TAJUK PROJEK : NATA
DE COCO BERMADU
NAMA SYARIKAT : WONDER
FOOD SDN BHD
LOKASI : SG LANCANG, BAGAN DATO, PERAK
1.
Pengenalan Perniagaan
Syarikat yang ditubuhkan ialah WONDER
FOOD SDN BHD.
Nama WONDER FOOD dipilih kerana produk nata de coco bermadu
merupakan sesuatu yang baru dan masih terdapat sebahagian masyarakat yang belum
pernah mengetahui tentang nata de coco bermadu. Terdapat banyak produk nata di
pasaran semasa tetapi mengikut penyelidikan dan kajian syarikat kami belum ada
yang mengeluarkan produk seperti yang kami keluarkan. Produk utama syarikat ini
ialah perniagaan memproses kelapa untuk menghasilkan Nata. Nata merupakan makanan sampingan yang diminati
oleh orang ramai. Syarikat mengambil
inisiatif dengan mempelbagaikan bentuk keluaran syarikat iaitu dengan
menghasilkan pelbagai perisa dan warna. Pemprosesan nata adalah satu proses
yang agak mudah dan boleh dijalankan secara kecil-kecilan tanpa memerlukan
pelaburan yang sangat tinggi. Pelaburannya hanya memerlukan mesin dan peralatan
yang boleh diperolehi atau ditempah dari pembekal tempatan.
Pokok kelapa sangat berguna kepada manusia kerana
hampir kesemua bahagian pokok boleh digunakan.
Keutamaannya adalah buah kelapa yang boleh menghasilkan pelbagai produk
apabila diproses. Selain dari kelapa
muda yang digemari ramai, airnya juga jika diproses boleh menghasilkan produk
baru dipasaran. Produk makanan yang baru diperkenalkan kepada rakyat negara ini
iaitu Nata adalah produk berasaskan buah kelapa yang berasal daripada negara
Filipina.
1.1 Latar Belakang Perniagaan
Lokasi perniagaan syarikat kami terletak di Bagan
Datoh, Perak. Lokasi ini sangat stategik kerana berhampiran dengan kawasan
penanaman pokok kelapa. Selain itu,
terdapat juga kawasan perumahan di sekitar lokasi kilang yang dapat meyediakan
sumber tenaga buruh yang mencukupi. Segala kemudahan telah disediakan seperti
jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya yang dapat memudahkan
pengagihan produk dipasaran tempatan dan sebuah pelabuhan yang untuk pasaran
eksport.
Bentuk perniagaan
perkongsian di pilih kerana segala pengalaman kemahiran dan kepakaran pada ahli
kongi dapat dikongsi bersama-sama. Selain itu, tugas yang kompleks dan susah
dapat di selesaikan dengan cepat dan berkesan kerana dapat di bahagikan secara
rata kepada setiap rakan kongsi. Setiap
ahli kongsi bekerjasama antara satu sama lain demi menjayakan perniagaan
syarikat.
1.2 P enyediaan Pelan Perniagaan
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan.
Lebih baik lagi jika mempunyai pelan yang strategik. Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan
adalah kerana tidak mempunyai pelan perniagaan atau 'business plan'. Pelan
perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan
perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga
akan menbentangkan jangkaan bisnes untuk jangka waktu tiga atau lima tahun
mendatang.
2 Maklumat Produk
Produk ini yang dihasilkan melalui proses
fermentasi air kelapa yang mana sejenis mikriorganisma bertanggungjawab
menghasilkan nata iaitu Acetobacter aceti
sub spesies xylinum. Bakteria ini menghasilkan selapis filem
selulosa di atas permukaan cecair yang diperam.
Filem inilah yang dipungut dan
diproses untuk menghasilkan nata.
2.1 Jenis Produk
Bahan mentah utama untuk pengeluaran nata ialah
air kelapa. Air buah yang matang dan
segar hendaklah digunakan. Bahan lain
adalah seperti gula dan ammonium sulfat yang berfungsi sebagai sumber nutrien
untuk pembiakan mikroorganisma. Asid
asitik digunakan untuk mengawal pH keasidan air kelapa. Kultur Acetobacter aceti sub spesies Xylinum digunakan sebagai inokulum. Perisa dan pewarna ditambah untuk
menghasilkan produk yang menarik.
Produk nata adalah sejenis produk makanan ringan
yang boleh dimakan terus, disejukkan sebelum dihidang atau sebagai bahan
campuran ais kacang.
2.2 Proses Pengeluaran Nata
Proses pengeluaran nata terdiri daripada bebrapa
perkara yang perlu diambil kira seperti carta alir proses, penggunaan bahan
mentah, teknik dan cara proses penghasilan inokulum.
2.3 Carta alir proses pengeluaran nata de coco
2.4 Bahan Mentah
Untuk menghasilkan 300 botol nata, penggunaan
bahan mentah sebanyak 150 L air kelapa diperlukan. Anggaran ini hanya dapat dipastikan selepas 2
minggu memeramkan dan diproses.
