MEMBAJAK DAN MEMBUAT BATAS
 Tanah hendaklah dibajak atau dicangkul sedalam 20 cm.
      Tanah hendaklah dibajak atau dicangkul sedalam 20 cm.  Kaedah ini dapat memecahkan tanah, membalikkan dan mendedahkan tanah kepada cahaya matahari. Ini akan memberi kesan kepada organisma serta memudahkan proses penguraian mineral di dalam tanah.
      Kaedah ini dapat memecahkan tanah, membalikkan dan mendedahkan tanah kepada cahaya matahari. Ini akan memberi kesan kepada organisma serta memudahkan proses penguraian mineral di dalam tanah. Selepas itu , tanah yang dibajak atau dipecah-pecahkan dengan  cangkul sehingga halus.
      Selepas itu , tanah yang dibajak atau dipecah-pecahkan dengan  cangkul sehingga halus.  Walaupun tanah  sudah sesuai untuk tanaman , kedua-dua cara tersebut mengakibatkan pendedahan biji  rumpai yang sebelum ini dorman  di dalam tanah.
      Walaupun tanah  sudah sesuai untuk tanaman , kedua-dua cara tersebut mengakibatkan pendedahan biji  rumpai yang sebelum ini dorman  di dalam tanah. Setelah itu barulah batas dibuat dengan ukuran 1.2 meter lebar, 0.3 meter tinggi dan panjang mengikut keadaan kawasan.
      Setelah itu barulah batas dibuat dengan ukuran 1.2 meter lebar, 0.3 meter tinggi dan panjang mengikut keadaan kawasan.  Bagi tanah bukan organic, taburkan dan gaul rata-rata  baja kimia seperti Nutriat Kalium (MOP) di atas batas dengan kadar 250kg/ha.
      Bagi tanah bukan organic, taburkan dan gaul rata-rata  baja kimia seperti Nutriat Kalium (MOP) di atas batas dengan kadar 250kg/ha. Setelah batas siap, ia akan disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan serangga dan perosak daripada memusnahkan biji benih.
      Setelah batas siap, ia akan disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan serangga dan perosak daripada memusnahkan biji benih.Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci  tentang  penyediaan batas ;
 Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya.
      Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya.  Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm -152 cm ( 3-5 kaki ) lebar. Tinggi 23 cm ( 9 inci ) atau lebih dengan lorong anatara batas selebar 61-122 cm ( 2-4 kaki ) .
      Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm -152 cm ( 3-5 kaki ) lebar. Tinggi 23 cm ( 9 inci ) atau lebih dengan lorong anatara batas selebar 61-122 cm ( 2-4 kaki ) . Saliran yang baik merupakan keperluan terpenting bagi pertumbuhan sayur. Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh menggencatkan pertumbuhan akar atau penangkupan air menyebabkan akar terendam dan reput.
      Saliran yang baik merupakan keperluan terpenting bagi pertumbuhan sayur. Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh menggencatkan pertumbuhan akar atau penangkupan air menyebabkan akar terendam dan reput. SISTEM SALIRAN DAN PENGAIRAN
 Perimbangan udara dan air di dalam tanah adalah penting bagi mencapai prngeluaran hasil tanaman yang tinggi.
      Perimbangan udara dan air di dalam tanah adalah penting bagi mencapai prngeluaran hasil tanaman yang tinggi.  Tanah yang sering dibanjiri air sehingga terendam adalah tidak sesuai untuk tanaman kerana kurang oksigen dan sudah dibajak.
      Tanah yang sering dibanjiri air sehingga terendam adalah tidak sesuai untuk tanaman kerana kurang oksigen dan sudah dibajak.  Sebaliknya  jika tanah terlampau kering, pembekalan sumber air seperti mata air ke ladang menjadi kurang atau akan terhenti.
      Sebaliknya  jika tanah terlampau kering, pembekalan sumber air seperti mata air ke ladang menjadi kurang atau akan terhenti.  Akibatnya tanaman akan terencat.
      Akibatnya tanaman akan terencat. Oleh itu, kawalan air mata amat penting kepada tanaman supaya pertimbangan udara dengan air di dalam tanah terjaga.
