1.1 Definisi
Perkataan teknologi berasal dari
perkataan dasar Latin “texere” yang bermaksud membentuk atau menubuhkan. Teknologi
boleh ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan
proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah
teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan. Dalam bidang ekonomi, teknologi dilihat
sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan
produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan
teknikal kita berubah. Teknologi
melibatkan proses, sistem pengurusan, struktur, faktor manusia dan bukan
manusia apabila menghadapi masalah dan kaedah bagaimana untuk menyelesaikannya (Finn, 1967).
Istilah teknologi berasal dari kata
“textere” (bahasa Latin) yang ertinya “to weave or construct”, menenun atau membangun.
Menurut Saettler (1960) bahawa teknologi tidak selamanya harus menggunakan
mesin sebagaimana yang kita fikirkan selama ini, akan tetapi merujuk pada
setiap kegiatan yang menggunakan ilmu atau pengetahuan tertentu. Bahkan
disebutkan bahwa teknologi itu merupakan usaha untuk menyelesaikan masalah
manusia (Salisbury, 2002). Dalam
kaitannya dengan hal tersebut, Romiszowski (1981) menyebutkan bahawa teknologi
itu berkaitan dengan produk dan proses. Sedangkan Rogers (1986) mempunyai
pandangan bahwa teknologi biasanya berkaitan dengan aspek benda – benda keras
(terdiri dari objek fizik), dan aspek benda – benda lembut (terdiri dari
perkara yang terkandung dalam benda - benda keras). Berdasarkan kepada kefahaman – kefahaman
tersebut secara Salisbury (2002) mengungkapkan bahawa teknologi adalah
penerapan ilmu atau pengetahuan yang di organisasikan secara sistimatik untuk
menyelesaikan tugas-tugas secara praktikal.
Penggunaan istilah teknologi dalam
pendidikan tidak terlepas daripada kajian Finn (1960) pada seminar tentang
peranan teknologi dalam masyarakat, dengan judul penulisannya “Technology and
the Instructional Process”. Melalui penulisan tersebut, beliau mengkaji
hubungan antara teknologi dengan pendidikan.
Teknologi
juga merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Takrifan yang lain ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan
proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget
menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar
masih menunjukkan teknologi. Makna yang lain juga digunakan dalam bidang
ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di
sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah
aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah
manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Antara
lain, definisi teknologi berdasarkan pakar – pakar dalam bidang tersebut ialah:
i.
Teknologi sebagai penyusunan ilmu untuk
mencapai tujuan praktik (Mesthene 1970)
Ø Sebarang
benda atau teknik yang praktikal dianggap sebagai teknologi
ii.
Teknologi sebagai benda yang dibuat
(artifak) atau dilaksanakan (teknik) dan cara membuat artifak atau melaksanakan
teknik (Singer, 1954)
iii.
Teknologi sebagai semua teknik untuk
mencapai sebarang tujuan (Ellul, 1964)
Ø Manusia
menjadi hamba teknologi
iv.
Teknologi sebagai pengawal alam sekitar
(Carpenter, 1974)
Ø Manusia
sebagai tuan kepada alam tabii
v.
Teknologi sebagai kuasa politik
(Spengler,1934)
Ø Disalah
gunakan oleh Hitler untuk menguasai Eropah dengan teknologi ketenteraan yang
hebat
i.
lingkungan had syari’ah (undang-undang),
terlaksana mengikut sistem etika (Islam) yang mengutamakan keadilan &
dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah (pengganti) Allah untuk
mentaskhirkan (mengguna) alam tabii (Wan Ramli Wan Daud, 1991)
Ø Takrif
ini memastikan perkembangan teknologi terkekang dengan perundangan, terlaksana
dengan adil mengikut sistem etika & dipertanggungjawabkan kepada manusia
Ø Pentaskhiran
(penggunaan) alam tabii dibenarkan dengan syarat tidak ada eksploitasi
berlebihan sehingga mencabuli hak orang lain dan alam sekitar
Ø Keimbangan
dan keseimbangan teknologi dengan alam sekitar memastikan kesan sebarang
teknologi terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan ekologi
1.2 Permulaan Teknologi
i.
Teknologi bermula jauh lebih awal
daripadakejuruteraan dan sains sejak pada zaman pra-peradaban lagi
ii.
Manusia awal mencipta teknologi
kehidupan seperti artifak alat mudah iaitu pisau, mata lembing, anak panah,
batu pengisar, baji, dan kapak drpd batu untuk membantu mereka hidupTeknologi
awal penting lain ialah penggunaan api yang terkawal, pembuatan pakaian dan
alat kegunaan harian
iii.
Peradaban agro (6000 bc) bermula dengan revolusi
pertanian di lembah sungai subur yang mempunyai cuaca panas, pembanjiran tahunan
yang mengendap tanah, rumput yang menghasilkan bijiran dan haiwan yang dijinakkan
untuk makanan atau haiwan tunggangan
iv.
