1. Pendahuluan.
Teknologi (bahasa
Greek: τεχνολογια < τεχνη (ketukangan) + λογος (perkataan, pengiraan) +
akhiran ια) mempunyai lebih daripada satu definisi. Definisi yang pertama ialah
pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan
masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait
rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses
terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam
bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa
dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Definisi teknologi yang
diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di
Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh
memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan
seharian.
Salah satu daripada definisinya
ialah "pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk membantu penyelesaian masalah-masalah
manusia". Sebagai kegiatan manusia, teknologi wujud sebelum sains dan kejuruteraan.
Ia merangkumi pengetahuan manusia mengenai masalah-masalah sebenar dalam reka bentuk alatan, mesin ataupun proses. Teknologi
boleh 4digunakan bukan sahaja untuk mesin, bahkan juga untuk tujuan biologi seperti penyelidikan sel tunjang.
2. TAJUK : TEKNOLOGI DALAM
INDUSTRI KELAPA SAWIT
Sawit atau kelapa sawit (Elaeis
guineensis) berasal dari Afrika Barat. Industri sawit Malaysia dan Indonesia
bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di
Taman Botani Bogor, Indonesia pada 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya
ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada
1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada 1911.
Definisi
Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon.
Tingginya dapat mencapai 24 m. Bunga dan buahnya berupa tandan, bercabang
banyak. Buahnya kecil, bila masak berwarna merah kehitaman. Daging buahnya
padat. Daging dan kulit buahnya mengandung minyak. Minyaknya itu digunakan
sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya
dimanfaatkan untuk makanan ternak. Hampas yang disebut bungkil itu digunakan
sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai
bahan bakar dan arang.
Kelapa sawit berkembang biak dengan
biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 - 500 m di atas permukaan
laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur, di tempat terbuka dengan
kelembaban tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya
curah hujan yang tinggi, sekitar 2000-2500 mm setahun.
3. Teknologi Yang Digunakan.
Dari segi produktiviti, industri
sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan. Tahun 2003, purata
penghasilan minyak hanya 3.75 tan/hektar/tahun.
Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS)
dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun
dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari sasaran 35 tan/hektar/tahun dan
25 peratus.
3.1 Pensterilan berterusan.
MPOB berjaya membangunkan satu
proses pensterilan tandan sawit secara berterusan di kilang. MPOB TOT 148
(2002): Continuous Sterilization of Oil Palm Fresh Fruit Bunches, by Sivasothy
Kandiah, Rohaya Mohamad Halim, Yusof Basiron, Zulkifli Abd Rahman, and Ma Ah
Ngan. Proses pensterilan tandan sawit secara berterusan yang dibangunkan MPOB
berpotensi berdaya maju pada skala komersil.
Antara kebaikan proses ini :
- Tidak memerlukan gerabak sterilizer, trak rel, kren di atas, tippers, pengangkut pindahan dan traktor
- Memberi peluang untuk keseluruhan proses di kilang sawit dibuat secara berterusan, boleh diautomatikkan dan mengurangkan penggunaan buruh.
- Permintaan wap untuk proses pensterilan akan berada pada tahap yang tetap, mengurangkan ketidakstabilan tekanan wap, voltan dan frekuensi elektrik.
- Ketidakstabilan berkenaan biasanya menyebabkan masalah menjurus kepada kehilangan produk yang tinggi, kualiti produk rendah dan pengurangan keseluruhan.
- Mengurangkan atau menghilangkan keperluan pembakaran secara manual di boiler untuk memenuhi keperluan disebabkan ketidakstabilan tekanan wap, yang dapat meningkat kecekapan boiler, dan mengurangkan asap hitam/ tebal yang dikeluarkan boiler stack.
- Mengurangkan tumpahan buah sawit di kilang dan membantu ke arah persekitaran kilang sawit yang lebih bersih
- Membantu dalam reka bentuk dan pembinaan kilang sawit yang kecil dan mudah alih yang memerlukan pelan yang lebih ringkas berbanding kilang konventional.
3.2 Teknologi dandang baru
Teknologi Dandang masih baru iaitu
inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya mengawal pelepasan asap dan
partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam. Teknologi baru ini sangat
relevan dengan penekanan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi
menstabilkan kepekatannya di atmosfera dan pada masa sama dapat menangani
pemanasan sejagat berikutan kenaikan suhu air laut, kemarau dan ribut taufan.
3.3 Pembuangan benda asing
Teknologi Pembuangan Benda Asing
menggunakan proses pemisahan dua peringkat bagi pengasingan benda asing bersama
buah lerai daripada tandan kosong. Manakala teknologi Pensterilan Berterusan
dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah teknologi pengilangan holistik yang
membolehkan operasi dijalankan berterusan melalui kawalan komputer dan menggunakan
keperluan tenaga kerja yang minimum.
Manakala teknologi rawatan efluen
terkini dan lebih sistematik, tidak memerlukan pembinaan kolam mendapan yang
luas di kawasan kilang berbanding kaedah rawatan efluen sedia ada.
