Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, June 8, 2012

BAB 1 : PEMBINAAN FABRIK


Fabrik dihasilkan daripada yarn dalam berbagai kaedah. Menenun dan mengait merupakan kaedah yang paling lazim atau biasa digunakan dalam pembinaan fabrik pada masa kini.

1.1   FABRIK BERTENUN

Fabrik bertenun mempunyai 2 jenis benang iaitu benang ira lurus / benang memanjang (warp) dan benang pakan/ benang melintang (weft). Kedua-dua benang ini dijalin berselang-seli dan bertemu di antara satu sama lain dengan bersedut tepat. Bahagian tepi yang memanjang pada fabrik bertenun dikenali sebagai selvage. Fabrik bertenun sangat teguh kerana jalinan yang rapat. Jalinan yang berselang seli tidak memberi ruang untuk fabrik memeri ke kiri dan ke kanan. Contuh fabrik yang di tenun biasa Belacu, kasa (Voil), maslin, poplin 
 
1.2   FABRIK BERKAIT (KNIT FABRIK)
Fabrik berkait mempunyai struktur yang diperoleh dengan mengait benang yang bergelung. Istilah ini digunakan kerana tiap-tiap gelungan yarn dikait untuk mendapatkan barisan yang baru. Kaedahnya serupa dengan mengait mengguna jarum kait (knitting needles) Gelung berkait yang menegak dikenali sebagai WALES  dan gelung berkait yang mendatar dikenali sebagai COURSE.

Fabrik berkait mempunyai kestabilan yang kurang jika dibanding dengan fabrik bertenun. Dari itu kegunaan fabrik berkait terhad kepada pakaian tertentu (sukan, riadah, pakaian dalam, pakaian bayi). Dengan adanya teknologi canggih fabrik berkait yang lebih bermutu dan mempunyai struktur yang lebih kompleks dapat dihasilkan.

Contoh fabrik berkait:
Jersi, single knit
 
1.3  FABRIK BERPAIL

Fabrik berpail adalah sejenis fabrik yang istimewa kerana permukaannya gebu dan lembut. Ciri-ciri tersebut diperoleh melalui pembinaan yang istemewa yang membenarkan  yarn timbul (pile-yarn) digunting manakala yanrn yang rata tidak di gunting. Yarn rata (ground yarn) merupakan asas kekukuhan fabrik dan penyokong pile atau yarn yang timbul.. Gambarajah di sebelah menunjukkan kaedah pembinaan  fabrik baldu. Yarn untuk gelung A lebih tebal dari yarn B.  YarnW disangkarutkan (inteterlace) dengan kedua-dua yarn  A dan B. Gelung-gelung yarn di sokong dengan dawai halus berselangseli dengan benang pakan. Dalam proses pembinaan pisau yang terdapat pada dawai akan memotong gelung-gelung benang. Gambar rajah menunjukkan yarn pile berdiri tegak tetapi sebenarnya pada fabrik baldu yarn pile mencondung sedikit menghala ke satu arah atau “one-way”. Keadaan ini diperolehi semasa proses kemasan fabrik dilakukan. Gelung-gelung yarn boleh ditinggalkan tanpa digunting. Dalam hal demikian fabrik seperti tuala terri diperoleh.
 Dalam membuat fabrik koduroi pula, yarn pile ditenun lebih jarak daripada yarn pile pada baldu. Apabila digunting yarn pile akan timbul daripada permukaan dan menghasilkan ‘tuff” yang timbul dan beralur atau bertali. Justru itu nama “cord” diperoleh.
 
1.4  FABRIK NET

Fabrik net atau fabrik renda tidak ditenun atau dikait. Gambar rajah ini menunjukkan struktur fabrik net. Fabrik net/renda mempunyai 2 helai benang yang berbelit-belit di antara satu sama lain dan tidak mempunyai barisan benang lurus. Fabrik ini juga mempunyai struktur yang berlubang dan terbuka “open”. Dari segi inilah fabrik net tidak teguh dan kebanyakannya digunakan sebagai hiasan pada pakaian.
1.5  FABRIK BRAID
Fabrik braid dihasilkan dengan menjalin yarn secara menyerung (diagonal). Biasanya fabrik ini tidak lebar. Fabrik ini digunakan sebagai tali kasut, dan pita hiasan.

1.6  CROCHETING
Perkataan crochet adalah perkataan Francis yang bermaksud “cangkuk”. Crocheting adalah kaedah membuat fabrik mengguna yarn dan jarum crochet. Kaedah pembinaan ini tidak luas digunakan di industri tekstil tetapi sebagai kraftangan untuk membuat baju jumpers, pakaian kanak-kanak, alas meja dan senagai trimming.

 
1.7   MACRAME
Kaedah ini menggunakan yarn yang diikat bersimpul-simpul. Fabrik ini tidak sesuai untuk dibuat pakaian kerana anyamannya terlalu terbuka (open weave). Fabrik ini sesuai untuk membuat tali pinggang, hiasan dinding, pengantung pasu bunga dan hammock.

1.8   FELTING
Kaedah ini adalah cara membuat fabrik yang paling lama.  Proses ini menggunakan kelembapan, haba dan tekanan yang diguna kepada gentian yang pendik dan membuat ia melekan. Lazimnya gentian bulu biri digunakan kerana ia mempunyai kuasa semula jadi untuk melekan. Fabrik felt tidak berjeumbai dan boleh digunting mengikut berbagai bentuk. Fabrik felt digunakan untuk membuat topi, mainan. Felt mengecut abapila basah dan mudah koyak.

1.9  FUSING
Kaedah pembinaan fabrik ini seakan-akan sama dengan fabrik felt , tetapi ia memerlukan agen pelekat. Fabrik kapas dan rayon digunakan untuk pembinaan  fusing.

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...