KONSEP-KONSEP
KAJIAN PASARAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah kami
jalankan, kami mendapati hampir semua golongan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai peringkat umur memerlukan iron board untuk menggosok pakaian. Ini
adalah kerana, menggosok pakaian adalah seperti satu kewajipan bagi masyarakat
supaya pakaian yang dipakai nampak kemas. Jadi, untuk menggosok pakaian, maka
iron board amat diperlukan supaya mudah untuk menggosok.
Melalui
kajian kami, di pasaran memang terdapat iron board yang dipasarkan dengan
pelbagai jenama, rupabentuk dan harga. Macam-macam perbezaan antara setiap iron
board yang ada di pasaran untuk menarik minat pembeli. Namun demikian, kami
mendapati bahawa iron board yang ada di pasaran masih mempunyai banyak
kelemahan. Jadi, kami berhasrat untuk memperbaiki kelemahan produk iron board
yang sudah ada di pasaran dengan mengasilkan produk kami yang di beri nama “ELITE IRON BOARD”.
Kami rasa, produk kami ini memang dapat menembusi pasaran tempatan mahupun
antarabanga. Ini kerana, kajian pasaran yang telah kami jalankan mendapati
bahawa pengguna inginkan produk yang mempunyai cirri-ciri kualiti yang terbaik
dari segi rekabentuk, fungsi dan yang penting sekali mengutamakan keselamatan
pengguna.
Dengan
produk “ ELITE IRON BOARD” kami ini, kami dapat ramalkan bahawa
produk ini memang menepati kehendak pasaran.
STRATEGI PASARAN
Pemasaran produk ini akan menggunakan
pelbagai jenis strategi pemasaran yang boleh diperolehi. Sebagai sebuah produk
yang baru di pasaran adalah amat penting bagi mempergiatkan lebih kepada
promosi memperkenalkan barangan kepada pengguna. Strategi pemasaran boleh diertikan sebagai
satu perancangan yang dibuat dengan teliti bagi tujuan mencapai matlamat. Untuk
mencapai matlamat, dalam pemasaran perkara penting adalah “empat P”
(product, Price, Promotian dan place), iaitu pengeluaran, harga, promosi dan
tempat.
a) Keluaran :
Kerana
keluaran baru perlu diperkenalkan dipasaran, diterima pengguna serta menunjukan
peningkatan yang baik. Keluaran mesti mempunyai sifat yang dapat menarik
perhatian pengguna, antara sifat yang baik ialah reka bentuk, ekonomi,
keselamatan, kualiti dan perkhidmatan.
b) Harga :
Boleh
didefinisikan sabagai nilai dalam bentuk wang dipersetujui oleh pembeli dan
penjual. Harga yang ditentukan secara berpatutan akan menyebabkan jualan
bertambah, imej keluaran dan meningkat, kedudukan keluaran dalam pasaran
bertambah baik dan campur tangan kerajaan berkurangan. Mampu dimiliki semua
lapisan masyarakat.
c) Promosi :
Berbagai promosi barangan yang dirancang antaranya
ialah tawaran istimewa, demontrasi, pengiklanan di media elektronik (audio atau
audiovisual) dan media cetak atau secara jualan langsung. Pada peringkat
pemulaan promosi mesin rempah ini akan dijalankan bagi memperkenalkan produk
pada pelanggan supaya pengguna sedar akan kehadiran mesin ini dalam pasaran.
d) Tempat :
Adalah
faktor yang penting untuk menentukan kejayaan perniagaan. Tempat perniagaan
yang dipilih perlu memenuhi ciri-ciri berikut iaitu mempunyai kemudahan
infrastruktur, berhampiran pelanggan dan berhampiran pusat aktiviti perniagaan
lain. Bagi mencapai tujuan ini perancangan yang rapi perlu dilaksanakan untuk
mencapai kejayaan. Seterusnya beberapa langkah telah dibuat iaitu :
a) menetukan objektif
b) memilih pelbagai promosi
c) mencari sasaran pasaran
d) menilai dan mengawal keberkesanan promosi
e) menyediakan belanjaan untuk promosi
KUMPULAN SASARAN
“ELITE IRON BOARD” yang kami reka ini, kami
sasarkan kepada pelbagai peringkat umur masyarakat. Antaranya ialah:
i)
“ELITE IRON BOARD” di reka
kepada golongan remaja, dewasa serta
golongan veteran. Ini kerana
“ELITE IRON BOARD” di reka bentuk dengan fungsi yang
bersesuaian dengan semua peringkat umur
ii)
“ELITE IRON BOARD” ini juga
disasarkan kepada pelajar IPTA dan IPTS yang tinggal di asrama. Ianya dapat
digunakan secara fleksibel dan dapat menjimatkan ruang bilik kediaman pelajar.
