Want to know more, please click

Followers

Pages

Wednesday, April 18, 2012

DINAMOMETER

 merupakan item yang paling penting dalam sel ujian dan digunakan untuk mengukur output kuasa enjin.



Prestasi enjin

·         Prestasi enjin bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
i)                    Kelajuan omboh yang digunakan di dalam enjin
ii)                  Jenis bahan pelincir
iii)                Keadaan suhu semasa enjin bekerja
iv)                Isipadu nisbah campuran bahan api dan udara yang masuk ke dalam ruang pembakaran.

·         Nisbah campuran ini penting kerana kekuatan letupan yang berlaku semasa lejang kuasa bergantung padanya.


 
Istilah Kendalian Enjin

Takat Terakhir Atas (TTA) : aras yang paling tinggi sekali yang mana bahagian atas omboh boleh sampai di dalam silinder.

Takat Terakhir Bawah (TTB) : aras yang paling bawah sekali yang mana bahagian atas omboh boleh sampai.

Gerek : Garis pusat silinder sebelah dalam.

Lejang : Jarak pergerakan omboh di antara TTA dan TTB.

Jarak Tayang : Jarak diantara pusat aci engkol dengan pusat cemat engkol.

                        2 jarak tayang = 1 jarak lejang.

Pusingan seminit (PSM / RPM) : Jumlah pusingan aci engkol dalam satu minit.

Kitar : Dereten lejang yang lengkap.

Istilah Kemuatan Enjin


Isipadu Anjakan

Isipadu di dalam silinder dalam cm padu yang di anjak oleh omboh bergerak dari TTA ke TTB.
 
Isipadu Kelegaan

Isipadu silinder apabila omboh berada di TTA / isipadu ruang pembakaran.
 
Jumlah Isipadu

Isipadu silinder apabila omboh berada di TTA / isipadu ruang pembakaran + isipadu kelegaan.
 
Nisbah Mampatan

Jumlah isipadu campuran bahan api yang dimampat oleh omboh dari TTB ke TTA ketika lejang mampatan.

 
Ujian Dinamometer

-          Ujian ini dilakukan untuk mengukur keluaran kuasa enjin.

-          Peralatan Ujian :

a)      Blower           
-          Digerakkan 1 inci dari paras lantai untuk mengelakkan ia bergerak semasa beroperasi.
-          Digunakan untuk menyejukkan enjin kereta dan enjin dinamometer tester.


b)      Mesin Dinamometer


c)      Komputer


d)     Stripe Kabel
-          dipasang secara menyilang pada bahagian hadapan kereta.
-          Untuk mengelakkan kereta bergerak ke kanan dan kekiri semasa pengujian dan boleh tayar kereta rosak.

e)      RPM counter
-          tetapkan start speed 60 km/h
-          tetapkan RPM counter pada nilai 6000 / 6500

f)       Temperature Sensor Detector
-          buka bonet hadapan.
-          Cabut keluar penyukat minayak pelincir dan gantikan dengan temperature sensor detector.

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...