Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, June 22, 2012

GENTIAN BUATAN


Dikenali sebagai gentian sintetik. Keseluruhannya dibuat  daripada bahan kimia dan gentian yang dihasilkan dalam makmal mengguna bahan selulosa (bahan asli)

Tujuan pengusaha tekstil buatan adalah untuk menghasilkan produk yang baik untuk kegunaan tertentu. Gentian buatan boleh dikelasifikasi seperti berikut:
●       selolusic – rayon (viscose)
●       selulosa esters ( acetate, triacetate)
●       petroleum plastics – nilon, polyester, acrylic, olefin, spandex.
Semua gentian buatan bermula dengan larutan kimia uang ditekan keluar melalui alat yang spinneret. Alat Spinneret adalah satu kepingan logam yang mempunyai lubang-lubang halus. Apabila filemen yang keluar daripada lubang spinneret ia akan menjadi keras dan gentian diperolehi adalah merupai gentian asli. Prosesini dikenali sebagai spinning.
Spinning untuk gentian buatan terbahagi kepada 3 jenis.
●       wet spinning – larutan/ gentian ditekan keluar melalui spinneret dan masuk ke dalam larutan yang mengandungi asid untuk mengeraskan gentian
●       dry spinning – gentian ditekan keluar melalui spinneret dan dimasukkan kedalam ruang yang panas
●       melt spinning – gentian melalui spinneret dan dikeringkan mengguna tiupan udara yang sejuk untuk mengeraskan gentian

Gentian buatan sangat kuat dan tidak mudah renyuk (crease resistant).
Kebanyakan fabrik yang diperbuat daripada gentian buatan mempunyai kuasa penyerapan dan keporosan yang  rendah. Oleh itu fabrik ini sangat panas dipakai dalam cuaca yang humid dan panas.
Ada fabrik gentian buatan yang thermosplastik – boleh dibentuk dibawah kawalan keadaan haba  dan tekanan.. proses ini menghasilkan pelbagai tekstur yarn dan dan rupa seperti lisu –lisu yang kekal.

MENCAMPUR GENTIAN
Campuran gentian adalah campuran  dua atau lebih gentian yang berbeza . gentian ini dicampur sebelum proses spinning untuk menjadi yarn. Tujuan mencampur gentian adalah:

♦        perkhidmatan fabrik boleh di perbaiki atau cirri-ciri baru boleh diperoleh; contoh : polyester boleh menggelakkan renyuk, dan kapas menambah kuasa penyerapan.
♦        kelemahan boleh diekakkan seperti pada fabrik Viyella (capuran wool dan kapas)- kapas boleh mengelakkan pengecutan
♦        pencampuran gentian boleh membantu mengurangkan harga fabrik, seperti fabrik campuran wool/ nilon adalah lebih murah daripada fabrik yang diperbuat daripada 100% wool.
Antara fabrik yang lazim dicampur :
♦        wool/nilon
♦        wool/cotton
♦        kapas /polyester.

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...