SINOPSIS
Kumpulan kami merekabentuk
sebuah papan seterika yang canggih bersesuaian dengan namanya iaitu elite yang
membawa makna canggih. Rekaan
ini amat berguna kepada semua orang untuk mempermudahan kerja-kerja menggosok
pakaian. Papan seterika ini mempunyai pelbagai penambahan yang menarik untuk
kemudahan pengguna masa kini.
REKA BENTUK 1
Reka bentuk
pertama, terdapat ahli kumpulan kami yang membuat cadangan untuk membuat
perubahan pada kaki papan seterika sahaja. Seperti yang sedia ada, papan
seterika tidak boleh dilaraskan kedudukannya menyebabkan pengguna hanya boleh
menggunakannya secara berdiri sahaja. Dengan adanya perubahan yang bakal kami lakukan,
pengguna boleh menggunakan papan seterika ini dengan selesa. Bahagian kaki
papan seterika ini akan di ubah menjadi kaki seterika yang boleh dilaras.
Kakinya boleh dilaras dengan 3 aras kedudukan. Dengan ini, pengguna boleh
menggunakan papan seterika ini secara berdiri dan juga duduk bagi pengguna
mendapatkan kedudukan selesa. Tercetusnya idea ini adalah kerana melihat
masalah yang timbul daripada pengguna-pengguna.
REKA BENTUK 2
Cadangan
reka bentuk yang kedua oleh salah seorang ahli kumpulan adalah papan seterika
yang boleh dilipat-lipat kepada bentuk yang lebih kecil. Papan seterika masa
kini terlalu panjang dan sukar untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja.
dengan adanya cadangan kami ini, papan seterika dapat disimpan dengan lebih
mudah walaupun di tempat yang kecil atau terhad. Ia juga akan memudahkan
pengguna untuk membawanya kemana-mana.
REKA BENTUK 3
Papan seterika pada masa kini memerlukan
pengguna menyangkut baju atau pakaian di tempat lain. Ini akan menyusahkan
pengguna dan memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja mereka. Justeru
itu salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah mencipta penyangkut baju
pada papan seterika bagi menyelesaikan masalah yang ada. Dengan adanya
perubahan yang bakal kami lakukan pada papan seterika, pengguna tidak perlu
lagi menggunakan tenaga yang banyak untuk berulang-alik dari papan seterika ke
tempat menyangkut pakaian. Pengguna boleh menyangkut pakaian pada tempat khas
yang akan kami ubahkan pada papan seterika tersebut. Ini akan memudahkan
pengguna yang sentiasa sibuk.
REKA BENTUK 4
Untuk papan seterika ini
pula, salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah memberikan cadangan
supaya menggunakan kain alas papan seterika yang mempunyai ketahanan haba yang
tinggi dan mampu untuk menahan daripada
berlaku kebakaran. Untuk papan seterika yang digunakan sekarang hanya menggunakan
kain biasa yang tidak tahan pada haba yang tinggi. Ini menyebabkan kebakaran sering terjadi. Dengan
adanya perubahan seperti ini, kita dapat mengurangkan kadar kebakaran.
Setelah dibawa berbincang
sesama ahli kumpulan kami, kami telah menggabungkan kesemua rekabentuk tersebut
untuk menghasilkan papan seterika yang lebih baik. Untuk papan seterika ini
kami menggabungkan dari segi bahagian
kaki papan seterika,iaitu yang membolehkan
pengguna menggunakannya dengan selesa. Bahagian kaki papan seterika ini akan di
ubah menjadi kaki seterika yang boleh dilaras. Kakinya boleh dilaras dengan 3
aras kedudukan. Dengan ini, pengguna boleh menggunakan papan seterika ini
secara berdiri dan juga duduk bagi pengguna mendapatkan kedudukan selesa.
Selain
itu, bahagian menggosok papan seterika ini kami telah menggantikannya dengan
cadangan salah seorang anggota kumpulan kami iaitu papan yang boleh
dilipat-lipat kepada bentuk yang lebih kecil. Papan seterika masa kini terlalu panjang dan sukar
untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan adanya cadangan kami ini,
papan seterika dapat disimpan dengan lebih mudah walaupun di tempat yang kecil
atau terhad. Ia juga akan memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.
Kemudian kami juga telah
menambah fungsi papan seterika ini dengan membuat penambahan dari segi tempat
menyangkut baju atau pakaian yang dapat membantu pengguna menjimatkan tenaga
dan masa.
Alas kain yang biasa
digunakan juga telah di gantikan kepada kain alas yang tahan kepada haba yang tinggi.
Ini dapat mengurangkan kebakaran yang berlaku.
Apabila kami menggabungkan
kesemua cadangan-cadangan oleh anggota kumpulan kami, kami dapat menghasikan
papan seterika yang boleh dilipat dan membentuk sebuah kotak yang dapat
dijadikan juga tempat menyimpan seterika. Ini dapat membantu memudahkan
pengguna untuk membawa kemana-mana seterika dan papan seterika tersebut.
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment