Want to know more, please click

Followers

Pages

Wednesday, May 18, 2011

penanaman jagung


PENGENALAN


            Pengurusan dan tanaman jagung bukan saja tertakluk kepada pembalajaran teori sahaja, malahan latihan amali yang dijalankan berupaya memberi pengukuhan kepada kami terhadap apa yang telah dipelajari. Jagung kebanyakannya ditanam untuk kegunaan segar sahaja. Di semananjung malaysia sahaja keluasan penanaman jagung dianggarkan lebih kurang 40,000ha. Jagung merupakan tanaman yang dikenali sebagai “kuat makan dan minum ’’ dimana ianya sensitif kepada perubahan terhadap kandungan zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah. Justeru itu, amalan kultura yang baik diperlukan. Selain kegunaan segar ia juga digunakan dalam bentuk yang telah diproses dalam tin. Jagung juga adalah sejenis tanaman pendebungaan kacuk ( cross-pollination ) melalui udara/angin.


            Jagung ( zea mays) ialah sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga graminae yang merupakan satu spesies tunggal. Spesies ini merangkumi dua jenis yang mempunyai pertaluian rapat iaitu teosinte dan Tripsacum. Ianya merupakan tanaman bijirin yang ketiga pentingnya di dunia. Pokok jagung ialah tumbuhan semusim yang tumbuh, membesar, mengeluarkan bijirin dan akhirnya menjadi tua dan mati. Biasanya jagung mengambil masa 8-12 minggu untuk mengeluarkan hasil bergantung kepada jenisnya. Jagung manis digemari ramai dan dimakan terus daripada tongkolnya, atau digunakan dalam masakan seperti memebuat kuih-muih. Manakala jagung flint atau derit ditanam secara besar-besaran dan diproses menjadi tepung kanji atau bahan makanan ternakan seperti ayam, konsentret bagi kambing dan juga untuk makanan ikan.


ASAL USUL JAGUNG

            Pokok jagung ialah tumbuhan asli benua Amerika dan merupakan bahan makanan bagi orang-orang India semasa Columbus menjumpai Amerika. Jagung masih menjadi tanaman bijirin yang paling penting di Mexico, Amerika Tengah dan banyak negeri di Amerika Selatan. Jagung adalah salah satu tanaman pugar yang tertua. Ia tidak boleh lagi hidup sebagai tanaman liar dan hanya tumbuh jika ditanam.ternyata bahawa tanaman ini telah diusahakan oleh orang-orang India sejak berkurun-kurun lamanya orang putih dating ke benua Amerika. Selama waltu tersebut, orang-orang India memperlihatkan kebolehan yang menakjubkan iaitu menghasilkan variety jenis ‘flint’, jenis tepung, jenis ‘gourdseed dent’, jenis bertih ‘pop’ dan jenis manis. Sumbangan utama orang putih dalam usaha pembaikan jagung kurun ini ialah menghasilkan variety jenis ‘dent’ yang sesuai di bahgian tengah Kawasan Jagung dan di bahagian utara, timur dan selatan Amerika Syarikat. Antara tempat yang dikenal sebagai tempat asal jagung ialah tanah tinggi di Peru, Equador dan Bolivia, manakala wilayah di bahagian selatan Mexico dan Amerika Syarikat.


PENDEBUNGAAN JAGUNG
            Pendebungaan ialah proses apabila debunga berpindah dari tasel ke janggut jagung. Bunga stminat terdapat pada tasel dan bunga pistilat terdapat pada putik. Lebih kurang 95 peratus daripada ovul diputik adalah terdebunga kacuk dan lebih kurang 5 peratus adlah terdebunga sendiri. Kebanyakan debunga yang mendebunga putik jagung biasanya dating dari tangkai yang berdekatan, sungguhpun debunga boleh dibawa angina hingga ke tempat yang lebih jauh.


            Di hujung batang utama pokok jagung terdapat tasel dengan anak spika staminat berbunga dua, tiap-tiap bunga mempunyai tige stamen. Apabila bunga tasel kembang, anter ditolak keluar oleh filament yang memanjang dan biji-biji debunga diluruhkan semuanya. Menurut anggaran, satu tasel jagung dari sebatang pokok normal boleh menghasilkan sehingga 25,000,000 biji debunga atau lebih daripada 25,000 biji debunga untuk tiap-tiap isirong pada satu tongkol, yang mempunyai 800 hingga 1000 isirong. Debunga mula luruh antara satu hingga tiga hari sebelum janggut jagung pada pokok yang sama muncul keluar, dan biasanya berlanjutan selama beberapa hari selepas janggut jagung sedia untuk didebunga. Cuaca yang panas dan kering menggalakkan debunga gugur dengan cepat dan putik terbentuk lambat. Ini sering mengakibatkan putik yang lambat keluar tidak didebunga.


