- Pengelolaan sesebuah bengkel adalah amat penting bagi seseorang guru teknikal, kerana;
i. bengkel dianggap satu kebanggaan mereka
ii. susah untuk mengendalikan alatan dan bahan
iii. mengambil masa dan tenaga untuk mengelola
iv. bangunan dan kelengkapan mahal harganya.
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv
- Mengapakah peraturan keselamatan dan undang-undang bengkel penting dan perlu dipatuhi setiap masa?
A. Pengguna peralatan bengkel sentiasa terdedah kepada berbagai bahaya.
B. Kebanyakan individu sering menyalahgunakan kemudahan bengkel.
C. Mengurangkan risiko kemalangan jiwa dan kerosakan alatan bengkel.
D. Menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab semua pengguna.
3. Menurut Marland K. Strasser, James E. Aron dan Raplh C. Bonn, mentakrifkan kemalangan Industri sebagai,
A. kejadian yang berlaku tanpa sebab yang boleh diduga.
B. suatu keadaan yang kadang-kala boleh dijangkakan akan berlaku disebabkan
kecuaian segelintir individu.
C. peristiwa luar jangkaan yang menyebabkan kecederaan atau kematian
seseorang atau kerosakan harta benda.
D. kejadian yang berlaku dengan serta merta di suatu tempat bekerja dan dalam
tempoh masa tertentu.
4. Diantara berikut yang manakah merupakan punca kemalangan disebabkan oleh keadaan kerja?
A. Bahagian-bahagian mesin yang bergerak seperti gear, takal dan talisawat boleh
menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap.
B. Tumpahan minyak atau gris di atas lantai boleh menyebabkan pekerja terjatuh
jika terlanggar benda-benda keras.
C. Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
D. Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin
boleh menyebabkan melecur pada bahagian anggota.
5. Faedah-faedah yang akan diperolehi oleh seseorang guru teknikal sekiranya mengamalkan falsafah keselamatan dan kesihatan adalah,
i. mengurangkan kadar bilangan pelajar daripada mengalami kecederaan semasa bekerja dibengkel setiap tahun,
ii. tingkah-laku pelajar dapat dikawal dan diperbaiki,
iii. mengurangkan kos penyelenggaraan alatan dan mesin dalam bengkel,
iv. mengurangkan pembaziran masa mengesan dan memperolehi alatan yang disusun secara teratur dan kemas.
A. i, ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. semua
6. Di setiap sekolah yang mempunyai kemudahan-kemudahan seperti makmal dan bengkel, peraturan keselamatan sering diwujudkan bagi tujuan,
A. memastikan semua pengguna mematuhi peraturan sekolah.
B. memaklumkan kepada pihak luar bahawa bengkel tersebut mengamalkan
program keselamatan dan kesihatan.
C. menyedarkan para pelajar bahawa kemungkinan-kemungkinan mara bahaya
dalam bengkel,
D. memandu pihak pentadbiran sekolah menjalankan program-program
keselamatan setiap masa.
7. Berikut merupakan implikasi ekonomi yang timbul jika masalah kemalangan sering berlaku dikalangan masyarakat, kecuali;
A. perbelanjaan ke atas insuran perlindungan diri meningkat disebabkan kos yang
tinggi terpaksa ditanggung setiap kali berlakunya kemalangan.
B. individu akan kehilangan sumber pendapatannya untuk beberapa ketika kerana
terpaksa mempergunakan sebahagian masa bekerja untuk beristirehat.
C. bilangan tenaga pakar dalam sesetengah organisasi akan berkurangan dan
seterusnya sedikit-sebanyak menjejaskan prestasi organisasi tersebut.
D. meningkatkan kos penghasilan sesuatu barangan disebabkan kerugian yang
terpaksa ditanggung oleh sesebuah organisasi disebabkan kecederaan
kakitangan mereka.
