Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, May 10, 2011

PEMASANGAN DAN KELENGKAPAN


Paku
-       Paku diperbuat daripada keluli lembut.Sesetengah daripadanya disalutkan dengan galvanic untuk mencegah daripada berkarat. Paku tembaga dan loyang digunakan untuk tujuan tertentu misalnya dalam pembinaan bot. Bahagian-bahagian paku ialah:
·         Kepala
·         Badan
·         Kait
·         Poin
-       Paku digunakan untuk mengikat rapat kepingan-kepingan kayu.Saiz paku ditentukan oleh:
·         Bentuk kepala
·         Bentuk muka kekeratan
·         Kegunaannya

-       Jenis-jenis paku:
·         Paku kepala bulat rata
·         Paku payung
·         Paku penel

-       Paku dijual mengikut beratnya.Perkara yang perlu dilakukan ketikamembeli paku ialah perlu menyebut tentang:
·         Jenisnya
·         Panjangnya
·         Garis pusat badannya

Cara memaku:
·         Memaku serong-kekuatan memegangnya lebih
·         Memaku serong-kekuatan memegangnya kurang
Paku Kepala Bulat Rata

-       Ia mempunyai kepala rata yang besar,badan bulat dengan kaitnya dan poin. Paku ini diperbuat daripada keluli lembut dan digunakan untuk mengikat rapat kepingan kayu.
Paku Payung

-       Mempunyai kepala besar berbentuk kubah, badan bulat dengan kait dan poinnya. Diperbuat daripada besi bersalut galvanic Panjangnya berubah-ubah daripada 1” hingga 2½”. Ia digunakan untuk memasang atap bumbung (beralur)
Paku Penel

-       Panjangnya 10 mm hingga 50 mm. Paku panel ini ialah paku yang halus yang diperbuat daripada keluli lembut atau dawai tembaga dalam berbagai diameter. Seperti paku dawai bujur, kepalanya juga berbentuk kon terbalik danapabila dipakukan ke dalam kayu akan meninggalkan permukaan licin. Ia digunakan bagi memasang papan kumai, memaku kayu lapis kepada rangkanya atau bagi kerja-kerja ringan.

Paku Bulan

-       Panjangnya 15mm hingga 50mm seperti mana dalam rajah. Ini ialah paku dawai bulat dan berkepala besar dan rata. Paku ini biasanya disadurkan (di dalam zink lebur) untuk mengelakkan ia daripada berkarat. Ia digunakan bagi memaku atap felt dan memasang papan plaster ke gelegar siling.

Paku Dawai Bujur

-       Paku ini mempunyai panjang sekitar 12mm hingga 150mm. Bahagian bujur paku  ialah untuk mengelakkan kemungkinan kayu yang dipaku itu merekah. Paku ini lebih kuat melekat pada kayu daripada paku dawai bulat. Kepalanya yang kecil boleh dibenamkan ke dalam permukaan kayu dan kemudian dipalam.

Paku Potong

-       Paku potong biasa ditemui ditemui di dalam bengkel yang bersaiz 25 mm hingga 200 mm.  Paku ini diperbuat daripada kepingan keluli lembut dan digunakan bagi kerja-kerja binaan. Paku jenis ini lebih kuat melekat pada kayu daripada paku dawai.
Paku Biasa
-       Paku ini berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku raangka dinding, membuat kotak, dan pembinaan am.

Paku Kotak

-       Paku ini serupa denganpaku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku ini digunakan apabila didapati paku biasa mungkin meretakkan hujung kayu. Amat sesuai untuk membuat kotak dan pembinaan am.
Paku Venir

-       Paku dawai yang halus serupa dengan paku panel. Kadangkala paku ini tanpa kepala. Sesuai untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis.
           
Langkah-langkah keselamatan menggunakan paku

·               Gerudi lubang pandu terlebih dahulu sebelum memaku pada kayu keras atau berdekatan dengan bahagian tepi kayu.
·               Paku diselang-seli supaya kayu tidak merekah.Bengkokkan kepala paku yang tertonjol.
·               Apabila menanggalkan paku yang bengkok,gunakan kayu terbang untuk melindungkan benda kerja.
·               Ketuk paku dengan tepat dan ratakan dengan tukul besi.

Skru
§    Perbuat daripada logam seperti keluli lembut, loyang dan tembaga.Jenis skru ini disalut dengan galvanic atau kron untuk mengelakkannya daripada menjadi berkarat. Skru mencantumkan kayu dengan lebih kukuh dan lebih kemas daripada paku melainkan pada hujung urat kayu dan mempunyai kelebihan tambahan iaitu ia senang dicabut. Skru kayu ini mempunyai beberapa bahagian iaitu:
·               Kepala beralur
·               Badan
·               Teras bebenang dengan poinnya.
§    Perbuat daripada logam seperti keluli lembut, loyang dan tembaga.Jenis skru ini disalut dengan galvanic atau kron untuk mengelakkannya daripada menjadi berkarat. Skru mencantumkan kayu dengan lebih kukuh dan lebih kemas daripada paku melainkan pada hujung urat kayu dan mempunyai kelebihan tambahan iaitu ia senang dicabut. Skru kayu ini mempunyai beberapa bahagian iaitu:
·               Kepala beralur
·               Badan
·               Teras bebenang dengan poinnya.
  Click ads for your tq



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...