Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, April 29, 2011

Struktur Kayu


3.4.1.      Ira Kayu
·         Ira ialah serat kayu dibandingkan dengan paksi utama sesuatu pokok dan terdapat enam jenis ira:
                                                                          i.      Ira lurus ialah ira yang selari dengan pugak pokok dan senang dipotong.
                                                                        ii.      Ira lintang terdapat dibahagian buku pokok (knot) dan bengkak pokok.
                                                                      iii.      Ira serong terjadi dari kesan menggergaji berira lurus.
                                                                      iv.      Ira pusar terjadi apabila serat mengikut suatu laluan berlingkar sewaktu pokok itu hidup.
                                                                        v.      Ira kait punca terjadi apabila serat dari gelang tumbesaran yang berturutan berlawanan arahnya. Kayu ini banyak diperolehi di kawasan tropika.
                                                                      vi.      Ira gelombang terjadi apabila serat berubah secara tetap dan ira ini kelihatan seperti ombak.
 
3.4.2.      Teras Muda Dan Teras Kayu
·         Ianya berwarna lebih cerah berbanding teras kayu.
·         Bagi kayu lampung teras mudanya lebih lembab berbanding teras kayu.
·         Kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan berat yang ketara. Hanya teras muda lebih telap air dan ianya lebih lembab dan mudah ditumbuhi cendawan.

3.5.   Bahagian Kayu Dan Fungsinya

3.5.1.      Empulur
Ialah di tengah-tengah batang pokok yang menjadi jalan air bagi pokok muda. Empulur ini sangat terang kelihatan di setengah pokok. Kebanyakan dari pokok-pokok di Australia, empulur ini keras dan busuk dan tidak berguna sebagai kayu balak. Biasanya empulur ini warnanya tua sedikit daripada bahagian-bahagian lain.

3.5.2.      Kayu Teras
Kayu yang sudah tua mengelilingi empulur. Ia di panggil teras kerana kayunya sudah matang. Kebanyakkan dari kayu untuk pembinaan di ambil dari bahagian-bahagian ini. Kayu ini warnanya tua dan keras sedikit daripada gubal yang mengelilinginya. Kayu teras ini kayu mati kerana ia tidak lagi membesar walaupun pokok itu masih hidup. Sel-sel selalu di penuhi oleh dammar dan getah.

3.5.3.      Gubal  
Mengelilingi teras dan biasanya lembut dan berwarna muda sedikit. Semasa pokok membesar kayu muda semakin keras dan matang menjadi teras (kayu muda yang lain pula mengambil tempat membawa air garam dari akar ke daun). Oleh kerana makanan yang manis di simpan di dalam sel-sel gubal, maka kayu ini selalu di rosakkan oleh serangga.

3.5.4.      Lapisan Kulit Kayu Manis
Ialah lapisan sel-sel di sebelah dalam kulit. Ia menjadikan kulit di sebelah luarnya dan gubal di sebelah dalamnya menyelaputi kayu. Ia dapat makanan dari daun, melalui lapisan kulit dalam. Ia tidak boleh di lihat jika tidak menggunakan teropong halus.

3.5.5.      Kulit Atau Kulit Basah
Ialah lapisan bahan berserabut di luar batang pokok. Ia melindungi lapisan kulit kayu manis daripada kekeringan, api, dan serangga. Kulit dalam yang di panggil felem membawa larutan makanan dari daun ke lapisan kulit kayu manis.

3.5.6.      Jejari Empulur
Ialah barisan atau kumpulan sel, yang berjalur dari lapisan kulit kayu manis ke empulur atau lapis tumbesaran yang di tengah-tengah. Sel ini bertugas menyimpan makanan serta menyampaikan makanan ini ke bahagian-bahagian yang membesar di dalam pokok itu.

3.6.      Kegunaan Kayu Yang Telah Digergaji
                                      i.      Bahan binaan – bagi membina tiang, lantai, rasuk, dinding bangunan, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.
                                    ii.      Bahan perabot – kayu getah, cengal atau kumpulan A,B dan C.
                                  iii.      Untuk pembungkusan – habuk kayu yang dijadikan beg kertas untuk pembungkusan.
                                  iv.      Untuk membuat alatan dan alat pemegang.
                                    v.      Barang mainan kanak-kanak
                                  vi.      Dijadikan venire, papan lapis dan papan gentian.
                                vii.      Membuat gula, getah, asid, alkohol, lekar, gelu, arang dan ubat gigi.

3.7.   Kebaikan Kayu
·         Mempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi:
a.       Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg/m
b.      Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm
·         Senang dikerjakan berbanding dengan bahan lain seperti besi.
·         Merupakan penebat haba dan elektrik yang baik.
·         Mempunyai rupa bentuk kemasan yang menarik.
·         Kelasakan yang tinggi jika diawetkan.
·         Kepelbagaian penggunaannya.

3.8.   Kelemahan Kayu
·         Mudah terbakar dan api mudah merebak dengan cepat.
·         Ia cepat mengecut dan mengleding kerana perubahan cuaca yang drastik dan merosakkan mutu kayu.
·         Kos penyelenggaraan bangunan lebih tinggi kerana mudah reput, lembab dan berkulat serta ianya mudah diserang serangga perosak

3.9.   Pengeringan Kayu
         Pengeringan ialah proses mengeringkan kebanyakan daripada kandungan lembap daripada ruang-ruang sel dan dinding-dinding sel kayu itu. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kandungan lembap dalam kayu itu kepada peringkat yang seimbang dengan kelembapan udara. Ia juga dapat menurunkan peratus lembapan dari 8% hingga 15%. Oleh itu pengecutan, menggeleding dan rekahan dapat di kurangkan selepas pembuatannya. Pengeringan juga dapat menolong melawan reput, kulat dan serangga.

3.9.1.      Tujuan pengeringan
·         Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut dan mengeleding.
·         Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap.
·         Menambahkan kekuatan, ketahanlasakan dan senang dikerjakan.
·         Menjadikan kayu lebih mudah terbakar.
·         Menggelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.

3.9.2.      Faktor yang mempengaruhi proses pengeringan
·         Jenis kayu
·         Cara susunan kayu
·         Saiz kayu
·         Keadaan cuaca dan lokasi
·         Cara pengeringan yang digunakan.

3.9.3.      Cara-cara pengeringan kayu
·         Cara semulajadi.
·         Pengeringan bertanur/ relau.
·         Pengeringan air.

Click ads for your tq



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...