Want to know more, please click

Followers

Pages

Saturday, March 5, 2011

MOTOR ARUS ULANG ALIK


 Pengenalan.
§  Digunakan sebagai penukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanik (penukaran tenaga elektromekanik).
§  Penghubung kepada sistem elektrik & sistem mekanik.
§  Jenis penukaran (boleh balik) :
Ø  Mekanik à elektrik = penjana
Ø  Elektrik à mekanik = motor   

Struktur asas motor elektrik.
  • Mempunyai 2 komponen utama :
  a) Stator.
- Bahagian motor yang tidak bergerak.
- Kerangka luar motor.
  b) Rotor.
- Bahagian motor yang bergerak bebas.
- Bahagian dalam motor.

Jenis-jenis motor.
    1. Motor tiga fasa.
    2. Motor satu fasa.
§  Digunakan di industri - motor aruhan & motor segerak.
  • Masih ada yang menggunakan  motor universal (voltan AC / DC).


MOTOR ARUHAN TIGA FASA

1.   Motor Sangkar Tupai.
§  Ringkas & tahan lasak.
§  Pengatur kelajuan yang baik pada keadaan beban yang berbeza.
§  Memerlukan sedikit penyelenggaraan.
§  Kecil.
§  Dibina daripada tiga bahagian asas iaitu :
2.      Motor Belitan Pemutar
§  Kelajuan berubah-ubah.
§  Menggunakan pengawal rintangan untuk mengubah kelajuan motor.
§  Daya kilas mula yang kurang baik.
§  Kecekapan rendah.
§  Rekabentuk pemegun = motor aruhan sangkar tupai.
§  Pemutarnya mempunyai belitan tiga fasa sambungan Wye.
§  Tiga hujung belitan dibawa keluar melalui gelang gelincir dan berus kepada pengawalan rintangan luaran.

   Operasi :
§  Pemegun menghasilkan medan magnet berputar dengan kelajuan segerak.
§  Saling ubah antara kedua-dua magnet daripada tiga wayar akan memberikan putaran yang berlawanan.
§  Tarikan antara medan pemegun dan medan teraruh menyebabkan pemutar berputar dan mengikut medan pemegun berputar.
§  Pemutar selalunya mengekori sedikit di bawah kelajuan segerak.
§  Gelincir bertambah sedikit dengan pertambahan beban, ini menyebabkan arus pemutar teraruh bertambah untuk keperluan beban yang baru.
§  Motor mempunyai kelajuan yang agak malar.
§  Semasa permulaan gelincir adalah 100%, daya kilas adalah rendah kerana regangan pemutar adalah tinggi.
§  Belitan pemegun setiap satu boleh dibina dalam dua bahagian yang kemudiannya boleh disambung pada operasi satu atau dua voltan berbeza.
§  Motor akan berpusing tetapi tidak bermula dengan voltan satu fasa.
§  Daya kilasnya akan berkurangan.
§  Rintangan berkesan pemutar boleh ditentukan daripada kelajuan pemutar berkunci.
§  Kecekapan adalah rendah pada beban ringan tetapi bertambah baik apabila beban bertambah banyak.


MOTOR ARUHAN SATU FASA

1.      Motor Aruhan Fasa Terpisah
§  Motor AC berkelajuan malar.
§  Digunakan sebagai perkakasan rumah dan kegunaan industri.
§  Pembinannya mudah iaitu :

2.      Motor Aruhan Kutub Berteduh.
§  Menggunakan medan pemegun berputar - dihasilkan dengan menggunakan 
      gelung terteduh dalam setiap kutub pemegun.
§  Gelung terteduh = satu gelung kuprum berintangan rendah yang dilitar
       pintas.
§  Medan yang dihasilkan oleh kutub terteduh agak lemah.
§  Daya kilas mula adalah sedikit dan menghasilkan kecekapan yang rendah.
§  Tidak mempunyai suis empar, sangat lasak dan boleh diharapkan.
§  Gelincir motor bertambah ketika voltan rendah. Sifat ini selalu digunakan untuk mengawal kelajuan motor.
§  Saiz kecil.
§  Julat kuasa antara 4 - 5 watt.
§  Biasa digunakan dalam kipas kecil dan penghembus.

3.      Motor Aruhan Penolakan.
§  Gabungan motor belitan sangkar tupai dengan motor belitan penolakan.
§  Mempunyai satu berus dan tidak mempunyai suis empar.
§  Bermula dengan prinsip penolakan dan beroperasi dengan gabungan prinsip penolakan dan prinsip aruhan.
§  Kelajuan motor lebih baik berbanding kelajuan motor segerak dalam keadaan tanpa beban.
§  Daya kilas motor besar kerana gabungan daya kilas belitan sangkar dan belitan penolakan.
§  Kelajuan daya kilas - motor majmuk DC.
§  Digunakan dalam pemampat, pengisar, peti sejuk dan mesin larik.


4.      Motor Universal
§  Beroperasi menggunakan voltan AC / DC.
§  Motor sesiri AC = ciri-ciri operasi motor DC.
§  Daya kilas mula motor tinggi.
§  Motor disambung secara tetap pada peranti - kelajuan motor sesiri boleh diatur dengan menambahkan rintangan yang sesiri kepada motor.
§  Digunakan dalam mesin jahit, pembersih hampagas, alat tayangan dan mesin niaga.
§  Direkabentuk dengan kadar kuasa yang lebih kecil.
§  Motor sesiri AC digunakan dalam peranti tarikan.
§  Kelajuan boleh ditingkatkan ke nilai maksimum dengan beban yang ringan.

click ads for your tq



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...