      Oleh itu, kawalan air mata amat penting kepada tanaman supaya pertimbangan udara dengan air di dalam tanah terjaga. Sistem pengairan yang baik adalah ;
      Sistem pengairan yang baik adalah ;1.      Pengairan cara alur
2.      Lembangan
3.      Pengairan sempadan
4.      Pancutan air  dan sebagainya
CARA PENANAMAN
 Biji benih  digunakan bagi kebanyakan sayur-sayuran. Sifat-sifat biji benih yang elok digunakan ;
      Biji benih  digunakan bagi kebanyakan sayur-sayuran. Sifat-sifat biji benih yang elok digunakan ;a.       Tulin tidak bercampur biji benih lain
b.      Bebas daripada penyakit , serangga dan lain-lain kerosakan 
c.       Segar dan sihat
d.      Daya percambahan yang memuaskan ( tidak kurang daripada 75 % )
NAMA TEMPATAN: Sawi Hijau/Sawi Bunga, Sawi Putih. 
NAMA SAINTIFIK: Brassica sp.
NAMA SAINTIFIK: Brassica sp.
CIRI-CIRI SAWI 
Batang : Kurus kecil atau besar dan compact. Berwarna hijau atau hijau muda.
Daun   : Bentuk hujung daun bulat dan berwarna hijau atau hijau muda.
Bunga : Bunga berwarna kuning
Benih  : Berwarna keperangan, berbentuk bulat dan kecil. Berat 1000 biji lebih kurang 
              2 gram.
JENIS-JENIS SAWI 
| Jenis | Ciri-ciri | 
| Sawi hijau/sawi bunga  Choy Sam | Berdaun tegak, berwarna hijau tua   berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau   petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau.  | 
| Sawi putih Pak Choy | Daun berwarna hijau tua dan urat   daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm. Daun   tebal, batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di   bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun. | 
| Sawi jepun Siow Pak Choi | Saiznya kecil berukuran 12-15 cm.   Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya compact di bahagian pangkal   dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak berapa prominent dan dihujung   daun bulat. | 
| Sawi pahit | Tumbuh cepat dan mempunyai daun   lebat yang melebihi 30 cm. Daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya   pahit dan biasanya diproses untuk jeruk. | 
KANDUNGAN ZAT MAKANAN
(Bagi setiap 100 g yang boleh dimakan) 
| Kandungan | Jumlah | 
| Tenaga | 29.0 Kcal | 
|  Air | 91.1 gm | 
| Protein | 2.2 gm | 
| Karbohidrat | 3.3 gm | 
| Serabut | 0.4 gm | 
| Abu | 1.5 gm | 
| Kalsium | 138.6 mg | 
| Fosforus | 83 mg | 
| Besi | 1.3 mg | 
| Natrium | 12.4 mg | 
| Kalium | 471.5 mg | 
| Beta Karoten | 2957 ug | 
| Vit. - B1 | 0.09 mg | 
| Vit. - B2 | 0.27 mg | 
| Niacin | 0.28 mg | 
| Vit. - C | 89.0 mg | 
Pemilihan Biji Benih
- Gunakan biji benih yang bebas daripada serangan kulat dan tanda-tanda berpenyakit.
- Tiada kecacatan, pecah dan sebagainya.
- Bersih, bernas ( penuh ) dan warna hitam berkilat.
- Kadar biji benih ialah 0.5 kg per 0.4 hektar.
Rawatan 
Gaul biji benih dengan racun kulat dengan kadar 3gram racun kulat bagi 100gram biji benih.
Penyediaan Tanah
Tanah yang sesuai adalah ;
- Tanah Loam
- Tanah liat berpasir
- Kaya dengan bahan organic
- pH tanah di antara 4.5-5.0
 cocoa-peat, tanah dan pasir ialah campuran yang digunakan untuk menanam sawi dengan menggunakan polibeg.
      cocoa-peat, tanah dan pasir ialah campuran yang digunakan untuk menanam sawi dengan menggunakan polibeg. proses mencampur tanah, pasir dan cocoe-peat sebelum dimasukkan ke dalam polibeg.
      proses mencampur tanah, pasir dan cocoe-peat sebelum dimasukkan ke dalam polibeg.MENANAM SEMAIAN DALAM POLIBEG
 Gunakan polibeg berukuran 10cm x 15 cm bergantung pada jangka masa anak benih di tapak semaian.
      Gunakan polibeg berukuran 10cm x 15 cm bergantung pada jangka masa anak benih di tapak semaian.  Disemai 10 biji benih sawi untuk setiap polibeg . Setiap individu diberikan 4 polibeg seorang.