8. Pada tahun 1967, International Labour Office telah melaporkan bahawa 85 peratus daripada kemalangan industri disebabkan oleh,
A. sikap pekerja-pekerja yang cuai dalam pekerjaan.
B. persekitaran industri yang tidak selamat
C. faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan
D. kurang kemahiran dikalangan pekerja
9. Mengapakah dalam hal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, mencegah adalah lebih baik daripada merawat?
A. mengurangkan risiko kesihatan kepada semua pekerja.
B. menanamkan sikap berhati-hati pekerja terhadap pekerjaan mereka.
C. mengelakkan pekerja daripada terdedah kepada sebarang unsur kemalangan.
D. mengurangkan perbelanjaan majikan terhadap kos rawatan pekerja mereka.
10. Semasa menjalankan kerja memotong bilah kayu dengan gergaji mesin, pakaian bengkel yang harus dipakai adalah,
i. cermin mata keselamatan
ii. sarung tangan kulit
iii. kasut getah
iv. pelindung telinga
A. i sahaja
B. i dan ii
C. ii dan iii
D. semua
11. Berikut merupakan elemen-elemen penting bagi memastikan program-program keselamatan dapat dilakukan dengan jayanya di tempat kerja, kecuali;
A. pemantauan berterusan pihak berkuasa tempatan
B. kepimpinan majikan sebagai teladan bagi pekerja
C. keadaan kerja yang selamat dan sihat disediakan oleh majikan.
D. amalan-amalan kerja yang selamat oleh setiap pekerja.
- Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dalam bengkel sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kecederaan pelajar, siapakah yang bertanggungjawab menyiasat punca kemalangan tersebut?
A. Pegawai Polis (Siasatan) berhampiran.
B. Pengetua Sekolah
C. Penolong Kanan Hal-ehwal Pelajar
D. Guru Matapelajaran
- Guru bengkel selain dari mengajar, dipertanggungjawabkan juga untuk,
i. Melaporkan keadaan yang merbahaya
ii. Mengelolakan bengkel untuk mencegah kemalangan
iii. Memeriksa keadaan keselamatan
iv. Mentadbir, merekod dan menfail ujian-ujian keselamatan
A. i, ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, iii dan iv
D. semua
- Pengajaran dan pembelajaran bengkel disekolah memberi kesan kepada semua warga sekolah. Implikasinya kepada guru adalah,
A. memenuhi hasrat negara untuk mengeluarkan bakal pekerja mahir,
bertanggungjawab dan peka terhadap hal-hal keselamatan
B. memberi peluang kepada guru untuk mempertingkatkan kemahiran mengajar
mereka.
C. melindungi guru bengkel daripada tuntutan ibu bapa dalam kes sivil makamah.
D. mengelakkan berlaku gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Apakah program yang paling sesuai untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang peripentingnya keselamatan bengkel diutamakan?
A. Lawatan ke industri.
B. Kempen-kempen keselamatan
C. Taklimat oleh pegawai keselamatan
D. Kepimpinan melalui teladan.
- Apakah program yang paling sesuai untuk memastikan amalan keselamatan bengkel yang berterusan dikalangan pelajar?
A. Lawatan ke industri-industri berkaitan
B. Menunjukkan contoh kepimpinan melalui teladan
C. Sentiasa adakan perbincangan keselamatan setiap pertemuan bengkel
D. Adakan kempen-kempen keselamatan berkala.
- Antara berikut yang manakah merupakan tabiat kerja yang baik bagi seseorang guru bengkel dalam menyedarkan mustahaknya keselamatan bengkel kepada para pelajar?
A. memberikan panduan dan arahan disamping menunjukkan teladan dalam
amalan keselamatan.
B. mentubuhkan jawatan kuasa kebersihan bengkel dan keceriaan.
C. mengadakan strategi pengajaran yang menegaskan bahaya alat, kelengkapan
dan mesin pada pertemuan kelas yang pertama.
D. mendenda pelajar-pelajar yang gagal mematuhi sebarang peraturan
keselamatan yang telah ditetapkan.
