Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, July 24, 2012

SURAT TUNJUK SEBAB SALAH LAKU DAN MEMOHON UNTUK MENYAMBUNG KEMBALI PENGAJIAN


Muhammad Ali Bin Wahid
WDT 484,
SK. Gelam-gelam,
91308 Semporna Sabah.


Pengetua,
Institut Kemahiran Mara,
Lot 4, Taman Perindustrian,
KM 6, Jalan Sepanggar,
88450 Kota Kinabalu.                                                                                                 10 Julai 2012


Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB SALAH LAKU DAN MEMOHON UNTUK MENYAMBUNG KEMBALI PENGAJIAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Saya seperti nama di atas telah  melakukan kesalahan semasa di IKM pada 2012. Saya melakukan perkara tersebut kerana terdesak kerana masalah kewangan. Keluarga saya bukanlah dari golongan senang. Saya sekarang masih menganggur dan sekali sekala menjadi nelayan di Semporna Sabah.

3.         Saya telah insaf dengan perbuatan lalu saya dan berharap pihak IKM dapat menerima saya kembali untuk menyambung pengajian selama 2 tahun lagi ataupun ditukarkan kepada kursus jangka pendek lain. Untuk makluman pihak tuan saya dari kursus penjaga jentera A-1 dan telah mengikuti kursus tersebut selama setahun di IKM Kota Kinabalu. Mengikuti SKM di luar sememangnya saya tidak mampu.

4.         Saya amat berharap agar pihak tuan dapat menerima saya kembali dan saya bersedia menerima cabaran di IKM dengan lebih disiplin dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Atas peluang dan kerjasama dari pihak tuan pengetua saya ucapkan berbanyak terima kasih dan semoga Tuhan membalas segala kebaikan tuan.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

.....................................................
( MUHAMMAD ALI BIN WAHID )

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...