2.1 Ciri-ciri Usahawan yang
berjaya
Inisiatif dan
bertanggungjawab
Kebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan
aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan
mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai
orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada
berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa
yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana
tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
Komitmen yang tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut.
Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam
perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan
pelaburan yang mereka usahakan.
Orentasi Peluang
(kesempatan) – Opportunity Orientation
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada
kajian, struktur atau strategi.
Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi
panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam
mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan
melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian
terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan
mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang
tersebut.
Mengambil Risiko Secara
Sederhana (Moderate Risk Taker)
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi
buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan
melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira
demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak
sepatutnya.
Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi
di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan
mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan
yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.
Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak
usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang
berjaya.
Kreatif dan Inovatif
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap
usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan
di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh
menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna.
Kreativiti boleh dipelajari.
Mencari Maklumbalas (Seeking
Feedback)
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba
memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan
maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki
prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan
yang telah mereka lakukan.
Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang
usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk
menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang
mencabar. Satu fahaman yang sering disalahertikan mengenai usahawan adalah
“wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan
kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi
kepada usahawan.
Kebolehan menentukan Visi
(Ability to Set Vision)
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma
mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan firma
mereka. Dalam kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula
menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
Kemahiran Mengatur (Skilled
at Organising)
Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu,
usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul
para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan
berkebolehan untuk mengurus sumber mereka
secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
Kawalan Fokus Dalaman (Internal Focus of Control)
Usahawan percaya
kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan
kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.
Toleransi terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila
mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar,
mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka
lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan
kejayaan.
Lebih Bertenaga(High level of Energy)
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding
dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk
membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan
mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka
memulakan perniagaan.
Semangat Berpasukan (Team
Building)
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard
(kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk
membantu syarikat berkembang dan membangun.
Berdikari (Independent)
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu
tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna
usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai
kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan
untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan
dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi
dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada
kegagalan.
2.2 Usahawan Menilai Diri Sendiri (Entreprenuer
Self-Assessment)
Terdapat banyak cara untuk menguji potensi
seseorang untuk menjadi seorang usahawan. Robinson, Stimpson, Huefner
dan Hunt (1991) adalah
antara yang menyediakan interaktif secara talian (online). Ia menyediakan ujian
dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji tahap kita untuk menjadi usahawan.
Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang
individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang
boleh menjadi usahawan atau tidak. Semua orang berpotensi untuk menjadi
usahawan tanpa mengira umur, kaum, jantina, warna dan kerakyatan. Usahawan
bukan diturunkan secara genetik (keturunan); kemahiran boleh dipelajari. Setiap
individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu
untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap keusahawanan. Itu pun kalau kita
berminat untuk menjadi usahawan yang berjaya.
2.3 Perbezaan di antara Ahli Perniagaan
(Businessman), Pengurus (Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)
a)
Perbezaan di antara ahli perniagaan dengan usahawan
Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan
kecil-kecilan. Ini berdasarkan fakta, iaitu tidak semua
ahli perniagaan adalah usahawan. Walau bagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli
perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai
ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras
yang rendah bagi seorang usahawan.
Terdapat beberapa perkara yang membezakan di antara ahli perniagaan dengan
seorang usahawan.
Daftar:
Optimistic – seorang yang berfikiran positif terhadap sebarang halangan
Creative – berkebolehan menghasilkan sesuatu novel dan mengeluarkan idea
yang berguna.
Innovative – berkebolehan mencipta sesuatu yang unik. Satu kualiti yang
sangat perlu ada pada setiap usahawan.
Ujian 1:
1.Terangkan 10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?
Inisiatif dan
bertanggungjawab
Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan
berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak
ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
Komitmen yang tinggi
Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan
pelaburan yang mereka usahakan.
Orentasi Peluang
(kesempatan)
Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih
peluang tersebut.
Mengambil Risiko Secara
Sederhana (Moderate Risk Taker)
Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.
Keyakinan dan Optimistik
Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai
kejayaan. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan
sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.
Kreatif dan Inovatif
Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh
menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna.
Kreativiti boleh dipelajari.
Mencari Maklumbalas (Seeking
Feedback)
Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk
memperbaiki prestasi mereka.
Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Wang bukan
merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.
Kebolehan menentukan Visi
(Ability to Set Vision)
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau
konsep untuk firma mereka.
Kemahiran Mengatur (Skilled
at Organising)
Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki
untuk menjayakan tugas tersebut. Menukarkan visi menjadi realiti.
Kawalan Fokus Dalaman (Internal Focus
of Control)
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung
kepada diri mereka sendiri.
Toleransi terhadap Kegagalan
Tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka
belajar dari kegagalan. Percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan.
Lebih Bertenaga(High level of Energy)
Lebih
bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih
Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.
Semangat Berpasukan (Team Building)
Mempunyai
standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang
dan membangun.
Berdikari (Independent)
Menyelesaikan
sesuatu tugas mengikut cara mereka. Mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat
keputusan yang penting.
Fleksibel
Usahawan tidak
tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Amat fleksibel dan berkebolehan
untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan.
2. Adakah
seorang yang mempunyai ciri tersebut boleh menjadi seorang usahawan yang
berjaya? Kenapa?
Boleh, ini
kerana 16 ciri yang dinyatakan di atas merupakan kajian yang telah dilakukan
terhadap tokoh usahawan yang telah pun berjaya. Ini kerana semua ciri yang dinyatakan di atas
merupakan ciri-ciri yang positif.
3. Apakah maksud “mempunyai komitmen
yang tinggi untuk usahawan”?
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut.
Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam
perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan
kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.
4. Mengapa kita selaku seorang usahawan perlu mengambil ujian “menilai diri
sendiri”?
Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang
individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang
boleh menjadi usahawan atau tidak. Setiap individu mempunyai peluang untuk
menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh
mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita
untuk mencapai tahap keusahawanan.
Ujian 2:
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment