10.1 Petua membeli fabrik
BERI perhatian kepada perkara-perkara
berikut apabila membeli fabrik :
1)
Menyentuh
fabrik adalah penting. Mula-mula biarkan mata anda tertumpu kepada satu fabrik,
kemudian sentuhnya. Walaupun fabrik tersebut kelihatan baik, sekiranya ia tidak
selesa apabila terkena kulit anda, tolaklah.
2)
Hati-hati
dengan sifat-sifatnya. Adakah anda lebih tertarik kepada fabrik lembut dan
gebu, sofistikated? Keadaan musim atau cuaca boleh mempengaruhi pemilihan
fabrik.
3)
Gunakan
bisikan hati kecil anda untuk menentukan kesesuaian fabrik untuk pakaian: Tanya
pada fabrik (perlahan) “Apakah yang awak mahu jadi?” Jawapannya ialah gabungan
informasi yang anda perolehi dan kreativiti anda sendiri.
4)
Belilah
fabrik tambahan yang diperlukan untuk digabungkan bagi membuat sepasang
pakaian. Selalunya fabrik yang dibeli untuk sesuatu pakaian berhabuk kerana
dibiarkan terlalu lama menanti fabrik yang sesuai untuk seluar atau blaus bagi
dipadankan dengan fabrik berkenaan.
5)
Tarik
fabrik dari gulungannya seberapa panjang yang boleh. Anda akan dapati fabrik
berkenaan kelihatan lain jika dibandingkan apabila anda melihat secebis sahaja
fabrik berkenaan. Jika boleh, bawalah fabrik tersebut ke cermin panjang dan
balutkan diri anda dengannya. Sekiranya lampu-lampu kedai berkenaan mengubah
warnanya, beli hanya sedikit sahaja (1/4 meter) dan analisislah di rumah.
6)
Apabila
memadankan dengan fabrik yang dibawa dari rumah, bawalah keseluruhan fabrik itu
ke kedai, bukan secebis sahaja.
7)
Tahan
diri anda daripada membeli fabrik hanya disebabkan ianya cantik. Apa yang
kelihatan menarik pada gulungan tidak selalunya kelihatan cantik apabila
dijadikan pakaian. Jika anda mesti memilikinya, anggaplah ianya sebagai satu
perolehan. Jika anda beli 4 meter fabrik berkenaan, tanpa mengira bidangnya,
anda berkemungkinan mempunyai fabrik secukupnya sekiranya anda membuat
keputusan untuk dibuat pakaian.
8)
Pertimbangan
kemampuan kewangan anda. Sekiranya anda menyukai fabrik mahal, belilah sedikit
sahaja untuk dijadikan sebagai trimin hiasan kepada pakaian anda.
9)
Untuk
menambah pengetahuan mengenai fabrik, lawatilah ke kedai-kedai dengan tujuan
hanya untuk melihat-lihat, dan bukannya untuk membeli.
10.2 Merancang keperluan pakaian keluarga
MEMBELI pakaian memang menyeronokkan
terutama sekali apabila anda mempunyai banyak masa dan wang untuk membeli apa
sahaja yang anda mahu. Tetapi, apa yang akan terjadi sekiranya masa dan wang
mencukupi? Namun membeli-belah pakaian masih lagi menyeronokkan sekiranya anda
meluangkan sedikit masa untuk membuat perancangan. Kenyataan berikut
menerangkan lapan idea (time-tested)
mengenai pemilihan pakaian. Ia juga menyediakan kertas kerja langkah demi
langkah yang boleh anda guna pakai bagi merancang perbelanjaan untuk pakaian
keluarga anda.
1)
Belilah
pakaian stail klasik - Ia lebih tahan lama
Stail yang
ringkas dengan siluet semula jadi serta mudah dipadankan dengan badan,
merupakan stail klasik yang kekal lama. Sut, kemeja dan skirt/ kain potongan A
selama-lamanya merupakan stail klasik. Pakaian-pakaian tailored atau kasual selalunya boleh dipakai lebih lama daripada
pakaian yang mana fesyennya terlalu remeh serta beropol-ropol.
