- Jika pemanasan ruang dengan sistem suria hendak dipasang, fabrik bangunan memerlukan penebatan haba.
- Untuk sesebuah rumah yang berkeluasan lantai 150 m² ia memerlukan sebuah plat pengumpul suria rata berkeluasan 40m².
- Tangki suria perlu berupaya menampung air sebanyak 40m³.
- Pemanas olakan atau panel paip yang dibenamkan di dalam lantai boleh digunakan untuk sistem pemanasan ruang.
- Anti sejuk beku mesti dicampurkan dengan air di dalam litar suria.
- Oleh sebab harga gas, minyak, bahan api pepejal dan elektrik kian meningkat, pemanasan ruang dengan sistem suria semakin popular. Pada cuaca yang sangat sejuk, sebuah pemanas bantuan diperlukan. Dipanaskan oleh salah satu bahan api yang tersebut.
Sistem pemanasan udara panas
- Sistem ini senang dikawal dan tempoh pemanasannya adalah cepat.
- Tidak ada risiko kebocoran air atau sejuk beku.
- Salur udara mesti ditebat dengan sempurna.
- Jerjak diperlukan pada pintu supaya udara boleh kembali semula ke pemanas.
- Sebuah pemanas rendaman atau pengedar gas diperlukan untuk membekalkan air panas.
- Salur masuk udara diperlukan untuk menyediakan udara pembakaran bagi pemanas.
- Udara baru biasanya dibekalkan ke bilik melalui tingkap yang boleh dibuka tetapi satu salur udara baru boleh disambungkan ke salur udara balik.
Pemanasan daerah I
- Bilik dandang pusat ini hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bangunan yang memerlukan beban pemanasan yang tinggi seperti sebuah kawasan kilang.
- Sistem ini memerlukan paip pemanasan yang panjang dan paip mestilah ditebat dengan sempurna.
- Sistem ini menjimatkan penyenggaraan. Haba buangan dari stesen kuasa boleh digunakan atau sampah sarap boleh digunakan sebagai bahan api dandang.
- Sistem ini menjimatkan jumlah bilik dandang dan ruang.
- Kadar pencemaran atmosfera berkurangan kerana hanya terdapat satu cerobong dan satu stor bahan api.
- Dandang dan loji disenggarakan pada tahap kecekapan puncak.
- Sistem ini memerlukan kawalan lara suhu.
Pemanasan daerah II
- Pelan untuk sistem tiga paip adalah sama dengan pelan untuk sistem dua paip, kecuali penambahan satu paip alir bergaris pusat kecil.
- Paip aliran bergaris pusat kecil ini juga dibekalkan dengan sebuah pam berasingan.
- Apabila pemanasan ruang tidak diperlukan, paip aliran kecil digunakan dan paip aliran besar ditutup. Ini menjimatkan kehilangan haba daripada paip serta menjimatkan kuasa untuk mengepam.
- Paip tersebut mesti dipasang sekurang-kurangnya 460mm di bawah aras tanah dan ditebat dengan sempurna. Bahan penebat tersebut mestilah berkeadaan kering sepanjang masa dan paip terlindung daripada karatan.
- Kos sesalur adalah lebih kurang sama dengan kos loji dandang.
- Kehilangan haba daripada sesalur pemanasan adalah lebih kurang 15% daripada beban pemanasan melalui pemancar haba.
Pemanasan daerah III
- Sistem empat paip membekalkan pemanasan ruang serta air panas ke setiap bangunan.
- Pengkalori penyimpan air panas diperlukan di dalam bilik dandang dan tangki simpanan air sejuk juga diperlukan untuk membekalkan pengkalori tersebut.
- Terdapat pengurangan bilangan pengkalori dan tangki simpanan air sejuk berbanding dengan keperluannya yang lazim bagi setiap bangunan.
- Saiz bilik dandang perlu diperbesarkan untuk memasang pengkalori.
- Semasa pemanasan ruang tidak diperlukan. Hanya sesalur bekalan air panas sahaja digunakan.
- Bayaran bagi bangunan yang dibekalkan dengan pemanasan ruang dan bekalan air panas boleh digabungkan dengan kadar sewa atau cukai harta benda. Walau bagaimanapun, penggunaan meter adalah cara yang paling adil untuk mentaksir bayaran penggunaan haba.
Pemancar haba I
- Tahap perbezaan suhu udara sebanyak 3ºC boleh digunakan apabila pemanasan sinaran dipasang. Kaedah ini boleh menjimatkan kos bahan api sebanyak 15%.
- Kerajang aluminium jika diletakkan di belakang penyinar akan menambahkan tahap kecekapan penyinar.
- Para yang dipasang di atas penyinar akan menghalang pencemaran dinding pada bahagian atas penyinar yang disebabkan oleh arus olakan.
- Panel serta jalur sinaran selalunya dipasang di kilang dan di gudang.