2.4.1 Untuk
peraman
Air
kelapa 150
L
Gula
halus 12 kg
Asid
asitik glasial 7 L
Ammonium
sulfat 0.75 kg
Inokulum
nata 15 L
2.4.2
Untuk
pemprosesan dengan sirap
Nata yang dihasilkan 81 kg
Gula halus 81 kg
Air 81 L
2.5 Cara memproses
a) Air
kelapa yang bersih dan segar daripada buah kelapa matang digunakan. Tapis air kelapa dengan menggunakan kain
”muslin”.
b) Didihkan selama 10 minit
c) Semasa panas, tambah gula halus dan ammonium sulfat. Gaulkan.
d) Sejukkan cecair ke suhu bilik
e) Campurkan asid asitik sehingga nilai pH diturunkan kepada
4.5
f) Campurkan inokulum nata dan gaul
g) Letak bekas fermentasi yang telah
dibersihkan dengan air panas di atas
rak.
h) Tuangkan cecair ke dalam bekas fermentasi sehingga aras 5 -7
cm.
i) Mulut bekas ditutup rapi untuk mengelakkan pencemaran.
j) Peram selama 14 hari pada suhu bilik di dalam bilik
peraman.
k) Selepas ini, filem yang lebih kurang
1.0 – 1.5 cm tebal akan dihasilkan
pada permukaan cecair. Filem tersebut dipungut , dibersihkan dan
dipotong dalam bentuk kiub.
l) Rendam kiub nata tersebut untuk mengurangkan asid. Tuskan.
m) Rebus tiub nata dalam air berlebihan
sehingga tiada perasa asid dan
tuskan.
Timbang kiub tersebut/
n) Campur
dengan gula halus pada nisbah yang sama dan biarkan semalaman dalam bekas yang
tertutup.
o) Pada
keesokkan harinya, masukkan air pada nisbah yang sama dengan nata dan didihkan
selama 10 minit.
p) Masukkan
tiub nata ( 270 g ) dalam botol yang bersih dan tambah sirap gula
q) Tutup botol dan pasteurkan dalam air mendidih selama 25
minit
r) Apabila botol kering, letakkan lebal dan masukkan dalam
kartun.
s) Biarkan botol selama 3 – 4 hari pada
suhu bilik supaya isinya sebati
dengan sirap.
2.6 Penghasilan Inokulum
a) Air kelapa ( 1 L ) ditapis dan dididih selama 10 minit.
b) Campurkan dengan 80 g gula halus dan 5 g ammonium sulfat.
c) Sejukkan ke suhu bilik dan masukkan asid asetik sehingga
nilai pH 4.5
d) Bekas fermentasi inokulum dibersihkan dan dibilas dengan air
panas
e) Tuang cecair ke dalam bekas dan campurkan 100 ml kultur nata
f) Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari pada suhu bilik untuk pembiakan
f) Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari pada suhu bilik untuk pembiakan
inokulim
g) Inokulum yang terhasil bolehlah digunakan
untuk menyediakan isipadu inokulum yang lebih banyak
2.7 Sanitasi Pemprosesan
Semua bekas perkakasan dan peralatan yang
digunakan seperti botol hendaklan dibersihkan dengan betul iaitu mencuci
menggunakan air panas. Amalan
pemprosesan yang baik mestilah diikuti pada tiap-tiap peringkat untuk
menghalang pencemaran.
3 PEMASARAN
3.1 Pembungkusan
Pembungkusan nata de coco bermadu yang disediakan
dalam saiz berikut:
i. 1 kg pack
ii.
250 g
(cawan)
iii. Pack tumbler 1.5kg & 900g
3.2 Pasaran Tempatan
i.
Pengedaran
Runcit di sekitar Bagan Datoh
(Rangkaian pengedaran sayuran Jabatan Pertanian Bagan Datoh)
(Rangkaian pengedaran sayuran Jabatan Pertanian Bagan Datoh)
ii.
Agen
(15 agen di 6 buah negeri)
iii.
Promosikan Program “Contract Packing”
3.3 Pasaran antarabangsa
i. Negara-negara Islam-perlantikan agen di luar negara
3.4 Sasaran Pemasaran
Pengikhtirafan dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah
negara Islam perlu digunakan sepenuhnya untuk menembusi pasaran halal
antarabangsa khususnya negara-negara Islam.
Dengan 1/3 jumlah penduduk dunia terdiri daripada umat Islam, pasaran
produk halal mempunyai pasaran yang amat
besar. Sungguhpun nata berasal daripada
negara Filipina, tetapi Malaysia lebih dikenali sebagai negara Islam yang
unggul. Kekuatan ini membolehkan pasaran
produk halal dari Malaysia lebih meyakinkan masyarakat Islam sedunia. Pengeksportan produk Nata ke luar negara
terutamanya ke negara Asia Barat dan Eropah adalah sasaran baru disebabkan
faktor negara-negara berkenaan tidak mempunyai produk hasil kelapa. Asia Barat
dan Eropah adalah negara berpotensi menggunakan produk Nata kerana sikap rakyat
berkenaan yang suka mencuba sesuatu produk baru.
3.5 PELABURAN MODAL
ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Harta Tetap
1.1 Tanah, Bangunan dan
Kelengkapan RM 20,000.00
1.2 Kenderaan RM
125,000.00
1.3 Mesin dan Peralatan RM 81,830.00
Jumlah RM
226,830.00
ANGGARAN PENDAPATAN/JUALAN
Anggaran Kos Pengeluaran
Sebulan
2 Kos pengeluaran
2.1 Kos bahan mentah RM 25,780.00
2.2 Kos pembungkusan RM 18,152.00
2.3 Kos buruh RM 5,040.00
2.4 Kos perkilangan RM 4,540.00
Jumlah kos pengeluaran RM
53,512.00
Anggaran Modal pusingan
Kos pengeluaran RM
53,512.00
Kos pemasaran dan pengurusan RM 9,000.00
Peruntukan luar jangkaan RM 5,351.20
JUMLAH RM
67,863.20
Anggaran Jualan Sebulan
3. Jualan 30,000 botol x RM
2.70 RM
81,000.00
Anggaran Untung Rugi
4. Jualan RM 81,000.00
Kos
pengeluaran RM 53,512.00
Untung kasar RM 27,488.00
3.6
ALIRAN TUNAI
MYNATA SDN BHD
ANGGARAN ALIRAN WANG TUNAI (PEMBIAYAAN SENDIRI)
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment