Want to know more, please click

Followers

Pages

Wednesday, April 27, 2011

ZAKAT HARTA

Pengenalan:
• Zakat harta merupakan satu daripada satu daripada rukun islam yang wajib di laksanakan keata setiap orang islam apabila cukup syaratnya.
• Tujuan utama ibadat zakat dilakukan ialah untuk menmbantu umat islam yang memerlukan pertolongan.

DEFINISI
• Dari segi bahasa, zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.
• Dari segi syarak pula zakat adalah mengeluarkan harta yang tertentu, mengikut syarat yang tertentu dan dengan kadar yang tertentu.
AYAT YANG BERKAITAN
• Maksudnya; ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menadi ketemteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah maha mendengar lagi maha mengetahui. (surah al-taubah: ayat 103)
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT.
• Enam syarat wajib zakat iaitu;-
i. Islam iaitu tidak wajib keatas orang kafir.
ii. Merdeka, iaitu tidak wajib keatas hamba.
iii. Sempurna milik iaitu bukan harta curi dan harta orang lain.
iv. Dari sumber yang baik iaitu bukan dari sumber yang haram.
v. Cukup nisab kiraan, iaitu cukup kadar yang ditentukan oleh syarak.
vi. Cukup haul iaitu cukup masa yang ditentukan oleh syarak.
GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT.
• Lapan golongan yang berhak menerima
Zakat iaitu:-
i. Golongan fakir iaitu orang yang tidak berharta.
ii. Orang miskin iaitu orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup bagi keperluannya sendiri,
iii. Amil iaitu orang yang menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
iv. Muaalaf iaitu saudara baru.
v. Riqab iaitu hamba yang memerdekakan dirinya.
vi. Gharimin iaitu penghutang.
vii. Fisabilillah iaitu orang yang berjuang kejalan Allah.
viii. Ibnu Sabil iaitu musafir yang terkandas dengan bertujuan yang baik.
GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT.
• Lima golongan yang tidak berhak terima zakat iaitu;-
i. Nabi Muhammad S.A.W
ii. Bani Hasyim dan Bani Mutallib
iii. Orang kaya
iv. Hamba sahaya
v. Orang kafir
GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
• Lima hikmah apabila zakat
dilaksanakan oleh orang islam iaitu:

i. Dapat mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh dikalangan orang islam.
ii. Dapat melahirkan masyarakat islam yang aman dan harmoni
iii. Dapat melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri
iv. Dapat membersihkan hati pemilik harta daripada sifat mazmumah.
v. Dapat membersihkan dan menyuburkan harta.
PERANAN ZAKAT
• Wang zakat yang dikutip daripada pembayar zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi islam .
i. Dapat memberi modal kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan.
ii. Dapat membantu golongan yang susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.
iii. Untuk membantu projek-projek yang dikendalikan oleh umat islam.
• Peranan zakat dalam bidang sosial pula ialah :
i. Membantu umat islam yang ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.
ii. Dapat membina pelbagai kemudahan asas seperti masjid sekolah, klinik dan sebagainya.
iii. Dapat menaja majlis-majlis ilmu atau majlis yang bercirikan agama.
BAITULMAL
• Ialah sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab terhadap segala harta benda orang islam
PERANAN BAITULMAL
• Empat peranan yang dijalankan oleh baitulmal iaitu :-
i. Memungut zakat harta dan zakat fitrah.
ii. Menggunakan harta zakat untuk memajukan masyarakat islam.
iii. Menguruskan harta benda orang islam seperti wasiat, wakaf,harta pusaka dan sebagainya.
iv. Membelanjakan harta zakat untuk meningkatkan ekonomi umat islam.

JENIS HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT.
• Lima jenis harta yang diwajibkan zakat iaitu:
i. Harta perniagaan
ii. Harta rikaz.
iii. Hasil pertaniaan.
iv. Emas,perak dan wang.
v. Binatang ternakan.

• Definisi
i. Zakat perniagaan iaitu semua barang yang dibeli dengan niat untuk diperniagakan seperti perniagaan emas,perabot,kenderaan dan buah-buahan.
-Setiap tahun peniaga mesti membuat kira-kira keuntungan perniagaan dari tarikh mula berniaga.
-Apabila cukup nisab maka wajiblah ia membayar zakat seperti zakat emas 2.5%.
ii. Harta rikaz ialah harta benda milik orang-orang dahulu kala yang berharga,dimana ia dijumpai didalam tanah.
-Kadar zakat harta rikaz ialah 20% daripada jumlah harta yang dijumpai.
-Sabda Rasullullah :


Maksudnya: “zakat rikaz (harta karun) seperlima (20%)”. (riwayat bukhari dan muslim).
iii. Harta pertanian yang diwajibkan zakat seperti tanaman dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi serta tahan disimpan anggur,jagung,beras,gandum dan sebagainya.
-Sekiranya tanaman itu sudah cukup nisabnya dalam satu kali musim dalam satu tahun,maka wajib dikeluarkan zakatnya.
iv. Emas,perak,dan wang dalam apa bentuk sekali pun wajib dikeluarkan zakat bila cukup syaratnya.
-Nisab zakat emas iaitu 20 dinar bersamaan 96gm.Manakala nisab zakat perak pula ialah 200 dirham bersamaan 672 gm.
-Sekiranya emas dan perak yang disimpan kurang dari nilai itu, maka tidak wajib bayar zakat.
JENIS- JENIS BINATANG YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

• Lima jenis binatang yang wajib dikeluarkan zakat iaitu:

i. Lembu
ii. Kerbau
iii. Kambing
iv. Biri- biri kibas
v. Unta
PERBEZAAN ANTARA ZAKAT,SEDEKAH DAN CUKAI PENDAPATAN
• Dari aspek hukum
i. Zakat itu wajib.
ii. Manakala sedekah itu sunat.
iii. Cukai pendapatan adalah harus.
• Dari aspek kadar
i. Bagi zakat kadarnya ditentukan oleh
Syarak.
ii. Manakala sedekah kadarnya tidak
ditentukan oleh syarak.
iii. Cukai pendapatan kadarnya ditentukan
oleh kerajaan.
• Dari aspek penerima

i. Zakat hanya diberikan kepada golongan yang berhak.
ii. Sedekah pula tidak ditentukan penerimanya.
iii. Bagi cukai pendapatan pula rakyat dan negara yang berhak menerimanya.
KESIMPULAN
• Ibadat zakat wajib dikeluarkan apabila
cukup syaratnya. Selain itu hanya beberapa
jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat.

• Allah s.w.t menjanjikan balasan yang pedih kepada golongan kedekut membelanjakan harta kejalan kebaikan.

SEKIAN, TERIMA KASIH.WABILLAH HITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUAIKUM WARAH MARTULLAH HIWABARAKATU.


Click ads for your tq




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...