Want to know more, please click

Followers

Pages

Sunday, May 8, 2011

kayu-kayan part 3

3.4.1.1.Pengeringan secara semulajadi
·         Kelemahan proses ini.
Ø  Mengambil masa yang lama.
Ø  Lambat
Ø  Pengeringan yang sukar dikawal.
Ø  Mutu kayu yang dihasilkan tidak seragam.
·         Kaedah pengeringan.
Ø  Kayu yang basah disusun dengan cara teratur dan dilindungi di bawah bumbung.
Ø  Kayu disusun di atas gelegar bagi menjarakkan kayu itu dari muka bumi.
Ø  Kayu tersebut akan dibiarkan menjadi kering sendiri.

·         Masa yang diperlukan untuk menyiapkan proses ini bergantung kepada.
Ø  Jenis kayu
Ø  Kandungan lembapan kayu
Ø  Cara susunan.
Ø  Iklim cuaca semasa pengeringan dilakukan.
3.4.1.1.Pengeringan Tanur/ Relau
·         Kekuatan proses ini adalah:
Ø  Masa yang diperlukan adalah singkat.
Ø  Mengurangkan retak.
Ø  Mengawal kecacatan.
·         Kaedah pengeringannya:
Ø  Satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara diperlukan.
Ø  Kayu-kayu disusun di atas gerabak khas yang boleh bergerak dan di masukkan ke dalam tanur yang boleh di awasi segala kepanasan dan kelembapannya.
Ø  Suhu perlu ditinggikan serta dikawal peredaran udara supaya proses menjadi cepat.
Ø  Pada akhir proses stim diperlukan untuk mengurangkan retak dan mengawal kecacatan kayu.

·         Antara jenis tanur yang selalu digunakan:
Ø  Tanur berbilik.
-          Suhu dan kelembapan di kawal baik-baik untuk menyesuaikan dengan sifat pengeringan kayu     
-          Pada umumnya, satu suhu yang rendah (100 hingga 120 darjah celcius) dan kelembapan yang tinggi di keluarkan pada peringkat awal pengeringan kayu.

Ø  Tanur berperingkat.
-          Kadang-kadang di gelar “gua” kerana bentuknya seperti gua panjang.
-          Kayu di susun di atas gerabak dan masuk ke bahagian hujung dapur yang lembap dan sejuk lalu beransur kering apabila ia bergerak di sepanjang dapur itu sehingga ke bahagian hujung dapur yang kering dan panas.

Ø  Tanur jet stim
Ø  Tanur berkipas luar.
Ø  Tanur berkipas dalam.
 
3.4.1.1.Pengeringan Air
      Ialah di mana kayu balak di masukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar sap (cairan dalam tumbuhan yang membawa nutrient kepada semua bahagian tumbuhan) dikeluarkan oleh air.


3.5.         KECACATAN KAYU
      Kecacatan ialah tiap-tiap kerosakan di dalam atau di luar kayu yang boleh mengurangkan kekuatan kayu, tahan lama dan nilai kegunaannya.Perkara ini biasanya terjadi kerana faktor semulajadi, petir, ribut, api, penyakit, parasit (serangga, kulat, lumut dan lain lagi) kecuaian semasa menebang, menggergaji atau membelah.

3.5.1.      Jenis kecacatan semulajadi:-
·         Dipengaruhi oleh jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami di sepanjang pertumbuhannya.
·         Jenis kecacatan yang sering berlaku ialah
o   Gerigis
-          Kerosakan pada sel-sel serat/gentian berpunca daripada tunas yang tidak tumbuh dan kerosakan kerana serangga ketika hayat pokok.
-          Kerosakan ini boleh di permukaan atau bahagian dalam kayu.

o   Buku
-          Buku pinggir
-          Buku muka
-          Buku jidar
-          Buku rencong
-          Buku arris
o   Parut
o   Berongga (teras rosak)
-          Kerosakan sel-sel pada arah ira/ pengumpulan resin atau dammar.
o   Ira berpintal
o   Rekah hati
-          Kerosakan sel-sel serat/ gentian di tengah pokok.

3.12.2.  Jenis kecacatan kayu yang telah digergaji dan selepas mengalami proses pengeringan:-

a)      Pecah
-          Pada tengah atau hujung
-          Pada masa tumbesaran di serang serangga
-          Masa pengeringan
b)      Retak/rekah
c)      Terpiuh
d)     Keras mengleding
e)      Melengkung/ meleper/ relangan
f)       Wen atau sisian wen
3.12.2.  Jenis kecacatan semasa menebang
a)      Rekah cincin/ gelang
b)      Rekah bintang.
c)      Rekah kipas.
d)     Rekah bulat.

3.12.3.  Kecacatan yang disebabkan oleh lumut:-
a)      Lumut akan menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap dan akan mengakibatkan kayu itu reput.
b)      Jenis kecacatan yang berlaku ialah reput kering, reput basah dan lain lagi.


