PENGENALAN
Dalam menghadapi cabaran serta perubahan
masa yang semakin mencabar, kita sering terdedah kepada permasalahan penggunaan
barangan yang semakin ketinggalan dari
segi fungsi, bentuk serta kecekapan penggunaannya. Kini masa memainkan peranan
penting dalam kehidupan, setiap perkara serta kerja yang dilakukan sebolehnya
dapat memberi keselesaan kepada pengguna semasa proses menggunakan sesuatu
produk tersebut. Bagi memudahkan serta mempercepatkan sesuatu aktiviti serta
kerja yang dijalankan pelbagai penemuan serta rekacipta yang baru akan muncul
yang terhasil daripada permasalahan yang timbul.
“ELITE
IRON BOARD” merupakan antara alatan yang terpenting dalam sesebuah rumah. Manakala
aktiviti menggosok pakaian merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi sekumpulan
peringkat umur untuk kelihatan kemas dan cantik pada pandangan semua
manusia. Perciptaan pelbagai jenis Iron
Board di pasaran ini perlu bagi membantu dalam proses menggosok pakaian dalam
keadaan yang memberikan keselesaan kepada pengguna dan mempunyai ciri – ciri
keselamatan yang maksimum . Perciptaan“ELITE IRON BOARD” ini pastinya dapat membantu dalam proses
menggosok pakaian dengan lebih senang dan sistematik kepada pengguna.
Perciptaan barangan sebegini walaupun kelihatan biasa pada pandangan pengguna
namun ia memberi impak yang cukup besar bagi sesiapa yang menggunakannya.
Sebenarnya
penciptaan produk “ELITE IRON BOARD” ini boleh dianggap penting untuk pengguna
masa kini memandangkan semua pengguna perlu menjaga keselamatan semasa menggunakan
sesuatu peralatan elektrik yang perlu ada ciri – ciri keselamatan semasa
menggunakannya. Dahulu, kebanyakan orang ramai yang ingin menggosok pakaian
untuk ke pejabat, sekolah, majlis, dan ke mana – mana sahaja hanya menggunakan
alas kain sahaja untuk mengosok pakaian. Namun kini, dengan penciptaan Iron
Board yang pelbagai jenis di pasaran yang lebih selesa, selamat, dan senang
digunakan pada bila – bila masa sahaja. Perciptaan “ELITE IRON BOARD” ini di
percanggihkan lagi daripada iron board yang sedia ada di pasaran dengan
menambahkan ciri – ciri keselamatan kepada pengguna supaya dapat memberi
kepuasan yang maksimum kepada pengguna. Idea “ELITE IRON BOARD” ini diilhamkan
secara teratur dan sistematik dalam menyelesaikan masalah yang sering timbul dalam
proses menggosok pakaian. “ELITE IRON BOARD” ini di cipta sebagai penyokong
untuk memudahkan pengguna meletakkan seterika semasa proses menggosok pakaian
di lakukan.
LATAR BELAKANG MASALAH
PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DATA
Bagi memastikan objektif penciptaan produk ini tercapai dengan jayanya
serta diterima oleh segenap lapisan pengguna. Kajian yang lebih mendalam serta
terperinci dilakukan. Kami berusaha mencari serta mengumpul maklumat serta data
yang berguna dengan menggunakan pelbagai kaedah serta cara yang sistematik bagi
memastikan penciptaan produk kami berjaya ke pasaran serta mendapat tempat di hati pengguna. Melalui daripada segala
pengumpulan maklumat dan data tentang produk yang akan kami ciptakan ini,
kebanyakannya kami perolehi daripada pelbagai sumber diantaranya ialah melalui
pencarian internet, buku, pemerhatian dan sebagainya. Bagi memastikan produk
yang akan dihasilkan memenuhi permintaan pasaran semasa serta mendapat tempat
di hati pengguna maka beberapa kaedah bagi pengumpulan data telah dijalankan
diantaranya adalah :
- Idea Sebenar
Satu usul kajian telahpun
kumpulan kami jalankan ke atas produk yang sedia ada di pasaran bagi memperoleh
data serta maklumat yang lengkap yag berkaitan untuk diaplikasikan ke atas
produk yang baru yang akan kami ciptakan. Antara perkara yang ditekankan adalah
mengenai maklumat berkenaan dengan rekabentuk produk, penggunaan teknologi yang
diketengahkan bersesuaian dengan produk yang akan direkaciptakan, serta
berkaitan dengan bahan dan juga kekemasan produk juga perlu dititikberatkan
bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi.
- Pemerhatian
Ahli kumpulan kami turut
menjalankan aktiviti pemerhatian secara menyeluruh terhadap segala yang
berkaitan dengan produk yang akan kumpulan kami keluarkan. Oleh itu, pelbagai
kaedah pemerhatian kumpulan kami jalankan diantaranya pemerhatian ke atas
pasaran, pengguna serta pusat-pusat penyelidikan bagi memperolehi maklumat
tentang penggunaan peralatan, teknologi yang digunakan serta proses- proses
yang berkaitan dengan rekabentuk yang telah dijalankan supaya kami dapat
mengaplikasikannya ke atas produk keluaran kami.
- Pencarian Melalui Internet
Bagi memastikan produk
keluaran kumpulan kami lebih kompleks serta memenuhi pelbagai fungsi yang
memenuhi citarasa para pengguna maka pencarian maklumat melalui internet perlu
dilakukan bagi memperlengkapkan lagi maklumat yang telah sedia ada sebagai
tambahan bagi kumpulan kami membuat rujukan tentang produk rekaan kumpulan
kami. Pelbagai laman web telah kumpulan kami terokai berkenaan dengan rekacipta
produk keluaran kumpulan kami nanti.
- Soal Selidik
Maklumat melalui kajian soal
selidik juga penting perlu dijalankan bagi mendapat komen serta maklumat
keluaran produk mendapat tempat di pasaran mahupun di hati pengguna. Melalui
maklumat kajian soal selidik ini akan digunakan bagi mengetahui keperluan para
pengguna mahupun ianya memenuhi kehendak pasaran serta kehendak pengguna.
OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif yang
dikenalpasti dalam penciptaan “ELITE IRON BOARD”ini antaranya ialah:-
i)
Memberi
kepuasan kepada pengguna semasa menggunakan “ELITE IRON BOARD” yang tidak
melenguhkan atau menyakitkan badan semasa proses menggosok pakaian kerana
posisi/kedudukan semasa proses menggosok pakaian lebih memberikan keselesaan
kepada pengguna.
ii)
dapat
menhasilkan produk yang berkualiti dari segi struktur produk, fungsi,warna,rupa
bentuk yang menarik dan kualiti terjamin.
iii)
dapat
mewujudkan produk bukan sahaja kelihatan menarik tatapi ia dapat menjamin mutu
keselamatan kepada si pengguna.
iv)
Menghasilkan
produk ”ELITE IRON BOARD” yang dapat menembusi pasaran global sejajar dengan kehendak pasaran serta
membaiki kelemahan produk Iron Board yang sedia ada di pasaran.
v)
Memberikan
dan menghasilkan suasana kerja yang lebih teratur dan mudah dalam proses
menggosok pakaian.
vi)
Mewujudkan
dan menghasilkan peralatan yang dapat memberikan tahap keselamatan yang lebih
terjamin.
vii)
Memberikan
gambaran yang lebih positif pada masyarakat berkenaan dengan reka bentuk “ELITE
IRON BOARD” yang senang di gunakan.
viii)
Melahirkan
insan yang lebih menghargai teknologi yang baru dengan penggunaan “ELITE IRON
BOARD” yang terkini dan moden.
PENYELESAIAN MASALAH
Penciptaan “ELITE IRON BOARD” ini telah
menyelesaikan banyak masalah yang berbangkit pada sekian lama. Ia sedikit
sebanyak telah memberikan sedikit kemudahan kepada orang ramai dalam proses
menggosok pakaian. Seperti yang kita tahu bahawa kehendak manusia sentiasa
berubah dan mengharapkan Iron Board yang lebih baik lagi yang mana dapat
memberikan kepuasan lebih maksimum kepada mereka.
“ELITE
IRON BOARD” dicipta dengan menambah ciri-ciri keselamatan yang sedia ada pada
Iron Board yang biasa ada di pasaran. Produk ini amat mementingkan keselamatan pengguna. Ini bermakna produk
ini telah mengatasi masalah yang dihadapi oleh iron board yang biasa yang
kurang mementingkan ciri-ciri keselamatan kepada pengguna. Keselamatan
pengguna amat dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi permintaan
pasaran.
Iron Board biasa yang berada di pasaran sekarang masih lagi kurang memberikan
kepuasan dari segi fungsi, rupa bentuk dan struktur. Jadi “ ELITE IRON BOARD” yang
direka ini cuba mengambil kira segala aspek kehendak pengguna masa kini. “ ELITE IRON BOARD” yang
direka ini amat memuaskan hati pengguna dari segi fungsinya yang amat berkesan,
rupa bentuk yang kemas dan menarik serta mempunyai struktur yang baik. Dengan
adanya ciri-ciri di atas maka masalah yang dihadapi oleh iron board biasa di
pasaran dapat diatasi melalui penambahbaikan iron board biasa kepada “ ELITE IRON BOARD” yang
mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki pengguna.
Iron
Board yang berada di pasaran masih banyak kekurangan terutamanya dalam masalah
penyimpanan selepas digunakan. Didapati Iron Board yang berada di pasaran
terlalu besar, sukar disimpan serta sukar untuk dibawa ke mana-mana. Apabila
bentuknya sebegini ia kurang sesuai di simpan pada ruang rumah yang sempit dan
kecil kerana ia dianggap menyemakkan keadaan kerana tidak tersusun rapi. Dengan
terciptanya “ ELITE IRON BOARD” ini pastinya akan menggantikan segala kelemahan
yang ada pada Iron Board yang sedia ada. “ ELITE IRON BOARD” yang akan
diciptakan memudahkan pengguna untuk menyimpan dengan kemas dan rapi serta
fleksibel kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana.
credit to cikgu yusnani
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment