Want to know more, please click

Followers

Pages

Wednesday, April 27, 2011

PEMBELAJARAN KOPERATIF

PENGENALAN

Menurut Johnson, pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja dalam satu kumpulan kecil untuk melenkapkan satu tugasan kumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, memastikan semua ahli kumpulan terlibat serta memahami penyelesaian atau keputusan kumpulan dan meminta bantuan daripada ahli kumpulan sebelum meminta bantuan daripada guru.

APAKAH PEMBELAJARAN KOPERATIF?

Pembalajaran secara kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai kebolehan.
Bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar di mana peranan guru adalah minimum.
Pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan yang berlainan bekerjasama kearah mencapai satu matlamat yang sama.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOPERATIF.

Saling bergantung positif.
Interaksi bersemuka.
Tanggungjawab individu.
Penggunaan kemahiran antara individu dan kumpulan kecil.

TEKNIK PEMBELAJARAN KOPERATIF.

Sesi Buzz dan latihan berkumpulan yang kecil dan sama.
Kelas perbincangan, seminar, tutorial dan lain-lain.
Latihan penyertaan jenis permainan/simulasi/kajian kes.
Sesi perbincangan/maklum balas daripada media.
Projek berkelompok.
Berkumpulan Bantu sendiri.

JENIS PEMBELAJARAN KOPERATIF.

Kaedah Jigsaw(Aronson et al,1979)

Saling bergantung digalakkan-memberi setiap ahli dalam setiap kumpulan maklumat untuk satu bahagian dari satu pembalajaran.
Pelajar dari kumpulan lain dengan bahan yang sama akan berbincang sesame sendiri sebelum mengajar dalam kumpulan jigsaw.
Kemahiran bekerjasama ditegaskan.
Pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran keseluruhan pelajr.
Setiap ahli boleh menyumbang kepada skor kumpulan.


Team-Assisted Individualization,TAI(Slavin,1985)

Setiap pelajar akan diberikan satu tugasan dan dikehendaki menyiapkannya mengikut kadar kebolehan masing-masing.
Ahli-ahli kumpulan memeriksa tugasasn sesama sendiri.
Markah akan diberikan berdasarkan markah yang diperolehi oleh ahli-ahli kumpulan.
Bergantung kepada arahan bertulis.
Memerlukan beberapa waktu pengajaran.

Student Teams-Achievement Division, STAD (Slavin,1980)

Guru berbincang secara umum kandungan pelajarandan pelajarpelajar dikehendaki membuat satu latihan.
Setiap kumpulan diberikan satu senarai jawapan yang betul bagi latihan tersebut dan seorang ahli kumpulan akan ditugaskan untuk menyemak jawapan ahlinya.
Satu kuiz diberikan dan pelajar dikehendaki menjawab kuiz tanpa sebarang bantuan daripada ahli kumpulan.
Markah akan diberi kepada kumpulan dengan merujuk kepada markah individu.

Teams-Games-Tournament ,TGT(Slavin et al,1990)

Pelajar akan bermain sejenis permainan akademik unyuk mengumpul markah bagi kumpulannya.
Memerlukan masa yang lebih panjang.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KOPERATIF.

Objektif Kognitif Yang Lebih Tinggi.
Sesuai bagi mengajar bidang kogniif yang lebih rendah, iaitu pengetahuan dan kefahaman.

Kemahiran Pemikiran Kreatif.
Melibatkan perkembangan kemahiran pemikiran kreatif.


PENDAHULUAN

Dengan terlaksananya program Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) mulai tahun 1989, satu reformasi pendidikan tlah bermula diperingkat menengah . Reformasi ini menyentuh pelbagai aspek pendidikan termasuklah aspek falsafah,kandungan ,strategi pengajaran pembelajra serta struktur organisasi mata pelajaran. Dari aspek struktur organisasi terdapat dua kumpulan mata-mata pelajaran di peringkat menengah atas iaitu kumpulan Teras dan empat kumpulan Pilihan atau elektif atau kemanusiaan. Vokasional dan teknologi,Sains dan pengajian islam. Senarai mata-mata pelajaran teras dan pilihan adalah seperti dalam lampiran 1.