iii)
“ELITE IRON BOARD” ini juga adalah disasarkan untuk kegunaan di
tempat-tempat penginapan seperti di hotel-hotel bagi kegunaan pengunjung.
iv)
“ELITE IRON
BOARD” ini disasarkan kepada golongan yang mempunyai citarasa produk
yang tinggi, mementingkan kualiti serta keselamatan.
v)
“ELITE IRON
BOARD” ini juga disasarkan kepada golongan yang mempunyai butik dan
kedai jahitan
vi)
“ELITE IRON
BOARD” ini juga kami cuba
sasarkan kepada industri pembuatan pakaian”
Kumpulan sasaran
kami amat luas dan kami berharap produk kami ini memenuhi keperluan dan
kehendak kumpulan sasaran kami. Ini
penting supaya produk kami mendapat sambutan yang baik di pasaran.
CARTA GANTT
PROSEDUR KERJA MENGHASILKAN PROJEK
Dalam menghasilkan projek ini, beberapa
langkah diambil untuk menghasilkan produk akhir iaitu “ELITE IRON BOARD”.
Bermulanya prosedur kerja ini setelah melihat kekurangan pada sesuatu produk
yang berada di pasaran. Antara langkah kerja yang dilalui adalah:
Langkah 1
Perbincangan antara ahli kumpulan.
Setiap ahli kumpulan hadir pada seisi
perbincangan
Setiap ahli bertukar pendapat dan idea
yang bernas diutarakan
Langkah 2
Setiap ahli dalam kumpulan mencetuskan idea
untuk merekacipta produk
Setiap ahli menghasilkan lakaran produk
Langkah 3
Seisi kritikan setiap lakaran produk (kritikan
dilakukan bersama oleh setiap ahli kumpulan)
Langah 4
Pemilihan satu produk akhir yang hendak
dilaksanakan dibuat berdasarkan komen positif
Langkah 5
Setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea untuk menambahbaikan
produk yang terpilih.
Langkah 6
Aktiviti membuat model bagi “ELITE IRON
BOARD” dilakukan bersama-sama antara setiap ahli
Dalam
menghasilkan projek ini, terdapat prosedur yang ditetapkan dan perlu dipatuhi
oleh semua ahli kumpulan. Antaranya ialah:
Setiap ahli perlu hadir semasa seisi
perbincangan dilakukan
setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea
bersama-sama untuk meningkatkan mutu projek
setiap ahli kumpulan perlu saling
hormat-menghormati dan mendengar pendapat orang lain dengan baik.
Setiap ahli kumpulan perlu menepati masa
semasa aktiviti dijalankan
Kerjasama antara ahli amat dititikberatkan
Kos untuk menghasilkan sebuah model “Elite Iron Box” ialah sebanyak RM
17.40
MANUAL PENGENDALIAN
KESIMPULAN
Dalam perkembangan pesat ekonomi sekarang
menuju negara maju, peralatan yang canggih dan bermutu bagi membantu manusia
membuat kerja dengan lebih efektif adalah perlu. Penciptaan produk“ELITE IRON
BOARD” ini adalah antara perciptaan yang
amat berguna dan penting bagi menggantikan Iron Board yang sedia ada yang tidak
lagi releven dengan keadaan semasa. Bermula daripada cetusan idea hinggalah
kepada terhasilnya produk sebenar menunjukkan bahawa idea sebegini tidak
mustahil untuk dipertengahkan.
“ELITE
IRON BOX” ini jika dilihat mempunyai prospek yang cerah untuk dipertengahkan.