- Teori Maslow tentang motivasi tempat kerja menyatakan bahawa,
A. potensi seseorang pengurus yang berketrampilan gemar merancang, mengorganisasi dan mengawasi kerja, namun majoriti pekerja tidak menyukai aktiviti tersebut tetapi lebih suka terhadap kerja-kerja yang mudah.
B. manusia berkerja bukan semata-mata disebabkan oleh kuasa wang, tetapi bekerja dalam lingkungan norma sosial pada hari-hari bekerja untuk ganjaran yang setimpal.
C. adalah menjadi tabiat manusia bekerja untuk mencapai kejayaan,
penghormatan diri dan perkembangan personal melalui penampilan tingkah
laku sebenar mereka.
D. Ganjaran adalah diperlukan bersesuaian dengan kedudukan individu dalam
masyarakat pekerja dan keadaan pekerjaan itu sendiri.
- Berikut merupakan profail pekerja yang kerap akan ditimpa kemalangan dari aspek mental, kecuali;
A. kordinasi motor yang lemah.
B. kurang latihan keselamatan
C. kurang tumpuan terhadap kerja
D. mempunyai tekanan darah tinggi
- Apabila menentukan sama ada keadaan tidak selamat wujud di dalam bengkel, guru seharusnya memikirkan kemungkinan-kemungkinan tertentu, seperti;
i. keadaan mekanikal dan fizikal kelengkapan
ii. keadaan lantai pejalan kaki dan permukaan kawasan bekerja
iii. pengudaraan dan pencahayaan dalam bangunan bengkel
iv. tingkah laku pelajar yang akan menggunakan bengkel.
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. semua
- Pencegahan kemalangan hanya boleh dilaksanakan dengan baik dengan syarat-syarat berikut, kecuali,
A. kakitangan mencukupi
B. langkah-langkah keselamatan disusun dengan baik
C. tindakan pembetulan dirancang dengan baik.
D. persekitaran kerap disenggara
- Mengumpul dan menganalisis data sesuatu kemalangan bertujuan untuk mengenalpasti,
A. mangsa yang tercedera
B. kos yang terjejas
C. punca-punca kemalangan
D. tindakan penyelia keselamatan
- Berikut, yang manakah tanggugjawab yang harus dilaksanakan oleh seseorang pengetua sekolah dalam program keselamatan?
A. mengadakan satu program kebersihan bengkel
B. bertindak selaras dengan polisi sekolah dan peraturan keselamatannya
C. menunjukkan kepimpinan dalam perancangan program keselamatan
D. mengadakan satu plan organisasi pelajar dalam menentukan pemeriksaan
keselamatan bengkel,
- Berikut adalah individu-individu yang sesuai dilibatkan bersama dalam perlaksanaan sesuatu program keselamatan bengkel dan sekolah, kecuali;
A. Pengetua
B. Guru-guru
C. Murid-murid
D. Pengawal Keselamatan
- Kandungan program keselamatan sekolah juga melibatkan penyediaan suatu kenyataan falsafah keselamatan. Antara berikut yang manakah merupakan satu bentuk kenyataan falsafah yang memberikan penekanan terhadap keselamatan di sekolah?
A. Piagam Pelanggan Sekolah
B. Visi Keselamatan Sekolah
C. Peraturan Sekolah
D. Polisi Keselamatan Sekolah
- Saiz bengkel harus dapat memenuhi perkara-perkara berikut, kecuali,
A. beban tugas pelajar
B. pendawaian elektrik
C. pengaliran kerja
D. ruang untuk kelengkapan
- Ruang kerja yang sesuai untuk seorang pelajar melakukan kerja-kerja berat di dalam bengkel ialah;
A. 50 kaki persegi
B. 100 kaki persegi
C. 120 kaki persegi
D. 150 kaki persegi
- Tujuan utama kawalan bahan dan alatan di sesebuah bengkel adalah seperti berikut, kecuali;
