Want to know more, please click

Followers

Pages

Saturday, September 8, 2012

PERSEKITARAN NEUTRAL / BERKECUALI DALAM PERNIAGAAN


1.                  KEWANGAN

            Kewangan adalah satu bidang kajian berkaitan dengan wang. Kewangan melibatkan aktiviti-aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan dan setiap entiti yang terbabit dengan wang.

            Kewangan merangkumi proses, institusi, pasaran, instrument, yang terlibat dalam pemindahan dana atau kumpulan wang antara individu, perniagaan, kerajaan, dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penggunaan wang.

            Fungsi kewangan dalam sesebuah perniagaan termasuk membuat ramalan keperluan dana, mendapatkan dana untuk syarikat, menguruskan dana tersebut dan menentukan dana digunakan dengan cara terbaik.

            Begitu juga dengan Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. Kami telah menggunakan kemudahan yang ada serta mudah dalam pengurusannya bagi menampung modal awal untuk menubuhkan syarikat ini. Kemudakan yang utama yang kami gunakan ialah melalui pinjaman bank yang dianggarkan hampir RM 3,000,000. Selain itu kami menggunakan simpanan yang sedia ada untuk menampung modal.

2.                  KERAJAAN / POLITIK DAN PERUNDANGAN.

Persekitaran politik dan perundangan mengandungi undang-undang dan peraturan yang kebanyakannya menyekat aktiviti perniagaan. Undang-undang, agensi kerajaan dan kumpulan pendesak merupakan factor-faktor persekitaran  yang mempengaruhi system pernagaan.

Begitu juga dengan Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. undang-undang dan peraturan sedikit sebanyak mempengaruhi operasi perniagaan kami. Dengan adanya undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan yang bertujuan melindungi masyarakat dan alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan melindungi pengguna dari dikelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

Antara penguatkuasaan oleh pihak kerajaan yang mempengaruhi operasi syarikat kami ialah penetapan harga terhadap barangan terkawal, peraturan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja.

Ringkasnya adalah penting bagi syarikat kami untuk memahami undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan supaya tindakan yang diambil tidak merugikan syarikat serta pengguna.
 
3.                  MEDIA.

Media adalah salah satu medium yang boleh digunakan dalam proses memasarkan barangan. Terdapat dua jenis media yang digunakan pada masa sekarang iaitu media elektronik dan media cetak. Media elektronik adalah seperti television, radio, dan internet, manakala media cetak seperti surat khabar, majalah, buku dan sebagainya.

Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. tidak terkecuali daripada menggunakan media tersebut dalam proses memasarkan produk kami. Kami dapati tiada masalah yang timbul dan semua pengurus media yang kami gunakan seperti surat khabar, radio dan lain-lain bersetuju dengan permohonan kami untuk memasarkan produk yang baru.

 Selain itu, kami juga menitikberatkan persekitaran yang dibentuk untuk perhatian pengguna yang juga dianggap sebagai saluran komunikasi. Pejabat peguam, akauntan, arkitek, dan bank mempunyai persekitaran yang dicipta untuk memberi satu suasana yang boleh meyakinkan pengguna tentang barangan yang dijual oleh kami kepada pihak-pihak tersebut.

MASALAH YANG MUNGKIN TIMBUL DAN CARA MENGATASI
Masalah
·         Kedudukan ekonomi negara yang tidak menentu.

Persediaan mengatasi
·         Menguruskan kewangan dengan bijak :
        i.            Membuat perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan untuk beroperasi dan peluang pelaburan yang ada.
Dalam penubuhan Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. kami telah membuat ramalan kewangan jangka pendek dan jangka panjang dari segi amaun dan tempoh penbiayaan yang diperlukan dan waktu pembiayaan dikehendaki.
Ini penting untuk mengelakkan berlakunya masalah besar jika berlaku sebarang gangguan terutamanya berkaitan kestabilan ekonomi Negara.

      ii.            Menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik.
Oleh kerana terdapat pelbagai sumber pembiayaan, maka syarikat ini telah membuat analisis mendalam dalam memilih sumber terbaik berdasarkan kos pembiayaan serta kesesuaian mengikut waktu dan tempoh pembiayaan yang diperlukan.
Bagi syarikat kami, sumber kewangan utama ialah bank dan juga simpanan yang sedia ada. Kami juga membuat pembahagikan modal mengikut keperluan perniagaan kami supaya tidak berlaku masalah yang besar jika berlaku kemelesetan ekonomi.

    iii.            Menggunakan dana dengan berkesan.
Wang terkumpul melalui sumber yang terpilih mestilah digunakan ke atas pelaburan yang akan menghasilkan peluang yang baik. Bagi Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. terdapat dua jenis pelaburan yang diutamakan iaitu :
-     Pelaburan modal kerja iaitu dana yang diperuntukkan bagi menampung operasi harian syarikat seperti pembelian bahan, gaji pekerja dan sewa.
-     Pelaburan modal tertumpu kepada pemilikan aset-aset tetap seperti mesin, perabot, loji, dan kilang.

    iv.            Menganalisis dan menggunakan penyata kewangan untuk menilai pelaburan yang telah dibuat dan mengukur prestasi syarikat secara keseluruhan.
- Analisis ini untuk mengawal selia perjalanan syarikat supaya tidak lari atau menyeleweng daripada matlamat syarikat.
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...