
Poster

Mendenda
(hukuman)
Guru mendenda para pelajar yang tidak memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti bermain bola sepak. Contoh hukuman ialah seperti berlari mengelilingi padang.

-
Taklimat
Guru menerangkan tentang pengenalan bola sepak, ciri-ciri dan menghuraikan serba sedikit teknik permainan bola sepak agar para pelajar dapat memahami teknik tersebut.

-
Senaman
Guru memulakan aktiviti mengajar dengan memanaskan badan (bersenam).
-
Menjadi model
(ransangan)
Guru menunjukkan teknik yang betul dalam mengawal bola dan taktik bermain bola sepak dengan betul.

-
Menguji pelajar
(menguji gerak balas)
Guru mengarahkan para pelajar untuk mengawal bola seperti yang ditunjukkan untuk menuji sejauh mana kebolehan para pelajar mengawal bola.

-
Membina pasukan
Guru mengarahkan para pelajar agar membina pasukan untuk permainan bola sepak.
-
Mengadili perlawanan antara para pelajar
Guru mengadili permainan tersebut supaya para pelajar dapat memahami sedikit demi sedikit teknik permainan dengan betul.

-
Memberi pujian kepada pelajar bermain dengan baik
(Peneguhan positif)
Guru memberikan peneguhan positif kepada pelajar  yang berjaya bermain bola sepak dengan baik seperti mengucapkan tahniah, pujian.

-
Mengkaji perubahan prestai permaina pelajar (modifikasi tingkahlaku)
Guru memerhatikan perubahan prestasi permainan para pelajar diantara sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

-

Rumusan

            Pada akhir tugasan  ini kami dapat mempelajari bagaimana pembelajaran kognitif diterapkan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.Dalam tugasan ini kami telah memilih untuk untuk menerapkan pembelajaran behaviorisme dan memecahkannya kepada sub tajuk iaitu teori pelaziman operan skinner dalam tajuk “permainan bola sepak“. Kami memilih matapelajaran pendidikan jasmani kerana ia dirasakan sesuai diaplikasikan teori ini.

            Pada permulaan, kami berbincang dalam kumpulan tentang teori pembelajaran yang sesuai dengan tajuk yang kami telah persetujui.Setelah mendapat tajuk yang sesuai kami telah bekerjasama untuk mencari bahan-bahan berkaitan dengan tugasan .Walaupun terdapat masalah pada pemulaan kerja-kerja tetapi dapat kami atasi secara berperingkat- peringkat.Ini penting untuk menghasil hasil benar-benar terbaik.

            Kami berpuas hati dengan hasil kerja-kerja kami yang tidak kenal erti penat lelah
ini.Kami juga sedar bahawa kerjasama dan usaha yang gigih dapat memberikan pulangan yang berbaloi.Jika tiada kerjasama dan antara kami mungkin kejayaan ini tidak akan kami perolehi .Kami juga berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr Mat Jizat bin Abdol yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.

            Akhir sekali kami berharap tugasan ini akan menjadi rujukan para guru untuk menerapkan konsep pembelajaran operan skinner dalam mata pelajaran kemahiran hidup supaya ia dapat menjadikan pengajaran lebih bermakna dan menarik perhatian pelajar kepada mata pelajaran ini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...