Want to know more, please click

Followers

Pages

Monday, September 10, 2012

Bab III Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) p1


3.1       Penggunaan sistem litar tertutup(CCTV)

3.1.1        Pengenalan

Penggunaan sistem kamera litar tertutup di kawasan awam seperti tempat letak kereta, kawasan perumahan dan pusat bandar dapat memberi pengawasan yang lebih selamat dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah.


3.1.2        Bagaimana sistem kamera litar tertutup digunakan

  1. Mengawal kawasan awam
    • dapat mengenalpasti insiden dan menghubungkan dengan tindakan pihak berkuasa seperti polis ataupun pengawal. CCTV

  1. Merakam kejadian
·         boleh dijadikan bukti dan memberi maklumat penyiasatan. Sebagai contoh, pengawal yang bertugas dapat menjalankan tugasnya dengan lebih efisyen sekiranya dihubungkan dengan CCTV menggunakan operator pengawal yang menjaga sistem keseluruhan kawalan CCTV.

  1. Pengawasan terus
·         Dapat mengenalpasti suspek berdasarkan sistem kamera 24jam.

  1. Pencegahan kegiatan jenayah
·         sesuatu kawasan tersebut dapat dihubungkan terus dengan sistem kamera litar tertutup.

3.2       Jenis-jenis sistem kamera litar tertutup

3.2.1        Monochrome Cameras

3.2.1.1 Jenis LTC 0330/xI Series

LTC 0330 series adalah padat dan mempunyai imej berformat 1/3 inci monochrome CCD kamera. Mempunyai daya kesensitifan yang tinggi serta mempunyai kefungsian yang tinggi yang sesuai dalam keadaan persekitaran. Menggunakan voltan ac/dc yang rendah. Kamera ini telah disetkan dengan kontarst gambar secara automatic. Kamera ini sesuai digunakan di kawasan yang terang seperti laluan pintu, stor barang, tingkap dan mesin ATM (automatic teller machines).

3.2.1.2  Jenis LTC 0350/xI Series

Spesifikasi
  • Format paparan 1/3 inci
  • Kepekaan tinggi
  • Resolusi tinggi
  • Kawalan video dan cakera digital
  • Kekunci dengan kawalan luaran
  • Model untuk punca tenaga AC/DC bervoltan rendah

3.2.1.3 Jenis-jenis lain:
1.                              LTC 0351/xI Series
2.                              LTC 0352/xI Series


3.2.2    Digital Monochrome Cameras

3.2.2.1  LTC 0500 Series

LTC 0500 series merupakan digital CCD Monochrome Kamera yang berkuasa tinggi. Rekabentuknya direka khas untuk keadaan yang mempunyai cahaya yang kurang. Daya sensitivity dan kedinamikannya yang tinggi membolehkan ia digunakan dalam pelbagai keadaan dan kadar pemasangannya yang tidak rumit. Satu punat informasi terdapat pada paparan monitor dengan tujuan kawalan apabila diperlukan. Pemasangannya agak rumit kerana kamera disambungkan dengan computer dan dihubungkan dengan system kawalan jauh. Kawalannya disimpan dalam kamera melalui system memori non-volatile. Sehingga tiga konfigurasi boleh disimpan dan boleh dilihat semula oleh operator dengan menggunakan kefungsian suis automatic. System ini boleh dikawal dari bilik kawalan. Untuk membolehkan system kamera ini berfungsi pada kadar optima, system kamera ini dilengkapkan dengan ciri-ciri khas seperti paparan yang ditayangkan pada kamera selaras dinamik dengan hubungan objek yang diambil. Monitor kamera ini adalah tajam. Jika imejnya kabur, kamera akan memfokuskan objek secara automatic. Kontrast gambar akan dikawal secara automatic jika kamera tersebut dihalang oleh asap ataupun debu.

            Kamera ini boleh diprogramkan dengan tiga jenis kawalan berlainan (berdasarkan perisian yang dibekalkan). Sebagai contoh perisian RS232 input pada kamera. Perisian ini diprogramkan dari kamera terus kepada computer dan dikawal melalui alat kawalan jauh.

3.2.3    Kamera CCD, Berwarna.

3.2.3.1  Kamera berwarna digital LTC 0430/xI Series

LTC 0430 series adalah kompak dan berimej 1/3 inci imej format digital berwarna CCD kamera. Mempunyai daya sensitivity yang tinggi serta daya kuasa tinggi dalam pelbagai keadaan persekitaran. Didatangkan dengan dua versi iaitu PAL dan NTSC yang ada untuk kawalan voltan masukan ac/dc. Paparan yang bagus dihasilkan dan dibantu dengan kawalan  “white balance” dan “back-light”. Dengan kefungsian khas ini, imej yang dihasilkan seperti dalam keadaan sebenar, sama ada aplikasi dalam bangunan ataupun luar bangunan. Berdasarkan kualiti warna yang dihasilkan, ia sesuai dipilih untuk tujuan professional, komersial dan perindustrian dalam  sistem kawalan litar tertutup.
 
3.2.3.1  Jenis-jenis kamera

  • LTC 0450/xI Series
  • LTC 0600 Series
Click ads for your tq or like.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Apa ciri ciri kamera litar tertutup?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...