      Disemai 10 biji benih sawi untuk setiap polibeg . Setiap individu diberikan 4 polibeg seorang.  Setelah disemai anak benih yang lemah dicabut dan yang sihat dikekalkan.
      Setelah disemai anak benih yang lemah dicabut dan yang sihat dikekalkan.PENGURUSAN 
 Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.
      Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.  Penyiraman hendaklah dilakukan dua kali sehari ketika musim panas.
      Penyiraman hendaklah dilakukan dua kali sehari ketika musim panas. Cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan alat penyiram.
       Cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan alat penyiram.  Kerja ini sesuai untuk kawasan tanaman yang kecil sahaja.
      Kerja ini sesuai untuk kawasan tanaman yang kecil sahaja. Anak benih yang lemah, tidak sihat dan rosak mesti dibuang supaya anak benih yang sihat sahaja yang tinggal dengan jarak penanaman yang betul.
      Anak benih yang lemah, tidak sihat dan rosak mesti dibuang supaya anak benih yang sihat sahaja yang tinggal dengan jarak penanaman yang betul.  Kaedah ini disebut penjarangan.
      Kaedah ini disebut penjarangan. Kepentingan penjarangan adalah ;
      Kepentingan penjarangan adalah ;- Ia mengurangkan pertandingan cahaya, air, bahan makanan dan ruang. Jika ditanam dibiarkan tumbuh rapat akan berlaku pertandingan dan ini akan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah.
- Anak benih yang lemah, kurang sihat dan rosak dibuang, jika dibiarkan tumbuh, pengeluaran hasil juga berkurangan.
MERUMPUT
Merumput adalah mustahak kerana faktor berikut ;
- Mencegah rumpai daripada bertanding dengan sayuran dari segi cahaya, air , makanan dan ruang. Jika dibiarkan tumbuh hasil akan berkurangan.
- Menghapuskan tempat pembiakan perosak dan penyakit. Merumput hendaklah kerap dilakukan sama ada dicabut dengan tangan atau menggunakan cangkul tajak.
PEMBAJAAN
Bagi  tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut ;
| PUSINGAN | MASA | JENIS BAJA | KADAR/ BATAS | KADAR/HEKTAR 650 BATAS | 
| 1. | SEBELUM MENANAM | BAJA ORGANAN | 6 Kg | 4 tan | 
| 2. | 2 MINGGU | NPK 15 :15    : 15 | 0.4 Kg | 0.25 tan | 
| 3.  | 3 MINGGU | NPK 15: 15:    15 | 0.5 Kg | 0.25 tan | 
PENGURUSAN PEROSAK
Pengawalan perosak dan penyakit adalah penting untuk mendapatkan hasil yang lumayan  dan bermutu .
|  NAMA | BAHAGIAN DISERANG | KAWALAN | 
| Perosak | ||
| Ulat ratus (Prodenia Litura) | Daun | Endosulfan,   Triazofos | 
| Kumbang Kutu (Phyllotreta Sinuata ) | Kumbang   menyerang daun dan ulat  memakan akar   di pangkal anak benih. | Karbaril,   Diazinon atau Triklorofon | 
| Ulat Pangkas ( Agrostis ypsilon) | Ulat memotong   batang di pangkal anak benih dan   memakan daun.  | Triklorfon | 
| Rama-rama Diamond –back (Plutella xylostella) | Ulat   merosakkan daun. | Tamaron Dipel lBasilus   thuringiensis  menggilir   tanaman | 
|  Siput dan Slug | Anak benih dan   daun. | Metaldihida | 
| Penyakit | ||
| Reput lembut (Erwinia carotovora ) | Akar dan   batang lembut berair. Pokok layu, reput dan busuk. | Baiki saliran  Menggilir   tanaman | 
| Akar Tongkol (Plasmodiophora brassicae) | Akar bengkak   dan bertongkol-tongkol | Cabut pokok,   Calomel. | 
| Bintik daun ( Cercospora sp.) | Daun berbintik   perang. | Rawat biji   benih dengan air panas selama 20 minit    pada suhu 50 darjah Celsius sebelum ditanam. | 
| Reput Daun (Corticium solani) | Daun reput   dalam musim hujan . | Cabut dan   buang pokok yang berpenyakit. | 
MEMUNGUT HASIL DAN PEMASARAN
 Pokok sawi mula dipetik setelah 28 hari atau 40 hari disemai atau ditanam.
      Pokok sawi mula dipetik setelah 28 hari atau 40 hari disemai atau ditanam.  Sawi hendaklah dipasarkan secepat yang mungkin kerana ia tidak tahan  lama.