Berikut
diperturunkan beberapa pakaian klasik (stail yang tidak akan ditelan zaman):
Kolar dan lapel sederhana lebar, atau
stail kardigan
Paras jaket labuh sedikit daripada
bahagian punggung yang paling besar bagi bentuk badan wanita tinggi. Bagi
mereka yang pendek adalah singkat sedikit
Lengan padanan
Lengan dengan gelembung yang sederhana
Blaus tidak terlalu ketat atau longgar
Slek atau seluar lurus tanpa kaf
Tepi kelepet slek atau seluar di atas
tumit
Lebar ben pinggang antara 3 sm(1
¼ - 1 ½ inci)
Skirt lurus, potongan A dan kedut
sedikit
Blaus yang boleh dipadankan dengan
blazer.
Pakaian klasik untuk
kanak-kanak remaja termasuk kemeja-t,
seluar jeans biasa, seluar jeans
paras lutut, pakaian-pakaian stail
olahraga atau sukan; selain daripada
beberapa pakaian dari yang telah
disenaraikan untuk wanita.
Sebahagian
pakaian klasik untuk wanita boleh juga disenaraikan
bagi lelaki dewasa dan juga
kanak-kanak lelaki dengan ditambah perkara-
perkara seperti tali leher sederhana
lebar, kemeja belah hadapan
sepenuhnya, kolar kontinental atau
lain-lain kolar kemeja yang dianggap
biasa.
2)
Belilah
yang berkualiti tinggi- pulangan yang baik
Harga tinggi
tidak semestinya menjamin kualiti pakaian yang baik. Namun, pakaian berkualiti
tahan lasak dan tahan lebih lama daripada pakaian kurang berkualiti. Kualiti
yang baik adalah hasil daripada rekaan yang bertepatan, pemilihan fabrik dan
juga jahitan yang halus dan kemas.
Beberapa
perkara apabila mencari pakaian berkualiti :
Label menyatakan kandungan gentian dan
cara menjaga.
Keterangan mengenai kemasan – tidak
mudah kotor, tidak renyuk, tahan gegat, tidak mengecut.
Kolar dan lapel rata serta seimbang.
Kepala lengan rata dan gelembung sekata; tiada kedutan
Basi kelim cukup lebar. (fabrik yang
tidak mudah berjerumbai dan fabrik berkait yang tidak mudah tertarik, bolehlah
menggunakan basi kelim yang lebih kecil dengan tepi-tepinya dikemas dengan
jahit pengemas tepi-overlock-supaya
tahan lasak.)
Kemaskan tepi-tepi fabrik berjerumbai,
misalnya dijahit tepi (overlock)
Kia kukuh, seimbang dan sekata
Kelim yang boleh memberi apabila
fabrik menegang
Trimin hiasan yang tahan lama dan
tiada had cara menjaganya.
Zip rata, tidak berkedut dan kepalanya
boleh dilongsor dengan mudah
Jarak antara butang sama
keseluruhannya dan lubang butang dijahit rapat
Saiz kelepet di baju, kain dan lengan
baju, cukup lebar bagi membolehkan pengubahsuaian
Selesa dan padan dengan cantiknya
3)
Tentukan
satu pelan atau skim warna yang paling menarik
Pilihlah perancangan atau
skim warna. Pilih warna natural yang
terbaik bagi anda, dan gunakan
sebagai warna utama wadrob anda.
Warna-warna natural sesuai sepanjang
masa. Gunakan pada kasut, beg
tangan dan mungkin jaket serta
lain-lain aksesori mahal yang anda selalu
gunakan dengan perkara-perkara lain.
Biru kelasi dan putih merupakan
warna-warna natural sesuai dengan
iklim negara ini.
Pilihlah
warna yang lebih cerah dan terang yang harmoni dan blen,
atau, kontras, untuk dipadankan
dengan warna-warna natural. Untuk
penjimatan, rancang wadrob mengandungi skirt atau kain, slek
dan jaket
menggunakan fabrik yang boleh
digunakan sepanjang tahun, dalam
pelbagai masa dan situasi. Apabila
warna-warna berada dalam keadaan
harmoni, anda boleh mencampur
dan memadankan (mix-and-match)
pakaian bagi menghasilkan lebih
banyak pakaian.
Antara
warna-warna natural ialah putih, perang kekuning-kuningan
(tan), hitam, beige, biru kelasi, coklat dan kelabu.
4) Rancang untuk kepelbagaian
Salah
satu kaedah terbaik untuk mempelbagaikan pakaian anda
agar kelihatan banyak, ialah dengan
mencampur dan memadan (mix-and-
match) pakaian pelbagai cara.
Mulakan
dengan pakaian utama warna natural dalam wadrob
anda.
Tambahkan lain-lain warna, corak dan
fabrik klasik untuk lebih menarik dan
menambahkan kepelbagaian. Warna-warna
klasik yang dipilih adalah
seperti jingga, ungu, merah pekat dan
sebagainya. Corak-corak klasik
adalah seperti dam, genggang, geometri
dan lain-lain. Fabrik klasik
termasuk bulu biri tulen, bulu biri
campuran, kapas, kapas campuran,
polyester, rayon dan akrilik.
Cara
yang menjimatkan untuk menghias pakaian agar kelihatan
Terkini ialah dengan menggunakan
aksesori. Ia bukan sahaja memberi
Kilauan kepada pakaian, tetapi juga
kecantikan yang menawan.
5) Rancang untuk pengubahsuaian
Fleksibiliti
boleh ditakrifkan dalam banyak perkara. Pertama, anda
mungkin seorang yang mempunyai berat
badan yang mudah turun atau
naik. Ben pinggang dengan getah,
lengan raglan, dan fabrik berkait, untuk
membolehkan tegangan dan fleksibiliti
yang anda perlu. Kedua, anda
mungkin terlibat dalam
pelbagai dalam pelbagai aktiviti.
Jika
dalam sehari anda melakukan aktiviti-aktiviti seperti memasak,
memandu, bekerja sambilan di luar rumah, membuat kerja-kerja kebajikan,
dan menghadiri mesyuarat jawatankuasa kebajikan, anda perlu pakaian
fleksibel yang boleh digunakan di mana-mana sahaja. Anda tidak perlu
menukar pakaian. Rancang pakaian anda apabila anda bertukar-tukar
aktiviti.
Anda
boleh memakai apron labuh atau rob besar untuk
mengelakkan pakaian anda terkena percikan minyak, rempah serta apa jua
kotoran ketika anda di dapur.
6)
Wadrob
yang dirancang dengan teliti tidak memerlukan kos yang terlalu
Tinggi
Fikirkan kos tersembunyi apabila anda membeli pakaian,
tidak kira berapa banyak anda berbelanja atau di mana anda membeli-belah.
Membayar secara tunai atau menjelaskan baki akaun kad kredit sebelum hujung
bulan, mengelakkan bayaran faedah. Faedah sebanyak 5 peratus yang dikenakan
mungkin nampaknya tidak banyak. Tetapi 5 peratus yang dikenakan setiap bulan ke
atas baki yang belum dijelaskan akan menjadi faedah 60 peratus setahun.
Membayar secara ansuran sebelum mendapatkan barangan,
mungkin membantu anda menyimpan, tetapi kedailah yang memperoleh manfaat dari
apa jua faedah terhadap wang anda yang telah diperolehinya. Sekiranya anda
gagal membuat bayaran, ia menyimpan wang anda dan juga barangan. Dengan
disiplin diri, anda boleh menyimpan wang anda dalam akaun simpanan, dan
faedahnya milik anda.
Bagi barangan yang kosnya tinggi, ambillah masa untuk
mengira anggaran kos bagi setiap pemakaian. Fikirkan berapa kali anda akan
memakai pakian itu setiap minggu, dan untuk berapa minggu dalam setahun;
kemudian bahagikan kos pakaian untuk mendapat kos setiap pemakaian.
