Want to know more, please click

Followers

Pages

Monday, April 11, 2011

INOVASI DALAM PENGURUSAN DAN PENGELUARAN KAYAK DARIPADA BAHAN KOMPOSIT (GENTIAN KACA)


Pengenalan

Era teknologi pembuatan dan rekabentuk produk yang begitu pesat pada masa kini telah membawa kepada satu perkembangan inovasi dalam kepelbagaian sumber bahan mentah untuk penghasilan produk. Komposit sebagai contoh adalah bahan yang dipertingkatkan keupayaannya dalam penghasilan produk. Menurut Kamus Dewan Bahasa komposit adalah bermaksud bahan yang dihasilkan melalui pencampuran dua atau lebih komponen atau bahan asli untuk membentuk suatu bahan yang mempunyai sifat yang lebih baik. Contoh yang banyak digunakan pada masa kini adalah pencampuran bahan logam menjadi aloi dan gentian kaca lembut (fibre glass) dengan bahan resin (gam + pengeras). Pelbagai lagi bahan komposit yang telah terhasil dari inovasi saintis dan jurutera yang terlibat dalam kejuruteraan bahan. Kemunculan pelbagai bahan komposit gentian kaca boleh di lihat berkembang pada tahun 1940an ketika kemuncak perang dunia kedua, pelbagai usaha yang drastik kearah revolusi dalam penghasilan barangan yang mempunyai sifat kekuatan tetapi ringan telah mencetuskan idea dalam penghasilan bahan komposit secara besar-besaran. Contohnya bahan komposit seperti aramid fibre yang digunakan untuk membuat helmet/ topi untuk kegunaan tentera. Fakta mengatakan penemuan penciptaan kaca telah dikesan semenjak 3500 sebelum masihi lagi di Mesopotamia, akan tetapi sejarah Fiber glass moden berlaku pada tahun 1930-an dimana Owens-Corning mula mencipta Fiber glass. Disini pengarang cuba menengahkan bahan komposit daripada gentian kaca yang mana lebih dikenali sebagai Fiber glass atau Fiber reinfoce polimer yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti inovasi manusia untuk menghasilkan kayak.  


Latarbelakang Sejarah Produk
           
Kayak adalah sebuah kenderaan yang boleh terapung diatas air yang biasanya digunakan untuk melalui kawasan berair seperti tasik, sungai dan kawasan persisir pantai. Sejarah kayak mula digunakan oleh masyarakat Artic dimana kayak digunakan untuk aktiviti memburu. Panjang kayak biasanya berukuran diantara 16 hingga 19 kaki dengan pelbagai bentuk samada mempunyai satu ruang dan dua ruang tempat duduk. Kini melalui inovasi dan perkembangan pembuatan kebanyakan kayak telah dikomersialkan dimana ianya diperbuat daripada Gentian kaca. Proses penambahbaikan atau inovasi ini telah menghasilkan kayak yang mempunyai ketahanan yang lebih baik, tahan hentakan, tidak mudah rosak disebabkan air, menjadi lebih ringan dan mudah dihasilkan untuk pengeluaran kayak berskala besar.

Sifat Semulajadi & Ciri-ciri Bahan

Fibre glass atau Gentian kaca adalah terhasil daripada percampuran kering antara pasir sungai(silica sand) dan limestone dan asid boric. Untuk menghasilkan Gentian kaca, bahan campuran tersebut perlu dicairkan pada suhu 1260 ̊C. Kebaikan bagi bahan composit dari jenis Gentian kaca adalah produk akhir akan menghasilkan kekuatan produk  yang mempunyai tegangan yang tinggi, rintangan kepada kepanasan yang tinggi, lebih ringan, kalis minyak dan air serta ianya murah dan merupakan penebat kepada arus elektrik.

Melalui inovasi dan perubahan teknologi kini, bahan fiber glass yang telah diproses boleh diperolehi dalam beberapa ciri seperti berikut :
v  Continous fibres
v  Chopped fibres (15mm panjang setiap tetali)
v  Woven fabric.
v  Mats ( Chopped Strand Mat, CSM )