            Putik jagung keluar sebagai cabang yang tumbuh dari buku yang terletak kira-kira dipertengahan batang. Setiap putik mempunyai tangkai yang daripadanya keluar kulit yang menutup isirong jagung, di bahagian hujung putik pula terdapat bunga pistilat. Anak spika kaluar berpasang-pasang, setiap anak spika biasanya menghasilkan satu ovul subur dan satu ovul mandul. Ini menjadikan bilangan baris isirong yang terdapat pada tongkol adalah genap. Ovul kedua yang terdapat pada anak spika mungkin terbentuk pada setengah-setengah variety jagung seperti jagung manis Country Gentleman. Ovul kedua yang tersenyawa menghasilkan isirong yang terlalu rapat dan tak sekata pada tongkol. Janggut jagung yang baru keluar berfungsi sebagai stigma dan juga sebagai stil dan keseluruhan janggut jagung itu mudah menerima debunga baru. Persenyawaan ovul selalunya terjadi dalam masa 12 hingga 28 jam selepas janggut jagung terdebunga. Kemarau yang teruk boleh menyebabkan putik lambat keluar dan debunga cepat gugur,ini menyebabkan pendebungaan tidak berlaku dan menghasilkan tongkol yang tidak berisi atau separuh berisi.
Dalam keadaan yang sesuai debunga boleh mengekalkan kebernasannya selama 12 hingga 18 jam, tetapi ia boleh mati dalam beberapa jam sahaja panas atau kekeringan. Angin yang panas dan kering boleh mencederakan tasel menyebabkan debunga tidak gugur, ataupun boleh mengurangkan kelembapan janggut jagung, menyebabkan biji debunga tidak bercambah. Sekiranya debunga bercambah pun, tiub debunga tidak akan tumbuh. Debunga boleh disimpan dalam keadaan bernas selama satu minggu hingga 10 hari dengan cara memungut tasel sejurus sebelum debunga gugur dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Jagung yang dibiakkan daripada biji benih yang terhasil akibat daripada pendebungaan yang tidak dikawal biasanya disebut jagung terdebunga dedah.

Jenis-jenis jagung



Bil
Nama Biasa
Nama Saintifik
1.
Jagung manis
Zea mays saccharata
2.
Jagung berkanji/flint
Zea mays indurata
3.
Jagung bertih
Zea mays everta
4.
Jagung tepung
Zea mays amylacea

Pemilihan Tanah.


·         Tanah subur yang memepunyai pengudaraan dan resapan air yang baik.
·         Agak terjejas di kawasan tanah trlalu liat atau berpasir.
·         Kurang sesuai dikawasan terlalu curam, tanah cetek, bekas lombong, dan tanah asid sulfat.
·         Kawasan yang mudah bertakung memerlukan batas.
·         Jika ditanam sepanjang tahun memerlukan perancangan dan mengikut musim atau taburan hujan.


Persedian tanah.

Tujuan membaiki pengudaraan tanah, resapan air dan memudahkan pertumbuhan akar.
Kerja tanah yang perlu dilakukan:

·         Membajak piring ( plowing )
              -25 cm dijalankan 2 minggu sebelum menanam sedalam 20 atau untuk               
               memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
·         Membajak putar ( rotovation/harrowing)
              -ianya dijalankan untuk memecahkan tanah dan lain-lain.
·         Menghapus rumpai


Penyediaan batas/tapak.

v  Tanah batas digemburkan dengan cangkul sedalam 15cm.
v  Taburkan baja asas. Gunakan baja organik / NPK 15:15:15
v  Batas dibiarkan beberapa hari untuk baja bertindak sebelum disemai.
v  Sekiranya terdapat pertumbuhan rumput-rumpai, racun rumpai disembur sebelum kerja menyemai dijalankan.


Penjagaan Biji Benih jagung

Biji benih perlu dirawat sebelum di semai. Rawatan biji benih adalah perlu untuk mencegah daripada serangan perosak ( seperti semut) atau penyakit ( serangan kulat).

Sebelum menyemai, biji benih direndamkan selama 1 jam dan ditoskan. Biji benih dirawat seperti :
ü  Biji benih yang ditoskan dimasukan ke dalam botol yang bersih.
ü  Serbuk racun serangga ( ch. Agrocide ) dan racun kulat ( ch. Captan) dimasukan ke dalam botol.
ü  Botol ditutup dan digoncangkan sehingga biji benih diliputi dengan racun.


Menanam.

Antara kaedah-kaedah penanaman jagung  ialah:
1.      Gunakan traktor ( tanam besar-besaran.
2.      Menugal ( kawasan yang kecil )
3.      Tanam dalam alur ( furrow)
4.      Tanam diatas batas

v  Biji benih hendaklah ditanam 2-3 cm ke dalam tanah.
v  Biji benih akan mula bercambah selepas 4-7 hari.
v  Biji benih perlu dirawat dengan racun kulat dan serangga seperti thiram atau captan dengan kadar 190 gm/100kg benih.
v  Jagung manis memerlukan benih lebih kurang 8 kg/ha ( 2 biji selubang)


Jarak tanaman dan keperluan benih.

