Want to know more, please click

Followers

Pages

Wednesday, April 27, 2011

KEMASAN DALAM KERJA KAYU

BAHAN KEMASAN

Kertas Las
• Kertas las atau pelelas digunakan dalam kerja kayu.Ia juga dikenali sebagai kertas pasir atau kertas kaca.Terdapat dua jenis kertaslas yang digunakan iaitu:
 Jenis kering (biasa)
 Jenis basah dan kering
• Jenis basah dan kering digunakan untuk permukaan cat yang tidak rata tetapi perlu digilap lagi.Kertas las disediakan dalam beberapa gred dari No. 00 hingga No. 3.
• Kegunaannya adalah untuk:
 Menyediakan kayu yang telah diketam untuk disapukan dengan bahan pengemas kayu.
 Membuang kecacatan pada permukaan kayu serta menanggalkan bekas-bekas tanda perkakas.
• Cara Menggunakan Kertas Las :
 Bongkah kayu diperlukan untuk memegang kertas las kerana ia memberi tekanan yang sama rata apabila digosok bersama-sama kertas las.
 Kerja-kerja menggosok adalah mengikut urat/ira kayu.Selepas menggunakan kertas las kasar, kemaskan benda kerja dengan gred yang halus pula.


·         Gred Bagi Kertas Las :

Gred
Jenis
Kegunaan
00
0
1

Halus

Untuk mendapatkan
permukaan yang halus
F2
M2
S2


Sederhana
Digunakan sebelum gred
halus
3
Kasar
Kasar sekali
Memberikan permukaan kasar seperti mengeluarkan permuakaan bercat


Tepung Penyumbat

·         Tepung penyumbat digunakan untuk menutup lubang-lubang dan liang-liang kayu sebelum kerja-kerja pengemasan dilakukan.
·         Biasanya kapur paris merupakan penyumbat yang lazim digunakan.
·         Lain-lain penyumbat tiruan boleh didapati di kedai barang-barang besi, contohnya penyumbat poly.

·         Ia disediakan dengan membancuhkannya dengan air supaya menjadi adunan.
·         Adunan itu kemudiannya disumbat ke dalam liang-liang atau urat-urat kayu.
·         Penyumbat yang berlebihan pula hendaklah ditanggalkan dengan menggosokkannya dengan kertas las apabila ia kering.
·         Cara menggunakannya dengan betul ialah campur dan bancuh kapur paris dengan  air sehingga pekat. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara menggosokkannya merentasi urat kayu dalam gerakan membulat dengan menggunakan alat yang sesuai. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering kemudian gosokkan dengan kertas las supaya sama rata dengan permukaan kayu.

Pelarut
·         Pelarut ialah sejenis bahan yang meruap dan cepat sejat pada permukaan. Pelarut  digunakan untuk menipiskan minyak supaya dapat digunakan dengan berus. Antara jenis-jenis pelarut ialah :

o   Turpentine             : Digunakan untuk pelarut cat dan varnish.
o   Spirit  bermetil      : Digunakan sebagai pelarut untuk syelek.
o   Penipis (thinner)    : Digunakan sebagai pelarut untuk sampang.


Syelek

·         Syelek diperoleh daripada lelehan sejenis serangga yang dikenali sebagai ‘lac-bug’.
·         Biasanya ia dijual dalam bentuk kepingan dan banyak didapi di kedai-kedai besi.
·         Terdapat dua jenis syelek iaitu:
·         Syelek Putih-digunakan untuk kayu yang berwarna gelap atau pucat.
·         Syelak Jingga-digunakan untukkayu yang berwarna sederhana.
·         Bagi syelek putih, ia digunakan dengan mencampurkannya ke dalam spirit metal sebelum digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...