A. Mengelakkan pembaziran
B. Mengawal kehilangan
C. Memudahkan penyeliaan
D. Mengawal dari kerap dipinjam
29. Mengikut prinsip perancangan bengkel bilangan minima pintu yang perlu bagi sesebuah bengkel di sekolah adalah?
A. 1 pintu keluar dan 1 pintu masuk
B. 2 pintu keluar dan 1 pintu masuk
C. 1 pintu keluar-masuk dan 1 pintu kecemasan
D. 2 pintu keluar-masuk
30. Di dalam membuat perancangan keselamatan, guru haruslah juga memikirkan keperluan keselamatan bagi komponen bengkel yang berikut, kecuali;
A. Penstoran bahan
B. Mesin dan perlindungan mesin
C. Penyediaan bilik persalinan pelajar
D. Ruang kerja dan berjalan
31. Mengapakah pakaian yang longgar tidak sesuai sebagai pakaian bengkel?
A. Pakaian longgar memerangkap banyak haba, oleh itu akan menyebabkan
kepanasan dan ketidak selesaan kepada pemakainya.
B. Pakaian yang longgar mudah mengalami kekotoran terutama terkena minyak
atau gris.
C. Pakaian yang longgar boleh menambahkan risiko kepada kesihatan.
D. Pakaian yang longgar mudah tersangkut pada mesin yang bergerak.
32. Apakah peraturan-peraturan yang seharusnya ada bagi setiap bengkel?
i. Ruang kerja dan berjalan
ii. Kegunaan kelengkapan dan peralatan
iii. Cecair mudah bakar dan mudah letup
iv. Pakaian keselamatan dan perlindungan diri
A. i dan ii B. iii dan iv
C. i, ii dan iii D. ii, iii dan iv
33. Perkataan di bawah adalah sebahagian daripada petikan yang terdapat dalam peraturan keselamatan bengkel. Di manakah perkataan tersebut boleh didapati?
“Dilarang memasuki bengkel tanpa kebenaran guru bertugas”.
A. Peraturan Keselamatan Am
B. Peraturan Keselamatan Khusus
C. Peraturan Penggunaan Kelengkapan dan Peralatan
D. Peraturan Keselamatan Bangunan
34. Apakah tujuan pemeriksaan keselamatan bengkel dilakukan?
A. Untuk menentukan standard keselamatan sesebuah bengkel.
B. Untuk menjamin keselesaan pengguna bengkel.
C. Untuk menyelidik kemalangan serius.
D. Untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan.
35. ‘Ahmad merupakan pekerja baru sebuah industri berasaskan keluli yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun di bandar A. Beliau bertugas sebagai pegawai penyelidik di industri tersebut. Setiap 4 bulan, beliau perlu memeriksa tahap keselamatan di tempat kerja’. Apakah aspek yang perlu beliau berikan lebih perhatian dalam pemeriksaan keselamatan di industri tersebut?
A. Memeriksa keselamatan pekerja
B. Memeriksa kebajikan pekerja
C. Memeriksa keselamatan kebakaran
D. Memeriksa kesihatan pekerja
36. Mengumpul dan menganalisis data sesuatu kemalangan bertujuan untuk mengenalpasti,
A. mangsa yang tercedera
B. kos yang terjejas
C. punca-punca kemalangan
D. tindakan penyelia keselamatan
37. Tujuan pemantauan hasil analisis data sesuatu kemalangan adalah untuk,
A. mendapatkan maklumat sama ada majikan telah membantu dalam
menyelesaikan masalah yang wujud
B. mendapatkan maklumat sama ada kaedah pemulihan yang digunakan telah
meninggalkan kesan yang baik
C. mendapatkan maklumat sama ada penyelia keselamatan telah bertindak dengan
sebaik-baiknya untuk menyelamatkan nyawa pekerja
D. mendapatkan maklumat sama ada polisi sedia ada telah dapat menyelamatkan
nyawa dan hartabenda dengan secara lebih berkesan
38. Teori Emmons menyatakan bahawa API adalah hasil daripada tindakbalas elemen-elemen,
i. Haba
ii. Bahanapi
iii. Udara
iv. Karbon dioksida
A. ii dan iii B. i dan iv
C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv
39. PERKESO adalah singkatan bagi;
A. Pertubuhan Kesejahteraan Sosial
B. Pertubuhan Kemudahan Sosial
C. Persatuan Kesihatan Sosial
D. Pertubuhan Keselamatan Sosial
40. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1970 mempunyai matlamat berikut, kecuali;
A. menguatkuasakan piawai keselamatan dan kesihatan di permis pekerjaan
B. mempastikan pekerja-pekerja bekerja dalam keadaan selamat dan sihat
C. menggalakkan industri mewujudkan keadaan yang selamat dan sihat
D. memperkenalkan kaedah penyelidikan keselamatan dan kesihatan yang sesuai
41. PERKESO menawarkan skim:
i. Skim Insuran Nyawa
ii. Skim Insuran Bencana Khas
iii. Skim Insuran Bencana Pekerjaan
iv. Skim Pencen Ilat
v. Skim Kemudahan Se Umur Hidup
A. i dan ii B. ii dan iii
C. iii dan iv D. iv dan v
42. NIOSH ialah satu agensi yang bergabung dengan OSHA. Di Malaysia, fungsi agensi ini adalah,
A. untuk membantu industri menyelesaikan masalah berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
B. membantu pekerja-pekerja yang mengalami kemalangan di tempat kerja.
C. menguatkuasa undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
D. menggubal akta-akta yang berkaitan dengan pembuangan sisa toksik industri.
43. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan sebuah jabatan di bawah kementerian Sumber Manusia. Objektif jabatan ini adalah seperti berikut, kecuali;
A. Untuk menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui
proses tripatisme dasar, undang-undang, tataamalan dan
garispanduan berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerjaan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan
semasa bekerja
B. Untuk memastikan melalui kegiatan penguatkuasaan dan galakan
bahawa majikan, orang bekerja sendiri, perekabentuk, pembekal,
pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat
dan sihat dan sentiasa mematuhi kehendak-kehendak undang-undang,
tataamalan dan garispanduan yang sedia ada.
C. Untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan
galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan yang
dikendalikan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi
pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja dan
profesional dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerjaan
D. Untuk meningkatkan tahap keselamatan di institusi-institusi pekerjaan melalui
program-program tahunan dan khidmat masyarakat yang dikendalikan oleh
pakar-pakar dari dalam dan luar negara selaras dengan pertambahan bilangan
pembukaan industri-industri baru yang berasaskan kepada industri berat.
44. Apakah tujuan rekod-rekod keselamatan sekolah disimpan?
A. Melindungi pelajar daripada kes saman berkaitan kecederaan yang dialaminya.
B. Sebagai asas penilaian keberkesanan program keselamatan bengkel.
C. Menjadi sumber rujukan pembelajaran pelajar.
D. Mengenalpasti latarbelakang pelajar-pelajar yang kerap ditimpa kecederaan.
45. Akta OSHA 1994, menggariskan beberapa tanggungjawab am seseorang pekerja yang sedang bekerja seperti berikut, kecuali;
A. bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan kesihatan orang lain
B. melaporkan kepada pihak berkuasa tentang sebarang kegagalan majikan
melaksanakan amalan kerja yang selamat
C. memakai atau menggunakan peralatan atau pakaian perlindungan yang
disediakan oleh majikan setiap masa
D. mematuhi sebarang peraturan atau arahan keselamatan yang disediakan oelh
majikan.