3.12.4.  Kecacatan yang disebabkan oleh cendawan:-
a)      Dua jenis iaitu cendawan yang mereputkan sel-sel kayu di sekitar jangkitan di hurai dan di serap contoh serpula.
b)      Cendawan yang hanya mewarnakan kayu.
c)      Memerlukan kelembapan sekurang-kurangnya 20%, suhu yang sesuai 0-5 darjah celcius.
d)     Terdapat juga cendawan yang tidak memerlukan kelembapan untuk merosakan kayu.

3.12.5.  Kecacatan yang disebabkan oleh serangga:-
a)      Serangga merosakkan kayu dengan memakan kayu tersebut.
b)      Serangga yang boleh menyebabkan kayu berlubang dan kadangkala terus meruntuhkan bangunan adalah kumbang tanduk, kumbang perabut, penggerek dan anai-anai.

3.12.        Pasaran Kayu

3.13.1.  Papan Lapis
      
              Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang disebut  venier.Lapisan kayu nipis ini dilekapkan secara bersilang-silang melalui proses haba dan tekanan untuk memberi kekuatan pada kayu

Arah susunan yang bertentangan perlu untuk:-
a)      Memberikan kekuatan yang lebih tinggi.
b)      Mengurangkan anjakan antara lapisan.
c)      Tidak mudah pecah.
d)     Tahan ketukan
e)      Boleh lentur
f)       Mudah dikerjakan.

Ianya terdapat dalam dua size
      a)      91cm x 183cm
      b)      122cmx244cm

Terdapat dua jenis papan lapis
      a)      Kalis air
      b)      Tidak kalis air

Ketebalannya diantara 3mm hingga 32mm

a)               Jenis-jenis papan lapis
-          Jenis luaran tahan lembap. Diperbuat dari kayu gred tinggi dengan glu kalis air sesuai untuk kawasan kelembapan 18%.
-          Jenis dalam di mana sesuai untuk lembapan kurang 18%.


-          Jenis tahan lembap yang sesuai untuk pelbagai keadaan cuaca.
-          Jenis tahan didih yang juga sesuai untuk pelbagai keadaan dan cuaca.

b)            Gred papan lapis
-          Gred salut untuk siling dan dinding.
-          Gred dua sisi bagus.

c)            Kegunaan Am papan lapis
-          Pembinaan rumah
-          Membuat perabot
-          Membuat pintu
-          Kegunaan umum seperti kotak, papan kenyataan dan bahan lapik
-          Membuat acuan konkrit.
-          Panel kulit tegasan.
            
d)           Kelebihan  papan lapis
-      Ringan dan mudah digunakan
-      Permukaan lebar dan rata
-      Tidak mudah mengecut dan melending
-      Bahagian hujung dan tepi tidak mudah pecah apabila 
       dipaku       
    
e)            Kelemahan papan lapis
      -      Lapisan kayu nipis mudah lekang apabila tekena air
      -      Tidak sesuai digunakan di luar rumah dan bangun


3.13.2.  Papan Lapis Vinil
·         Lapisan vinil dibuat daripada resin urea atau melamin.
·         Terdapat banyak pilihan warna dan tekstur.
·         Satu kepingan vinil plastik dilekatkan di kepingan papan lapis.
·         Ia tahan lasak, kalis air, tahan panas dan senang di bersihkan.
·         Digunakan untuk kemasan muka meja, perabut, panel dan digunakan untuk acuan (formwork) prategasan yang berkualiti tinggi.

3.13.3.  Papan Serau (soft board)
·         Tebalnya antara 12 hingga 24 mm.
·         Panjangnya pula antara 1800 hingga 3600mm.
·         Ianya bersifat lembut dan menyerap bunyi.
·         Digunakan untuk membina siling, dinding, papan kenyataan dan penebat bunyi.

3.13.4.  Papan Gentian Lembut (partical board)
·         Adalah satu kepingan papan yang dipanggil “lignocellulose” yang dilekatkan dengan resin sintetik ataupun pelekat organik.
·         Boleh diperolehi sebagai papan partikel menegak ataupun papan partikel.

3.13.5.  Papan Gentian Keras (Medium Density Fibre Board (MDF) )
            MDF ialah bahan gentian (komposit) yang diperbuat  daripada serat kayu lembut dan juga bahan kayu terbuang.Bahan ini dihasilkan daripada kayu yang telah dileraikan melalui proses mampatan sehingga menjadi kepinggan papan.Bahan-bahan tersebut dilekatkan bersama-sama dibawah tekanan yang tinggi untuk menghasilkan tekstur yang halus dan rata.
            MDF biasanya dikemas dengan bahan kemasan untuk mendapatkan permukaan yang  berwarna atau bercorak.Bod ini biasanya digunakan dalam industri pembuatan rak dan almari.Bod ini dapat dikemaskan dengan cat dan varnish.Saiz yang biasa ialah 2440mmx1220mm dengan pelbagai ketebalan.

·         Papan MDF terdiri daripada dua jenis iaitu:
o   Papan gentian MDF tanpa kemasan.
o   Papan gentian MDF kemasan muka yang berkualiti tinggi atau cemboard.
·         Pada asalnya Papan Gentian MDF di buat tanpa lapisan kemasan berwarna-warni.
·         Kemasan muka MDF dibuat setelah projek siap dibina.
·         Saiz di pasaran ialah tebalnya 12mm hingga 24mm, lebarnya 0.9 hingga 1.2 m dan panjangnya 1.8 hinnga 3.6 m.
·         Digunakan dalam pembinaan perabot.
·         Ia mudah menyerap air dan menjadi gelembung jika kemasan permukaan yang kurang kualiti.

·         Kelebihan MDF
o   Tahan haba
o   Kemasan boleh dibuat seperti kayu semula jadi
o   Tidak akan retak apabila dipaku pada hujung
o   Tidak mudah bengkok dan tidak melending
o   Permukaan lebar dan rata

·         kelemahan MDF
o   Tidak kalis air
o   Menghasilkan banyak debu apabila digergaji dan digosok dengan kertas las

3.13.6.  Mounting Board
             Bahan ini adalah sejenis  kadbod yang dihasilkan daripada kertas. Bahan ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, ketebalan, dan warna. Mounting board sering digunakan untuk membuat bahan hisan model barangan dan pelapik  dalam bingkai gambaran. Saiz yang biasa didapati ialah 610mmx1220mm dan 610mmx910mm.
     
·         Kelebihan Mounting Board
o       Terdapat dalam pelbagai warna yang menarik
o        Mudah dikerjakan dan dibentuk
o        Ringan
      
·         Kelemahan Mounting Board
o     Tidak kalis air
o     Warna luntur apabila terkena air
o     Tidak ada daya kekuatan yang tinggi

3.13.7.  Jenis Papan Gentian Keras
·         Dihasilkan daripada sebatian gentian kayu diproses, simen dan mineralising agents.
·         Sifatnya tahan api, cuaca yang melampau dan serangan kulat
·         Digunakan untuk:
-          Binaan di ruang dalam bangunan seperti dinding, sekat, siling, lantai dan sebagainya
-          Binaan di luar seperti dinding, ‘soffit’, tumpu kasau, modul dinding, panel dan binaan bumbung.
-          Saiz:
Ø  Tebal (mm) : 6,8,10,12,16,18,20,24
Ø  Tebal 6 hingga 8mm untuk saiz 605 ×1220 dan 1220×1220mm2.
Ø  Tebal 6- 24 mm untuk saiz 2440\1220 dan 3050×1220mm2.

3.13.8.  Kebaikan Papan Gentian (partical board)
a)Nisbah kekuatan berbanding berat yang tinggi.
b)      Sifat memegang kayu dan tanggam yang elok.
c)Permukaan licin, halus dan senang dicat.
d)     Sifat mengubah bunyi yang rendah.
e)Elok dibuat pintu penahan api.

3.13.9.  Papan Serpihan @ Rami (CHIP BOARD)
a)      Diperbuat daripada serpihan kayu atau sisa kayu yang dilekatkan dengan resin sintetik ataupun pelekat organik melalui proses tindakan haba dan tekanan.
b)      Glu yang biasa digunakan ialah glu tiruan jenis urea, phenol@melamin formaldehid.
c)      Ada tiga lapisan kemasan serpihan halus di kedua-dua permukaan dan terasnya adalah serpihan kayu kasar.
d)     Tujuan serpihan yang lebih halus dipermukaan untuk menghasilkan satu permukaan yang lebih licin dan rata.
e)      Digunakan dalam membuat perabot, kotak speaker dan pembinaan dalam rumah.

3.13.10.                      Papan Gypsum
·         Mengandungi satu lapisan lepa gypsum ditengah-tengah.
·         Mukanya dilapik dengan lapisan plastik yang kalis air.
·         Tebal diantara 9mm hingga 20 mm.
·         Saiznya 0.4 hingga 1.2 m lebar dan 0.4 hingga 4m panjang.
·         Digunakan sebagai dinding sekat pejabat (partition).

3.13.11.                      Laminated Timber
·         Kayu bergergaji dicamtumkan yang mengandungi beberapa lapisan kayu yang diglu diantara lapisannya menggunakan glu kalis air.
·         Ianya dibuat di kilang yang membolehkan kawalan mutu dari segi mutu, kelembapan, keseragaman dan saiz yang setara.
·         Bersifat lebih kukuh dan mampu untuk menanggung beban, tekanan dan mampatan yang tinggi.
·         Digunakan untuk membina tiang, alang, gelegar dan struktur bumbung.

Click ads for your tq



2 comments:

  1. lagi baik jika nyatakan mksud jenis kecacatan kayu.. tq

    ReplyDelete
  2. like this content.. very interesting ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...