Anda akan terperanjat. Sut mungkin berharga RM900.00
sepasang. Sekiranya ia dipakai sekali dalam seminggu, selama 2 tahun, kos
setiap kali memakainya adalah RM8.66. pakaian ke jamuan mungkin berharga RM450.00.
Sekiranya ia dipakai hanya dua kali dalam setahun, kos setiap pemakaian ialah
RM225.00. Sebaliknya, sehelai seluar jeans berharga RM150.00 dipakai dua kali
dalam seminggu selama tiga tahun. Kos bagi
setiap pemakaian ialah 93 sen.
Ingatlah bahawa anda perlu memikirkan kos menjaga
pakaian dari aspek masa dan kewangan. Pakaian-pakaian yang hanya boleh dicuci
kering sahaja, memerlukan anda mengeluarkan belanja setiap kali dicuci. Mencuci
pakaian di rumah juga tidaklah percuma, tetapi kosnya lebih murah jika
dibandingkan dengan cucian di kedai-kedai dobi.
Untuk mendapat nilai maksimum dari wang yang anda
belanjakan bagi pakaian keluarga anda. Kertas inventori asas dan perancangan
pakaian diformatkan untuk membantu anda dalam hal ini.
Analisis dengan teliti pakaian-pakaian
yang sudah ada
Tentukan keperluan anda
Rangkakan perancangan yang realistik
tetapi fleksibel
7)
Nilaikan
wadrob anda sedia ada
Setahun sekai, keluarkan
kesemua barangan dari dalam almari pakaian dan juga laci anda. Sisihkan kepada
tiga kumpulan.
a)
pakaian
yang masih padan dan kelihatan masih baik
masukkan pakaian ini semula ke dalam
almari pakaian dan laci anda. Anda mungkin boleh ketemu kaedah baru untuk
menggabungkan semasa mencuba.
b)
pakaian
yang masih padan dan masih baik, tetapi perlu dicuci,
diubahsuai atau dibaiki
masukkan semula ke dalam almari
pakaian dan laci anda sesudah anda membaikinya.Sekiranya anda tidak boleh
melakukannya sendiri, upahah orang lain untuk membuatnya
c)
Pakaian
yang tidak boleh digunakan lagi, ketinggalan zaman, atau tidak padan lagi.
Rancang untuk mengadakan jualan lambak
atau dermakan sahaja kepada orag perseorangan atau organisasi
8)
Kemas
kini
Susun pakaian di dalam
almari. Jadual yang ketat serta gaya
hidup yang sibuk, adalah sukar memastikan almari anda dikemas rapi. Ambil masa
beberapa minit setiap bulan untuk mengemas dan menyusun semula pakaian anda di
dalam almari dan laci.
10.3 Cara berjimat membeli pakaian untuk keluarga
1)
Sebelum
membeli pakaian baru, tanyalah pada diri anda sama ada anda benar-benar
memerlukan
2)
Pertimbangkan
untuk berbelanja di gedung-gedung yang menawarkan diskaun
3)
Bolehkah
anda menahan diri daripada membeli pakaian baru sehingga jualan murah akan
datang?
4)
Adakah
ianya fesyen terkini dan boleh jadi ketinggalan zaman daam masa yang singkat?
5)
Apabila
membeli-belah, sediakan satu perancangan yang jelas dan patuhinya.