46. Pengudaraan boleh dikelaskan kepada 2, iaitu;
i. Pengudaraan asli
ii. Pengudaraan semasa
iii. Pengudaraan Berkala
iv. Pengudaraan Tiruan
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv
47. Memeriksa denyutan nadi adalah satu langkah yang perlu dilakukan semasa memberi rawatan pertolongan cemas mangsa yang ditimpa kemalangan atau kecederaan. Denyut nadi bai orang dewasa yang normal ialah,
A. 40 – 60 denyut seminit
B. 60 – 80 denyut seminit
C. 80 – 100 denyut seminit
D. 100 – 120 denyut seminit
48. Susunkan peringkat kesedaran mangsa yang ditimpa kecederaan sebagaimana berikut (ke tahap yang paling serius)
i. hanya boleh menjawab soalan sahaja
ii. hanya mengikut arahan sahaja
iii. memberikan jawapan tidak menentu
iv. memberikan respon merasai kesakitan
A. i, ii, iii dan iv
B. i, iii, ii dan iv
C. iv, iii, ii dan i
D. iv, ii, iii dan i
49. Dalam sebarang bentuk kebakaran, api boleh merebak dalam berbagai cara. Cara api merebak adalah sebagaimana berikut, kecuali;
A. Olakan haba
B. Peredaran haba
C. Pengaliran haba
D. Bahangan haba
50. Antara berikut yang manakah cara penyimpanan peti pertolongan cemas yang betul?
A. letak di dalam bilik yang berkunci
B. di letakkan di tempat yang mudah nampak
C. pastikan hanya ubatan-ubatan kering sahaja didalamnya
D. lakukan pemeriksaan kandungannya apabila telah kehabisan.
51. Kekerapan sesbuah alat pemadam api diperiksa dan disenggara untuk memastikan ia dalam keadaan baik dan boleh berfungsi dengan berkesan ialah,
A. 1 hingga 3 bulan
B. 3 hingga 5 bulan
C. 5 hingga 7 bulan
D. 7 hingga 9 bulan
52. Warna adalah penting kepada penglihatan dari pelbagai aspek terutama dari aspek pencegahan kemalangan. Salah satu daripada kenyataan berikut adalah TIDAK BENAR mengenai penggunaan warna dalam industri.
A. Warna kuning digunakan untuk tanda AWAS bagi mengenalpasti kawasan
pembinaan, kren dan juga rasuk rendah.
B. Warna putih digunakan pada kotak pertolongan cemas sebagai warna piawai
pengenalan kepada kotak tersebut.
C. Warna biru digunakan untuk kawasan lalulintas dan kawasan dinding terakhir
untuk memastikan pengguna peka dengan wujudnya kawasan tersebut.
D. Warna merah adalah warna asas pengenalan kepada peralatan perlindungan
kebakaran.
53. Ketegangan merupakan keadaan yang berlaku ke atas seseorang pekerja di sebabkan oleh beberapa faktor seperti persekitaran. Berikut merupakan punca tegangan disebabkan oleh faktor persekitaran, kecuali;
A. Suhu panas
B. Pengudaraan dan pencahayaan tidak mencukupi
C. Kehadiran habuk, bauan, gas dan wap.
D. Hubungan social yang lemah
54. Tujuan utama sistem ekzos di kawasan kerja dan persekitaran adalah untuk,
A. mengurangkan kandungan karbon monoksid yang terhasil daripada enjin-enjin
yang mengeluarkan gas tersebut
B. menyalurkan gas karbon monoksid yang terhasil daripada sesuatu industri ke
udara
C. menyalurkan gas karbon monoksid untuk ditapis bagi mengurangkan tahap
pencemaran di mana ia dibebaskan
D. mengelakkan pekerja kehilangan kemampuan bekerja dalam jangka masa
pendek disebabkan wujudnya gas karbon monoksid
55. Secara umumnya kebisingan melebihi _____ dBA selama 8 jam sehari boleh memberi kesan kurang baik kepada sistem pendengaran manusia.
A. 70 dBA
B. 80 dBA
C. 90 dBA
D. 100 dBA
click below for your tq
No comments:
Post a Comment