Pada umumnya semua pelajar wajib mengambil meta pelajaran sains,matematik dan kemahiran hidup(yang mempunyai unsur teknologi)agar setelah tamat pendidikan sehingga tingkatan tiga atau lima,mereka celik sains dan teknologi yang diperlukan dalam dunia yang semakin berorientasikan sains dan teknologi. Bagi mereka yang berminat dan berkebolehan dalam sains dan teknologi, mereka boleh mengambil mata-mata pelajaran pilihan sains dan pilihan teknologi sebagai mengambil mata-mata pelajaran pilihan sains dan pilihan teknologi sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi. Disamping itu Negara memerlukan warga yang mahir dalam bidang-bidang lain selain daripada sains dan teknologi seperti perakaunan, komunikasi, pengurusan dan perdagangan di pelbagai peringkat. Justeru pihak sekolah seharusnya dapat membimbing pelajar mengambil mata-mata pelajaran yang berkenaan sesuai dengan minat kebolehan dan kecenderungan pelajar.

Walau bagaimanapun daripada maklumat yang terkumpul sejak lima tahun kebelakangan ini didapati peratus pelajar yang mengambil pilihan sains dan teknologi adalah kecil iaitu sekitar 26%(statistic tahun 1998) daripada keseluruhan pelajar diperingkat menengah atas. Ini jauh dari sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu 60%(pelajar sains dan teknologi) dan 40%(pelajar sains sosial) yang harus dicapai menjelang abad ke 21 ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Justeru bilangan pelajar yang mengambil pilihan sains dan teknologi perlu ditambah dengan pesat sekali.

Daripada analisis trenda pemilihan mata-mata pelajaran pilihan sains dan teknologi oleh pelajar di perigkat menengah atas dan kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia(1996) enam factor utama dikenalpasti mempengaruhi aliran pemilihan mata-mata pelajaran pilihan ini iaitu
Sikap dan minat terhadap bidang mata pelajaran
Rancangan kerjaya pelajar.
Kebolehan dan ketrampilan pelajar mengikut pelajaran.
Keberkesanan penyampaian guru.
Nilai ekonomi mata-mata pelajaran
Ganjaran vis-à-vis kesukaran bidang pengajian

Pelbagai langkah sebenarnya sedang dilaksanakan untuk meningkat bilangan pelajar yang mengambil pilihan sains dan pilihan teknologi diperingkat menengah atas namun impaknya belum begitu nyata. Beberapa syor yang diperakukan dalam laporan Jawatankuasa Sains, Kementerian Pendidikan Sains Kebangsaan(1996) sedang dijalankan diperingkat sekolah. Namun usaha lebih gigih lagi sistematik yang melibatkan pelbagai bahagian dalam Kementerian Pendidikan Islam dan juga agensi luar perlulah dipertingkatkan.

Mengikut peraturan SPM pensijilan terbuka yang akan dilaksanakan mulai tahun 2000 pelajar hanya perlu mengambil enam mata pelajaran wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan moral,sejarah matematik dan sains. Pemilihan mata-mata pelajaran lain adalah bebas dan tidak seperti diamalkan sekarang dimana pengambilan mata pelajaran pilihan adalah mandatory mengikut syarat tertentu.

Adalah dikhuatiri dalam konteks ini pelajar-pelajar mungkin akan memilih mata-mata pelajaran yang ringan tanpa penjurusan yang tertentu untuk memilih mata-mata pelajaran mengikut kombinasi yang kurang sesuai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang berkenaan. Sehubungan dengan itu,adalah difikirkan bahawa sekolah patut dibantu membimbing pelajar memilih kombinasi mata pelajaran yang sesuai penawaran pakej pengkhususan dan seterusnya dapat menyumbang kea rah peningkatan bilangan pelajar yang mengambil pilihan sains dan teknologi khasnya atau sains sosial mengikut nisbah yang ditetapkan iaitu60%(sains dan teknologi) dan40%(sains sosial).

TUJUAN
Tujuan panduan ini ialah memberi cadangan pakej pengkhususan mata pelajaran pilihan beserta mata pelajaran wajib yang bernilai tinggi dan boleh diambil pelajar nmengikut minat dan kebolehan dalam konteks SPM pensijilan terbuka.



Click ads for your tq




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...