Sudah menjadi trend pada masa kini, keselamatan merupakan antara faktor penting
dalam membuat sesuatu pekerjaan. Dengan terciptanya “ELITE IRON BOARD” ini,
pengguna boleh membawa iron board ke mana-mana dengan mudah kerana ianya direka
dalam bentuk yang ringkas, kecil dan pelbagai fungsi untuk memberikan
kesenangan kepada pengguna untuk menggunakannya. Ini adalah antara faktor
penting yang mungkin menarik minat pengguna terhadap produk ini.
Dalam proses menghasilkan produk pula
penggunaan bahan yang berkualiti dan tahan lasak amat penting dan ini dititik
beratkan semasa menghasilkan produk ini. Kualiti produk ini diletakkan ditempat
yang paling teratas supaya ia dapat menembusi pasaran sama ada dalam atau luar
negara. Produk yang siap akan dinilai
dan dijamin kualiti oleh badan yang ditauliahkan oleh kerajaan seperti SIRIM
bagi memastikan pengguna tidak ragu-ragu dalam membeli mesin ini.
Walaupun
produk “ELITE IRON BOARD” mempunyai keistimewaan yang lebih berbanding dengan
iron board yang biasa, namun harga yang dicadangkan adalah berpatutan dan boleh
dimiliki oleh pelbagai peringkat masyarakat.
Dalam
penghasilan produk yang baru antara masalah yang paling penting adalah mendapat
kepercayaan pengguna. Oleh yang demikian promosi adalah antara faktor yang
penting dalam perkara ini. Ia haruslah dipergiatkan supaya kesedaran pengguna
dipertingkat bahawa produk ini amat baik dan sesuai pada masa kini.
CADANGAN
“ELITE IRON BOARD” yang dihasilkan mungkin
mempunyai beberapa kelemahan disebabkan ia merupakan hasil pertama daripada
idea yang dipertengahkan kepada masyarakat. Sebagai satu reka cipta produk yang
baru, produk ini pastinya memerlukan beberapa pengubahsuaian bagi memantapkan
lagi produk pada masa hadapan. Beberapa cadangan telah dikenalpasti supaya
maklumbalas tentang produk ini dapat diketahui dan segala kebaikan dan
kelemahan dapat dapat diperbetulkan bagi memperbaiki mutu produk.
Antara langkah untuk mendapatkan maklumbalas
daripada pengguna ialah:
1) Mewujudkan pameran bagi produk “ELITE IRON
BOARD” bagi memperkenalkan pada pengguna seterusnya mendapatkan maklumbalas
2) Membina laman web bagi produk “ELITE IRON
BOARD” dan mewujudkan ruangan komen pengguna terhadap produk ini
3) Menyediakan talian online berkaitan produk
“ELITE IRON BOARD”
Antara langkah bagi memastikan produk ini menembusi
pasaran ialah:
1) Pasaran haruslah diperluaskan ke peringkat
yang lebih tinggi, tidak terikat pada pasaran tempatan. Ini boleh dibuat dengan
membuat kajian tentang citarasa,budaya, dan kehendak disesebuah negara
tersebut.
Setelah “ELITE IRON BOARD” ini
kami pertengahkan dan mendapat maklumbalas daripada pengguna, kami bercadang
untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada produk supaya
menjadi produk yang lebih baik. Dengan itu maklumbalas daripada pengguna amat
penting bagi kami.
Apa yang kami harapkan ialah
produk kami ini dapat memberikan kepuasan kepada pengguna pada kadar yang
maksimum. Ini kerana, kepuasan pengguna amat dititikberatkan dalam penghasilan
produk kami.
RUJUKAN
1.
Aini Hayati
Mohamed (2002). “STPM: Pengajian Perniagaan 1”. Petaling Jaya: Pearson Malaysia
Sdn.Bhd
2.
Basic
Invention modul SPE2032. (2006/2007). Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia.
3.
Amirmudin
Udin. (2007). Reka bentuk Industri. Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia.
4.
Abu Bakar Mohd.Sheikh. (1994). Kemahiran Hidup
Bersepadu (Teras & Pilihan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
5.
http://ironaway.com
credit to yusnani
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment