Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, March 22, 2011

NIOSH SYOR PEKERJA KONTRAK IKUTI LATIHAN KESELAMATAN



NIOSH syor pekerja kontrak ikuti latihan keselamatan KEJADIAN letupan tangki metanol di sebuah kilang pengeluar bahan pencuci, Fatty Chemical Malaysia Sdn. Bhd. di Kompleks Perindustrian Prai pada 28 Februari 2006 yang meragut dua nyawa dan mencederakan dua orang lagi, dengan jelas membuktikan bahawa soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja tidak boleh dipandang remeh dan diabaikan. Sungguhpun kejadian itu masih dalam siasatan pihak berkuasa, hakikatnya ialah ia tidak akan berlaku sekiranya segala langkah keselamatan termasuk pengenalan bahaya telah diambil oleh pekerja sebelum kerja penyelengaraan dijalankan di tempat kerja. Salah satu kunci kejayaan perlaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)1994 ialah dengan mewujudkan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Suatu elemen yang penting dalam sistem pengurusan ini ialah latihan di dalam OSH untuk pekerja kontrak. Oleh kerana pekerja perlu dijamin tentang hak mereka terhadap keselamatan dan persekitaran kerja yang sihat, adalah menjadi keperluan untuk menyediakan mereka dengan maklumat, pendidikan dan latihan supaya pekerja mengetahui tentang cara yang terbaik untuk melindungi diri mereka. Dalam hubungan ini pihak NIOSH ingin mencadangkan bahawa semua pekerja kontrak harus diberi pendedahan kepada program Contractor Safety Passport System agar mereka memahami prosedur kerja yang selamat untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Latihan keselamatan kepada pekerja adalah elemen penting untuk mencapai kejayaan program keselamatan pekerjaan dan pihak pengurusan perlu komited untuk melabur di dalam aspek keselamatan ini. - TAN SRI LEE LAM THYE, Pengerusi NIOSH.
click ads for your tq @ like

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...