Teknologi dan Aktiviti Inovasi

Kini teknologi Gentian kaca telah berkembang pesat dengan penemuan inovasi seperti Fiber reinfoce polimert yang digunakan dalam penghasilan bukan sahaja kayak akan tetapi banyak lagi produk lain seperti badan bot, tangki simpanan air, badan kereta solar dan lumba, sayap kapal terbang dan beberapa lagi produk yang seumpamanya. Ianya dipilih berikutan keupayaan dan sifat-sifatnya yang utama iaitu ringan dan kuat. Melalui inovasi kini terdapat beberapa kaedah dalam pembentukan produk menggunakan bahan komposit Gentian kaca untuk memudahkan cara pembuatan kayak contohnya:
v  Hand Lay-Up (bengkalai tangan)
v  Compression Moulding
v  Pultrusion Method
v  Filament Winding
v  Auto Clave Moulding
v  Vacuum Bagging
v  Infusion
Kaedah-kaedah yang digunakan di atas merupakan cetusan idea inovasi dalam menghasilkan bahan komposit Gentian kaca yang dapat meningkatkan kualiti produk dan  memudahkan pengeluaran produk secara besar-besaran.

Berikut dijelaskan salah satu kaedah yang biasa digunakan dalam penghasilan produk dari bahan komposit Gentian kaca iaitu secara Hand Lay-Up (bengkalai tangan)

Kaedah pembinaan : Hand Lay-Up (Bengkalai Tangan)
v  Proses membentuk gentian kaca lembut setelah dibasahi oleh resin ke atas acuan kepada bentuk yang dikehendaki (produk).

Acuan dihasilkan menggunakan kayu mengikut rupabentuk produk dan saiz yang dikehendaki dan kemudiannya pembentukan lapisan-lapisan daripada bahan-bahan seperti iaitu Gentian kaca, bahan pengikat iaitu resin dan bahan pengeras di sapukan keatas acuan untuk membentuk menikut bentuk acuan.
 
Kaedah pembinaan : Auto Clave Moulding
v  Proses membentuk gentian kaca diatas permukaan acuan yang dipicu secara automatik oleh alat pemicu rasin.

Perbincangan

Pembinaan produk dari bahan komposit tidaklah terlalu rumit. Malah kos barangan yang terlibat juga murah berbanding bahan lain. Namun bagi penghasilan produk dari kaedah bengkalai tangan (Hand lay-up) memerlukan kreativiti dan ketelitian kerana gerak kerjanya tidak dibantu oleh mesin. Sebarang kelalaian perlu dielak untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Seperkara yang agak sukar tetapi sangat penting dalam proses ini adalah untuk menghasilkan acuan. Acuan memainkan peranan penting dalam rupabentuk dan rekabentuk produk yang hendak dihasilkan. Daripada permasalahan seperti inilah timbulnya idea inovasi untuk memudah dan menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti penggunaan acuan berteknologi baru iaitu kaedah Auto Clave Moulding.

Permintaan barangan yang dihasilkan oleh bahan fiber glass kini sangat tinggi. Sebagai contoh pembinaan produk kolam ikan hiasan, landskap air terjun buatan, tangki air simpanan, bot dan banyak lagi, kini mendapat tempat dihati pengguna kerana keupayaan produk dari bahan ini yang kalis air, tidak berkarat, kuat dan ringan. Keupayaan produk komposit untuk direkabentuk juga tidak terbatas. Melalui inovasi dan pengurusan pengeluaran produk yang sistematik mampu menjadikan proses pengeluaran lebih mudah seterusnya dapat memenuhi keperluan manusia dan mempelbagaikan lagi produk untuk dihasilkan.


Penutup & Kesimpulan

Daripada hanya sekadar pasir seterusnya menjadi kaca dan terolah menjadi Gentian kaca yang boleh memberi tambah nilai produk keperluan manusia. Inilah yang dinamakan inovasi terhadap sumber kekayaan tuhan dimana manusia digalakkan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan memenuhi kehendak manusia. Jesteru itu inovasi pembinaan produk dari bahan komposit seperti fiber glass dan carbon fiber berkembang dengan begitu pesatnya sehingga kebanyakkan produk pada masa kini mengadaptasikan penggunaan bahan dari jenis ini. Sebagaimana pentingnya bahan-bahan binaan produk dari jenis besi, kayu dan plastik yang lazim digunakan begitu jugalah pengetahuan yang wajib diberi tumpuan kearah perkembangannya dalam bahan komposit ini.


Rujukan
Dr. Amran Alias(2009), Nota ‘Introduction to Composites’, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM.
Nota Fibre Glass Degree++ Short Course, Dr. Amran Alias, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM.

click for your tq

2 comments:

  1. mcm mana ddn latex ? arcylic ? kegunaan nya apa pula ?

    ReplyDelete
  2. i have no idea about the questian. sorry.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...