6)
Ketahuilah
ke mana harus anda tuju untuk mendapatkan tawaran harga terbaik bagi barangan
tertentu
7)
Jangan
membuang terlalu banyak masa di gedung-gedung kerana anda akhirnya nanti akan
membeli barangan yang tak perlu
8)
Amakan
menahan diri daripada terpengaruh dengan jualan murah sekiranya anda tidak
dapat apa yang mahu
9)
Jika
anda tidak memperoleh apa yang anda mahu, pulangkan tanpanya
10) Apabila membeli-belah semasa juaan murah,
belilah lebih pakaian-pakaian asas seperti baju tidur, pakaian dalam, stoking
dan lain
11) Sekiranya anda menggunakan kad kredit,
jelaskan bil-bil anda sebelum tarikh yang ditetapkan
12) cubalah beli pakaian di tempat-tempat yang
tidak ekslusif seperti arked, bazaar, pekan sari, pasar malam, pasar lambak dan
sebagainya
13) Ingatlah bahawa harga yang tinggi tidak
semestinya menjanjikan kualiti yang tinggi juga
14) Cubalah beli di kedai-kedai jimat
15) Beli hanya pakaian yang dijahit dengan baik
dan boleh tahan lama dipakai
16) Kekalkan kepada stail, warna dan fabrik asas
17) Belilah pakaian versetail yang boleh digunakan
untuk pelbagai majlis dan situasi
18) jangan membeli sesuatu pakaian hanya
dengan sebab semua orang ain memakainya
19) Belilah pakaian yang boleh dikordinasi antara
satu sama lain (mix-and-match) supaya anda kelihatan seperti memiliki banyak
pakaian
20) Cuba beli pakaian-pakaian terpakai
yang masih cantik dan baik lagi keadaannya
21) perhatikan iklan-iklan di akhbar untuk
mendapat makumat mengenai jualan gudang, jualan penghabisan stok, jualan
penutup gudang dan lain-lain
22) perhatikan iklan-iklan menerusi pamplet dan
lain-lain, berkaitan dengan tawaran pakaian murah
23) Fikirkanlah untuk membeli atau menyewa sebuah
mesin jahit dan membuat pakaian sendiri
24) Pastikan pakaian-pakaian anda sentiasa bersih
dan dibaiki apabila perlu. Ia tahan lebih lama
25) Perbaiki sendiri pakaian anda
26) Jaga pakaian dengan baik agar tahan lebih lama
27) Ubah suai pakaian dewasa untuk anak-anak anda
28) Simpan pakaian anak-anak anda yang sudah besar
agar boleh diperturunkan kepada anak-anak yang lebih kecil
29) Beli pakaian anak-anak satu atau dua saiz
lebih besar agar tahan lebih lama
30) Didik anak supaya menjaga pakaian mereka
dengan baik
31) Beri perhatian yang lebih apabila
menjaga pakaian-pakaian daripada kulit agar tahan lebih lama
32) Fikirkan kos menjaga dan memelihara
pakaain. Beli pakaian yang boleh dicuci; jimat bayaran untuk cuci kering
33) Elakkan daripada membayar kos cuci kering.
Kebanyakan tanda di pakaian boleh di buang dengan cecair pencuci
34) Tambahkan wang tunai dengan menjual
pakaian-pakaian anak yang anda tidak mahu seperti di pekan sari, pasar malam,
pasar lambak dan sebagainya.
35) Kalau boleh, tukar pakaian dengan
saudara-mara, rakan-rakan dan jiran (khususnya pakaian kanak-kanak).
36) Tukar kepada pakaian lama atau buruk,
yang boleh dicuci, apabila membuat kerja-kerja kotor di rumah.
37) Gunakan kain buruk untuk mengelap,
atau membersihkan kotoran-kotoran yang terlekat di dinding, lantai dan
sebagainya.
38) Jimat dengan menggilap sendiri kasut
anda.
39) Baiki kasut-kasut lama agar boleh
dipakai lebih lama lagi; ganti tapak dan lain-lain
40) Sebelum menyimpan, kasut-kasut
hendaklah, digilap dan disangkut pada penyangkutnya
41) Sekiranya sudah bosan dengan kasut
yang sedia ada, cubalah mewarnakan sendiri dengan warna lain.
42) Sentiasa bawa payung; persediaan
sebelum hujan yang tidak di jangka
43) Cubalah berjimat dengan memesan
pakaian atau barangan melalui mel atau jualan langsung
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment