1. Latar belakang masalah
Pengguna menghendaki suatu telefon yang mengandungi semua spesifikasi dalam sebuah telefon. Kaki permainan video elektronik (gaming) memerlukan sebuah telefon yang mempunyai ciri-ciri seperti PlayStation Portable (PSP) (en.wikipedia.org, 2010). Jika ingin melancong, pengguna terpaksa membawa 2 benda iaitu PSP dan telefon bimbit. Keadaan ini akan menambah beban atau barang yang dibawa oleh mereka. Selalunya golongan belia yang menggunakan PSP dan tentunya mereka tidak membawa banyak barang ketika pergi ke sesuatu tempat dan cukup sekadar benda yang penting sahaja.
Pengguna memerlukan sebuah kamera ketika pergi makan angin. Kebanyakkan telefon bimbit yang berada di pasaran mempunyai kurang daripada 5 Megapixel iaitu jenis lensa (http://www.mobile88.com, 2010). Jika semakin kurang resolusi kamera maka gambar yang dihasilkan kurang bermutu dan kurang jelas. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu memori ketika bercuti. Pengguna terpaksa membawa 2 benda ketika bercuti iaitu digital kamera dan telefon bimbit.
Zaman sekarang, pengguna tidak dapat lari daripada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan seumpamanya. Jika pengguna ingin mengakses laman sosial tersebut, mereka terpaksa mendapatkan komputer riba. Keadaan ini akan menyusahkan pengguna. Kebanyakkan komputer riba mempunyai berat 2.6 kg (www.acer.com.my, 2010). Pengguna tidak akan membawa sentiasa komputer riba kemana-mana hanya sekadar untuk mengakses laman sosial tersebut.
2. Cadangan penyelesaian
Atas dari masalah tersebut maka, syarikat kami TS Mobile telah membuat research and development (R & D) untuk menghasilkan telefon yang pelbagai fungsi (multiple functions). Maka , syarikat kami telah menghasilkan model D7000. Model tersebut dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh para penggemar permainan video elektronik. D7000 Direka berdasarkan fungsi PSP iaitu telefon ini boleh digunakan untuk bermaian permainan video.
D7000 dilengkapi dengan kamera yang berkualiti tinggi iaitu 8 Megapixel. Dengan jenis lensa kamera yang berresolusi tinggi maka, ia dapat mengatasi segala pesaing yang berada dalam pasaran. Ciri-ciri kamera adalah seperti lima kali zoom, mempunyai flash. Pengguna boleh mengambil gambar pada waktu malam tanpa ragu-ragu.
Pengguna boleh mengakses internet pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja kerana model ini telah dilengkapi dengan wifi/wlan (802.11 b/g, DLNA). Dengan adanya ciri tersebut maka, pengguna sentiasa dapat mengemaskini status mereka.
3. Objektif menghasilkan produk
i. Memberi tahap kepuasan yang maksimum kepada penggemar permainan video.
ii. Pengguna perlu membawa satu peranti sahaja yang telah dilengkapi dengan pelbagai ciri.
iii. Dapat mengakses internet tanpa bayaran kerana dilengkapi dengan wifi.
iv. Memberi kepuasan pengguna untuk mengambil gambar resolusi yang tinggi.
v. Disasarkan pada golongan belia.
1. Spesifikasi produk
Umum & Hardware | Hardware/Processor | 800 MHz Processor |
Dimensi (cm) | 13 X 6.5 X 2 | |
Berat (g) | 115 | |
Warna | Chrome sunset | |
Saiz paparan (cm) | 8 X 4.8 | |
Warna paparan | TFT 18 M warna | |
Hiburan | MP3 | Ada |
FM radio | Ada | |
Video Support | MP4, H.264, H.263 TV-out | |
Audio Support | MP3, WMA, WAV, eAAC+ 3.5mm headset jack | |
Mesej | SMS | Ada |
MMS | Ada | |
Email | Ada | |
Penyambungan | 802.11 b/g, DLNA | |
Ada | ||
Perisian | Predictive Text Entry | Handwriting recognition |
Platform / OS | Symbian v9.5 - S60 8th edition | |
Kamera | Jenis lensa | 8 Megapixel |
Digital zoom | 5 X | |
Flash | Ada | |
Video | Ada |
2. Ciri-ciri ergonomik dan antropometrik
6.1 Ergonomik
Dari segi binaan luar, keselesaan pengguna ketika memegang telefon semasa bermain video. Kedua-dua sisi telefon berbentuk lengkungan. Keadaan ini memberikan genggaman yang sempurna kepada pengguna.
Keypad D7000 adalah lebar dan besar – jadi pengguna akan berasa selesa menggunakannya. Tiada masalah apabila pengguna menaip sms dengannya. Boleh dikendalikan secara selesa sama ada menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
Berat yang ideal bagi sesebuah telefon bimbit iaitu 115g. Ia tidak membebankan pengguna untuk membawanya ke mana-mana.
6.2 Antropometrik
Saiz telefon ini 13 X 6.5 X 2 cm dan amat sesuai untuk tapak tangan semasa memegang. Ianya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ukuran tersebut terhasil daripada Jadual 1.
Jadual 1 :Saiz tangan
| Panjang (mm) | Lebar (mm) |
Lelaki | 210 (max) | 100 (max) |
Perempuan | 145 (min) | 60 (min) |
Sumber : Mohamad Kasim, 2002
3. Nilai estetika
i. Warna casing chrome sunset yang dapat menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Warna tersebut jarang diaplikasikan kepada telefon dan EOS 60D adalah perintisnya.
ii. Rupa bentuk fizikal yang berbentuk kapsul. Kebanyakkan telefon bimbit mempunyai rekabentuk empat segi dan bentuk tersebut berlainan denganyang lain.
iii. Jenis bahan casing dari polikarbonat. Ianya tahan dan tidak mudah pecah.
4. Teknologi terkini yang diaplikasikan
i. Skrin sesentuh yang tahan calar. Keadaan ini tidak merisaukan pengguna yang tidak menggunakan sarung telefon.
ii. Mempunyai paparan warna skrin TFT 18 juta warna. Ia memberikan suatu tontonan yang menakjubkan.
iii. Mempunyai sambungan ke televisyen. Pengguna boleh menonton video bersama-sama ahli keluarga.
5. Kekuatan dan kekurangan produk
9.1 Kekuatan
i. Mengaplikasikan permainan video kerana ia direka khas bagi peminat game. Kedudukan butang iaitu empat dibahagian kanan dan kiri menjadikan pengguna mudah untuk mengendalikannya.
ii. Kamera 8 Megapixel. Resolusi yang tinggi dan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna yang ingin menangkap gambar.
iii. Kemudahan wifi. Ia dilengkapi 802.11 b/g, DLNA yang membolehkan pengguna melayari internet dimana-mana sahaja.
iv. Nipis dan ringan iaitu 2cm dan 115g. Senang untuk dibawa kemana-mana.
v. Boleh membuat panggilan video kerana ia dilengkapi VGA kamera pada bahagian depan.
9.2 Kekurangan
i. Skrin yang kurang besar hanya 8 X 4.8cm. tidak memberikan kepuasan yang maksimum kepada pengguna.
ii. Bahagian atas tidak dapat digerakkan secara bersudut hanya boleg digerakkan mendatar sahaja.
iii. Tidak kalis air. Pengguna perlu menjaganya dengan berhati-hati.
Rujukan
Acer, 2010. Product. Diperoleh pada Oktober 23, 2010 dari laman http://www.acer.com.my/acer/product.do?link=oln85e.redirect&changedAlts=&kcond48e.c2att101=-1&CRC=2759084358#wrAjaxHistory=0
No comments:
Post a Comment