Want to know more, please click

Followers

Pages

Monday, May 28, 2012

Pengenalan kepada Sosiologi Industri



Definisi Sosiologi

Sorokin = sosiologi ialah ilmu yang mempelajari :
i)        hubungan dan pengaruh timbal balik antara pelbagai-bagai gejala sosial.
ii)      hubungan dan pengaruh timbal balik antara gejala sosial dengan gejala bukan sosial.
iii)    Ciri-ciri umum daripada semua jenis gejala-gejala sosial

Roncek and Warren : sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara manusia dalam kelompok kelompok.

Sosiologi = kajian tentang hubungan antara manusia dengan manusia


Definisi industri

Wield (1983)  telah mencadangkan 3 definisi industri iaitu :
i)        Lebihan (residul) : semua yang bukan bersifat pertanian
ii)      Sektorial : tenaga, perlombongan dan pembuatan
iii)    Proses Pengeluaran : cara tertentu mengatur proses pengeluaran dengan menggunakan jentera dan sistem pembahagian tugas yang kompleks

Intipati sesebuah industri :
  1. Terdapat peralihan fasa ekonomi sesebuah negara daripada bercorak pertanian
  2. Kekurangan dalam nisbah tenaga kerja yang terlibat dalam sektor pertanian dan penambahan dalam nisbah pekerja yang terlibat dalam sektor industri.
  3. Peningkatan penggunaan jentera yang kompleks dan sofistikated.
  4. Proses perindustrian memerlukan modal dan pelaburan yang banyak serta pembahagian dan pengkhususan tugas yang terperinci
  5. Terdapat berbagai organisasi yang besar dan kompleks seperti firma, perbadanan, syarikat persendirian dan perbankan dengan tujuan untuk menyalur dan melabur modal.

Sosiologi industri

-          Mengkaji proses perindustrian yang luas dan kesannya ke atas beberapa bahagian, masyarakat dengan menggunakan prinsip sosiologi umum.
-          Satu bentuk kajian bagaimana perkaitan antara disiplin dalam sosiologi ataupun kaitannya dalam bidang industri, merujuk kepada ketidakfahaman terhadap tingkahlaku pekerja industri


Sosiologi Industri = situasi yang terdapat dalam kilang tempat bekerja.  (organisasi kerja)

Sosiologi Perindustrian = kehidupan dalam & luar bidang (masyarakat sekitar)


 
Kritikan Marcuse (1898 – 1979) terhadap masyarakat industri

-          masyarakat industri ialah masyarakat yg tidak sihat kerana hanya berdimensikan satu iaitu segala kehidupannya diarahkan pada satu tujuan sahaja dengan pembangunan yang berlaku adalah berasaskan kepada sistem kapitalisme
-          masyarakat industri bersifat menindas dan menekan secara menyeluruhdan memintas perkembangan lain yang bertentangan dengan sistem kapitalis.
-          Masyarakat industri bersifat pasif dan menerima sahaja apa yang ada dan menerima sepenuhnya sistem kapitalis.


Kualiti masyarakat industri bergantung kepada faktor berikut :

  1. jenis pekerjaan
  2. perkembangan ekonomi
  3. dasar-dasar kerajaan
  4. kebajikan sosial
  5. kadar upah



Faktor-faktor pembentukan kelompok kecil dalam industri

1.      Personaliti dan tarikan individu
2.      Kumpulan kerja
3.      Tanggungjawab kerja
4.      Norma
5.      Matlamat
6.      Status pekerjaan

Kesan teknologi ke atas pekerjaan

1.      Perubahan bilangan pekerja
2.      Perubahan jenis pekerjaan
3.      Perubahan masa bekerja
4.      Perubahan terhadap suasana bekerja
5.      Perubahan terhadap tempat kerja.



Perhubungan industri

Merupakan proses interaksi di antara manusia dan organisasi di tempat kerja dalam usaha mencapai persetujuan berhubung terma dan syarat-syarat pekerjaan.

Perhubungan industri berkaitan dengan fenomena-fenomena yang berlaku dalam konteks hubungan pihak pekerja dengan majikan @ pihak pengurusan dalam sesebuah organisasi kerja.

Isu terhadap perhubungan industri

1.      Syarat dan terma pekerjaan
2.      Upah, elaun kerja dan bonus.
3.      Kemudahan rawatan kesihatan, perubatan dan kesihatan
4.      Kemudahan dan persekitaran organisasi kerja
5.      Perlaksaan program keselamatan dan kesihatan pekerja ditempat kerja
6.      Kemudahan sosial untuk pekerja.


Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...