Permulaan peradaban di Lembah Tigris
& Eufrates di Iraq, Nil di Mesir, Indus di India, dan Huang Ho di China.
2.0 PENGELUARAN
2.1 Teori Pengeluaran
Pengeluaran merupakan elemen penting
dalam ilmu ekonomi dari segi hubungan kemasukan pendapatan, peningkatan taraf
hidup dan memenuhi keperluan atau kehendak manusia serta memastikan kestabilan
ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh kerana pentingnya aktiviti pengeluaran
dalam ekonomi, ada sesetengah sarjana mendefinisikan ilmu ekonomi sebagai ilmu
undang-undang pengeluaran.
Kepentingan pengeluaran dapat
dilihat dari beberapa sudut. Dari segi ekonomi Islam, pengeluaran dianggap
sebagai asas kepada penggunaan dan penggunaan amat penting untuk memastikan
kesinambungan kehidupan manusia. Bagi memastikan penggunaan keperluan manusia
dapat dicapai sama ada daruriyyat atau hajiyyat maka Islam meletakkan
pengeluaran sebagai asasnya. Allah Taala tidak menjadikan semua sumber alam ini
telah siap untuk memenuhi kehendak manusia, tetapi Allah menjadikannya berhajat
kepada aktiviti pengeluaran agar dapat dimanfaatkan. Islam juga memandang
pengeluaran sebagai satu ibadat dan juga sebagai satu mekanisme untuk
melaksanakan perintah Allah Taala. Ini menunjukkan betapa pentingnya
pengeluaran dalam ekonomi Islam.
Unsur yang paling penting dalam menentukan
teori penawaran ialah hasrat manusia untuk mendapat untung yang maksimum. Oleh
itu firma akan menjalankan segala usahanya untuk mencapai jumlah hasil yang
maksimum dengan kos yang minimum. Objektif memaksimumkan untung ini merupakan
idea ciptaan Adam Smith dalam bukunya The
Wealth of Nations yang diterbitkan dalam tahun 1776. Beliau mengutarakan
pandangan bahawa setiap manusia didorong oleh ”suatu tangan yang tidak
kelihatan” untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang pada zahirnya nampak mulia,
tetapi sebenarnya orang itu melakukannya untuk mendapat untung bagi dirinya
sendiri. Pengusaha kilang kasut, contohnya, bukanlah berniat untuk menyediakan
pakaian kepada orang ramai, tetapi beliau membuat kasut demi mencari keuntungan
untuk dirinya sendiri.
Lihat
petikan di bawah daripada ”The Wealth Of Nations”:
...every individual
necessarily labours to render the annual revenue of the society as great as he
can. He generally, indeed, neither intends to promote the public interest, nor
knows how much he is promoting it. By preferring the support of domestic to
that of foreign industry, he intends only his own security; and by directing
that industry in such a manner as its produce may be of the greatest value, he
intends only his own gain, and he is in this, as in many other cases, led by an
invisible hand to promote an end which was no part of his intention. Nor is it
always the worse for the society that it was no part of it. By pursuing his own
interest he frequently promotes that of the society more effectually than when
he really intends to promote it. I have never known much good done by those who
affected to trade for the public good.
Ramai para ilmuan Ekonomi Islam
mempertikai objektif memaksimumkan untung ini dengan menekankan bahawa ianya
bercanggah dengan Islam. Objektif ini digambarkan sebagai sesuatu yang tidak
bermoral, malah boleh membawa kepada amalan kegiatan haram seperti penindasan,
riba, penipuan dan sebagainya. Pengeluar Islam boleh menjadikan keuntungan yang
berpatutan sebagai objektifnya, tetapi harus juga mengambil kira aktiviti
ekonomi sebagai suatu ibadat yang harus disertai dengan niat yang ikhlas.
Selain dari itu pengeluar Islam juga harus memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan
mematuhi prinsip-prinsip syariah seperti, keadilan, khidmat masyarakat,
keuntungan yang sederhana, dan sebagainya. Dapat dilihat bahawa ruang gerak
pengeluar Islam mempunyai batasan-batasan yang lebih berbanding dengan kawannya
yang konvensional. Adakah kekangan yang banyak ini menjejaskan kemampuan
pengeluar Islam untuk bersaing dengan rakannya yang konvensional?
Dari segi teori, Metwally (1989)
telah memasukkan faktor zakat dalam analisis keluk hasil dan kos dan mendapati
titik keseimbangan pengeluar Islam adalah lebih tinggi berbanding pengeluar
konvensional. Ini bermakna jika pengeluar Islam sememangnya mematuhi kehendak
Islam maka kesejahteraan yang dicapai oleh masyarakat Islam seharusnya lebih
baik daripada masyarakat bukan Islam. Namun begitu kita harus ingat bahawa
kebagusan sesuatu teori harus dilandaskan keatas amalan yang berfaedah. Dan ini
memerlukan kajian empirikal yang khusus dan teliti.