3.4 Kitar semula
Kegiatan kitar semula melalui
penggunaan bahan biojisim sawit (berasaskan bahan kering) telah berada di tahap
90%. Tahap ini dijangka akan meningkat melalui pelbagai inisiatif yang telah
dilaksana untuk menggalakkan usahaniaga pengeluaran tenaga melalui bio-diesel
sawit serta program tenaga baru, di samping pengeluaran pulpa dan kertas, serta
bahan tambah nilai yang lain
3.5 Minyak kelapa sawit sebagai minyak diesel
Minyak solar diperoleh dari minyak
bumi, dikenal sebagai bahan bakar motor diesel yang telah biasa digunakan. Sebagai pengganti minyak
solar orang sekarang sudah mulai menggunakan biodiesel. Bahan bakar biodiesel
berasal dari tumbuhan atau dari haiwan yang direaksikan dengan metanol (proses
transesterifikasi) sehingga diperoleh minyak methil ester (ME). Selanjutnya
methil ester sering disebut dengan biodiesel atau bahan bakar motor diesel yang
berasal dari minyak
Biodiesel sudah banyak digunakan
pada motor diesel tanpa modifikasi di Amerika Syarikat. Campuran yang banyak
dipakai adalah 20% ME : 80% solar, dan 35% ME : 65% solar. Biodiesel
murni (100%) sudah pula digunakan sejak 1994, dengan mesin yang sedikit
dimodifikasi atau tanpa modifikasi . Penggunaan 100% ME dapat menurunkan emisi
gas asap sampai 50%, tetapi tidak disarankan, kerana dapat merusak dan
menyumbat saluran bahan bakar seperti paip dan pengedap.
Minyak sawit yang telah direaksikan
dengan metanol, dengan perbandingan 30% ME minyak sawit : 70% solar.
Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang tidak diproses menjadi
minyak masak, karena kualiti yang kurang baik .
Biodiesel nampaknya akan menjadi
energi yang mempunyai prospek dan masa depan yang cerah, kerana:
3.5.1. Biodiesel tidak beracun, biodegradable, essentially free of sulfur
dan carcinogenic benzene, dihasilkan dari bahan yang dapat diperbaharui, sumber
yang dapat didaur ulang, tidak menambah secara signifikan terdapat akumulasi
gas rumah kaca . Disamping itu hasil penelitian Schumacher dan Spataru menyimpulkan bahawa kenaikan ME dari kedelai
dan canola akan mengakibatkan penurunan partikulat, hidrokarbon dan CO, tetapi
menaikkan emisi Nox
3.5.2. Konsumsi bahan bakar spesifik 30% ME hanya sekitar 2% lebih tinggi
dibanding dengan solar murni. Demikian pula perbezaan torsi antara solar dan
30% ME hampir-hampir tidak berbeza, sedang perbezaan daya yang dihasilkan hanya
sekitar 2%. Menurut kajian, tenaga yang dihasilkan biodiesel lebih rendah,
rata-rata 118,000 Btu, dan solar rata-rata 130,500 Btu.
3.5.3. Bilangan setana biodiesel lebih tinggi dibanding dengan solar.
Rata-rata biodiesel 53, dan solar 42, sehingga dapat mengurangi detonasi atau
knocking pada operasi mesin.
3.5.4. Biodiesel cukup menjanjikan sebagai bahan bakar alternatif untuk
motor diesel. Kadar asap yang relatif rendah pada putaran yang tinggi (dibawah
4 BSU), NOx yang lebih rendah, dan kandungan O2 yang tinggi dapat mengurangi
pembentukan partikulat.
Kesimpulan
Penemuan
teknologi terkini melibatkan kelapa sawit sedah pasti banyak memberi kesan
kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. Ini kerana Malaysia merupakan
pengeluar utama dunia minyak sawit mentah dan sudah pasti mejoriti
masyarakatnya mengusahakan ladang atau kebun kelapa sawit. Contohnya dengan
penemuan teknologi biodesel sudah pasti kita mempunyai alternatif kepada minyak
petrol yang sekarang mengalami kenaikkan harga. Jika penggunaanya diperluaskan
sudah pasti juga permintaan keatas kelapa sawit meningkat dan menjamin
pendapatan penguisaha dan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit.
Rajah : Pokok Kelapa Sawit dan Sebuah Kilang Minyak Kelapa Sawit.
Bibliografi :
- Dr Norman Hj Kamaruddin http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/20041205130102/Article/
- Dr Ahmad Kushairi Din, Isa Zainal Abidin dan Mohd Din Aminuddin http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/20050101145116/Article/pp_index_html
- http://www.invir.com/latihan/sd6ebtind04.html
- http://www.iptek.net.id/ind/jurnal/jurnal_idx.php?doc=V5.N5.23.htm
- http://www.wwfmalaysia.org/
- Ahmad Saghir Baharan http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/20050506161040/Article/
- Jabatan Alam Sekitar http://www.jas.sains.my/jas
- www.mpob.gov.my
- www.bharian.com.my/m/BHarian/ Saturday/BeritaSawit/
- www.kpu.gov.my...
- www.felcra.com.my/eng/berita1.htm
- www.e-kilangmpob.com.my
- www.rcentre.utm.my
- www.mosti.gov.my/opencms/opencms/MostePortal/
- www.risda.gov.my/kpk/pontian.htm
- www.frim.gov.my/con_archives.htm
- www.usm.my/r&d/Announcement/PIPOC2005.htm
- Cikgu Abd Malek Abd Hanif http://smeh.tripod.com
- Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kelapa_Sawit"
terima kasih .... info yg sangat berguna
ReplyDeleteterima kasih atas info yang diberikan
ReplyDelete