Pemancar haba II
- Pemanas kambi sinaran dan perolakan tidak begitu ketara dan menghasilkan pengagihan haba yang baik di dalam bilik.
- Pemanas pengolak semula jadi perlu ditempatkan pada aras yang rendah supaya turus udara panas disesar oleh udara bilik yang lebih sejuk.
- Pemanas pengolak kipas boleh ditempatkan pada aras yang tinggi. Kipas tersebut boleh mempunyai kelajuan boleh ubah untuk mengawal kadar keluaran haba.
- Unit pemanas atas siling digunakan di dalam bengkel dan satu daripada pemanas tersebut digunakan sebagai tabir udara panas merentangi muka pintu.
- Unit pemanas boleh mempunyai sebuah injap salur masuk berkawalan lara suhu atau beberapa unit pemanas boleh dikawal melalui penggunaan injap lencongan tiga hala.
Sistem pemanasan kawalan berlara suhu
- Sistem kawalan pemanasan berlara suhu menjimatkan bahan api dan meningkatkan tahap keselesaan haba bagi penghuni.
- Lara suhu bilik hendaklah diletakkan jauh dari cahaya matahari terus dan dipasang 1.2m dan 1.5m dari aras lantai.
- Injap berlara suhu boleh dipasang pada setiap pemancar haba dan kaedah ini akan mengambil kira penggandaan atau kehilangan haba dalam setiap bilik.
- Kaedah yang lebih murah ialah dengan menggunakan injap zon untuk mengawal suhu setiap litar.
- Injap berlara suhu tiga liang boleh digunakan sebagai injap pencampuran atau injap lencongan.
- Injap pencampuran mempunyai dua salur masuk dan salur keluar manakala injap lencongan mempunyai satu salur masuk dan dua salur keluar.
- Injap pencampuran dan injap lencongan menghalang penyinar daripada menjadi sejuk dan dengan demikian memberikan tahap keselesaan haba yang tinggi kepada penghuni bangunan.
Sistem-sistem pemanasan
kawalan lara suhu dan jam.
- Injap pelencong boleh digunakan untuk menutup litar pemanasan supaya air daripada dandang boleh mengalir ke gegelung pemanasan di dalam silinder air panas.
- Larasuhu jenis rod boleh digunakan untuk mengawal suhu air di dalam silinder tersebut. Apabila mencapai tahap suhu air yang dikehendaki selongsong loyang akan mengembang dan menarik rod invar dari titik sentuhan dan dengan itu memberhentikan bekalan elektrik.
- Larasuhu bilik juga dikendalikan oleh pengembangan kebezaan antara loyang dan invar.
- Injap penyinar berlara suhu dikendalikan oleh elemen yang peka terhadap haba. Apabila mencapai tahap suhu udara yang diperlukan elemen akan mengembang dan menutup injap.
- Kawalan jam dan pengatur cara akan mengaturkan masa pengendalian pemanasan dan bekalan air panas.
Rajah 37 Penggunaan injap
pelencong untuk memberikan keutamaan kepada bekalan air panas bagi sistem yang
menggunakan litar berpam untuk kedua-dua silinder pemanasan dan silinder air
panas
Undang-undang kecil bangunan seragam 1984
[P.W.5178/85] berkaitan sistem pemanasan bangunan.
101.
Dandang, pendiang, relau, genahar,
pembakar dan alat-alat menjana haba lain yang serupa yang digunakan dalam
bangunan lain daripada bangunan kediaman hendaklah dilengkapi dengan cara yang
mencukupi untuk menyalur haba lain dan asap yang dijana oleh alat tersebut
supaya boleh dibuang keluar melalui corong asap atau saluran yang dibina dengan
sempurna daripada bahan tahan api sekurang-kurangnya pada kadar 2 jam mengikut
PB 478 Bahagian 3.
102.
Bahan mudah terbakar yang digunakan dalam
pembinaan bangunan hendaklah skurang-kurangnya 80 milimeter jauhnya daripada
sesuatu sarung corong asap yang dikehendakibagi menyalurkan asap atau hasil
bakaran lain.
233. Bilik dandang dan kawasan
stiran di bawah paras tanah yang tidak dilengkapi dengan pemasangan pemadam api
automatik hendaklah dilengkapkan denagan alir masuk busa.
234.
Semua struktur bawah tanah, bangunan tanpa
tingkap, bergantung kepada jenis pendudukan, storan, prosesan atau jenis
perlindungan yang dipasang, hendaklah dilengkapi dengan alir masuk busa
sebagaiman dikehendaki oleh Pihak berkuasa bomba.
rujukan
F. Hall, terjemahan Roslan Amiruddin. Kemudahan
dan Peralatan Asas Bangunan,
Dewan
Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur, 1992.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang, Undang-undang
Kecil Bangunan Seragam 1984,
International
Law Book Services, 2006.
Adopted from resources of MJ Insurance and buddy
Dewar, National Fire Sprinkler
Association,
http://www.nfsa.org.
No comments:
Post a Comment