      Sawi hendaklah dipasarkan secepat yang mungkin kerana ia tidak tahan  lama. Petik sawi pada sebelah petang, susunkan baik-baik  di dalam bekas yang jarang supaya udara dapat beredar. Hantar pada sebelah  malam ke tempat jualan.
      Petik sawi pada sebelah petang, susunkan baik-baik  di dalam bekas yang jarang supaya udara dapat beredar. Hantar pada sebelah  malam ke tempat jualan.| MASA KUTIPAN HASIL | 27-30 hari   selepas menyemai. | 
| HASIL (KG/Ha ) | 14000-16000 (   Sawi hijau dan sawi putih ) 12000-14000 (   Sawi Jepun ) 22000-30000(   Sawi pahit )  | 
| CARA MEMUNGUT | Sayur dipungut   dengan memotong pada paras tanah. | 
| MASA MENGUTIP | Pagi dan lewat   petang | 
| PENGENDALIAN HASIL | Pemilihan,   pembungkusan, penggredan dan pembungkusan | 
| PENYIMPANAN | Suhu 1-3   darjah Celsius dengan kelembapan relatif di antara 90-95% 1-1.5 minggu. | 
            Pengendalian selepas tuai.
1.      Jangan biarkan sayuran terdedah kepada matahari kerana ia masih menjalani proses pernafasan dan perpeluhan.
- Sayur –sayuran tidak boleh ditimbunkan terlalu tinggi kerana akan merosakkan timbunan bawahnya.
- Elakkan menimbun dalam lori.Gunakan bakul-bakul.
- Persediaan pasaran. Sayuran hendaklah dibersih dan dibasuh daripada kotoran serta dikelaskan mengikut gred. Adalah lebih baik dibungkus dan diikat.
- Letakkan di dalam suhu rendah
- Sayur-sayuran berlebihan hendaklah diproses atau disimpan untuk mengawal haraga pasaran.
PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN
Dalam usaha untuk menanam sawi, terdapat beberapa permasalahan yang saya hadapi sehingga percubaan sebanyak dua kali juga tidak berhasil, Antara akibatnya adalah ;
- Kurang penyiraman air ke atas polibeg sayuran dan tidak konsisten waktunya.
- Biji benih yang tidak bernas (penuh) kandungannya serta kerosakkan menyebabkan pertumbuhan terbantut.
- Penyediaan tanah yang tidak sekata dari segi nisbah tanah merupakan salah satu puca sayur terbantut.
- Tidak merumpai atau meracun bagi memulihkan tanah dan anak benih.
- Faktor cuaca yang terlalu panas juga merupakan antara mengapa sawi tidak dapat hidup.
Sebagai penyelesaian pelbagai usaha telah dilakukan seperti penanaman semula, penjagaan biji benih dan penyiraman yang konsisten.
Laporan Langkah Kerja Mingguan.
| Minggu | Langkah   Kerja | Catatan | 
| 1 | -Penerangan dari Puan Salina dan En. Fariz   tentang kerja yang akan dilaksanakan di ladang. -Pembahagian kumpulan yang mana   terdiri daripada 12 hingga 13 orang di dalam satu kumpulan. -Proses membersihkan tanah untuk   membuat batas jagung. | |
| 2 | -Membersihkan tapak semaian   dengan membuang rumput-rumput yang terdapat di tapak semaian. -Mengubah polibeg yang sedia ada   di tapak semaian ke tempat yang disediakan. -En. Fariz memberikan 4 keping   polibeg setiap sorang. -Penerangan tentang penggunaan   racun serangga yang dibenarkan untuk tanaman sayuran dan buah. | |
| 3 | -Mendenagar penerangan daripada   Puan Salina   dan En. Fariz tentang cara-cara memasukkan medium (campuran tanah) ke dalam   polibeg. Menggunakan campuran tanah, cocoa-peat dan pasir dalam nisbah 3:2:1. -Membuat kerja di dalam kumpulan   dengan memasukkan campuran tanah tadi ke dalam polibeg. -Setelah selesai, biji benih sawi   hijau putih di tanam di dalam polibeg. Satu polibeg di tanam dengan 10 biji   benih sawi, ini bermakna setiap seorang akan mempunyai 40 pokok sawi jika   kesemuanya tumbuh dengan elok. -Polibeg ini ditempatkan di tapak   semaian yang disediakan mengikut kumpulan masing-masing. | |
| 4 | -Pada minngu ini, iaitu pada 16/12/2004  iaitu hari ketujuh benih sawi ditanam. -Peratus percambahan untuk polibeg   pertama adalah - 70%,polibeg kedua – 100%, polIbeg ketiga – 100% dan polibeg   keempat – 40%. -Jumlah percambahan keempat-empat   polibeg adalah 77.5%. | |
| 5 | -Pada minggu ini,23/12/2004 iaitu hari   keempat belas sawi ditanam. -Pada minggu ini peratus   pertumbuhan sawi hijau putih telah meningkat 100%.  -Ini kerana percambahan anak   benih sawi semakin  bertambah. | |
| 6 | -Pada minngu ini, 30/12/2004, hari ke dua   puluh satu sawi ditanam. -Peratus percambahan yang tumbuh   adalah 100%. | |
| 7 | -Pada  minggu ini, pokok sawi masih seperti miggu lalu -Tiada apa-apa perubahan yang   saya dapati. | |
| 8 | -Apa yang saya dapati pada minggu   ini ialah, pokok sawi yang ditanam masih tidak ada perubahan. -Tambahan pula mungkin   tumbesarannya terbantut kerana tidak mendapat sumber air yang mencukupi. | |
| 9 | -Minggu ini, pokok sawi yang   ditanam mati kesemuanya. Cuaca yang panas dan tidak mendapat sumber air yang   mencukupi merukan faktor utama pokok sawi ini mati. | |
| 10 | - Proses penanaman semula   dilakukan. - Apabila tanah dikeluarkan dari   polibeg, tanah berada dalam keadaan panas. Ini mungkin disebabkan polibeg itu   sendiri yang bewarna hitam dan ianya menyerap haba. -Tujuan pengeluaran tanah dari   polibeg adalah untuk menggembur semula sebelum biji benih baru ditanam. | |
| 11 | -Saya dapati   biji benih yang telah ditanam tidak tumbuh, walaupun sudah melebihi 3 hari. -Ini mungkin   disebabkan anak benih yang kurang elok atau mungkin juga disebabkan oleh   faktor cuaca yang sangat panas dan saya tidak menyiramnya secara konsisten. | |
| 12 | -Kesimpulan   yang boleh dibuat pada minggu ini ialah, biji benih sawi yang ditanam tidak   tumbuh walaupun saya telah membuat penanaman semula. -Antara sebab   utama yang saya dapati adalah kerana faktor cuaca dan kesilapan saya yang   kurang memberikan perhatian dari segi penyiraman. Disamping itu, medium   campuran untuk menanam sawi juga mungkin terdapat kesilapan kerana saya dan   rakan-rakan yang lain membuatnya dalam kuantiti yang banyak sekaligus. | 
KESIMPULAN
            Proses penanaman sayur sawi merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pelbagai manfaat yang dapat saya perolehi dari melakukan aktiviti penanaman ini. Antaranya adalah mengajar saya menjadi seorang yang sabar untuk melihat hasil yang telah ditanam dan saya diuji dengan pokok sawi yang telah tumbuh mati kesemuanya. Ini disebabkan oleh kesalahan saya sendiri yang mana kurang memberi perhatian dari segi penyiraman. 
            Melalui aktiviti penanaman sawi ini, saya dapat mengetahui tentang cara-cara penyediaan medium yang betul untuk menanam sayuran disamping mengetahui tentang kelebihan menggunakan cocoa-peat. Selain itu, dapat mempelajari teknik-teknik penanaman yang betul melalui Puan Salina, Encik Fariz dan Dr. Yahya. Pemerhatian dan penelitian sendiri juga merupakan intipati dalam usaha melaksanakan hasil sayuran. 
            Pengalaman ini amat sukar saya lupakan kerana merupakan kenangan manis sebagai pelajar yang mana dapat mempelajari banyak benda baru dan akhirnya dapat memahami susah payah seorang petani untuk menunggu hasil usaha mereka.
RUJUKAN
1. Ali Hasan Md. Ali, Pengeluaran Tanaman untuk Sekolah Menengah Vokasional 
    (1989),Edusystem Sdn.Bhd.
2. John Milton Poehlman (Prof. Agronomi, University  of Missouri, Columbia), 
    Pembiakan Tanaman Ladang, Jilid 2 (1988), Dewan Bahasa & Pustaka. 
Click ads for your tq
 

No comments:
Post a Comment