2.2 Definisi Pengeluaran
Ekonomi Barat membataskan kefahaman
tentang pengeluaran hanya pada mewujudkan barangan material (madiyyah). Ada sesetengah
aliran mazhab ekonomi meluaskan konsep pengeluaran sehingga mencakupi aspek
barangan (material) dan perkhidmatan selama mana ia dapat merealisasikan
manfaat kepada manusia. Kemudian pakar ekonomi mula menyebut lafaz pengeluaran
bagi menunjukkan makna yang merangkumi aktiviti berikut :
i.
Kegiatan memindahkan barangan dari satu
tempat yang mana kurang dimanfaatkan di situ ke satu tempat lain yang boleh
dimanfaatkan dengan lebih banyak. Ia dinamakan “manfaat tempat”.
ii.
Kegiatan mengumpul barangan dalam
sumbernya dan memeliharanya daripada musnah. Menggunakannya ketika waktu
kekurangan seperti aktiviti pengumpulan beras. Ini dinamakan “manfaat tempat”.
iii.
Kegiatan yang dijalankan oleh golongan
professional seperti doktor dan jurutera yang menyediakan perkhidmatan yang
diperlukan oleh setiap manusia. Ini dinamakan “manfaat perkhidmatan individu”.
iv.
Sebahagian ahli ekonomi menambah satu
lagi bentuk manfaat lain iaitu “manfaat pemilikan atau pertukaran”. Manfaat ini
disandarkan kepada material di mana ia boleh bertukar tangan seperti saham yang
ditulis padanya kontrak pemilikan.
Mungkin pengeluaran menurut ekonomi
Islam boleh ditakrifkan sebagai mencurahkan kesungguhan (segala usaha) untuk
mengembang sumber kekayaan mengikut asas-asas dan matlamat syariat bertujuan
memastikan kesenangan masyarakat dalam memenuhi keperluan material dan rohani.
Takrif ini menjelaskan hakikat dan
asas pengeluaran iaitu kegiatan menggunakan kekayaan dan menambah serta
mewujudkannya melalui kaedah mengembangkannya atau melaburkannya dalam sebarang
projek pengeluaran. Ia turut menjelaskan bahawa sumber kepada penggunaan dan
pelaburan ini ialah syariat Islam. Justeru, segala kegiatan pengeluaran wajib
berada dalam lingkungan syariat Islam. Takrif ini juga menyebut objektif pengeluaran
iaitu merealisasikan kesenangan kepada individu masyarakat Islam. Ini sekaligus
mengekalkan kewujudan mereka malahan nilai mereka. Kesenangan ini tidak akan
tercapai hanya pada keperluan material sahaja, bahkan perlu kepada keperluan
maknawi (rohani) seperti intelektual (ilmu).
2.3 Objektif Pengeluaran
Pengeluaran dalam Islam bukan
semata-mata untuk mencapai manfaat material sebagaimana dinyatakan dalam sistem
ekonomi lain. Bahkan ekonomi Islam ingin mencapai matlamat manfaat maknawi atau
rohani yang mana akan membawa kepada kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat.
Maka, seorang muslim tidak akan menjalankan aktiviti pengeluaran semata-mata
untuk memenuhi kehendaknya atau kehendak keluarganya sahaja. Ia juga bertujuan
memenuhi kehendak orang lain bahkan untuk semua makhluk Allah. Pengeluaran juga
bertujuan menjadikan seseorang muslim tidak berhajat kepada manusia lain atau
dengan kata lain menjadikan tangannya ialah tangan yang berada di atas. Sabda
Nabi s.a.w. :
اليد العليا خير من
اليد السفلى
Maksudnya
: “Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah”.
Orang Islam akan menjadikan aktiviti
pengeluaran sebagai mekanisme untuk ia menjalankan ketaatan kepada Allah dan
beribadat kepadaNya. Bagaimanakah seseorang yang tidak mempunyai sebarang
mekanisme atau wasilah yang melindungi daripada mati kebuluran atau ketakutan
boleh melaksanakan ibadat kepada Allah Taala. Begitu juga seseorang yang tidak
mempunyai bahan atau alat yang boleh melindunginya daripada kepanasan cahaya
matahari pada musim panas atau daripada kesejukan musim sejuk. Orang yang tidak
mempunyai mekanisme yang memberinya keamanan dan kesihatan kepada tubuh
badannya juga tidak mampu melaksanakan ibadat kepada Allah Taala. Maka,
benarlah bahawa pengeluaran merupakan satu mekanisme untuk mencapai matlamat
asasi iaitu mengimarahkan dunia dan merealisaikan tugas khilafah atas muka
bumi.