Þ    Jumlah benih yang diperlukan bergantung kepada jarak tanaman  yang digunakan. Biasanya 75cm  x 50 cm atau 75 cm x 30 cm.
Þ    Kepadatan pokok dianggarkan 53,333 pokok/ha.

Keperluan air.
Þ    Peringkat tumbesaran / awal.
Þ    Masa pembuangan dan pembentukan biji jagung iaitu:
-          2 minggu sebelum pokok berbunga
-          2 minggu selepas pokok berbunga.

Membaja

N:P:K                           = 120:60:40: kg/ha


1.      Baja tunggal                 =     urea,triple  super phosphate ( tsp) dan muriate of potash
                                                   ( mop)
     
2.      baja sebatian                 = NPK blue        


dua kali pembajaan semusim:
ü   tiga kali seminggu selepas mananam di lading ( urea sahaja)
ü  tiga bulan selepas pembajaan pertama


cara menabur: “ side dressing ” atau “ circular”


kawalan rumpai ( selepas menanam)
ü  racun sebelum cambah
ü  racun pra-cambah ( atrin ) = 120g/4 gallon air
ü  merumput


Kambus ( Mounting)


Apabila tanaman mencapai 2 kaki atau 6 cm maka tanah ditambak lagi bagi menutup pangkal akar yang terkeluar untuk mengawal kelembapan, menahan dan mencegah akar dari terkeluar dari permukaan tanah. Biasa di lakukan selepas menabur baja. Ia secara tidak langsung dapat mengawalumpai.

Menuai / Harvesting

ü  jagung manis  = 65-77 hari ( rebus ) dan 90-100 hari ( biji benih)
ü  jagung berkanji  = 90-100 hari ( rebus ) dan 120 hari ( biji benih)
ü  jagung manis mula berbunga = 42-48 hari selepas ditanam
ü  jagung berkanji mula berbunga  = 60-65 hari selepas ditanam


Antara-Antara Masalah Yang Dihadapi Dalam Penanaman Jagung.
1)      Ketahanan terhadap rebah
*      Pokok jagung biasanya dikelaskan sebagai rebah akar,jika ia condong lebih dari 30 darjah dari garis tegak.
*      Sistem akar yang kuat akan membolehkan pokok jagung menhan pukulan angina dan hujan.
*      Sistem akar yang kuat semakin menjadi penting apabila pemberian baja dilakukan dengan jumlah yang banyak, terutamanya nitrogen.
*      Rebah munkin disebabkan oleh :-
·         Sistem akar yang semula jadinya lemah
·         Akar reput
·         Akar dirosakkan oleh serangga
*      Strain baka dalam yang dapat berdiri tegak selalunya memiliki sistem akar yang lebih besar kalau dibandingkan dengan strain yang mudah rebah.
*      Pokok jagung juga biasanya dikelaskan sebagai rebah batang sekiranya batang itu di bawah paras tongkol.
*      Ini boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas matang.
*      Faktor-faktor yang mempengaruhi cara strain itu dapat menahan batang daripada patah ialah:-
·         Ketinggian pokok dan kedudukan tongkol pada batang
·         Kekuatan semula jadi batang
·         Kerintangan terhadap penyakit
·         Kerintangan terhadap kcederaan oleh serangga
·         Ketahanan terhadap kecederaan fros.


Serangan Serangga Perosak Tanaman Jagung

1.      Ulat penggorek batang    - ostrinis salientalis
2.      Ulat tonggkol jagung    - heliothis sp
3.      Ulat ratus/army woorm    -  spodoptera liture f
4.      Ulat kepinding ( stink bug)    - nezera viridula
      5.   Ulat akar jagung

Kerosakan:
*      Di serang pada peringkat kecil iaitu 3 minggu selepas di tanam hingga keperingkat pembesaran tongkol.
*      Biasanya ulat ini akan menebuk .
*      Bagi anak-anak pokok ulat ini akn mengorek ke dalam pucuk akibatnya pucuk akan mati dan reput.
*      Bagi pokok besar, ulat ini akan mengorek ke dalam lubang dan memakan tisu di bahagian ruas.


Ulat Tonggkol Jagung    - Heliothis Sp
*      Ulat-ulat yang baru menetas memakan rerambut tongkol jagung.
*      Apabila rerambut mula kering ulat-ulat yang masuk ke dalam tongkol dan memakan biji-biji jagung.
*      Ulat-ulat ini membesar di dalam tongkol.
*      Tongkol-tongkol muda digemari lperosak. 

Ulat Ratus/Army Woorm    -  Spodoptera Liture F
*      ulat ini menyerang dan memakan daun,pucuk pokok dan kadang-kadang rerambut dan hujung tongkol.

Ulat Kepinding ( Stink Bug)    - Nezera Viridula
*      kepinding menghisap cecair susu biji jagung yang sedang berisi.
 
Click ads for your tq




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Blh thu sbb apa ketiak pohon jagung manis keluar bnyk...yg sblm ni tanam sebatang jgung 1 je ketiak keluar??

    Musykil yg mna kna buang @ biarkn je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...