Want to know more, please click

Followers

Pages

Saturday, May 26, 2012

SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA



SOALAN BERKAITAN

1)                  Apakah kegunaan sambungan delta?
·         Sambungan delta digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian adalah menggunakan voltan tinggi. Sebagai contohnya mesin-mesin yang digunakan di industri. Dan sambungan delta biasanya digunakan di industri. Dan nilai rintangan pada setiap beban adalah sama.

2)                  Apakah kegunaan sambungan bintang?
·         Sambungan bintang digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian adalah menggunakan voltan sederhana. Sebagai contohnya rumah-rumah kediaman. Dan kadaran arus yang diperolehi adalah sama.

3)                  Nyatakan jenis warna kabel yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian 3 fasa.?

a)            Dawai merah – dinamakan sebagai fasa merah dan dawai hidup.
b)            Dawai kuning – dinamakan sebagai fasa kuning dan dawai hidup.
c)            Dawai biru – dinamakan sebagai fasa biru dan dawai hidup.
d)           Dawai hitam – dawai neutral.
PERBINCANGAN


1.      Terdapat 4 dawai utama dalam pendawaian 3 fasa iaitu:
a)      Dawai Merah (Live)
b)      Dawai Kuning (Live)
c)      Dawai Biru (Live)
d)     Dawai Hitam (Neutral)

2.      Ketiga-tiga fasa iaitu fasa merah, fasa biru dan fasa kuning membawa voltan
bernilai 415V dan voltan ini hanya dapat diturunkan kepada 240V apabila ada pengulang iaitu yang dawai neutral yang akan melengkapkan litar pendawaian 3 fasa tersebut.

3.      Penggunaan pendawaian 3 fasa akan dapat menjimatkan tenaga elektrik
      di mana kuasa lesapan pada kabel pada sesuatu jarak yang tertentu dapat
      dikurangkan kerana pendawaian 3 fasa melibatkan voltan yang tinggi iaitu
11kV dan 33kV.

4        Terdapat dua jenis sambungan yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian
3 fasa iaitu:-
a.       Sambungan delta - digunakan bila memerlukan voltan yang tinggi. (Industri).
b.      Sambungan bintang atau Y – Digunakan pada pendawaian domestik biasa. (Rumah Kediaman / Pengguna Voltan Rendah)


F.A.Q


Pengagihan voltan bekalan kepada pengguna dilakukan menggunakan 2 cara iaitu :
  • Kabel bawah tanah
  • Talian atas


3 kelebihan system motor 3 fasa berbanding motor 1 fasa :
  • kendalian permulaan kendiri
  • faktor kuasa dan kecekapan lebih baik
  • daya kilas yang tetap


2 sebab kabel elektrik dibuat berlembar.
  • mudah lentur
  • menambah daya kekuatan kabel


faktor utama pemilihan kabel untuk pengagihan 3 fasa :
  • kecekapan
  • selamat
  • murah


3 jenis motor aruhan 3 fasa yang utama iaitu :
  • motor aruhan
  • motor aruhan pemutar berlilit
  • motor segerak


Motor aruhan sangkar tupai banyak digunakan kerana :
i.                    tahan lasak
ii.                  kecil
iii.                murah
iv.                tidak ada belitan pada pemutar
v.                  tidak perlu alat tambahan untuk menghidupkan motor
Click ads for your tq or like.

11 comments:

  1. Salam..saye nk tanye.motor 3fasa boleh x di ejas menggunakan wiring kediaman..iaitu fasa1??

    ReplyDelete
  2. Boleh beri kn saya contoh untuk penyambungan motor tiga fasa....berapa wayar perlu di salur kn ke mesin tiga fasa...

    ReplyDelete
  3. Salam..nak tumpang tanya sikit..berapakah saiz kabel untuk kabel 3 fasa dr meter ke DB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 16 mm untuk litar utama dri meter tnb ke mccb/main switch

      Delete
  4. Selamat petang,macam mana nak tau penggunaan kabel yang sesuai untuk penghawa dingin? Kiranya nak tau cara pengiraan sekiranya sistem 3fasa. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 hingga 6mm kabel yg sesuai untuk air cond dan alat pemanasan yg lain

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalam tuan saya ada masalah dlm penyambungan 3 fasa, dari bekalan utama ke pengagihan dan seterusnya amik sambungan xari tiang kedua 3 fasa indoor, dari 3 fasa bahagi lepada 3 tempat dan setiap tempat satu life dari 3 wayar life tadi, hanya neutral sahaja berkongsi intuk 3 tempat itu, bolehkah kami gunakan cara pembahagian tersebuta dan bila buka punca kuasa arus tidak kuat, bagaimana cara nak selesaikan masalah ini tuan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan ... saya blm ada pengalaman bg pendawaian 3 phase. Jadi saya nak minta bantuan tuan ckit utk hari ni. Utk saiz cable 3 phase adakah sama seperti 1 phase :
    Socket: 2.5 mm
    Lampu dan kipas: 1.5 mm
    Econ: 4 mm
    ataupun semua guna 2.5 mm
    TQ

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum tuan ... utk pendawaian 3 phase .. brapa biji yg dihadkan utk Lampu, kipas, socket dan aircorn. TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...