Justeru, seorang muslim akan
menjalankan aktiviti pengeluaran untuk mencapai objektif kehidupannya dan
mengukuhkan masyarakat Islam. Ia juga bertujuan membangunkan konsep khilafah,
taraf kebaikan (khairiyyah) yang diberikan oleh Allah dan juga taraf saksi
kepada umat-umat lain di bumi ini. Firman Allah Taala (Ali Imran : 110) :
Maksudnya : “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara
yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”
Maka pengeluaran dalam Islam tidak
bermatlamatkan penguasaan ke atas sistem pasaran, atau matlamat penyorokan
barang atau mengutamakan kebendaan duniawi seperti sistem kapitalisme. Matlamat
utama pengeluaran dalam Islam ialah untuk mencapai kebaikan, kesenangan dan
manfaat umum kepada seluruh masyarakat. Ini adalah kerana menjujung perintah
Allah Taala dalam al-Qur’an (al-Qasas : 77) :
Maksudnuya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang
telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba- hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah
Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Ia bertujuan untuk mencari keredhaan
Allah kerana keredhaanNya adalah merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh
setiap muslim dalam segala aktiviti ekonomi yang dilakukan. Firman Allah Taala
(al-An’am : 162-163) :
Maksudnya : “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan
ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang
demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara
seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”.
2.4 Faktor Pengeluaran
Dalam bidang agihan pendapatan
Ekonomi Islam menggariskan adanya pulangan kepada faktor pengeluaran dan juga
ada habuan untuk bukan faktor. Ekonomi Islam hanya mengiktiraf tiga faktor
pengeluaran iaitu, Manusia, Tanah dan Pengusaha. Ini berbeza daripada Ekonomi
konvensional yang menyatakan ada empat faktor pengeluaran, iaitu Buruh, Tanah,
Modal dan Pengusaha (ada juga penulis yang menjadikan Teknologi sebagai faktor
pengeluaran kelima). Walaupun terdapat tiga faktor yang bersamaan, namun
terdapat perbezaan yang ketara mengenai pendekatan Ekonomi Konvensional dan
Ekonomi Islam terhadap faktor-faktor ini.
Tanah merangkumi segala kekayaan dan
khazanah yang terdapat di bumi laut dan udara. Ini adalah anugerah Tuhan kepada
manusia. Ekonomi konvensional hanya menyebut manusia harus mengambil kekayaan
bumi ini dan menggunakannya atau memprosesnya untuk menjadikan barang penggunaan
selagi mana ada permintaan untuknya. Islam juga menggalakkan manusia menikmati
kekayaan ini, tetapi ada batasan dan syaratnya, seperti tidak merosakkan alam,
tidak mengeluarkan barang haram, dan sebagainya. Mengenai faktor Tanah,
nampaknya tiada perbezaan yang ketara di antara ekonomi konvensional dan
ekonomi Islam.
Bagi faktor Modal dan Pengusaha,
terdapat perbezaan yang penting di antara pendekatan ekonomi konvensional dan
ekonomi Islam yang mempunyai implikasi yang besar. Mengenai Modal, Islam tidak mengiktiraf
modal pinjaman sebagai faktor pengeluaran tetapi hanya mengiktiraf modal
ekuiti, manakala ekonomi Islam mengiktiraf hutang dan ekuiti sebagai sumber
modal yang penting. Malah terdapat teori gelagat firma yang agak mantap
mengenai campuran modal, iaitu adanya campuran yang optimum di antara hutang
dan ekuiti. Disebabkan ilmuan ekonomi Islam kini sudah sependapat bahawa faedah
keatas pinjaman adalah riba, maka perbincangan mengenai campuran modal dalam
perniagaan Islam tidak releven kerana kesemua pembiayaan firma adalah melalui
ekuiti. Adakah ini meletakkan firma Islam dalam keadaan kurang berdaya saing
kerana pada teorinya, kos modal ekuiti adalah lebih tinggi daripada kos
hutang.
Seperkara yang perlu diberi
perhatian oleh ilmuan ekonomi Islam ialah amalan menyamatarafkan Modal Ekuiti
dan Pengusaha (tanpa modal) dalam tuntutan ke atas keuntungan firma. Prinsip
inilah yang mendasari amalan mudarabah oleh perbankan Islam di mana bank akan
menyediakan wang modal dan Pengusaha akan menyumbangkan usaha dan kemahiran
pengurusanya. Kedua-dua pihak akan berkongsi keuntungan yang terhasil, manakala
kerugian sepenuhnya ditanggung oleh bank. Ini berbeza daripada ekonomi
konvensional yang mengiktiraf penyumbang modal ekuiti sebagai pemilik firma manakala
Pengusaha tanpa modal sebagai pekerja.
No comments:
Post a Comment